Ahad, Mac 18, 2007

Bid`ah - KH A.N. Nuril Huda

Dalam kitab Risalah Ahlussunnah wal Jama’ah karya Hadratusy Syeikh Hasyim Asy’ari, istilah "bid’ah" ini disandingkan dengan istilah "sunnah". Seperti dikutip Hadratusy Syeikh, menurut Syaikh Zaruq dalam kitab ‘Uddatul Murid, kata bid’ah secara syara’ adalah munculnya perkara baru dalam agama yang kemudian mirip dengan bagian ajaran agama itu, padahal bukan bagian darinya, baik formal maupun hakekatnya. Hal ini sesuai dengan hadits Rasulullah SAW:" Barangsiapa memunculkan perkara baru dalam urusan kami (agama) yang tidak merupakan bagian dari agama itu, maka perkara tersebut tertolak”. Nabi juga bersabda: "Setiap perkara baru adalah bid’ah”.


Menurut para ulama, kedua hadits ini tidak berarti bahwa semua perkara yang baru dalam urusan agama tergolong bidah, karena mungkin saja ada perkara baru dalam urusan agama, namun masih sesuai dengan ruh syari’ah atau salah satu cabangnya (furu’).

Bid’ah dalam arti lainnya adalah sesuatu yang baru yang tidak ada sebelumnya, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

بَدِيْعُ السَّموتِ وَاْلاَرْضِ
Allah yang menciptakan langit dan bumi. (Al-Baqarah 2: 117).

Adapun bid’ah dalam hukum Islam ialah segala sesuatu yang diada-adakan oleh ulama’ yang tidak ada pada zaman Nabi SAW. Timbul suatu pertanyaan, Apakah segala sesuatu yang diada-adakan oleh ulama’ yang tidak ada pada zaman Nabi SAW. pasti jeleknya? Jawaban yang benar, belum tentu! Ada dua kemungkinan; mungkin jelek dan mungkin baik. Kapan bid’ah itu baik dan kapan bid’ah itu jelek? Menurut Imam Syafi’i, sebagai berikut;

اَلْبِدْعَةُ ِبدْعَتَانِ : مَحْمُوْدَةٌ وَمَذْمُوْمَةٌ
فَمَا وَافَقَ السُّنَّةَ مَحْمُوْدَةٌ وَمَا خَالَفَهَا فَهُوَ مَذْمُوْمَةٌ

“Bid’ah ada dua, bid’ah terpuji dan bid’ah tercela, bid’ah yang sesuai dengan sunnah itulah yang terpuji dan bid’ah yang bertentangan dengan sunnah itulah yang tercela”.

Sayyidina Umar Ibnul Khattab, setelah mengadakan shalat Tarawih berjama’ah dengan dua puluh raka’at yang diimami oleh sahabat Ubai bin Ka’ab beliau berkata :

نِعْمَتِ اْلبِدْعَةُ هذِهِ
“Sebagus bid’ah itu ialah ini”.

Bolehkah kita mengadakan Bid’ah? Untuk menjawab pertanyaan ini, marilah kita kembali kepada hadits Nabi SAW. yang menjelaskan adanya bid’ah hasanah dan bid’ah sayyiah.

مَنْ سَنَّ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّةً حسنة فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ اَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ سَنَّ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِئَةً فَعَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِاَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Barang siapa yang mengada-adakan satu cara yang baik dalam Islam maka ia akan mendapatkan pahala orang yang turut mengerjakannya dengan tidak mengurangi dari pahala mereka sedikit pun, dan barang siapa yang mengada-adakan suatu cara yang jelek maka ia akan mendapat dosa dan dosa-dosa orang yang ikut mengerjakan dengan tidak mengurangi dosa-dosa mereka sedikit pun”.

Apakah yang dimaksud dengan segala bid’ah itu sesat dan segala kesesatan itu masuk neraka?

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٍ وَ كُلُّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
Semua bid’ah itu sesat dan semua kesesatan itu di neraka”.

Mari kita pahami menurut Ilmu Balaghah. Setiap benda pasti mempunyai sifat, tidak mungkin ada benda yang tidak bersifat, sifat itu bisa bertentangan seperti baik dan buruk, panjang dan pendek, gemuk dan kurus. Mustahil ada benda dalam satu waktu dan satu tempat mempunyai dua sifat yang bertentangan, kalau dikatakan benda itu baik mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan jelek; kalau dikatakan si A berdiri mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan duduk.

Mari kita kembali kepada hadits:-

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَ لَةٍ وَ كُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
Semua bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka”.

Bid’ah itu kata benda, tentu mempunyai sifat, tidak mungkin ia tidak mempunyai sifat, mungkin saja ia bersifat baik atau mungkin bersifat jelek. Sifat tersebut tidak ditulis dan tidak disebutkan dalam hadits di atas; dalam Ilmu Balaghah dikatakan:

حذف الصفة على الموصوف
“membuang sifat dari benda yang bersifat”.

Seandainya kita tulis sifat bid’ah maka terjadi dua kemungkinan: Kemungkinan pertama :

كُلُّ بِدْعَةٍ حَسَنَةٍ ضَلاَ لَةٌ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
“Semua bid’ah yang baik sesat, dan semua yang sesat masuk neraka”.

Hal ini tidak mungkin, bagaimana sifat baik dan sesat berkumpul dalam satu benda dan dalam waktu dan tempat yang sama, hal itu tentu mustahil. Maka yang bisa dipastikan kemungkinan yang kedua :

كُلُّ بِدْعَةٍ سَيِئَةٍ ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّاِر

“Semua bid’ah yang jelek itu sesat, dan semua kesesatan itu masuk neraka”.

(KH. A.N. Nuril Huda, Ketua Lembaga Dakwah Nahdlatul Ulama (LDNU) dalam "Ahlussunnah wal Jama'ah (Aswaja) Menjawab", diterbitkan oleh PP LDNU)

8 ulasan:

  1. assalamu'alaikum wbt..

    sy jarang mbaca dlm blog saudara. tetapi sy lihat secara overallnya, ada beberapa hal yang saya dapati pemikiran kita berbeza, tetapi dlm byk hal kita tetap sama...

    "bagaimana sifat baik dan sesat berkumpul dalam satu benda dan dalam waktu dan tempat yang sama, hal itu tentu mustahil.."

    memang dari segi logik ianya mustahil.

    tapi dizaman nabi saw..ada seorang peminum arak.maka sahabat2 yang lain mengutuk dan mencaci beliau.tetapi nabi saw larang sahabat2 drp menghina org tersebut kerana kata nabi di dalam hati beliau(peminum arak itu) ada rasa cinta kpd Allah dan rasul.

    ibn taimiyyah dlm kitabnya menulis; bagaimana boleh bercampur antara minum arak dengan cinta Allah dan rasul?,tapi itu perkataan rasul saw.

    mungkin apa yg saya sebut itu ada kaitan sedikit sebanyak, atau mungkin ianya tdk relavan dlm hal ini.

    maaf saya tdk dapat mendatangkan riwayat hadis tersebut dan dlm kitab mana ibn taimiyyah mnyebut hal itu.sy sekadar mendengar drp ustaz yg saya percayai.mungkin slps ini kita boleh meneliti hal ini kembali. wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. wa 'alaikumus salam wa rahmatUllahi wa barakatuh.

    Elok le berbeza, kalu dalam dunia ni semua seropa, boring plak idup ni. Asalkan pandai bawak udah le ye.

    kata-kata Pak Kiyai tu hendaklah dilihat dari segi konteks perkara yang dibicarakannya. Jgn bawak luar konteksnya plak, lain plak jadinye ye. Cthnya arak kan tak elok, tapi ada gak eloknya walaupun tak eloknya lebih banyak. Ini udah masuk bab lain, bukan bab yang Pak Kiyai tu cakap.

    Harap difahami betul-betul.

    BalasPadam
  3. cite hadits tu memang ada, tapi elok le jika dilihat secara keseluruhannya dan lihat juga kalam ulama mengenainya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tuan Abu Muhd

    Saya cut&paste dari forum al-ahkam al-wahabi...pernahkah tuan dengar cerita cam ini, benar atau tidak atau hanya fitnah keatas al-habib Ali Al-jiffri...mungkin tuan ada maklumat tentangnya...saya ni pengkagum dan pencinta ulama2 Yaman keturunan Nabi saw...

    ***********************************
    "Saya kenal jauh2 je ngan Habib Jufri ni, dia penah datang Syria beberapa kali. Yang pastinya ramai ulamak syria tak suka cara dia kecuali geng2 tariqat yang kebanyakannya tak mempunyai ilmu syariat yang mendalam, ni bukan sebab saya wahabi atau sebagainya saya cakap cmni tp waqi' di Syria sendiri mmng begitu, besenye geng yang terlalu terkenal ngan zikir dan tariqat ni mereka ni tak faqih, mereka hanya kuat berzikir sahaja perkara lain pasal msyarakat mereka tak amik kesah dan mereka besenya bercakap mende yang banyak bersalahan dengan syariat dan di antara perkara yang paling popular mengenai kesalahan geng tariqat ni berhujah dengan hadis palsu dan israiliyat.

    Sebenarnya Habib Ali Jufri bergaduh besar ngan mufti mazhab Syafi'e di Syam, Syam ni bukan maksud Syria tp kawassan Damascus tu dipanggil Syam. Nama mufti tersebut ialah Syeikh Qurayyim dan dia masih hidup lagi dan ada seorang ulamak pernah menulis mengenai bebrapa kesilapan yang bahaya mengenai kata-kata dalam satu buku Habib Jufri, saya lupa nama dia tp namanya kitabnya ialah : Ila Aina HAbib Jufri.

