Puak Kaum Muda mintak agar jangan membuat tuduhan Wahabi terhadap mereka, sebab katanya kalau mereka tak qunut, pengikut Hanafi pun tak qunut, jadi adakah pengikut Hanafi itu Wahabi? Maka poninglah kepala orang awam kita, sambil bermain di kepala mereka: Ya tak ya jugak. Sebenarnya, Hanafi betullah tak qunut dalam sembahyang Subuh, tapi tak pula terdengar pengikut Hanafi kat Mesia ni yang mencerca amalan pengikut Syafi`i yang berqunut dalam sholat Subuh. Tapi Wahabi pesen deme ni lain, deme bukan sahaja tak beramal dengan amalan yang biasa diamalkan oleh pengikut mazhab Syafi`i di Malaysia, tetapi lidah mereka lancang dan celupar untuk mencerca amalan yang biasa diamalkan oleh ulama kita sebagai bid`ah, syirik, khurafat dan sebagainya. Di sinilah letak perbezaan mereka dengan pengikut mazhab Sunni yang lain. Oleh itu mengqiyaskan mereka dengan pengikut mazhab Sunni yang lain adalah qiyas ma`al fariq yang tertolak.
Kalau pun nak ikut fatwa mazhab Maliki ke atau Hanbali ke atau Hanafi ke atau ikut kepala otak mujtahid mereka yang ada pada zaman ni, itu hak deme lah, tapi apa hak nak mencerca amalan kami yang ikut ulama Syafi`iyyah. Lepas itu deme buat pula tuduhan yang kita tak ikut Imam Syafi`i RA, mazhab kita ini bukan mazhab Syafi`i yang tulin. Deme yang sebenarnya ikut Imam Syafi`i. Allahu ... Allah, sungguh mereka ini tidak tahu konsep dan kaedah bermazhab, jadi cam mana nak komen orang bermazhab. Maka mengambillah mereka akan perkataan Imam Mazhab tanpa melihat kepada penjelasan para ulama yang datang kemudian. Fikirkanlah, apakah para ulama Syafi`iyyah tidak mengetahui akan nashnya Imam Syafi`i, sedangkan para ulama kita mempunyai sanad ilmu yang muttasil kepada Imam Mazhab berbanding mereka yang tidak pun mahir dalam usul, qawaid dan fiqh Syafi`i. Kalau setakat itu idak apa lagi, yang buat kita berbulu adalah apabila lidah tak bertulang deme itu mudah je nak mencerca orang lain. Lidah mereka celupar dan lancang menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan yang keji. Bukan sahaja orang awam macam kita, tetapi juga para ulama kita yang banyak berjasa.
Lihatlah bagaimana lancangnya mulut Asri dalam menghukum dan membuat fatwa. Sungguh kelancangan mulutnya ini serupa, walaupun mungkin tak sama darjatnya, dengan mulut tokoh pujaannya iaitu Syaikh Ibnu Taimiyyah al-Harrani. Peminat Ibnu Taimiyyah jangan marah pulak kalau ese kata lagu tu, sebab bukan ese yang kata, kome buleh tengok dalam kitab-kitab mengenai Ibnu Taimiyyah, kelancangan mulut Ibnu Taimiyyah telah masyhur di sisi ulama. Jangan pulak kome tuduh ese anti-Ibnu Taimiyyah plak, bagi ese Ibnu Taimiyyah itu salah seorang ulama umat ini, beliau bukan nabi dan tidak maksum. Pendapatnya boleh diterima dan boleh ditolak. Dan perlu diberi perhatian bahawa beliau bukanlah termasuk dalam kalangan ulama mazhab Syafi`i yang dipegang perkataannya. Jadi kalau ese tak ikut fatwa beliau, kome jangan marah, sebab ese bermazhab Syafi`i. Jadi tidaklah boleh berhujjah dengan Ibnu Taimiyyah bagi menentukan kedudukan sesuatu hukum menurut Mazhab Syafi`i. Mazhab Hanbali mungkin boleh, sebab beliau tergolong dalam ulama Hanbali, tapi itu pun masih dipertikaikan kerana ramai fuqaha Hanbali tidak mengambil pendapat Ibnu Taimiyyah sebagai pendapat yang muktamad dalam Mazhab Hanbali. Oleh itu, mengambil pendapat Ibnu Taimiyyah untuk mewakili mazhab Hanbali juga kurang tepat, kalau pun tidak 100% salah.
Berbalik kepada kelancangan Ibnu Taimiyyah, maka Dr. Alias Othman dan isteri beliau Dr. Anisah Abdul Ghani, walaupun banyak menukilkan perkataan Ibnu Taimiyyah dalam karya mereka, menulis pada halaman 230 - 231 buku "Islam Yang Mudah" sebagai berikut:-
Sikap fanatik menentang mazhab dan imam dengan menggunakan kata-kata kesat dan lidah yang lancang juga perbuatan yang dicela. Ia sama seperti fanatik kepada mazhab dan imam. Lancang lidah adalah fenomena baru yang tidak terdapat pada masa lampau, kecuali sikap lancang lidah Ibn Hazmin dan Ibn Taimiyah yang menjadi kritikan para ulama. Sikap Ibnu Taimiyah pula pada pandangan orang lain memang diketahui semua. Ia bukan suatu yang tersembunyi, dapat dilihat dalam tulisannya.Ese dulu pun pernah duduk mendengar syarahan Prof. Dr. Alaeddin Kharofa hafizahUllah, dahulunya pensyarah Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa, yang turut memperkatakan sikap lancang Ibnu Taimiyah apabila berhujjah. Maka tidak hairan pengkagum Ibnu Taimiyyah, sedikit sebanyak terikut-ikut dengan kelancangan Ibnu Taimiyyah, sehingga sanggup mencerca dan memperlekehkan orang lain bahkan mengeluarkan fatwa-fatwa yang dahsyat, antaranya menghukum Sholawat Syifa` sebagai sesuatu yang bercanggah dengan aqidah Islam. Allahu ... Allah, hukuman yang amat berat, sepatutnya dia kena guna kepala otak sikit untuk berfikir, jikalah benar dakwaannya sholawat Syifa` itu bercanggah dengan `aqidah, kenapa ramai ulama yang terbilang dahulu dan sekarang, di serata pelusuk dunia Islam, bukan sahaja Dr. Harun Din hafizahUllah, mengamalkannya bahkan menganjurkan amalannya. Sholawat Syifa` itu bukan sahaja disebut oleh ulama kita, tetapi telah disyarahkan pula oleh ulama-ulama Timur Tengah antaranya oleh Imam Ahmad ash-Showi al-Maliki rahimahUllah, ulama besar ahli tafsir dalam karya beliau. Wahai orang yang punya kepala otak, gunakanlah kepala otak tu untuk berfikir sejenak, tergamakkah untuk menghukum Syaikh Wan Ahmad al-Fathani sebagai orang yang rosak `aqidah, Dr. Harun Din sebagai orang yang rosak `aqidah dan ramai lagi ulama dan awliya` serta sholihin sebagai mereka-mereka yang rosak aqidah sebab mereka mengamalkan Sholawat Syifa`, kalau sanggup, maka ketahuilah kamu telah dijangkit virus Wahabi, kerana antara simptomnya adalah suka menyalahkan orang lain yang tidak sependapat. Segeralah anda ke mana-mana pusat pengajian dan rawatan Islam Ahlus Sunnah Wal Jama`ah termasuklah ke Darul Shifa` untuk berubat..... Maaf Cakap.
Amboi Sodapnya Mengata
masalah dengan golongan ini ialah methodologi pemikiran mereka. bagi mereka, apa-apa perkara yang tiada nas membenarkan/membolehkan adalah haram/bidaah. (negative thinking-menyempitkan)
BalasPadamkita katakan, apa-apa perkara yang tiada nas menyatakan haram/bidaah adalah boleh dilakukan. (positive thinking-meluaskan) ie tiada nas quran atau hadis yang mengharamkan membaca surah yasin pada malam jumaat.
kelancangan ini akan berterusan kecuali mereka menyedari negative thinking yang ada pada diri sendiri dan menghormati methodologi pemikiran positive thinking. tin kosong memang kuat bunyinya bila dipalu, cuba isikan air.. apa akan jadi.
waallahualam. abu aqib
Its about time Malaysian Islamic affairs to band the Malaysian Wahhabis scholar as their miss guided ideology of Wahhabis, not only because they don't have an authorized certificate to teach in several state in Malaysia...
BalasPadamKalau ikut Tuan Guru Salleh Musa Sik, Wahhabi terkeluar daripada ASWJ (Hanafi,Maliki, Syafii dan Hanbali)
BalasPadamSalam.
BalasPadamRasa macam susah nak percaya yang Ibnu Taimiyyah itu lancang mulutnya.
Sebab baru pertama kali mendengarnya. Akan tetapi, kalau nak kata yang
Dr. Asri itu selancang Ibnu Taimiyyah, al-faqir macam tak boleh terima
pulak.
Asri lancangnya nak menjatuhkan orang yang dah sedia buat hal molek.
Maulana Ibnu Taimiyyah pula, sudah pastilah lancang dalam menjatuhkan
hal-hal yang bersifat kemungkaran. Sebab setahu al-faqirlah, beliau
adalah Imam besar tu. Lagipun, seingat al-faqir yang haqir ini,
ulama-ulama Mekah ketika zaman Syeikh Yasin Al-Fadani, Syeikh Abdul
Qadir Al-Mandili, Syed Alawi Al-Maliki dan Syeikh Hasan Al-Masysyat,
semuanya kalau diajak berdebat dengan Wahabi, akan menggunakan Majmu3
Fatawa Ibnu Taimiyyah pada Fasal/Bab yang mengatakan tentang Tasawwuf.
Dengan itu, habis tumpaslah puak-puak Wahabi di hadapan maqalah Imam
sendiri yang disanjung tinggi.
Akan tetapi, sayang sekali, di zaman serba moden dan penuh dengan
kefasadan ini, puak-puak Wahabi telah mencetak Majmu3 Fatawa itu semula
dengan membuang Bab/Fasal mengatakan akan Tasawwuf itu. Sedih Al-Faqir
memikirkannya. Nak juga al-Faqir membacanya.
Namun rasanya Abu Muhammad sudah tahu akan hal ini. Tak berniat
al-faqir untuk mengajarkan Abu Muhammad yang sudah sedia mantap lagi
bersambung sanad ilmunya itu.
Hmm, Tuan ada tak cetakan kitab fasal/bab Tasawwuf itu?
Yang hentam Selawat Shifa' itu memang al-faqir tak setuju. Geng-geng
tersebut memang ........ Itulah selawat yang al-faqir selalu baca waktu
tengah-tengah sakit terseksa begini. Cuba geng-geng ini try dulu
kemujarabbannya. Ini main hentam saja.
@refah00 Di Mesir ini Wahabi sangatlah teruknya. Contohnya, kawan
kuliah Arab al-faqir yang di tahun satu masih bermazhab kita, bila naik
tahun dua, tiba-tiba transformers jadi Wahabi. Namun begitu, kalau tak
silap al-faqir, Dr. Ali Jumaah masih mengatakan mereka bermazhab ahli
sunnah wal jamaah. Abu Muhammad, kalau al-faqir salah, tolonglah
betulkan. Wallahu adra.
assalamu'laikum
BalasPadamdalam rehlah ibnu battutah, ibnu taimiyah mengatakan Allah SWT turun drp langit seperti sy turun daripada mimbar masjid ini ..sewaktu beliau memberi ceramah di damsyiq...nukilan daripad kitab ASWJ karangan kiyai Sirajuddin Abbas....
