Rabu, April 29, 2009

Talqin - Ibnu Taimiyyah

Talqin laie nampaknya ari ni. Sajo ese nak nambah tulisan mengenainya, bior kita yang beramal dengannya tahu mano punca mano asalnya amalan tersebut. Nun di sebolah itu ese bubuh gambo Syaikh Afeefuddin al-Jilani tongah membaco talqin. Sungguh bukan orang Melayu jo yang bertalqin, ese pun masih ingat, Raja Husein Jordan meninggal pun dibacakan talqin versi ringkas tapi cam biaso diserukan jugak namanya dan diajari. Ari ni ese nak nulih sikit berkaitan fatwanya Ibnu Taimiyyah mengenai amalan membaca talqin. Ni korang jangan plak tuduh ese ni wahabi ko, pengkagum Ibnu Taimiyyah ko, dan dan dan sebagainya. Ese sajo jo bawak kalam tokoh yang dikagumi oleh kaum mudah yang ado kek Mesia ni, biar kaum mudah ni rileks sikit ngan majoriti umat Islam yang beramal dengan amalan talqin. Maka tersebutlah dalam fatwanya Ibnu Taimiyyah dalam Majmu` Fatawa jilid 24 halaman 297 akan kata-kata berikut:-
Telah ditanyai orang akan Ibnu Taimiyyah berkaitan hukum talqin bagi mayyit di kuburan setelah selesai dikebumikan. Adakah shohih hadits padanya daripada Nabi s.a.w. atau daripada sahabat baginda? Dan adakah apabila tiada sesuatu riwayat mengenai amalan tersebut, ianya boleh diamalkan atau tidak? Maka dia menjawab:

هذا التلقين المذكور قد نقل عن طائفة من الصحابة‏ أنهم أمروا به، كأبي أمامة الباهلي، وغيره‏.‏ وروي فيه حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم، لكنه مما لا يحكم بصحته، ولم يكن كثير من الصحابة يفعل ذلك، فلهذا قال الإمام أحمد وغيره من العلماء‏:‏ إن هذا التلقين لا بأس به، فرخصوا فيه، ولم يأمروا به‏.‏ واستحبه طائفة من أصحاب الشافعي، وأحمد، وكرهه طائفة من العلماء من أصحاب مالك، وغيرهم‏........ وقد ثبت أن المقبور يسأل، ويمتحن، وأنه يؤمر بالدعاء له‏.‏ فلهذا قيل‏:‏ إن التلقين ينفعه، فإن الميت يسمع النداء‏.‏ كما ثبت في الصحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال‏:‏ ‏(‏إنه ليسمع قرع نعالهم‏)‏، وأنه قال‏:‏ ‏(‏ما أنتم بأسمع لما أقول منهم‏)‏، وأنه أمرنا بالسلام على الموتي‏.‏ فقال‏:‏ ‏(‏ما من رجل يمر بقبر الرجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا رد اللّه روحه حتى يرد عليه السلام‏)‏‏.‏ واللّه أعلم‏.‏

Adalah talqin yang tersebut, ianya telah dinukilkan daripada sekelompok sahabat di mana mereka menyuruh melakukannya, seperti Sayyidina Abu Umamah al-Bahili dan selainnya. Telah diriwayatkan padanya hadits daripada Nabi s.a.w. akan tetapi ianya tidaklah dihukumkan sebagai hadits yang shohih dan kebanyakan sahabat tidak melakukannya. Maka atas dasar inilah berkata Imam Ahmad dan ulama lainnya bahawa talqin itu adalah amalan yang tidak ada apa-apa kesalahan jika dilakukan (yakni ianya adalah perkara yang harus atau mubah untuk dilakukan menurut Imam Ahmad), maka mereka memberi kelonggaran pada amalan tersebut (yakni tidak bersikap keras menegahnya) dan tidaklah pula mereka menyuruhnya. Dan sekumpulan ulama mazhab Imam Syafi`i dan mazhab Imam Ahmad menghukum amalan talqin ini sebagai MUSTAHAB (disukai), manakala sekumpulan ulama daripada mazhab Imam Malik dan selain mereka menghukumkannya sebagai makruh. .............. Dan telah sabit bahawasanya ahli kubur itu ditanya dan diuji, dan bahawasanya disuruh kita mendoakan dia, oleh itu dikatakan orang bahawa talqin itu bermanfaat bagi mayyit kerana sesungguhnya mayyit itu mendengar dia akan seruan (percakapan) sebagaimana sabit dalam hadis yang shohih daripada Nabi s.a.w. di mana baginda bersabda: "Bahawasanya dia (yakni si mati) mendengar derapan kasut-kasut mereka (yakni orang - orang yang menghantarnya ke kubur)." Dan bahawasanya Nabi menyuruh kita untuk memberi salam kepada orang mati, di mana baginda bersabda: "Tidaklah seseorang yang melalui kubur seseorang yang dikenalinya sewaktu di dunia dahulu, lalu dia mengucapkan salam kepada si mati tersebut melainkan Allah akan mengembalikan rohnya sehingga dia boleh membalas salam tersebut."
Ibnu Taimiyyah juga menyatakan bahawa:-

تلقينه بعد موته ليس واجباً بالإجماع‏.‏ ولا كان من عمل المسلمين المشهور بينهم على عهد النبي صلى الله عليه وسلم وخلفائه‏.‏ بل ذلك مأثور عن طائفة من الصحابة، كأبي أمامة، وواثلة بن الأسقع‏. فمن الأئمة من رخص فيه كالإمـام أحمد‏.‏ وقد استحبه طائفة من أصحابه، وأصحاب الشافعي‏.‏ ومن العلماء من يكرهه لاعتقاده أنه بدعة‏.‏ فالأقـوال فيه ثلاثة‏:‏ الاستحباب، والكراهة، والإباحة، وهذا أعدل الأقوال

Talqin bagi si mati setelah kematiannya bukanlah satu kewajipan menurut ijma`, dan bukanlah amalan yang masyhur dilakukan oleh kaum Muslimin pada zaman Nabi s.a.w. dan para khalifah baginda. Tetapi amalan talqin yang sedemikian itu adalah sesuatu yang ma`tsur daripada sekumpulan sahabat seperti Sayyidina Abu Umamah dan Sayyidina Waatsilah bin al-Asqa' (yakni satu amalan yang ma`tsur diamalkan oleh sebahagian sahabat). Maka daripada kalangan para imam ada yang memberi kelonggaran bagi amalan tersebut seperti Imam Ahmad. Sekumpulan ulama mazhab Imam Ahmad dan ulama mazhab Imam Syafi`i menghukumkannya sebagai mustahab, dan sebahagian ulama lain pula menghukumkannya sebagai makruh kerana mereka memandangnya sebagai bid`ah. Maka hukum talqin itu ada 3 pendapat ulama, iaitu:- (i) mustahab, (ii) makruh dan (iii) mubah, dan inilah pendapat paling sederhana antara segala pendapat tersebut (yakni pendapat yang mengharuskan itu dipandang oleh Ibnu Taimiyyah sebagai pendapat yang paling sederhana).
Begitulah pandangan tokoh pujaan Asri mengenai talqin. Apa yang jelas bahawa Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan bahawa terdapatnya khilaf mengenai amalan talqin ini. Ibnu Taimiyyah turut menyatakan bahawa walaupun tiada hadits shohih (menurut pandangannya) yang menyuruh bertalqin dan ianya tidak masyhur diamalkan oleh kebanyakan sahabat, tetapi tidak dinafikan bahawa ada sebahagian sahabat yang melakukannya dan menyuruhnya seperti Sayyidina Abu Umamah r.a. dan Sayyidina Waatsilah r.a. Oleh itu, adalah tidak tepat untuk menegah para pengikut mazhab Syafi`i menjalankan upacara talqin kerana ianya dihukumkan mustahab / sunnat untuk dilakukan menurut mazhab ini. Bahkan sebahagian ulama daripada kalangan mazhab yang lain tersebut turut bersependapat untuk memustahabkan amalan talqin atau setidak-tidaknya memubahkannya. Oleh itu, hentikanlah usaha untuk mencegah para pengikut Syafi`i untuk terus bertalqin di atas kubur. Kepada saudara-saudara semazhab yang ada kat Peghelih, jangan takut nak baca talqin, kalu mupeti baru tu berani nak cegah, habaq mai, nanti kita hantar Sarawak Ranger gi luku kepala dia.

**************************************


YB Nizar Jamaluddin sedang membaca talqin

2 ulasan:

  1. Sidi Abu Muhammad,
    Assalamu'alaikum

    Kalau nak pergi luku, habag mai dekat TokPakir juga, kita gi sama-sama. TokPakir nak lepaskan tomoi siam TokPakir.

    Salam,
    TokPakirKD

    BalasPadam