Susulan bagi dua posting yang lepas berhubung makam Syaikh Ma'ruf al-Karkhi, ese nukilkan lagi kisah yang serupa daripada "ar-Risaalah al-Qusyairiyyah" karya Imam al-Qusyairi rahimahUllah. Sungguh Imam al-Qusyairi yang nama penuhnya al-Imam al-'Allaamah al-'Arifbillah Abul Qaasim 'Abdul Karim bin Hawaazin bin 'Abdul Malik bin Thalhah bin Muhammad al-Qusyairi an-Naisaaburi asy-Syafi`i, adalah salah seorang ulama berwibawa yang telah menjadi pegangan dan sandaran umat sejak berzaman. Memang para ulama seumpama Imam al-Qusyairi atau Imam al-Hafiz Khatib al-Baghdadi itu bukan Nabi yang maksum, tetapi berilah muka kepada mereka selaku ulama pewaris Junjungan Nabi SAW. Jika kita takutkan Allah, maka adakah mereka-mereka ini kurang takut dan taqwanya berbanding kita ? Maka berhati-hatilah bila berbicara mengenai para ulama yang telah diiktiraf umat sejak sekian lama. Adakah mereka-mereka ini tidak takut untuk mencatat dalam karya-karya monumental mereka sesuatu yang bercanggah dengan `aqidah dan syariat Islam? Haaaasya .............
Berbalik kepada Syaikh Ma'ruf al-Karkhi, maka Imam al-Qusyairi pada halaman 427, antara lain, seperti berikut:-
Berbalik kepada Syaikh Ma'ruf al-Karkhi, maka Imam al-Qusyairi pada halaman 427, antara lain, seperti berikut:-
Allahu ... Allah, perhati betul-betul perkataan Imam al-Qusyairi tersebut, dan bukanlah beliau seorang musyrik bahkan beliau adalah antara pemuka ulama dan imam besar umat ini.62 - Ma'ruf al-Karkhi.
Dia adalah Abu Mahfudz - Ma'ruf bin Fairuz al-Karkhi (wafat 200H/815M). Beliau adalah di antara tokoh masyaikh yang besar, doa beliau sangat mustajab, orang meminta kesembuhan dengan kuburnya (yakni mereka memohon kesembuhan daripada Allah dengan bertawassul dengan beliau serta bertabarruk dengan kuburnya). Penduduk Baghdad menyatakan bahawa kubur Ma'ruf adalah tiryaaq mujarrab (penawar yang mujarrab). Beliau adalah mawla Imam 'Ali bin Musa ar-Ridha RA dan merupakan guru Syaikh Sary as-Saqathy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan