Insya-Allah, pada 31 Oktober 2009 ini (hari Sabtu malam Ahad) akan diadakan peringatan Haul Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad asy-Syafi`i al-Hadhrami di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya. Di antara yang dijangka hadir adalah Habib Muhsin bin Hamid al-Haddad, naib munshib keluarga besar al-Haddad dari Hadhramaut. Semua dijemput hadir.
Isnin, Oktober 26, 2009
Haul Imam al-Haddad di Kuching
Khamis, Oktober 22, 2009
Jom Haul
Alhamdulillah, acara haul Imam al-Haddad telah menjadi acara tahunan nampaknya. Moga haul beliau dijadikan sebagai media untuk mempertingkatkan keyakinan dan keimanan kita kepada agama Allah SWT. Moga dengan meriahnya majlis-majlis dzikrus sholihin ini, rahmat Allah sentiasa mencurah ke atas sekalian umat. Sungguh memperingati orang sholeh itu adalah suatu perbuatan yang kepujian. Imam as-Sayuthi rahimahUllah menukilkan dalam "Jami`ush Shoghir" pada hadits ke-4331 bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-
Para saadah keturunan mulia titihan Junjungan Nabi SAW seharusnya mempertingkatkan lagi ketaqwaan untuk menurut jejak langkah Shohibul Haul Imam al-Haddad serta para leluhur beliau, juga leluhur mereka yang mulia. Meniti sirah perjalanan hidup mereka yang penuh dengan cahaya ilmu, makrifah dan amal ketaqwaan. Itulah yang sewajarnya dijadikan buruan dan carian kita sekalian. Ya nasab juga penting untuk diketahui, tapi jangan hanya pandai dan rajin menyusun-nyusun dan mencari susur galur nasab tetapi tidak pandai menjaga dan memelihara serta memuliakannya. Dua kali malang bagi seorang yang bernasab mulia tetapi tidak tahu menjaga dan memuliakan nasabnya sendiri ... Allahu ... Allah.
Amat sedih, bila ada yang terlalu ghairah mencari susur galur nasab sehingga lupa pula mencari ilmu yang menjadi pegangan para leluhur yang mulia. Allahu ... Allah, cari nasab rajin, tetapi cari ilmu malas, apa nak jadi ni. Nasab yang mulia itu satu keutamaan, yang sewajarnya dijadikan wasilah untuk lebih mencontohi dan mengikuti para leluhur yang mulia dalam titihan nasab tersebut. Jangan pula nasab menjadi hijab yang membantut perjalanan mencari keredhaan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mari kita renungkan sejenak akan bait syair yang digubah oleh Shohibul Haul, Quthubul Imam, al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad rahimahUmullah:-
Akhirul kalam, jika ada kata-kata alfaqir yang mengguris hati keturunan saadah yang mulia, harap dimaafkan. Bukan tujuan alfaqir untuk itu, sekadar berpesan-pesan atas kebenaran dan kerana menuruti sabdaan mahkotanya keturunan mulia. Al-`afwu minkum.
"Mengingati / menyebut para nabi termasuk dalam perbuatan ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kaffaarah (pelebur dosa kesalahan), mengingati mati itu adalah sedekah dan mengingati kubur itu mendekatkan kamu dengan syurga."Hadits ini diriwayatkan Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" daripada Sayyidina Mu`adz RA dengan sanad yang dinilai sebagai dhoif. Dhoif - dhoif pun hadits jugak, tetap ada kemungkinan sabdaan Junjungan SAW. Oleh itu, mari kita raikan majlis haul Imam al-Haddad dan majlis-majlis yang seumpamanya. Mudah-mudahan majlis khair ini akan menarik kepada majlis-majlis kebajikan yang lain.
Para saadah keturunan mulia titihan Junjungan Nabi SAW seharusnya mempertingkatkan lagi ketaqwaan untuk menurut jejak langkah Shohibul Haul Imam al-Haddad serta para leluhur beliau, juga leluhur mereka yang mulia. Meniti sirah perjalanan hidup mereka yang penuh dengan cahaya ilmu, makrifah dan amal ketaqwaan. Itulah yang sewajarnya dijadikan buruan dan carian kita sekalian. Ya nasab juga penting untuk diketahui, tapi jangan hanya pandai dan rajin menyusun-nyusun dan mencari susur galur nasab tetapi tidak pandai menjaga dan memelihara serta memuliakannya. Dua kali malang bagi seorang yang bernasab mulia tetapi tidak tahu menjaga dan memuliakan nasabnya sendiri ... Allahu ... Allah.
Amat sedih, bila ada yang terlalu ghairah mencari susur galur nasab sehingga lupa pula mencari ilmu yang menjadi pegangan para leluhur yang mulia. Allahu ... Allah, cari nasab rajin, tetapi cari ilmu malas, apa nak jadi ni. Nasab yang mulia itu satu keutamaan, yang sewajarnya dijadikan wasilah untuk lebih mencontohi dan mengikuti para leluhur yang mulia dalam titihan nasab tersebut. Jangan pula nasab menjadi hijab yang membantut perjalanan mencari keredhaan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mari kita renungkan sejenak akan bait syair yang digubah oleh Shohibul Haul, Quthubul Imam, al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad rahimahUmullah:-
Jangan engkau tertipu dengan nasab sendiri;
Jangan pula berpada dengan kemuliaan leluhurmu yang wali;
Seharusnya engkau menuruti petunjuk Sang Nabi;
Junjungan Ahmad ke arah sunnah baginda menunjuki.
Jangan pula berpada dengan kemuliaan leluhurmu yang wali;
Seharusnya engkau menuruti petunjuk Sang Nabi;
Junjungan Ahmad ke arah sunnah baginda menunjuki.
Akhirul kalam, jika ada kata-kata alfaqir yang mengguris hati keturunan saadah yang mulia, harap dimaafkan. Bukan tujuan alfaqir untuk itu, sekadar berpesan-pesan atas kebenaran dan kerana menuruti sabdaan mahkotanya keturunan mulia. Al-`afwu minkum.
Isnin, Oktober 19, 2009
Hikayat Angkat Suara
Imam Bukhari rahimahUllah dalam kitab Shohihnya meriwayatkan bahawa pernah dalam satu peperangan antara kaum muslimin dengan pihak kaum musyrikin, ada seorang lelaki yang berada dalam barisan kaum Muslimin yang begitu hebat memerangi kaum musyrikin. Kehebatannya berjuang amat mengkagumkan, akan tetapi Junjungan Nabi SAW tatkala melihat kepada lelaki tersebut telah menyatakan bahawa dia adalah ahli neraka. Maka kelakuan lelaki tersebut telah diperhatikan oleh sebahagian sahabat dan didapati bahawa lelaki yang begitu hebat melawan kaum musyrikin tersebut telah membunuh dirinya apabila tidak tahan menanggung kecederaan yang dialaminya dalam peperangan tersebut. Maka benarlah sabdaan Junjungan Nabi SAW bahawa lelaki itu menjadi ahli neraka. Junjungan diriwayatkan bersabda: "Bahawasanya ada hamba Allah yang beramal dengan apa yang dilihat oleh manusia sebagai amalan ahli syurga, sedangkan sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula yang beramal dengan apa yang dilihat oleh manusia sebagai amalan ahli neraka, sedangkan dia adalah ahli syurga. Sesungguhnya segala amalan itu dikira dengan kesudahannya."