    Yang menarik perhatian saya ialah buku ini ditaqdimkan oleh Dr Mustofa Sa'id Khan seorang pakar usul dan fiqh yang masyhur juga ulamak Syria, beliau juga bersetuju dengan kritikan nasihat terhadap Habib Jufri. Kalau orang lain taqdim mungkin saya tak heran tp bila seorang pakar dalam mengistinbat hukum yang taqdim ianya menunjukkan kebenaran kritikan terhdap Habib Jufri, kerana ilmu sufi dan tariqat juga perlu melalui kaedah usul sebelum dipraktikkan kerana ilmu usul adalah neraca timbangan kepada semua jenis amalan dalam Islam. Jadi semua amalan perlulah melalui proses kajian usul dahulu barulah ianya boleh diterima.

    Salah satu point bahaya Habib Jufri ialah beliau pernah mengatakan yang malaikat jibril menyuruh seorang hamba melakukan maksiat kerana jibril ternampak nama hamba tersebut termasuk dikalangan ahli neraka di luh mahfuz sedangkan hamba tersebut kuat ibadat jadi jibril menasihatkan supata hamba tersebut mengambil sedikit kesedapan dunia dan tinggal ibadat kerana akhirnya hamba tersebut akan masuk neraka juga.

    Jadi iktikad yang jibril penah menyuruh manusia ini melakukan maksiat adalah bertentangan dengan pemahaman sebenar beriman kepada malaikat mengikut cara Islam yang mana malaikat tidak sekali2 membuat sesuatu perkara yang tidak disuruh tuhan apatah lagi menyruh seseorang melanggar perintah Allah Ta'ala.

    Untuk makluman kritikan yang diberi oleh ulamak kitab Ila Aina Habib Jufri diambil dari kitab Habib Jufri secara huruf ke huruf dan bukanlah beliau naqal sebarangan dan contoh kata2 yang saya sebut di atas salah satu daripadanya. "
    ***********************************

    Terima kasih tuan..

    BalasPadam
  5. Posting yang bermanfaat bagi saya :). terjawab sedikit sebanyak persoalan yang pernah saya tanya kpd abumuhd dahulu. Syukran :)

    BalasPadam
  6. Pak Long idak ambo tahu berhubung cite tersebut. Syaikh Qurayyim pun idak le ambo kenal.

    Tapi ambo tahu yang dalam Fatawa Haditsiyyah, Imam Ibnu Hajar al-Haitami keluarkan fatwa bahawa Ibnu Taimiyyah itu sesat menyesatkan.

    Ambo tahu gak bahawa Syaikh Habib Abdul Rahman Salaami ada tulis buku "al-Jufri fil Mizaan" sebagai pembelaannya terhadap fitnah dan tohmah yang ditujukan oleh geng silapi terhadap Habib Ali al-Jufri.

    BalasPadam
  7. Merujuk kepada cut and paste dari al-ahkam tersebut:

    Kisah malaikat dan insan tersebut ada terdapat di dalam buku karangan Habib Ali, 'Ma'alim as-Suluk' atau terjemahan Inggerisnya 'Wayfarers to God' link di sini: http://www.guidancemedia.com/_mal/booksextended.php?ann_id=1&s=1
    Buku ini merupakan koleksi syarahan yang pernah disampaikan kepada wanita2 di UAE. Bagaimanapun yang dipetik oleh Al-Ahkam itu hanya sebahagian dari kisah itu, dan telah lari daripada maksud asal (misquotation). Seingat saya kisah tersebut begini:

    Ada malaikat (saya tidak ingat samada Jibril atau malaikat lain) telah melihat di Lauh al Mahfuz tentang seorang ahli ibadat yang ditulias sebagai ahli neraka. Maka malaikat tersebut meminta izin Allah untuk bertemu ahli ibadat tersebut. Setelah diizinkan, malaikat tersebut pun berkata kepada ahli ibadat tersebut, 'mengapa kau harus tekun beribadat, sedangkan nasibmu nanti di neraka? Kalau kau berbuat dosa pun, sudahnya nanti sama sahaja.' Ahli ibadat tidak berkata apa-apa, tetapi setelah itu mempertingkatkan lagi amalan dan ibadatnya. Malaikat tersebut bertambah hairan, dan bertemu semula ahli ibadat itu dan bertanya 'mengapa kau masih terus beribadat sedangkan dulu kau tersenarai sebagai ahli neraka?' Abid tersebut menjawab: 'urusanku sebagai hamba Allah ialah untuk beribadat kepadaNya. Di mana kesudahanku, syurga atau neraka, adalah urusan Allah.' Maka diriwayatkan Allah telah menyenaraikan orang tersebut di Lauh Mahfuz sebagai ahli syurga.

    Maaflah jika saya tersalah ingat, buku tersebut tiada di tangan saya sekarang.

    Bab ahli tasawwuf di Syaam tidak tahu syariat itu, saya kurang setujulah. Setahu saya, ramai ulama di Syaam yang menguasai kedua-dua bahagian ini. Akan tetapi puak Wahabi/Salafi juga ada di Shaam, mungkin pergaulan saudara yang menulis di Al-Ahkam itu terbatas kepada satu-satu golongan sahaja.

    Allahu a'lam.

    BalasPadam