Ikhwah, dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah, di antara perkara yang membatalkan puasa adalah masuknya sesuatu `ain (unsur benda) walaupun sedikit ke dalam rongga terbuka yang biasa seperti mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur. Perkara ini disebut adalah karya-karya fiqh mazhab kita asy-Syafi`iyyah seperti "Fathul Mu`in" yang menyatakan:-
Dan batal (puasa) dengan masuknya sesuatu 'ain (benda) walaupun sedikit ke dalam apa yang dinamakan sebagai jauf (rongga).
Daripada nas kitab tersebut, dapatlah difahami bahawa jika seseorang tanpa paksaan daripada seseorang (yakni tanpa ikrah yang mu'tabarah pada syara`) dengan sengaja dan dengan tahu memasukkan sesuatu `ain, walaupun sedikit, baik berupa ubat yang diperlukannya melalui alat penyembur ubat (inhaler) ke mulut atau ke hidungnya maka batallah puasanya. Cuma bagi orang yang terpaksa melakukannya tidaklah dia berdosa kerana berbuka dari puasanya, tetapi dia kenalah mengqadha`nya pada hari lain atau jika penyakitnya tersebut tiada harapan untuk sembuh, di mana setiap siang hari hidupnya terpaksa menggunakan ubat tersebut, maka wajiblah dia mengeluarkan fidyah atas keuzurannya untuk tidak berpuasa tersebut.
Inilah hukumnya bagi seumpama penghidap asthma apabila terpaksa menggunakan inhaler sewaktu berpuasa. Dan inilah yang difatwakan oleh banyak ulama kita termasuklah oleh Darul Ifta` al-Mishriyyah melalui Syaikh Dr. Ali Jum`ah Muhammad hafizahUllah, mufti Mesir, yang menyebut antara lain:-
Syaikh 'Athiyyah Saqr rahimahUllah, mantan ketua Lujnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif, pun menyatakan pendapat yang sama dengan yang diutarakan oleh Mufti Dr. 'Ali Jum`ah di atas. Di mana dalam himpunan fatwa beliau "Ahsanul Kalaam fi al-Fatawaa wal Ahkam", beliau menyatakan antara lain:-
Dari dua pendapat di atas, maka kawan lebih cenderung dengan pendapat para ulama yang pertama tadi, iaitu ulama seperti Syaikh 'Ali Jum`ah (gambar beliau di sebelah), Syaikh 'Athiyyah dan lain-lainnya tadi, yang telah memfatwakan bahawa penggunaan inhaler ketika berpuasa membatalkan puasa. Ini adalah kerana ianya lebih ihtiyath. Jika dikatakan bahawa penggunaan inhaler itu tidak membatalkan kerana darurat, maka adakah seseorang yang kelaparan atau kehausan yang amat sangat sehingga memudaratkan dirinya boleh makan dan minum dan perbuatannya itu tidak membatalkan puasanya kerana darurat? Sudah tentu dia boleh makan dan minum kerana darurat tersebut tetapi batallah puasanya, maka sama jugalah keadaannya dengan orang yang menggunakan inhaler. Sungguh inilah pendapat yang berhati-hati dalam fatwa dan jauh dari sikap bermudah-mudah. Tetapi sesiapa yang hendak ikut fatwa yang mengatakan tidak batal, maka terpulanglah kat kome. Kuburnya masing-masing, pepandailah jawab.
و يفطر بدخول عين و إن قلت إلى ما يسمى جوفا
Dan batal (puasa) dengan masuknya sesuatu 'ain (benda) walaupun sedikit ke dalam apa yang dinamakan sebagai jauf (rongga).
Daripada nas kitab tersebut, dapatlah difahami bahawa jika seseorang tanpa paksaan daripada seseorang (yakni tanpa ikrah yang mu'tabarah pada syara`) dengan sengaja dan dengan tahu memasukkan sesuatu `ain, walaupun sedikit, baik berupa ubat yang diperlukannya melalui alat penyembur ubat (inhaler) ke mulut atau ke hidungnya maka batallah puasanya. Cuma bagi orang yang terpaksa melakukannya tidaklah dia berdosa kerana berbuka dari puasanya, tetapi dia kenalah mengqadha`nya pada hari lain atau jika penyakitnya tersebut tiada harapan untuk sembuh, di mana setiap siang hari hidupnya terpaksa menggunakan ubat tersebut, maka wajiblah dia mengeluarkan fidyah atas keuzurannya untuk tidak berpuasa tersebut.
Inilah hukumnya bagi seumpama penghidap asthma apabila terpaksa menggunakan inhaler sewaktu berpuasa. Dan inilah yang difatwakan oleh banyak ulama kita termasuklah oleh Darul Ifta` al-Mishriyyah melalui Syaikh Dr. Ali Jum`ah Muhammad hafizahUllah, mufti Mesir, yang menyebut antara lain:-
Dalam fatwa beliau yang dihimpun dengan jodol "al-Kalimuth Thoyyib", Dr. 'Ali Jum`ah menyatakan pada halaman 109:-وكل ما دخل إلى جوف الإنسان عن طريق فتحة طبيعية مثل الفم والأنف والأذن فإنه يكون مفطرا والبخاخات التي تستعمل في مثل الحالات التي ذكرت في السؤال تدخل رزازا إلى جوف الإنسان مما يؤدي إلى فطر من استعملها وعدم انعقاد صيامه............... فإن البخاخات المستعملة في مثل هذه الحالات مفطرة للصائم
Dan setiap apa yang masuk ke dalam rongga seseorang insan melalui jalan yang terbuka secara semulajadi seperti mulut, hidung dan telinga, maka jadilah ianya membatalkan puasa. Penyembur (inhaler / spray) yang digunakan seumpama dalam situasi yang disebut dalam pertanyaan (yakni penggunaan inhaler bagi penghidap asthma) memasukkan sesuatu semburan ke rongga seseorang insan yang membawa kepada batalnya puasa sesiapa yang menggunakannya .... Sesungguhnya penyembur yang digunakan dalam situasi ini membatalkan puasa orang yang berpuasa.
Jika ubat yang digunakan dengan perantaraan penyembur (spray) tersebut sampai ke rongga seseorang melalui mulut atau hidung, maka ianya membatalkan puasa. Jika tidak sampai sesuatu daripadanya ke rongga, maka tidaklah ianya membatalkan puasa. Dalam situasi batalnya puasa, maka wajiblah seseorang itu mengqadha`nya pada hari-hari lain setelah hilang penyakitnya. Jika penyakitnya itu berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, maka menurut hukum syarak tidaklah wajib atasnya untuk berpuasa, tetapi dia diwajibkan mengeluarkan fidyah berupa memberi makanan untuk siang dan malam kepada orang miskin sebanyak hari yang dia tidak berpuasa itu.
Syaikh 'Athiyyah Saqr rahimahUllah, mantan ketua Lujnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif, pun menyatakan pendapat yang sama dengan yang diutarakan oleh Mufti Dr. 'Ali Jum`ah di atas. Di mana dalam himpunan fatwa beliau "Ahsanul Kalaam fi al-Fatawaa wal Ahkam", beliau menyatakan antara lain:-
Begitulah juga fatwa daripada Dr. Ahmad al-Haji bin Muhammad al-Mahdi bin Ahmad bin Muhammad 'Assaf al-Kurdi, seorang ulama yang menjadi pakar syariah (fiqh) di Kuwait dan anggota lembaga fatwanya, menyatakan:-فقد قال العلماء: نقط الأنف والبخار الذي يشم من إصبع الربو يبطل بهما الصيام، وإذا كان المريض لا يستغني عنهما في الصيام؛ جاز له الفطر وعليه القضاء بعد الشفاء من المرض، وإن كان المرض مزمنا لا يرجى شفاؤه كان له الفطر، وعليه الإطعام عن كل يوم مسكينا
Para ulama telah berpendapat ubat titik hidung dan wap (yakni wap ubat / nebulizer ) yang disedut oleh penghidap asthma membatalkan puasa. Apabila si pesakit terpaksa menggunakannya tatkala berpuasa, maka haruslah dia berbuka dan hendaklah dia mengqadha` puasanya setelah dia sembuh dari penyakit. Jika sekiranya sakitnya berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, pesakit tersebut tidak perlu berpuasa, dia hendaklah membayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari (yang dia tidak berpuasa)
Selain daripada mereka-mereka di atas, ramai lagi ulama yang mempunyai pendapat yang serupa. Antaranya Syaikh Omar al-Khatib Singapura, Dr. Wahbah az-Zuhayli dan lain-lain. Di Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dalam koleksi soal-jawab onlinenya menyatakan:-فالبخاخ مفطر للصائم، فإذا احتاج إليه المريض حاجة كبيرة في نهار رمضان ولم يغن غيره عنه، فله الفطر ثم القضاء بعد العيد. وعند العجز الدائم عن الصوم تجب الفدية.
Penyembur ubat (inhaler) itu membatalkan puasa orang yang berpuasa. Maka apabila orang sakit itu sangat memerlukannya pada siang hari Ramadhan dan tidak ada cara lain selain daripada menggunakannya, maka dia boleh berbuka kemudian mengqadha` puasanya selepas hari raya. Sekiranya dia lemah daripada berpuasa selamanya, wajiblah dia membayar fidyah.
Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.Namun tidak dinafikan dalam isu penggunaan inhaler ini tidak lepas dari perbezaan pendapat. Ada segelintir ulama, terutamanya ulama Saudi @ Wahabi seperti Syaikh Bin Baz, Syaikh Utsaimin dan sebagainya, menghukumkan penggunaannya tidak membatalkan puasa. Dan dikatakan bahawa inilah juga pendapat Syaikh Yusuf al-Qardhawi. Di antara alasan mereka ialah penggunaan inhaler tidak termasuk dalam hukum makan dan minum kerana yang disedut itu diumpamakan seperti menyedut udara dan ianya tidak masuk ke dalam perut. Walau bagaimanapun dalam perkembangan yang terbaru, terdapat ulama Saudi sendiri yang telah mulai meragui fatwa yang menyatakan tidak batal tersebut dan mengambil sikap bertawaqquf dan menganjurkan agar mengamalkan ihtiyath seperti Dr. Yusuf bin Abdullah bin Ahmad al-Ahmad, anak didik Bin Baz dan lain-lain ulama yang sewaktu dengannya, beliau juga adalah pensyarah di Kuliah Syariah, Universiti al-Imam Muhammad bin Saud al-Islamiyyah, Riyadh. Menurut Dr. Yusuf berdasar kepada penyelidikan pakar perubatan, kira-kira 60% daripada apa yang disedut sampai ke perut, inilah antara sebab mengapa beliau mengambil sikap tawaqquf mengenai fatwa yang tidak membatalkan itu.
Dari dua pendapat di atas, maka kawan lebih cenderung dengan pendapat para ulama yang pertama tadi, iaitu ulama seperti Syaikh 'Ali Jum`ah (gambar beliau di sebelah), Syaikh 'Athiyyah dan lain-lainnya tadi, yang telah memfatwakan bahawa penggunaan inhaler ketika berpuasa membatalkan puasa. Ini adalah kerana ianya lebih ihtiyath. Jika dikatakan bahawa penggunaan inhaler itu tidak membatalkan kerana darurat, maka adakah seseorang yang kelaparan atau kehausan yang amat sangat sehingga memudaratkan dirinya boleh makan dan minum dan perbuatannya itu tidak membatalkan puasanya kerana darurat? Sudah tentu dia boleh makan dan minum kerana darurat tersebut tetapi batallah puasanya, maka sama jugalah keadaannya dengan orang yang menggunakan inhaler. Sungguh inilah pendapat yang berhati-hati dalam fatwa dan jauh dari sikap bermudah-mudah. Tetapi sesiapa yang hendak ikut fatwa yang mengatakan tidak batal, maka terpulanglah kat kome. Kuburnya masing-masing, pepandailah jawab.
***************************************************
Penjelasan Fatwa Mesir oleh Dr. Salim 'Ulwan al-Hasani
Penjelasan Dr. Yusuf bin 'Abdullah al-Ahmad
Salam.
BalasPadamComel penjelasan Sidi.
Ustaz-ustaz moden sekarang berkecenderungan mengeluarkan pendapat yang mudah-mudah dan disukai pula jawabannya oleh yang bertanya. Sesuai dengan nafsu ....
Tidak seperti ulama dahulu, sangat berhati-hati apabila berfatwa.
macamana pula kalau sakit matal. ubat titis mata itu kiranya membatalkan puasa atau tidak?
BalasPadamtq
Ubat titis mata (seperti eye mo) tidak membatalkan puasa kerana mata bukanlah rongga terbuka. Walaupun ada rasanya di tekak tetap tidak batal. Ini adalah menurut pendapat ulama kita asy-Syafi`iyyah.
BalasPadamManakala ulama Malikiyyah menghukumkan batal jika rasanya sampai ke tekak.
Selain berdalilkan yang mata bukan rongga terbuka, maka ada diriwayatkan bahawa Junjungan Nabi SAW bercelak mata ketika baginda berpuasa.
BalasPadam"Manakala ulama Malikiyyah menghukumkan batal jika rasanya sampai ke tekak.".
BalasPadamBaik ustaz, bilakah masanya seorang awam yang mengikut garisan dan panduan mazhab syafie menjadi batal puasanya apabila menitis eye-mo ke dalam mata?
Maksudnya sejauh manakah hukum sesuatu mazhab itu patut (wajib/harus?) di ikuti oleh seorang awam yang kurang pengetahuan yang mendalam dalam bab agama? Apakah kriteria yang menyebabkan seorang awam itu terpaksa menukar mazhab?
contohya hari ini mungkin tidak jadi masalah untuk bertanyakan hukum walaupun jauh sebab ada internet , bagaimana pula buat perantau zaman dahulu?
tq
Dalam mazhab Syafi`i, eye mo yang dimasukkan ke mata TIDAK MEMBATALKAN PUASA walaupun rasanya sampai ke tekak.
BalasPadamSeseorang boleh sahaja bertaklid kepada pendapat mazhab lain sekiranya ada keperluan untuk itu, asalkan menjaga jangan sampai berlaku talfiq (yakni campuran yang mengakibatkan fasadnya ibadat tersebut) dan menjauhi budaya tatabu' al-rukhash yang berpaksikan mencari kemudhan kerana mengikut apa yang disenangi oleh hawa nafsu.
Seseorang boleh sahaja bertaklid kepada pendapat mazhab lain sekiranya ada keperluan untuk itu, asalkan menjaga jangan sampai berlaku talfiq (yakni campuran yang mengakibatkan fasadnya ibadat tersebut) dan menjauhi budaya tatabu' al-rukhash yang berpaksikan mencari kemudhan kerana mengikut apa yang disenangi oleh hawa nafsu.
BalasPadamyang ni saya minta ustaz bagi bahasa mudah sket buleh?
Mudah cakapnya, janganlah berpindah ke qawl mazhab lain kerana mencari-cari yang mudah tanpa keperluan dan jgn pula mencampur adukkan taklid dgn pendapat 2 mazhab yang bertentangan dalam perkara yang satu. Contoh klasiknya ialah apabila seseorang berpegang dengan pendapat Imam Ahmad bahawa menyentuh perempuan tidak batal wudhu, kemudian dia makan daging unta dan berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu atas mazhab Imam Syafi`i, maka di sini berlakulah talfiq yang menyebabkan taqlidnya bermasalah. Menurut mazhab Syafi`i wudhunya batal kerana dia menyentuh perempuan ajnabi dan menurut mazhab Hanbali wudhunya juga batal kerana dia telah makan daging unta. Ini contohnya talfiq yang berlaku dalam satu masalah / perkara iaitu perkara wudhu.
BalasPadamJika ianya berhubung dengan 2 masalah / perkara, maka tidaklah dinamakan talfiq. Contoh, wudhu satu masalah, sholat pula satu masalah yang lain. Maka jika seseorang berwudhu mengikut mazhab hanbali, maka tidak mesti sholatnya pun kena ikut mazhab hanbali, ini adalah kerana ianya 2 masalah berbeza. Dia boleh sholat ikut mazhab Syafie walaupun wudhunya wudhu hanbali.
Tapi kalau wudhu ikut hanbali, batal wudhu pun kena ikut mazhab hanbali, sebab ianya masalah / perkara yang satu.
Harap akhi boleh faham. Insya Allah.
baik. sudah terang bab tidak boleh 'mencampur adukkan taklid dgn pendapat 2 mazhab yang bertentangan dalam perkara yang satu'. terima kasih.
BalasPadamsatu lagi - bagaimana pula dengan halnya buat haji.
rata-rata jemaah kita tentunya berwuduk dengan cara mazhab syafie yang mana terbatal bila bersentuhan perempuan ajnabi.
Perlukah mereka berniat dan berwuduk menurut mazhab Hambali sebelum bersolat menurut mazhab Syafie? (sebab ramai yang mengatakan apabila disana - payah sket nak ulang wuduk sebab asik tersentuh je - saya x pernah ke sana dan x tahu situasinya macamana).
Kerana sudah tentunya bab ini 'ada keperluan dan memudahkan' jemaah haji dari mazhab syafie.
Dan adakah diperboleh seorang yang mazhab syafie itu berpegang pada hukum wuduk mazhab hambali sepanjang hayatnya hanya kerna bab pegang wanita dan mungkin juga atas masalah kerjaya(contohnya profession dr, dresa, nurse lelaki dsb)
Dalam mengerjakan haji, kebanyakan jemaah kita dianjurkan untuk berwudhu mengikut mazhab Hanbali (kalau dulunya ikut mazhab Hanafi), maksudnya hendaklah segala rukun dan syarat wudhu serta sah batalnya mengikut cara hanbali. Dianjurkan mazhab hanbali kerana ianya terlebih hampir kepada mazhab syafie berbanding mazhab hanafi dalam bab wudhu, bahkan rukun dan syaratnya lebih ketat berbanding mazhab Syafie. Contohnya kalau basmalah tatkala wudhu itu sunnat di sisi syafie, di sisi hanbali ianya wajib.
BalasPadamJadi kalau nak ikut batal wudhu menurut hanbali, maka wudhunya kenalah ikut mazhab hanbali, yakni pelihara segala syarat dan rukunnya menurut mereka. Inilah maksudnya bertaklid kepada mazhab tersebut, bukanlah ertinya kena niat "sahaja aku berwudhu ikut hanbali atau sebagainya", yang penting kena ikut apa rukun dan syarat dalam mazhab tersebut. Niatnya cam biasa jugak "sahaja aku berwudhu ....".
Bila masuk bab sembahyang, boleh dia sembahyang mengikut cara syafie.
Atau kalau nak lebih mudah lagi, ialah jemaah haji ikut sahaja qawl dhoif dalam mazhab Syafie yang dinisbahkan kepada Imam Daud az-Zahiri yang mengatakan yang menyentuh batal wudhunya dan yang disentuh tidak batal. Tapi kekadang tak dapat juga kita ikut qawl ini apabila berlaku kesesakan kat tempat tawaf, kerana kalau kita tersentuh pun dikira batal.
Ya, jika ada keperluan tidak ada tegahan untuk seseorang mengikut mazhab hanbali dalam berwudhu dan syafie dalam sholat. Tetapi biarlah ada keperluannya, bukan nak main-main.
terima kasih ustaz.
BalasPadamlast la ni kot, atas alasan apa hambali mengatakan tidak batal wuduk bersentuh perempuan ajnabi dan atas alasan apa syafie mengatakan batal? Dan kenapa pula makan 'unta' dikatakan batal oleh hambali.
Dan adakah keputusannya begini - dibolehkan seseorang itu mengambil hukum sesuatu mazhab untuk menyelesaikan suatu masalah berkaitan dirinya dengan syarat orang itu tahu hukum dan tertib mazhab tersebut luar dan dalam. bukan semata-mata ikut atau amik sekerat2 untuk main2 tanpa keperluan yang munasabah.