banyak ulama yang menghentam ibnu taimiyyah ni ...sbb tu ulama mekah nak hentam wahabi kena pakai kitab yg imam yg mereka sanjung...cam org wahabi nak hentam org as'yairah syafi'iyyah, kena pakai kitab imam Asy'ari dan imam syafi'i, kalau pakai kitab ASWJ yang 4 mazhab ni takkan wahabi mujassimah nak terima....
kepada kaum muslimin sekalian,
BalasPadamKesesatan wahabi bukan hanya dari segi furu' syariat tetapi kesalahan wahabi adalah kesalahan AQIDAH spt imam yg mereka sanjung ibn taimiyyah, gelaran syeikh kpd ibnu taimiyyah hanya sbg ada sesama ulama tetapi tak bermakna tak kufur dari segi aqidah, dan utk makluman Syeikh ibnu Battuttah itu seorang Qadhi beraqidah Assya'irah dan bermazhab Maliki.
Wa 'alaikumus salam,
BalasPadamPribadi Ibnu Taimiyah banyak diperkatakan ulama terdahulu. Ada yang memuji dan ada yang mengeji dan ada yang mulanya memuji kemudian mengejinya seperti Abu Hayyan an-Nahwi pengarang tafsir Nahrul Madd . Jika kita baca karya-karya tersebut nescaya kita akan berjumpa dengan komen-komen ulama seperti as-Subki, Ibnu Daqiqil `Eid dan ramai lagi mengenai Ibnu Taimiyah dan lidahnya.
Sebab itu Dr. Alias dan isteri beliau menukilkan perkara tersebut dalam buku mereka, walaupun di dalam buku tersebut banyak juga rujukan dibuat kepada Ibnu Taimiyyah.
Kita sentiasa bersikap adil, kita tidak mahu menyanjung Ibnu Taimiyah al-Kurdi dengan menghentam ulama-ulama yang bertentangan dengan beliau. Adilkah kita jika demi Ibnu Taimiyah, maka kita katakan bahawa beliau dipenjarakan oleh para ulama yang dengki kepada beliau. Adakah para ulama tersebut ulama yang jahat sehingga sanggup menganiayai Ibnu Taimiah? Adakah kita menuduh mereka sebagai ulama-ulama kerajaan yang fasiq? Kita kena ingat bahawa sebelum dipenjarakan Ibnu Taimiyah dibicarakan dan diberi hak untuk membela dirinya. ISA tidak dipakai dalam kes Ibnu Taimiyyah.
Salam, saya suka poin di mana Ibn Taimiyah diberi pengadilan sebelum dipenjarakan. Dr. Asri perlu sedar akan ini dan bukan memutar-belitkan fatwa atas kepentingannya bila bercakap di depan khalayak yang cetek ilmunya seperti saya.
BalasPadamAssalamualaikum...wahabi ni mmg mcm Asri ni..lancang mulutnya..cuma berani nerhujah mengelirukan org awam yg jahil mcm kami..Suatu masa dulu, saya sendiri pun pernah terpengaruh dgn faham wahabi ni..cakap diorg mmg mcm best dengar..hujah macam lojik..mcm betul...utk org berfikir secara singkat..hujah2 wahabi ni nampak mcm betul...Tapi sekiranya kita benar2 mencari kebenaran, belajar dgn lebih mendalam...kita akan dapati hujah2 wahabi ini adalah BATIL& JAUH DARI KEBENARAN!!. Kita patut belajar agama ini secara JUJUR & BENAR!..Ini(Belajar Agama secara Jujur & Benar) adalah urusan TERPENTING yang menentukan keselamatan kita diakhirat kelak!..Cuba kita perhatikan SUNGGUH2 akan amalan wahabi ini...Sejak fahaman ini wujud..cir utamanya adalah perpecahan!..Disyiriknya org, disesatkan org, dibidaahkanya amalan org...yg xdak bersetuju dgn mereka. Hampir xdak lg muslim diatas mukabumi ini, semua dianggap syirik,bidaah atau sesat(kecuali puak diorg)! Habis dicela para alim ulama yg diterima oleh umat ini sbg golongan tsiqah! Habis dicalar kredibiliti ulama2 dulu ni..Apakah org sebegini(mcm dr asri ni)yg boleh kita ikut ajaranya?...siap dr. Asri ni? berapa banyak kitab dia dah tulis?..Apa kitab yg dia tulis yang boleh kita jadikan panduan qaedah mengeluarkan hukum?..Umur berapa tahun di hafal Quran?...Akhlak dia mcm mana? warak dia mcm mana?...berapa ratus ribu hadith dia hafal? ..berapa banyak ulama wahabi dalam dunia ni sbenarnya.?.xkan asyik bin baz, albani, bin baz albani jer...Kami tidak pernah dengar fitnah membidaahkan orang, menyesatkan orang, menkufurkan orang, melainkan yang dibawa oleh kaum ini. Perkataan Kufur,Syirik & Bidaah, Sesat terhadap amalan Ulama & kaum awam muslim terkeluar dari mulut mereka begitu mudah sekali!..Wahai saudara kami, bertakwa la kpd Allah Taala, kepada-Nya nnt kita kembali!berhati-hatilah kita melontarkan tuduhan2 yg tidak patut kpd Ulama2 kita yg dulu2 yg jasa mereka, tidak terhitung banyaknya...kenali mereka ini dengan sesungguhya, nascaya kita akan mengetahui betapa lautanya ilmu mereka ini...Berhati-hatilah kita melontarkan perkataan2 yg x sepatutnya(yang dibuat atas kejahailan Dr. Asri)...sedangkan kita maklum Bahayanya Pasti, sedang manfaatnya hampir2 tiada...ya ikhwan,..semoga Allah melindungi kita dari fahaman kaum wahabi ini!
BalasPadamWaalaikumussalam semua.
BalasPadamBaiklah, al-faqir suka benar berbincang di sini. Tapi, tolong dan tolong dan tolonglah kita fokus pada suatu perkara sahaja. Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah. Jangan ubah fokus entri ini. Nanti tak jumpa konklusi. Masing-masing nak bagi pendapat, apa pun tak dapat.
Idza kathural jawab, khofiyas showab.
Nobody, al-faqir boleh saja baca komen anta itu, tapi kalam-kalam tentang kesesatan Wahabi dah banyak sangat ditulis. Nak cerita tentang itu, sila ke entri-entri lama kepunyaan Abu Muhammad ini. refah00 dan akitiano pun sama, lari tajuk.
Abu Muhammad nak tanya ni, betul ke yang Ibnu Taimiyyah bertaubat sebelum beliau meninggal dunia? Al-faqir sebenarnya tawaqquf saja berkaitan dengan status Ibnu Taimiyyah ini. Tak bagus nak hentam-hentam beliau lebih-lebih. Bab kata Doktor ahli Jumaah, tak ingat la pula, tapi lebih kurang maksudnya, Ibnu Taimiyyah dah meninggal dah, tak usah nak sibuklah pasal beliau. Difahami di situ supaya kita tak payah sibuk-sibuk nak hentam beliau, sebab masa itu Dr Ali (kalau tak silap) sedang jawab soalan orang yang berbaur sedemikian. Tapi kalau nak tahu tentang status beliau apalah salahnya, kan?
m, "banyak ulama yang menghentam ibnu taimiyyah ni". Biarkanlah ulama menghentam Ibnu Taimiyyah itu menghentam. Kita hanya tengok dan perhati sudahlah, janganlah pula nak menghentam sama. Lagipun, yang menghentam itu ulama juga, orang yang layak dengan ilmu mereka. Kita ni nanti risau-risau kalau menghentam terkena racunnya.
Luhumul 3ulamai masmumah.
Lagipun, kalau kita menghentam Ibnu Taimiyyah, kita nanti datang rasa benci dalam hati kita pada beliau. Bila kita dah benci adakah mampu untuk kita membaca buku-buku beliau dengan adil lagi, sedangkan buku-buku ini lah yang perlu kita jadikan hujah untuk menangkis hujah-hujah Wahabi. Tapi, m tak hentam Ibnu Taimiyyah kan!
