Rajab bulan mulia yang termasuk dalam senarai bulan-bulan haram yang empat. Berbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini, antaranya yang ialah peristiwa isra' dan mi'raj di mana Junjungan Nabi s.a.w. dianugerahkan dengan amalan utama bersholat lima waktu sehari-semalam. Malang sekali, tempat bermulanya mi'raj Junjungan Nabi s.a.w. ke langit dan seterusnya ke Mustawa masih belum dibebaskan daripada penjajahan Zionis. Justru, ketika memperingati peristiwa isra' dan mi'raj, jangan lupa kepada nasib tanah suci Baitul Maqdis. Hulurkanlah bantuan menurut kemampuan bagi membela nasib Baitul Maqdis dan jangan lupa berdoa agar Allah memeliharanya dan mengembalikannya kepada kita suatu hari nanti.
Keadaan umat yang menyedihkan, ditindas dan dizalimi berterusan, seharusnya membawa keinsafan untuk kita memperkukuhkan ukhuwwah dan bukannya saling bermusuhan walaupun berbeza pendapat. Khilafiyyah dalam hukum-hakam furu' tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk bermusuhan. Berbalik kepada Rajab, sebagaimana dalam bulan-bulan haram yang lain, antara amalan yang dianjurkan kita melakukannya dalam bulan - bulan tersebut adalah berpuasa sunnat. Antara anjuran tersebut adalah sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang menyatakan:-
صم أشهر الحرم
"Berpuasalah pada bulan-bulan haram."
Maka tidaklah menjadi persoalan sangat bagi mereka-mereka yang melaksanakan puasa sunnat dalam bulan Rajab ini, walaupun hadits-hadits yang menceritakan kelebihan berpuasa dalam bulan ini dinilai dhoif atau tidak tsabit kesahihannya oleh ramai muhadditsin. Ini adalah kerana berpuasa dalam bulan Rajab termasuk dalam galakan atau anjuran umum untuk berpuasa dalam bulan-bulan haram. Justru, berpuasa dalam bulan-bulan haram termasuklah bulan Rajab, telah menjadi amalan para salaf terdahulu antaranya Sayyidina Ibnu 'Umar r.a. dan Imam al-Hasan al-Bashri.
Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam "Lathoiful Ma'aarif" walaupun hadits-hadits berhubung kelebihan berpuasa secara khusus dalam bulan Rajab tidak sahih, akan tetapi ada diriwayatkan daripada Abu Qilaabah yang menyatakan:-
Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa Abu Qilaabah adalah sebesar-besar tabi'in, maka tidaklah dia berkata sedemikian melainkan ianya telah disampaikan kepadanya (yakni disampaikan daripada sahabat yang menerimanya daripada Junjungan Nabi s.a.w.).
Maka, hentikanlah bid'ah membid'ah, keji-mengeji dan sebagainya, sesiapa yang hendak berpuasa biarkanlah mereka, sesiapa yang tidak mahu, maka terpulang. Renungilah keadaan umat ini, dan fikirkanlah serta berusahalah untuk mengembalikan kedaulatan Islam di bumi Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsha.
Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam "Lathoiful Ma'aarif" walaupun hadits-hadits berhubung kelebihan berpuasa secara khusus dalam bulan Rajab tidak sahih, akan tetapi ada diriwayatkan daripada Abu Qilaabah yang menyatakan:-
في الجنة قصر لصوام رجب
"Dalam syurga ada mahligai bagi orang-orang yang berpuasa dalam bulan Rajab."
Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa Abu Qilaabah adalah sebesar-besar tabi'in, maka tidaklah dia berkata sedemikian melainkan ianya telah disampaikan kepadanya (yakni disampaikan daripada sahabat yang menerimanya daripada Junjungan Nabi s.a.w.).
Maka, hentikanlah bid'ah membid'ah, keji-mengeji dan sebagainya, sesiapa yang hendak berpuasa biarkanlah mereka, sesiapa yang tidak mahu, maka terpulang. Renungilah keadaan umat ini, dan fikirkanlah serta berusahalah untuk mengembalikan kedaulatan Islam di bumi Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsha.
Saudara Abu Muhammad di Barusshofa,
BalasPadamAssalamu'alaikum, sedikit cadangan iaitu agar Saudara membetulkan perkataan 'Baitul Muqaddis' kepada samaada 'Baitul Maqdis' atau 'Baitul Muqaddas'. Saya teringat satu ketika dulu pernah ditegur oleh seorang Ustaz tentang hal yang sama kerana permasalahan maknanya berbeza dan berkait dengan aqidah katanya. Untuk lebih terperinci Saudara boleh merujuk kepada mereka yang ahli tentang itu. Sekiranya pendapat itu tidak benar harap dapat dikongsikan dengan saya. WaLlahu 'alam.
Al-Faqir-illaLlah
KorbanDemokrasi
wa 'alaikumus salam.
BalasPadamTerima kasih atas teguran antum tersebut.
Memanglah nama yang tepat bagi tempat suci tersebut adalah baitul maqdis (rumah /tempat suci) atau baitul muqaddas (rumah/tempat yang disucikan.
Cuma ambo guna nama "baitul muqaddis" adalah mengikut nama yang lumrah digunakan oleh kebanyakan orang kita di Malaysia. Berbeza dengan di Indonesia. Sama seperti Kota Dimasq yang disebut sebagai Damsyik oleh orang kita.
Mengenai kaitan dengan aqidah, maka ianya adalah sesuatu yang dibesar-besarkan kerana walaupun disebut sebagai baitul muqaddis (rumah/tempat yang mensucikan) ambo percaya tidak ada seorang pun orang kita yang beri'tiqad tempat/rumah tersebut yang mensucikan selain Allah. cuma dinisbahkan sebagai kinayah semata-mata.
Harap jangan pulak ada orang kita yang dihukumkan sebagai "syirik" semata-mata kerana dia menggunakan nama baitul muqaddis.
Allahu a'lam
Contoh penggunaan nama "baitul muqaddis" oleh pihak agama Malaysia.
BalasPadamhttp://www.al-azim.com/masjid/rejab/
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
BalasPadamBaitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
sumber: Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Saudara Abu Muhammad di Barusshofa,
BalasPadamAlhamduliLlah & jazakakumuLlah atas maklumat yang diberi.
Yang saya ingat ketika ambo ditegur dulupun ianya oleh seorang Ustaz yang terdidik di Riyadh, S.Arabia dan, memandangkan Pejabat Mufti pun menggunakan perkataan "Baitul Muqqadis" dan ianya adalah sebagai kata-kata biasa orang Melayu, ambo terimalah pendapat itu. Rasanya kalau begitu taklah perlu dibesar-besarkan lagi.
Walau bagaimanapun, sebagai peringatan, ambo masih berharap agar Blog ambo sentiasa dipantau oleh Bahrus Shofa dan jika ada persoalan-persoalan dan komen yang berhubung keterbabasan ambo (dalam loghat Al-Kelantani disebut "kkehel") dalam hal yang berkaitan Aqidah Ahl Sunnah Wal Jama'ah, maka ambo mintak supaya ambo ditegur.
Sekian, wassalamu'alaikum
AL-FAQIR-ILLALLAH KORBAN DEMOKRASI
Salam.
BalasPadamInsya-Allah, sama-samalah kita saling berpesan-pesan atas kebenaran.
JazakumUllahu ahsanal jaza'.
Amiiin!, BarakaLlah ajmaiin!
BalasPadam