Syaikh Muhammad Amin Kurdi dalam "Tanwirul Qulub" pada halaman 422 menulis satu faedah seperti berikut:-
Tawakkal itu amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana hebatnya kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana difirmankanNya dalam surah Ali 'Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: "Bahawasanya Allah ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal." Manakala dalam surah ath-Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: "Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.
Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam "Luqtul Marjaan" daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas r.`anhuma sebagai berkata:-Doa ini juga dinukil oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam "Ihya` 'Ulumiddin" jilid 1 halaman 374 dengan sedikit perbezaan lafaz.Maka sewajarnya bagi seseorang murid untuk mengamalkan doa ini, kerana ianya akan menjadi sebab yang membawa kepada tawakkal.
- "Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: "Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap keni'matan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah". Ibnu 'Abbas berkata: "Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan mengamankan (yakni menyelamatkan) dia dari tenggelam (lemas), kebakaran, kecurian, dari (kejahatan) syaitan, penguasa, ular dan kala jengking."
Tawakkal itu amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana hebatnya kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana difirmankanNya dalam surah Ali 'Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: "Bahawasanya Allah ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal." Manakala dalam surah ath-Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: "Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.
Assalamu'alaikum wrwb,
BalasPadamBolehkah ana mendapatkan do'a Nabi khidir yang sudah diberi harokah, sebab ana belum bisa baca bacaan tanpanya. Ana ingin sekali bisa mengamalkan do'a ini. Semoga Habib berkenan.
Wassalamu'alaikumwrwb
suseno_hadi2004@yahoo.com.au
Assalamualaikum ustadz..
BalasPadamSaya mohon izin untuk mengcopy paste halaman (page) ini. Semoga Allah SWT senantiasa memberikan limpahan Rahmat, Maghfiroh dan keberkahan kepada Ustadz.
Jazaakumullahu khoiron katsiiron
Assalamualaikum wr. wb
BalasPadammohon perkenan ustadz untuk meng-copy paste page ini. Moga Allah SWT senantiasa melimpahkan Rahmat, Maghfiroh dan keberkahan kepada ustadz. Amien Allhumma Amien.
Jazaakumullahu khoiron katsiron
Wassalamualaikum wr. wb.
Muhammad Dede Kurniawan bin Prayitno
pekanbaru indonesia