Selasa, Januari 19, 2010

Shohih & Dhoif

Kekadang seseorang itu disibukkan dengan perkara-perkara yang menjadi urusan dan bahasannya para ulama. Mereka mencampuri urusan tersebut dengan penuh bersemangat sehingga larut dalam bahasannya yang berkesudahan dengan ilmu itu hanya tinggal ilmu tanpa disertai amal. Berbahas mengalahkan ulama, tetapi amalannya tidak pulak seperti amalannya para ulama... Allahu ... Allah. Inilah penyakit yang menimpa umat sekarang. Misalan, ada yang bertarawih 8 rakaat serta memfatwakan hanya bilangan tersebut sebagai sunnah, maka berterawihlah dia dengan penuh perasan telah mengikut sunnah 100%, sedangkan jika dibandingkan 8 yang dilakukan itu tak setara pun dengan setengah rakaat yang dikerjakan Junjungan Nabi SAW. Tapi ada hati nak berlagak kononnya dah 100% ikut sunnah dan amalan orang lain semua bid`ah. Inilah antara penyakit yang menimpa masyarakat hari ini.

Mari kita sama - sama merenungi kata-kata almarhum Ustaz Syed Ahmad Semait rahimahUllah dalam pra kata buku "al-Jawharul Mawhub wa Munabbihatul Qulub - Bingkisan Mutiara Untuk menghidupkan Hati Yang Merana".
"Cuma kebanyakan hadis - hadisnya yang diselitkan di dalam buku ini tidak pula disebutkan sanad - sanadnya yang mungkin akan menarik kemusykilan bagi generasi zaman sekarang yang sibuk dengan masalah sanad dan tingkatan hadis itu sebagai sahih, hasan, muttafaq - alaih ataupun dha`if dan maudhu' dan sebagainya sehingga kadang - kadang mereka tercicir tidak sampai ke mana pun, dan akhirnya tiada apa yang dapat diamalkan sehingga menjadi rugi selama-lamanya.

Saya lebih menarik dengan ramai para ulama yang sudah pun memberikan pandangannya kepada jenis-jenis hadis - hadis seperti ini serta memutuskan bahawa dalam fadhailul a'maal, yakni kerja-kerja kebaktian kepada Allah ta`ala dan amalan-amalan saleh yang dimaksudkan buat bekalan akhirat, jangan sampai terlalu disibukkan dengan persoalan sanad dan tingkatan hadis. Kita juga punya akal untuk memikirkan kalau-kalau hadis itu munkar atau tidak betul dari yang betul dan yang kuat di samping yang lemah dan sebagainya, malahan yang patutnya kita utamakan apa yang dianjurkan dalam hadis-hadis itu untuk kita amalkan supaya kita dapat manfaatnya dan pahalanya sebagai bekalan di belakang hari. Bukankah kita boleh faham, kalau apa yang dianjurkan itu baik buat diri kita di hadapan Allah ta`ala dan RasulNya. Kalau sudah sibuk - sibuk sangat dengan bid`ahnya atau maudhu'nya atau munkarnya, atau ini betul dan ini tidak betul, tentu akhirnya tidak ada apa yang dapat kita buat dan kantung kita pun kosong bila kita kembali kepada Allah ta`ala, yidak ada suatu yang dapat kita amalkan, wallahu - a'lam."
Pasti apa yang dimaksudkan oleh yang mulia Habib tersebut bukanlah meremehkan ilmu hadits dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Tetapi biarlah urusan tersebut diserahkan kepada mereka-mereka yang benar-benar mahir dan menguasainya, bukan hanya orang-orang yang cuma mencuri-curi hadits dari kutubnya para muhadditsin.

6 ulasan:

  1. Ilmu hadis tak remeh.Cuma orang yang tak layak jadi ahli hadis berlagak macam muhaddis yang jadi masalah.

    BalasPadam
  2. Betul, ilmu hadits adalah di antara ilmu yang utama dan mulia dalam agama.

    BalasPadam
  3. betul tu tapi org awam perlu juga didedah dgn istilah ilmu hadith ni supaya mrk kenal & beringat sikit nak sebut hadith yg jelas mawdu'nya. Masalahnya sekarang ni,hadith mawdu' byk sgt tersebar,adalah lbh baik kalau para ustaz at least bagi takhrij sebarang hadith yg disebut,tambah meyakinkan.

    BalasPadam
  4. masalahnya ilmu musthalah hadis jarang disentuh sehingga org awam keliru dengan kategori-kategori hadis dan sebagainya. Lagi pun orang awam tidak punya masa untuk mengaji ilmu-ilmu para ulama ini.

    Ese setuju jika para asatizah takhrij hadits tetapi biarlah dengan adil. Jangan sebab kita tak nak guna hadits tersebut, maka kita cuma menukilkan takhrij ulama yang syadid menolaknya tanpa menghirau pendapat muhaddits yang lain.

    Perlu diingat bahawa dalam penetapan status hadits pun berdasarkan ijtihad dan punya khilafnya juga. Dan perlu diambilkira juga bahawa tidak semua hadits yang shohih dijadikan hukum kerana di situ juga berkemungkinan berlaku nasikh dan mansukh.

    Allahu Allah, lautannya dalam kail pula hanya sejengkal. Apa kata kalau kita biarkan kepada nelayan laut dalam sahaja

    BalasPadam
  5. Ikan apo tu?

    maksud saya kurang2 pun sebutlah musnad ahmad ke,sahih bukhari ke,tolak tepilah yg disahihkan oleh al-bani ke,syu'aib arnaut ke,kita pun tahu itu ijtihad deme,tapi payahnya ustaz2 sebut hadith pelik2 tanpa takhrij mana kitab hadithnya..

    itu paling kurang dapat diperkenalkan nama kitab hadith,takut org awam kata ..ini hadith diriwayatkan dlm buku asri ke, ustaz sipolan ke & sebgnya

    BalasPadam