Syiah mengajar penganutnya untuk membenci para sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Hanya segelintir sahaja yang selamat dari kejian dan laknat mereka. Mereka tidak melaknat Iblis, tidak juga Fir`aun atau Haaman atau Namrud, tetapi mereka penuhkan kitab-kitab mereka dengan cacian dan makian terhadap para sahabat yang telah berjuang bersama Junjungan Nabi s.a.w. Ummahatul Mu'minin, para isteri Junjungan yang mulia juga tidak lepas dari kejahatan puak Syiah Imamiyyah Rafidhiyyah ini. Ummul Mu'minin, Sayyidah 'Aisyah r.'anha pun tidak lepas dari kejian dan kebencian mereka. Jikapun para sahabat tidak ma'shum, maka adakah itu menjadi alasan untuk menyuruh umat membenci dan mengkeji mereka? Hanya ajaran yang memusuhi Islam sahaja yang akan mengajar untuk berbuat sedemikian. Sungguh Syiah adalah musuh Islam, perbuatan dan ajaran mereka lebih dahsyat dan lebih keji dari Wahhabi. Jika Wahhabi menyerang dan memperlekehkan para ulama kita, maka Syiah pula lebih ekstrem lagi daripada mereka, bukan sahaja ulama kita tapi kedurjanaan mereka pergi lebih jauh dengan menyerang para sahabat dan Ummahatul Mu'minin. Allahu ... Allah, jangan pulak kome kata ambo ini Wahhabi plak, idak ambo Sunni Syafi`i Asy`ari. Menentang Syiah bukan bererti Wahhabi dan menentang Wahhabi bukan bererti Syi`i. Nahnu Sunniyyun Syafi`iyyun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan