Syaikh Ibnu Taimiyyah, ulama yang menjadi rujukan pertama dan utama geng-geng pengaku salafi yang hidup di zaman khalaf, sebenarnya tidaklah seekstrim puak-puak pelampau kat tempat kita dalam memerangi amalan bertahlil yang dilakukan oleh masyarakat kita. Aneh dan pelik, kerana dalam menentang amalan bertahlil atau itsal ats-tsawab, maka mereka akan mengutarakan qaul yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i mengenainya. Malangnya mereka sendiri gagal memahami untuk kedudukan qawl tersebut dan maksud yang dikehendaki oleh Imam asy-Syafi`i. Maka mereka telah memahami qaul tersebut menurut tafsiran mereka sendiri yang bercanggah dengan pegangan para ulama yang menjadi pendokong mazhab yang agung tersebut. Perkara ini sama seperti kegagalan mereka untuk memahami kalimah "ma'tam" yang disebut oleh Imam asy-Syafi`i sehingga mereka menyamakan ma'tam dengan kenduri arwah. Allahu ... Allah........sungguh perbedaan antara ma'tam dengan kenduri arwah yang diamalkan umat Islam sekarang adalah umpama langit dengan bumi. Ma'tam itu tradisi kaum jahiliyyah, sedangkan kenduri arwah itu dipelopori oleh kaum yang mentauhidkan Allah, maka janganlah disamakan. Insya-Allah, nanti jika diizinkan Yang Maha Esa, kita boleh bicarakan mengenai kedudukan qawl yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i tersebut dan perbicaraan ulama pendokong mazhab beliau mengenai kedudukan dan ihtimalat terhadap qawl tersebut.
Puak-puak anti-tahlil, walaupun terkenal taksub dan menjunjung tinggi Syaikh Ibnu Taimiyyah, tetapi dalam persoalan tahlil tidak menjadikan perkataannya sebagai panduan. Ini adalah kerana Ibnu Taimiyyah juga muridnya Ibnu Qayyim adalah termasuk ulama yang berfatwa bahawa pahala bacaan al-Quran, pahala amalan, pahala tahlil dapat dihadiahkan kepada arwah mereka-mereka yang telah meninggal dunia. Dalam himpunan fatwa yang dinisbahkan kepada Syaikh Ibnu Taimiyyah dinyatakan sebagai berikut:-
Puak-puak anti-tahlil, walaupun terkenal taksub dan menjunjung tinggi Syaikh Ibnu Taimiyyah, tetapi dalam persoalan tahlil tidak menjadikan perkataannya sebagai panduan. Ini adalah kerana Ibnu Taimiyyah juga muridnya Ibnu Qayyim adalah termasuk ulama yang berfatwa bahawa pahala bacaan al-Quran, pahala amalan, pahala tahlil dapat dihadiahkan kepada arwah mereka-mereka yang telah meninggal dunia. Dalam himpunan fatwa yang dinisbahkan kepada Syaikh Ibnu Taimiyyah dinyatakan sebagai berikut:-
Dan ditanyai (Ibnu Taimiyyah) mengenai (hadits): "bertahlil 70,000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka", adakah hadits tersebut shohih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka dijawab (oleh Ibnu Taimiyyah):- Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70,000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan hadits tersebut tidaklah shohih dan tidak juga dhoif (yakni tidak tsabit kedudukan hadits tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allahlah yang Maha Mengetahui.
Allahu ... Allah, lihat ya ikhwah, bagaimana Ibnu Taimiyyah memfatwakan tahlil buat orang mati akan bermanfaat baginya. Jadi kenapa orang yang mengaku Ibnu Taimiyyah sebagai ulama besar mereka, panutan mereka, menjadi umpama "lebih sudu dari kuah" sehingga tidak dapat bertasamuh dengan kelompok majoriti yang mengamalkan amalan "itsal ats-tsawab" dengan bertahlil dan sebagainya. Kalau kamu tak emboh nak bertahlil, itu hak kamu, tapi jangan pula nak menceroboh hak kami untuk bertahlil, sampai tak sampai itu urusan Allah, bukan urusan kita.
***********************************
Tahlil & Kenduri Arwah
Tahlil & Kenduri Arwah
assalamualaikum ustaz,
BalasPadamtumpang bertanya. dalam riwayat ibnu taimiyyah tersebut mengatakan, "Allah menjadikannya bermanfaat bagi'NYA' dengan yang sedemikian itu"
soalan saya yg jahil ini ialah, 'nya' itu merujuk kepada si mati atau si pentahlil?
sekian soalan saya
masya ALlah...maaf, saya terlalu cepat bertanya...terlepas pandang bhgn yg itu...
BalasPadamapa pun, terima kasih krn menjawab dan memberi penerangan...jazakallahu khairan katsira
wa 'alaikumus salam,
BalasPadamya akhie, silalah lihat kepada soalan yang baginya jawaban tersebut diberikan oleh Ibnu Taimiyyah. Lihat juga ibarat yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah. Jelas bahawa yang dirujuk olehnya itu adalah si mati.
Soalannya: Jika seseorang bertahlil dan dihadiahkannya kepada SI MATI, sampai kepadanya (yakni si mati) pahalanya (yakni pahala tahlil)atau tidak?
Jawaban: Jika/Apabila bertahlil seseorang ........ dan dihadiahkan kepadanya (yakni si mati, takkan dia nak hadiah kat dirinya sendiri, lagi pun mana munasabah dengan soalan yang dikemukakan yang bertanya samada pahala tahlil sampai kepada si mati atau tidak) Allah menjadikannya bermanfaat baginya (yakni bagi si mati kepadanya hadiah tadi ditujukan).
Allahu ...Allah.
Fahamilah ibaratnya dengan benar.