Ini adalah shalawat yang dinisbahkan kepada Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi seorang waliyUllah yang dikatakan memegang maqam Quthub selama 46 tahun 3 bulan. Shalawat ini adalah sholawat ke-40 yang dicatat oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Afdhalush Sholawat". Syaikh Yusuf turut menukilkan kisah bahawa Sidi Syamsuddin telah dimuliakan oleh Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, antaranya, sebab menjadikan shalawat ini sebagai wirid dalam khalwatnya sebelum terbenam matahari. Shalawat ini merupakan antara shighah jami` yang menghimpunkan pahala dan rahsia yang banyak. Kandungannya ialah permohonan kita kepada Allah untuk menggandakan pahala ucapan shalawat dan salam yang kita ucapkan untuk baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam dan ahli keluarga serta para sahabat dengan gandaan yang besar lagi agung, iaitu sebanyak atau seluas ilmu Allah yang tiada kesudahan, baik dari segi bilangan, berat maupun isipadu. Allahu ... Allah.... hanya Allah sahaja yang mengetahui kadarnya.
Bismillahirrahmanirrahim
BalasPadamSelawat tersebut juga terakam di dalam kitad aurad muhammadiyah dan diamalkan oleh pengamal tarikat tersebut.Makamnya (wali Allah yang mendapat selawat ini) terdapat di Mesir. Digelar Sultan kerana segala perkataannya didengar dan ditaati...