Abu Muhammad, ada lagi tak entri-entri yang berkaitan peribadi Ibnu Taimiyyah yang patut al-faqir baca supaya tenang hati ini.
Nahrul Madd akan dicari, Insya Allah. Rehlah Ibnu Battutah itu ada saja dalam genggaman al-faqir ini. Nanti kalau ada masa, ha atla3 3alaiha bardu, InsyaAllah.
Ok, al-faqir dah google dah.
BalasPadamhttp://www.google.com.eg/search?q=bahrusshofa+ibnu+taimiyyah&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a
Memandangkan dua entri baru telah terisi, ini mungkin sesuai di jadikan tambahan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20091114013549/Article/
Ok, al-faqir dah google dah.
BalasPadamhttp://www.google.com.eg/search?q=bahrusshofa+ibnu+taimiyyah&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a
Memandangkan dua entri baru telah terisi, ini mungkin sesuai di jadikan tambahan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20091114013549/Article/
the other side of ibnu taimiah
BalasPadamhttp://www.livingislam.org/index.html
http://mac.abc.se/home/onesr/f/ts/Tasawwuf%20shuyukh.htm
... We have already mentioned Ibn Taymiyya's admiration for `Abd al- Qadir Gilani, to whom he gives the title 'my Shaykh' (shaykhuna) and 'my Master' (sayyidi) exclusively in his entire Fatawa. Ibn Taymiyya's sufi inclinations and his reverence for `Abd al-Qadir Gilani can also be seen in his hundred-page commentary on Futuh al-ghayb, covering only five of the seventy-eight sermons of the book, but showing that he considered tasawwuf essential within the life of the Islamic community....
.... We now turn to the evidence of Ibn Taymiyya's affiliation with the Qadiri Sufi Way and to his own acknowledgement, as related by his student Ibn `Abd al-Hadi (d. 909), that he had received the Qadiri khirqa or cloak of authority from `Abd al-Qadir al-Gilani through a chain of three shaykhs. These are no other than the three Ibn Qudamas who are among the established authorities in fiqh in the Hanbali school. This information was brought to light by George Makdisi in a series of articles published in the 1970s...
... In a manuscript of the Yusuf ibn `Abd al Hadi al-Hanbali entitled Bad' al 'ilqa bi labs al khirqa (The beginning of the shield in the wearing of the Sufi cloak), Ibn Taymiyya is listed within a Sufi spiritual genealogy with other well known Hanbali scholars. The links in this genealogy are, in descending order:
1. `Abd al-Qadir al-Gilani (d. 561) 2.a. Abu `Umar ibn Qudama (d. 607) 2.b. Muwaffaq al Din ibn Qudama (d. 620) 3. Ibn Abi `Umar ibn Qudama (d. 682) 4. Ibn Taymiyya (d. 728) 5. Ibn Qayyim al Jawziyya (d. 751) 6. Ibn Rajab (d. 795)
(Both Abu `Umar ibn Qudama and his brother Muwaffaq al-Din received the khirqa directly from Abd al-Qadir himself.)
Ibn Taymiyya is then quoted by Ibn `Abd al Hadi as affirming his Sufi affiliation both in the Qadiri order and in other Sufi orders:
I have worn the Sufi cloak of a number of shaykhs belonging to various tariqas (labistu khirqata at tasawwuf min turuqi jama'atin min al shuyukhi), among them the Shaykh `Abd al-Qadir al Jili, whose tariqa is the greatest of the well known ones.
Further on he says:
The greatest Sufi Way (ajall al-turuq) is that of my master (sayyidi) `Abd al-Qadir al Jili, may Allah have mercy on him.(11)
Further corroboration comes from Ibn Taymiyya in one of his own works, as quoted in his al Mas'ala at tabriziyya:
labistu al khirqata al-mubarakata li al Shaykh `Abd al-Qadir wa bayni wa baynahu ithan
I wore the blessed Sufi cloak of `Abd al-Qadir, there being between him and me two shaykhs.(12)
wallahualam