Satu masa dahulu, bangsa Turki telah menunjukkan keberanian mereka dengan menjadi jaguh umat Islam. Mereka membina empayar besar, Daulah atau Khilafah `Uthmaniyyah, yang berdiri ratusan tahun lamanya, menjulang panji-panji Islam. Adakah kemungkinan bangsa yang pernah menjadi jaguh Islam ini, kembali menjadi jaguh Islam. Berita hari ini menyebut bahawa Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, telah bertindak keluar meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos, Switzerland, setelah tidak diberi peluang bercakap mengenai keganasan Tel Aviv di Gaza. Beliau sempat menempelak terroris Shimon Peres atas kekejaman yang telah dilakukan oleh Tel Aviv.
Jasa-jasa Khilafah 'Uthmaniyyah dan bangsa Turki dalam mempertahankan kedaulatan Islam bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita lupakan. Mereka telah mengharumkan nama Islam satu ketika dahulu. Di tangan merekalah Kota Constantinople berjaya dibuka dan dimerdekakan. Maka berubahlah ia menjadi Kota Islam (Istanbul) yang sebelumnya merupakan pusat Kristian dan kemegahan Empayar Roma Timur (East Byzantine). Junjungan Nabi s.a.w. telah memuji pembuka kota Contantinople tersebut dan bala tenteranya dalam sabdaan Junjungan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam al-Hakim, Imam ath-Thabrani dan Imam Ahmad yang berbunyi:-
Maka jatuhlah pujian Junjungan Nabi s.a.w. kepada Sultan Muhammad ke-II yang terkenal dengan gelaran Abul Khairat Muhammad al-Fatih, sultan Khilafah 'Uthmaniyyah yang ke-7. Insya-Allah wa bi `awnihi, moga Allah beri kelapangan untuk kita tulis nanti berhubung hadits tersebut dan Sultan Muhammad al-Fatih rhm. Namun, sudah menjadi resam dunia, tiada yang kekal, khilafah tersebut akhirnya musnah. Mudah-mudahan tidak semuanya hilang, mudah-mudahan semangat dan keberanian tentera-tentera al-Fatih untuk berjuang menegakkan Islam masih wujud dalam jiwa anak cucu, pewaris dan bangsa mereka. Moga Allah memberikan tawfiqNya, hidayahNya dan inayahNya kepada mereka dan sekalian umat ini untuk bangun semula mendaulatkan Islam.لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
Sesungguhnya akan dibuka (yakni untuk Islam) Kota Constantinople, dan sebaik-baik raja adalah rajanya (yakni yang membukanya) dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut (yakni tentera yang berjaya membuka kota tersebut).
**************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan