Sesungguhnya menyambut dan merayakan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. dengan niat untuk ingat kepada baginda dan membesarkan baginda adalah satu amalan yang besar dan dipandang utama oleh para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Para ulama kita menyatakan bahawa amalan ini adalah satu qurbah kepada Allah s.w.t dan kekasihNya s.a.w. Memandangkan kebanyakan umat Islam di dunia ini adalah pengikut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, maka kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. terus dimuliakan dan diingati, alhamdulillah. Dakyah puak-puak Wahhabi dengan jagoan mereka antaranya Bin Baz terus tenggelam ditelan kebenaran. Fatwa-fatwa yang menyesatkan perayaan dan sambutan Mawlidur Rasul hanya tinggal fatwa-fatwa yang tak bernilai, fatwa yang hanya menghabiskan kertas dan dakwat sahaja. Fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang dah tak ada benda lain lagi yang nak difatwakannya. Biaq pilah kat depa.
Syaikh 'Ali Jum`ah, mufti Mesir, adalah antara ulama kontemporer yang memandang baiknya amalan memperingati Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Dalam karya beliau "al-Bayan" pada halaman 164 beliau menyatakan, antara lain:-
Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada baginda s.a.w. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi s.a.w. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan. Dan telah shohih sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang menyatakan :- "Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidaklah beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku paling dikasihinya berbanding ayah dan anaknya". Dan bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- "Tidak beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku yang paling dikasihinya berbanding anaknya, ayahnya dan manusia sekaliannya."Allahu ... Allah, wahai ikhwah, hendaklah kita membesarkan majlis-majlis memperingati Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. dengan menjaga segala adab dan etika demi memuliakan makhluk Allah yang paling agung, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Perhatikanlah wahai ikhwah akan kata-kata Syaikh `Ali yang menyatakan bahawa majlis-majlis peringatan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah min afdhalil a'maal wa a'dhzamil qurubaat. Maka biaq pilah kat mereka-mereka yang mencemoh peringatan Mawlid Junjungan s.a.w. Apa yang terlebih pelik adalah ada manusia yang sanggup berbelanja untuk meraikan hari kelahiran dirinya atau isterinya atau anaknya, tetapi dalam masa yang sama memandang serong terhadap orang yang merayakan hari kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. Apa punya orang ni aaa!!!!! Nabi punya dia kata bid`ahsesat, sendiri punya nape sibuk nak rayakan?? Siap buat kat hotel plak, ada ati nak bid`ahkan orang. Allahu ... Allah, dunia dah nak kiamat kot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan