Antara permata habaib zaman ini. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya. Beliau adalah al-'Allaamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila Allah as-Sayyid al-Habib Zain bin Ibrahim bin Zain bin Muhammad bin Zain bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin 'Ali bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Alawi bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Alawi ('ammul Faqih).
Beliau dilahirkan pada tahun 1357H di Jakarta, Indonesia. Beliau telah diberi didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib 'Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah antara guru awal Habib Zain. Selain itu, Habib Zain juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi (Habib 'Ali Kwitang).
Dalam tahun 1371H, ketikanya usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zain telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna. Di sana beliau meneruskan pengajiannya di Rubath Tarim dan berguru dengan ramai ulama terkemuka yang telah memberinya sanad dan ijazah mereka seperti Habib Muhammad bin Saalim BinHafidz (lihat gambar sebelah, beliau adalah ayahanda Habib 'Umar), Habib 'Umar bin 'Alawi al-Kaaf, Habib 'Alawi bin 'Abdullah Bin Syihaabuddin, Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus, Habib Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil, Habib Abu Bakar 'Aththas bin 'Abdullah al-Habsyi, Habib Salim bin 'Alawi Khird, Habib 'Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy, 'Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim al-Zubaidi, Syaikh Saalim bin Sa`id Bukair BaGhitsaan al-Mufti, Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl, Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, 'Allaamah al-Muhaddits Sayyid 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki al-Makki, Habib 'Umar bin Ahmad BinSumaith, Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, Habib 'Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf dan Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syaathiri. Asuhan dan didikan selama 8 tahun di Kota Tarim dengan ulama-ulamanya itu menjadikan Habib Zain seorang ulama dan faqih yang melaut ilmunya di samping hafalannya akan segala mutun para ulama antaranya matan az-Zubad dan al-Irsyad bagi Ibnu al-Muqri` sehingga bab al-jinayah.
Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zain telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Saalim BinHafiz untuk pindah ke al-Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti al-Baidha`, Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke al-Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Habib Zain telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zain terus menetap di al-Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zain, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain.
Setelah kira-kira 21 tahun menetap di al-Baidha`, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zain telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa s.a.w., Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib 'Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Saalim asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Saalim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zain sehingga kini. Selain melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya "al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa 'Alawi" dan "al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi 'Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah". Kitabnya "al-Manhaj as-Sawi" sekitar 700 halaman menerangkan dengan terperinci mengenai 5 usul yang menjadi asas bagi jalan para saadah Bani 'Alawi (Thoriqah Bani 'Alawi) iaitu (1) ilmu; (2) amal; (3) wara`;(4) khauf dan (5) ikhlas. Selain kitab-kitab tersebut, sejumlah fatwa-fatwa beliau juga telah dikumpul dan dibukukan oleh sebahagian murid-murid beliau.
Moga-moga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith. Semoga kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau atas muka bumi ini. Allahumma aamiin.
Assalamu alaikum,
BalasPadamAdakah beliau yang digelar Imam As Syafie saghir?
700 mukasurat kitab al-Manhaj al-Sawi itu? kalau ada terjemahannya bagus jugak tu.
BalasPadamWa 'alaikumus salam wa rahmatUllah,
BalasPadamku keng - ambo tak pernah lak dengar beliau diberi gelaran tersebut. Yang ambo tahu yang terkenal digelar sebagai Imam Syafi`i Shoghir adalah Imam Ramli.
kaki bangku - manhajus sawi yg dicetak oleh Darul 'Ulum al-Islamiyyah itu dengan indeksnya sekali adalah 844 halaman. Rasanya belum ada terjemahannya.
alfaqir pernah mendengar bahwa beliau di gelari imam syafi'i shoghir...dan beliau juga di kenal sebagai faqeehoddunya(orang yang benar-benar faqih di dunia di masa sekarang ini)..
BalasPadamDengan ucapan Ramadhan Karim. Semoga Ramadhan tahun ini terbaik dari yang terdahulu, bagi kita semua.
BalasPadamya ikhwan....adalah gelaran 'faqih' yg beliau peroleh ini bukan shja dri para ulama dan umat zaman ini,bahkan dperakui oleh Rasulullah SAW...adalah dikisahkan bhwa seorang ulama bermimpi bertemu Rasulullah SAW,lalu Rasulullah berkata kpd ulama itu didlm mimpinya "muhaddith di zaman ini adalah anakku Muhammad bin Alawi alMaliki Makkah(alMarhum) dan FAQIH di zaman ini adlah Zain bin Ibrahim bin Sumaith...wallahualam
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamana pernah diberitau Habib Zain ini lah digelar sebagai Imam Syafie 2...
wallahu'alam
Di mana rubath madinah beliau.? Ingin menghantar anak says menuntut ilmu beliau dgn kberkatan do sana..
BalasPadam