Sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. adalah antara sebesar-besar amalan yang menjadi kaffarah bagi noda dosa kecil yang kita lakukan. Dosa-dosa kecil bilangannya amat banyak menjadikan ianya sukar dihindari bahkan kadangkala tak sedar atau tak terasa pula kita yang sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu merupakan satu dosa di sisi Allah s.w.t. Manakala sikap memperlekehkan atau meremehkan dosa kecil adalah satu dosa besar yang memerlukan kita memohon ampun dengan bertaubat kepada Allah at-Tawwab. Oleh itu, jangan sesekali meremehkan sesuatu dosa, baik kecil apatah lagi yang besar. Begitu pula jika dibiarkan dosa-dosa kecil itu berkumpul sehingga berlonggok-longgok dan bertimpa-timpa lalu menggelap serta menghitamlegamkan hati sanubari menjadikannya keras seperti batu. Atau dosa-dosa tersebut dilakukannya berulang-ulang, tanpa dikaffarahkannya dengan amalan sholeh atau dengan taubat kepada Allah, ianya juga menjadikan dosa-dosa tersebut sebagai dosa besar, sebagaimana dinyatakan oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam "al-'Arba`in fi Ushuliddin":-
و الإصرار على الصغيرة أيضا كبيرة
فلا صغيرة مع إصرار و لا كبيرة مع رجوع و استغفار
Berbalik kepada sholawat, maka telah masyhur beberapa hadis yang menyatakan ianya menjadi kaffarah dan penghapus bagi noda dosa. Sebagai tambahan sahaja kepada hadis-hadis yang telah masyhur tersebut, satu nukilan dari "asy-Syifa`" karya Qadhi 'Iyadh al-Yahsubi, sebuah atsar yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. yang menyatakan:-فلا صغيرة مع إصرار و لا كبيرة مع رجوع و استغفار
"Berkekalan atas dosa-dosa kecil adalah juga dosa besar. Maka tidaklah dikatakan dosa kecil jika ianya dikekalkan dan tidaklah dikatakan dosa besar jika ianya ditaubati dan dipohon keampunan Allah."
الصلاة على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم
امحق للذنوب من الماء البارد للنار
و السلام عليه افضل من عتق الرقاب
امحق للذنوب من الماء البارد للنار
و السلام عليه افضل من عتق الرقاب
Ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. dapat memadamkan yakni menghapuskan dosa lebih daripada air sejuk memadamkan api. Ucapan salam kepada baginda lebih afdhal daripada memerdekakan hamba sahaya.Maka sewajarnya kita hamba yang dosanya sudah bertimpa-timpa memperbanyakkan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Apatah lagi pada malam dan hari Jumaat, hari dan malam di mana ganjaran amalan digandakan Allah. Kita sedia maklum dari hadis-hadis yang biasa kita dengar menyatakan bahawa bagi setiap ucapan sholawat kita ke atas Junjungan akan diberi balasan 10 kali lipat oleh Allah s.w.t. Di samping itu ada juga riwayat yang menyatakan bahawa balasan bagi setiap sholawat diberi balasannya oleh Allah dengan 70 kali ganda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya yang menyatakan:-
من صلى على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم مرة
صلى الله تعالى عليه بها سبعين مرة
صلى الله تعالى عليه بها سبعين مرة
"Sesiapa yang bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. sekali, maka Allah akan merahmatinya 70 kali" .Mulla 'Ali al-Qari dalam syarahnya kepada kitab "asy-Syifa`", menyatakan bahawa kedua-dua hadis tersebut tidaklah bercanggah kerana gandaan 70 kali tersebut berkemungkinan adalah bagi sholawat yang dilakukan pada hari Jumaat. Beliau menyatakan, antara lain:-
إن هذه المضاعفة تكون بخصوص يوم الجمعة
اذ قد ورد ان الأعمال كلها تضاعف فيه بسبعين ضعفا
و هو يؤيد ما ورد انه اذا وافق يوم عرفة يوم الجمعة
كان حجه بسبعين حجة
اذ قد ورد ان الأعمال كلها تضاعف فيه بسبعين ضعفا
و هو يؤيد ما ورد انه اذا وافق يوم عرفة يوم الجمعة
كان حجه بسبعين حجة
Bahawasanya gandaan pahala ini berlaku kerana kekhususan hari Jumaat yang mana telah warid bahawa segala amalan pahalanya diganda 70 kali ganda pada hari Jumaat. Dan ianya menguatkan apa yang warid bahawasanya apabila bertepatan hari 'Arafah (hari wuquf) dengan hari Jumaat, maka ganjaran hajinya akan diganda dengan pahala 70 kali haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan