Isnin, April 16, 2007

Hayatul Anbiya`

Mati bukanlah kebinasaan yang memberi erti punah, binasa, tiada lagi. Tapi mati itu adalah gerbang menuju kehidupan yang abadi di akhirat. Sebelum ke alam akhirat, maka si mati melalui kehidupan alam barzakh, sama ada dalam keni'matan atau dalam kesengsaraan berdasarkan apa yang telah dilakukan sewaktu menjalani kehidupan duniawi. Para nabi memiliki kehidupan barzakhiyyah yang paling istimewa diikuti oleh para shiddiqin, syuhada` dan sholihin. Lalu bagaimanakah keadaan kehidupan kita nanti di alam barzakh ? Mudah-mudahan kita hidup dengan kehidupan istimewa para kekasih Allah ini.

Junjungan Nabi s.a.w. diriwayatkan dalam sebuah hadits yang dikategorikan sebagai hasan oleh sebahagian muhadditsin bahawa:-

الأنبياء أحياء في قبورهم يصلون

Para nabi itu hidup dalam kubur-kubur mereka bersholat

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim pula, Junjungan Nabi diriwayatkan bersabda:-

مررت بموسى ليلة أسري بي عند الكثيب الأحمر
وهو قائم يصلي في قبره

Pada malam aku diisra`kan, aku telah melalui kubur Nabi Musa di al-Katsibul al-Ahmar dan dia sedang berdiri sembahyang dalam kuburnya.
Maka bersholatnya para nabi dalam kubur mereka bukanlah sebagai satu taklif tetapi sebagai satu ni'mat untuk mereka. Dan ada riwayat-riwayat lain yang menyatakan bahawa mereka turut melakukan berbagai ibadah lain seperti turut mengerjakan ibadah haji di Baitullah. Maka bila kita mengetahui bahawa para nabi, para wali, para sholihin itu mempunyai kehidupan barzakh yang istimewa, kenapa dihalang orang untuk menziarahi kubur-kubur mereka dengan adab dengan hormat dan dengan takzim ? Kenapa tergamak melontarkan tuduhan syirik dan khurafat kepada para ulama yang menziarahi kubur-kubur para anbiya` dan awliya` dengan takzim dan hormat penuh adab kesopanan yang layak diberikan sebagaimana mereka menjalani kehidupan duniawi dahulu? Kenapa mudah benar lidah kita yang tak bertulang untuk menghukum orang lain.....Allahu ... Allah. Marilah kita dengar cuplikan ceramah Habib Ali al-Jufri yang antara lain menyentuh hal ini.



3 ulasan:

  1. ya Salam..ya Salam..ya Salam. hebat habib ali al jifri. mantap dan pasti menikam jantung hati si wahabi.

    BalasPadam
  2. Part yang last sekali dlm video ni memang memberi kesan. Cintakan dunia memang satu realiti yang menimpa umat Islam hari ini. Sebab tu umat Islam lemah. Asyik kejar dunia.

    Astaghfirullah..

    BalasPadam
  3. Kompleks pemikiran manusia ada sesetengahnya yang tidak tahu membezakan antara 'rasa hormat' dengan maksud 'memuja'.

    BalasPadam