Sebenarnya, segala aqwal yang dikeluarkan oleh para mujtahid pasti ada sandaran dalilnya dari sumber-sumbernya spt al-Quran, al-Hadits, Ijmak, Qiyas, istihsan, istidlal, istishab, dan sebagainya, yang di sisi mereka itulah yang paling kuat menurut ijtihad mereka. Kadang-kadang seseorang hanya mengetahui satu sahaja dalil para imam, kemudian terus menolak pendapat tersebut sebab hadits itu tidak kuat, sedangkan ada dalil lain yang tidak diketahuinya yang telah digunakan oleh mujtahid tersebut untuk mengeluarkan hukumnya.
BalasPadamMaka berbalik kepada mazhab hambali yang tidak membatalkan wudhu sebab bersentuhan tanpa syahwat dengan perempuan antara dalil yang kita ketahui ialah sebab tafsiran mereka kepada perkataan "laaamastumun nisa`" kerana bagi mereka ianya adalah dengan mad dan bukan semata-mata "lamasamtumun nisa`". Bagi mereka menyentuh itu "lamasa" sedangkan disitu penggunaannya adalah dengan mad, jadi mengikut kaedah penambahan dalam kalimah membawa kepada penambahan maksud iaitu bukan sekadar sentuhan biasa tetapi dengan syahwat atau hubungan kelamin. Selain daripada itu ada juga hadits-hadits yang menurut mereka mendokong qawl mereka.
Di sisi Imam Syafie pula, antara hujjahnya untuk mengatakan batal adalah sebab makna haqiqi bagi "laamasa" itu adalah sentuh, dan hubungan kelamin itu adalah makna majazinya. Maka hendaklah didahulukan makna haqiqi atas makna majazi. Suka kita ingatkan bahawa antara 4 imam mujtahid, maka hanya Imam Syafie yang diiktiraf sebagai hujjah dalam bahasa arab, maka sukar bagi kita untuk mengatakan bahawa Imam Syafie tidak mengetahui maksud sebenar penggunaan kalimah tersebut dalam bahasa arab. Selain daripada itu segala hadis yang dikemukakan oleh pihak yang mengatakan tidak batal itu, di sisi Imam Syafie mempunyai kesamaran yang masih tidak kuat untuk mendokong pendapat tidak batal wudhu tersebut. Inilah secara ringkasnya, sedangkan di situ masih banyak lagi hujjah dan dalil pihak-pihak tersebut, moga Allah meredhai kesemua mereka.
Mengenai batal wudhu dengan makan daging unta di sisi hambali antara sandarannya adalah hadits shohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang Junjungan Nabi ditanyai tentang adakah seseorang perlu berwudhu setelah makan daging unta, maka Junjungan menjawab:-
نعم، فتوضأ من لحوم الإبل
"ya berwudhulah kerana makan daging unta". Ini hadits yang shohih.
Akan tetapi menurut Imam asy-Syafie hadits tersebut walaupun shohih tetapi telah dimansuhkan oleh hadits yang shohih juga yang mengatakan Junjungan terus bersholat walaupun selepas makan daging. Di sinilah letak perbezaan pendapat antara dua imam besar ini.
Oleh itu kenalah kita tahu bahawa bukan semua hadits yang shohih itu boleh jadi hukum, sama jugak dengan ayat al-quran bukan semuanya membawa hukum. Oleh itu seseorang mujtahid kenalah mengetahui bukan sahaja shohih - dhoifnya hadits tetapi kenalah menguasai nasikh dan mansukh.
Terima kasih sekali lagi.
BalasPadamConcluded.
Bak kata Imuwan Melayu Oxford Dr. Muhammad Afifi al-Akiti "proud to be Syafie follower.".
BalasPadamJadi sebagai 'orang awam'?
Terima kasih sekali lagi ustaz kerana sudi meluangkan masa memberi penerangan serba ringkas berkenaan masalah diatas.
Wassalam.