Allahu ... Allah, inilah hadits yang amat menakutkan kita. Ketahuilah bahawa walaupun kita kini beramal dengan berbagai amalan sholeh, tetapi kita tidak tahu bagaimana kesudahan kita nanti. Adakah akan berterusan serta meningkat ataupun akan surut dan akhirnya hilang? Berapa ramai orang yang dahulunya sewaktu belajar, amalan sholehnya subhanAllah, qiyamullailnya tak pernah tinggal, tetapi setelah punya kerjaya, sholat 5 waktu yang fardhu pun dah tak menentu.. Allahu ... Allah. Dan tidak kurang yang kita lihat, orang yang dahulunya perangainya setan pun tabik, tetapi akhirnya diberikan keinsafan, sukakan ilmu dan ulama serta beramal dengan amalan-amalan sholeh. Sungguh benar kata-kata yang sering diucapkan oleh 'ami Salim Syihab hafizahUllah, murid Buya Maliki rahimahUllah di Pontianak: Baik jadi mantan penjahat daripada jadi mantan orang sholeh. Oleh itu, jika kita telah sedikit sebanyak melaksanakan amalan-amalan sholeh, janganlah berbangga dan jangan sekali-kali merasa aman daripada suul khatimah. Sungguh dikatakan bahawa tanda-tanda seseorang itu bakal mendapat suul khatimah apabila dia telah terlalu yakin atau omputih kata udah overconfidence yang dia akan mati husnul khatimah. Ini adalah kerana apabila timbul perasaan tersebut, dia akan lupa dan merasa aman daripada makrallah menjadikannya sasaran mudah bagi setan dan nafsu sehingga akhirnya bukan husnul khatimah yang diperolehi tetapi suul khatimah. Oleh itu jangan lupa pada firmannya Allah SWT dalam surah al-A'raaf ayat 99 yang berbunyi:-
Dan juga hendaklah kita sentiasa ingat akan sabdaan Junjungan SAW:-
Dan juga hendaklah kita sentiasa ingat akan sabdaan Junjungan SAW:-
Maka tersebutlah satu kisah di mana seorang yang hidupnya atas maksiat tetapi akhirnya mendapat rahmat dan hidayah Allah SWT sehingga memperolehi husnul khatimah, mati dalam keadaan diberikan kesempatan bertaubat berkat sholawat atas Junjungan Nabi SAW. Kisah ini tercatat pada halaman 361 kitab "Nuzhatul Majalis" karya Syaikh 'Abdul Rahman ash-Shafuri asy- Syafi`i rahimahUllah, seperti berikut:-
Hikayat: telah berkata sebahagian orang sholeh: Adalah bagiku seorang jiran yang suka melampaui batas, maka aku telah menyuruhnya bertaubat, tetapi tidak endahkannya (yakni setakat pengetahuan orang yang bercerita tersebut). Apabila dia mati, aku telah bermimpi melihatnya di dalam syurga. Maka aku bertanya kepadanya: "Dengan apa engkau mencapai kedudukan ini?" Dia menjawab: "Aku telah hadir pengajian seorang ahli hadits dan aku mendengar beliau menyatakan bahawa sesiapa yang meninggikan suaranya dengan ucapan sholawat ke atas Rasulullah s.a.w. wajib baginya syurga. Lalu aku pun mengangkatkan suaraku dengan sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW dan ikut sama mengangkat suara akan segala yang hadir, maka Allah telah mengampuni kami sekalian.

Syaikh Wan Ahmad bin Musthofa al-Fathani rahimahUllah dalam karyanya "Hadiiqatul Azhaar war Riyaahiin" menukil satu kisah tersebut seperti berikut:-
... Dihikayatkan bahawasanya berkata setengah daripada ahli tashawwuf: "Adalah bagiku seorang yang berhampir rumahnya dengan rumahku yang melampaui atas dirinya dengan maksiat. Tiada diketahui ia akan hari yang ia ada padanya daripada kemarinnya daripada bersangatan mabuknya. Dan adalah aku mengajarkan dia dan menasihatkan dia, maka tiada ia terima dan aku suruhkan dia dengan taubat, maka tiada ia taubat. Maka tatkala mati ia, aku lihatkan dia di dalam mimpiku ia pada setinggi-tinggi tempat dan atasnya pakaian yang hijau daripada pakaian syurga iaitu pakaian kemuliaan dan kebesaran. Maka kataku baginya: `Dengan apa sebab engkau dapat akan martabat yang tinggi?' Katanya: `Hadir ku pada satu ketika akan majlis zikir, maka aku dengar akan orang 'alim yang ada di situ berkata ia: "Barangsiapa sholawat ia atas Nabi s.a.w. dan mengangkatkan suaranya nescaya wajiblah baginya syurga," dan mengangkat orang 'alim itu akan suaranya dengan sholawat atas Nabi dan mengangkatku dan sekalian yang hadirin akan suara mereka itu sekalian, maka diampunkan bagi kami sekalian pada hari itu, dan adalah habuanku daripada ampunan dan rahmat itu bahawa memurah Allah ta`ala atasku ini ni'mat.Allahu .. Allah, tidaklah mustahil bagi Allah untuk memberikan hidayahnya kepada seseorang hambanya untuk bertaubat dan kembali kepadaNya hatta sebelum hamba tersebut menemui ajalnya. Sungguh, pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi seseorang hamba sehinggalah terjadi salah satu dari dua perkara, pertama bila nyawa sudah di tenggorokan dan kedua, pabila matahari terbit dari sebelah barat. Selagi hayat di kandung badan, maka selagi itulah peluang bertaubat masih terbuka luas bagi sesiapa yang ingat bertaubat. Maka janganlah dipersia-siakan, sesungguhnya dalam hadits telah disebut bahawa setiap amalan itu dikira pada kesudahannya. Untuk pengetahuan, kisah yang sama sebagaimana disebut dalam "Nuzhatul Majalis" turut dinukil oleh Raisul Muhadditsin 'Allaamah Maulana Muhammad Zakaria dalam "Fadhail-e-Darood" yang diterjemahkan dengan jodol "Fadhilat Shalawat" pada halaman 156. Sayogia saudara-saudari, khasnya para karkun dan mastura, membaca karya mawlana tersebut agar bertambah kesungguhan kita bersholawat ke atas Junjungan Nabi SAW.
Kisah tersebut pastinya bukan untuk menyuruh orang berbuat maksiat, tetapi menyuruh agar yang berbuat maksiat tetap menaruh harapan untuk kembali ke jalan Allah serta memperolehi rahmatNya, selagi ada hayat dikandung badan. Wahai ahli-ahli maksiat, kembalilah kamu ke jalanNya. Sungguh Allah SWT tetap menerima kamu, jika taubatmu tulus kepadaNya. Oleh itu, marilah kita angkat suara untuk tatkala sholawat ke atas Junjungan teristimewanya dalam majlis-majlis sholawat dan mawlid. Angkatlah suara tu pabila mendengar nama Junjungan SAW disebut, jangan malu-malu, biar meriah dan hidup majlis memperingati dan membesarkan Junjungan SAW. Ingat angkat suara tau, bukan angkat kaki, kalau angkat kaki itu mungkin dah terkena virus Wahabi.... maaf cakap.
******************************************************
Bacaan Taslim oleh Syaikh Abdul Basith rahimahUllah
Bacaan Taslim oleh Syaikh Abdul Basith rahimahUllah
Jumaat, Oktober 16, 2009
Keluasan Rahmat Allah
Keihsanan Allah SWT tiada taranya, rahmatNya amat luas walaupun seksaanNya amat pedih dan dahsyat. Sesiapa yang melaksanakan satu kebajikan pasti akan mendapat ganjaran walaupun ianya hanya seberat zarah. Seseorang yang melakukan amal sholeh pasti tidak akan dipersia-siakan Allah. Tidak ada balasan bagi sesuatu keihsanan melainkan ihsan jua. Keihsanan Allah terhadap hamba-hambanya yang mukmin tidak terputus dari dunia hinggalah ke akhirat. Sewaktu-waktu di alam barzakh, tatkala arwah orang mukmin menunggu tibanya hari kebangkitan, rahmat belas ihsan Allah tetap berlaku. Samada disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri tatkala hidup di dunia dahulu, ataupun sebab amalan dan perbuatan saudara-saudara seagama mereka yang masih hidup. Benar Junjungan SAW dalam sebuah sabdaan menyatakan apabila anak Adam itu mati, terputuslah amalannya selain 3 perkara yang masyhur sebutannya. Jelas yang putus itu adalah amalan si mati tersebut, sedangkan amalan orang yang masih hidup tidak terputus. Yang hidup masih boleh melakukan berbagai amalan seperti doa dan istighfar buat arwah di barzakh, juga masih boleh tahlilan dan yaasinan buat mereka. Ya semua itu adalah keihsanan atas saudara seagama dan tiadalah balasan bagi keihsanan melainkan ihsannya Ilahi. Sampai atau tidak, ya itu bukan urusan kita. Atas kita amalnya, atas Allah qabulnya, tetapi kalau pun tidak yakin, tetap kuat sangkaan yang ianya pasti sampai sebagaimana pernyataan ramai ulama kita yang kebilangan. Ya kalau ngak sampai pun ngak apa-apa, itu tetap sebagai bukti keihsanan kita dan Allah itu lebih lagi keihsanan daripada kita. Sesiapa yang bergantung harap kepadaNya pasti tidak akan dihampakan.
Mari ambil faedah dari nukilan Mufti Hadhramaut, Habib 'Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar Ba 'Alawi rahimahumUllah dalam karya beliau "Bughyatul Mustarsyidin" halaman 97 seperti berikut:-

(Faedah) seseorang melalui kawasan perkuburan lalu dia membaca al-Fatihah dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada ahli kubur yang berada di situ, maka adakah pahala tersebut dibahagi-bahagi antara ahli-ahli kubur itu ataupun setiap seorang daripada mereka akan memperolehi seumpama pahala yang sempurna? Imam Ibnu Hajar rahimahUllah menjawab dengan perkataannya: "Telah memfatwakan sekumpulan ulama dengan yang kedua (yakni setiap seorang ahli kubur tersebut akan memperolehi seumpama pahala yang sempurna bagi bacaan yang telah dihadiahkan itu) dan inilah yang layak dengan keluasan rahmat Allah ta'ala."Moga rahmat Allah dan ihsanNya sentiasa atas kita dan sekalian umat yang mengaku bernabikan Junjungan Sayyidina Muhammad SAW.
**********************************
Kenduri Arwah & Tahlil - Syaikh Nuruddin
Kenduri Arwah & Tahlil - Syaikh Nuruddin
Selasa, Oktober 13, 2009
Doa Mencium Wangian
Habib Ahmad bin Hasan al-`Aththas rahimahUllah adalah seorang waliyullah dan ulama yang terkemuka. Beliau adalah murid kepada Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rahimahUllah. Diceritakan bahawa nenda Buya al-Maliki, Sayyid `Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki rahimahUllah hanya mempunyai zuriat perempuan dan beliau amat mendambakan keturunan lelaki yang boleh menjadi khalifah beliau sebagai Mufti Maliki di Makkah. Satu ketika, tatkala Habib Ahmad bin Hasan hadir ke Makkah, Sayyid 'Abbas telah menziarah beliau serta memohon doa agar beliau dikurniakan dengan anak lelaki. Habib Ahmad al-Attas memaklumkan bahawa beliau akan berdoa untuknya dan Allah akan mengurniakan kepadanya bukan sahaja seorang anak lelaki tetapi anak lelaki yang bakal menjadi ulama terkemuka di Makkah. Selanjutnya, Habib Ahmad berpesan agar anak tersebut nanti dinamakan dengan nama 'Alawi. Apa yang dinyatakan oleh Habib Ahmad tersebut ternyata benar berlaku dan Sayyid 'Abbas telah mendapat seorang anak lelaki yang dinamakannya 'Alawi. 'Alawi akhirnya menjadi ulama besar dan terkemuka di Makkah. Beliaulah al-Imam as-Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki al-Hasani (gambar di atas), ayahanda almarhum Habib Muhammad al-Maliki rahimahUllah.
Maka tersebutlah dalam "Tadzkiirun Naas" pada halaman 170 akan suatu faedah dari kalamnya Habib Ahmad bin Hasan rahimahUllah seperti berikut:-
Maka tersebutlah dalam "Tadzkiirun Naas" pada halaman 170 akan suatu faedah dari kalamnya Habib Ahmad bin Hasan rahimahUllah seperti berikut:-
Telah berkata Quthubul Habib Ahmad bin Hasan al-'Aththas: "Telah diijazah akan daku oleh al-Habib Muhammad bin Zain Ba`Abuud akan bacaan tatkala mencium wangi-wangian seperti berikut:Allahumma kamaa an`amta fa zid wa laa `aiysya illa `aiysyul akhirahDoa ini telah beliau perolehi daripada gurunya al-Habib Ahmad bin 'Umar BinSumaith rahimahUllah dan beliau menyatakan telah diriwayatkan daripada Junjungan Nabi SAW bahawa sesiapa yang membaca doa tersebut tatkala mencium wangi-wangian, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa kecilnya yang terdahulu dan yang kemudian.Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menganugerahkan ni'mat, maka tambahkan lagi (akan ni'mat tersebut), dan tiadalah kehidupan (yang hakiki lagi abadi) melainkan kehidupan akhirat.
Moga dapat kita jadikan panduan dan amalan kerana berdoa itu intipatinya ibadah. Mudah-mudahan jadi kaffarah bagi dosa kesalahan kita disamping sarana memohon tambahan nikmat Allah SWT.
Ahad, Oktober 11, 2009
Habib Abu Bakar Al'aththas al-Habsyi
Habib Abu Bakar Al`aththas bin `Abdullah bin `Alwi al-Habsyi adalah antara ulama Hadhramaut yang terkenal. Karya beliau yang berjodol "Tadzkiirun Naas" dan "at-Tadzkirul Musthofa" telah masyhur di kalangan penuntut jalan akhirat terutama sekali para saadah Bani `Alawi. Habib Abu Bakar Al`aththas al-Habsyi dilahirkan pada tahun 1327H (1909) di Kota Hoththah, Hadhramaut.
Beliau menerima pendidikan agama daripada ayahandanya dan abangnya, Habib Husain al-Habsyi. Selain daripada itu, beliau turut berguru dengan Habib 'Alwi bin `Abdullah al-Habsyi, Habib `Abdullah bin `Aidrus al-Aydrus, Habib `Abdullah bin `Umar asy-Syathiri, Habib `Abdul Bari bin Syaikh al-`Aydrus, Habib Ahmad bin `Abdul Rahman as-Saqqaf, Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar, Habib `Ali bin `Abdul Rahman al-Habsyi, Habib Muhammad bin `Ali al-Habsyi, Habib Muhammad bin Salim as-Sree, Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, Habib `Alwi bin `Abdullah BinSyihab, Habib `Umar bin Ahmad BinSumaith, Habib Hasan bin Muhammad Bilfaqih, Syaikh Mahfuz bin `Uthman dan Syaikh Salim Said Bakayir.
Habib Abu Bakar rahimahUllah meninggal dunia pada 28 Rajab 1416H di Makkah al-Mukarramah. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjidil Haram dan diusung ke Jannatul Ma`ala oleh ribuan manusia dengan iringan zikir dan tahlil yang telah sekian lama tidak dilihat di tanah haram tersebut. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa dicucurkan ke atas beliau dan keberkatan beliau mengalir pula kepada kita dan anak cucu kita sekaliannya... aaamiin... al-Fatihah.