Syaikh al-'Alim al-'Allaamah as-Sayyid Ishaq bin 'Aqil bin Hasyim bin Muhammad bin 'Ali bin Hasyim bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin 'Abdul 'Aziz bin Muhammad bin 'Abdullah bin Sa`id bin Ahmad bin Daud bin 'Ibaad bin 'Ali bin 'Azuz yang bersambung nasab dengan al-Imam Hasan bin Amirul Mu'minin 'Ali radhiyaAllahu 'anhum ajmain adalah antara ulama Makkah yang tersohor kealimannya. Beliau dilahirkan dalam bulan Rabi`ul Awwal tahun 1330H di Makkah al-Mukarramah.
Beliau menghafal al-Quran dari usia kecil lagi dan pada tahun 1336H beliau memasuki Madrasah al-Falah sehingga tahun 1347H. Selain pembelajaran secara formal di al-Falah, beliau tidak ketinggalan belajar dengan para ulama yang mengajar dalam Masjidil Haram. Di antara guru-guru beliau adalah Syaikh Ahmad Naadhirin, Syaikh Muhammad Isa Rawwas, Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabaani, Syaikh Muhammad Yahya Aman, Syaikh Muhammad Fudah, Syaikh Muhammad 'Athorid, Syaikh Abdul Wahhab Asyi, Syaikh Muhammad Amin Suwaid, Syaikh 'Umar BaJunaid, Syaikh 'Umar Hamdan al-Mahrasi dan ramai lagi rahimahumUllah ajma`in. Beliau mengabdikan hidupnya untuk ilmu dengan mengajar di Madrasah al-Falah dan pernah menjadi mudirnya dan pernah menjawat berbagai jawatan penting. Beliau mempunyai berbagai karya di antaranya:-
- al-Qawl al-Wajiid fi Tanzih Allah ta`ala an at-tasybih;
- I'laam al-Muslimin bi 'Ishmatin Nabiyyin;
- Da'f Syubuhaat al-Maani`iin lit Tawassul;
- al-Ittiba' wal Ibtidaa';
- al-Hujjajul Waadhihaat fi Najaatil Abawain wal Ajdaad wal Ummahaat;
- Masyru`iyyah az-Ziyyaarah;
- ar-Rawdh an-Nadhir min mawlid as-Siraj al-Munir SAW;
Dalam karya beliau "al-Hujjajul Waadhihaat fi Najaatil Abawain wal Ajdaad wal Ummahaat" beliau menulis dengan hujah - hujah yang kuat akan satu penjelasan bahawa kesemua datuk - datuk Junjungan Nabi SAW sejak Baginda Adam AS sehinggalah ayahanda baginda Sayyidina 'Abdullah RA dan nenda-nenda Junjungan Nabi SAW sejak Siti Hawa RA sehinggalah bonda baginda Siti Aminah RA adalah semuanya manusia-manusia pilihan yang beriman dan mentauhidkan Allah SWT. Dalam karya tersebut, beliau menyatakan bahawa hujjah yang leluhur Junjungan ini sebagai mukmin dan muwahhid adalah hujah yang terkuat bagi menyatakan keselamatan mereka dari azab Allah ta`ala, tanpa memerlukan kepada alasan yang mereka ini ahlul fatrah atau alasan yang ayah bonda Junjungan SAW telah dihidupkan sebentar untuk menyatakan keimanan mereka. Silalah tuan-tuan yang budiman tolonglah telek akan segala ayat-ayat al-Quran dan hadits-hadits mulia yang tuan kutaib tersebut kemukakan, sebelum tuan-tuan nak berkata sesuatu mengenai leluhur Junjungan Nabi SAW.
Ese kat sini tiadalah bercadang untuk menjelaskan segala nash tersebut yang telah sedia jelas dijelaskan dalam kutaib tersebut sejelas-jelasnya. Cuma di sini untuk mengambil suatu faedah, ese nukilkan khulasah yang diberikan oleh Khatimatul Muhaqqiqin Imam Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rahimahUllah yang menyatakan:-
Ese kat sini tiadalah bercadang untuk menjelaskan segala nash tersebut yang telah sedia jelas dijelaskan dalam kutaib tersebut sejelas-jelasnya. Cuma di sini untuk mengambil suatu faedah, ese nukilkan khulasah yang diberikan oleh Khatimatul Muhaqqiqin Imam Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rahimahUllah yang menyatakan:-
"Segala hadits adalah jelas lafaz dan maknanya menyatakan bahawa segala bapa-bapa dan ibu-ibu Junjungan Nabi SAW sehinggalah kepada Nabi Adam AS adalah manusia-manusia pilihan lagi mulia dan bahawasanya segala ibu baginda adalah wanita-wanita yang suci. Dan orang kafir tidak disebut pada haknya sebagai orang pilihan, tidak juga sebagai orang yang mulia dan tidak juga sebagai orang yang suci, bahkan orang kafir itu najis (yakni i'tiqad dan pegangan mereka)." [Jadi jika dikatakan bahawa para leluhur Junjungan Nabi SAW adalah manusia pilihan, maka semestinya mereka adalah orang-orang yang beriman dan mentawhidkan Allah, bukannya orang-orang kafir atau musyrik.]Allahu ... Allah, sungguh Junjungan Nabi SAW itu intan terpilih dari segala rupa macam intan dan permata bernilai tinggi di sisi Rabbul Izzati. Moga kita sekalian dikumpulkan bersama baginda dan para leluhur baginda dalam syurga tertinggi di bawah naungan Ilahi.
يا رسول الله....... لي الشفاعة
Assalamualaykum Ust AbuMuhd,
BalasPadamSaya nak bertanya, dalam jalur mazhab Syafie, siapakah yang menambah zikir rukuk/sujud lafaz wabihamdihi.. sebab apa yang saya tahu dalam Al-Adzkar, bacaannya hanyalah 'subhanallahi ya rabbiyal-azim/'ala'..
sekian..
Penambahan tersebut memang telah ada sejak sekian lama lagi, bahkan ianya disandarkan kepada hadis Junjungan Nabi SAW antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam Sunannya pada Kitab ash-Sholah dalam bab Ma yaqul ar-rajul fi ruku`ihi wa sujudih". Riwayat penambahan tersebut walaupun dipandang sebagai lemah, tapi tetap ianya bisa diamalkan kerana termasuk dalam perkara fadhail. Tambahan pula sebahagian ulama antaranya Imam asy-Syaukani menyatakan bahawa walaupun asal ianya dhoif tetapi memandangkan bahawa ada setidak-tidak 5 thuruq periwayatan hadis tersebut menjadikannya "hasan li ghairih". Silalah rujuk dalam "Nailul Awtar".
BalasPadamBerhubung dengan pendapat Imam Nawawi pula, maka al-Adzkar tidak semestinya mencerminkan pandangan muktamad Imamuna an-Nawawi mengenai hukum fiqh. Para ulama menyatakan bahawa pendapat Imam Nawawi yang muktamad adalah apa yang disebut beliau dalam karya beliau "at-Tahqiq". Pada halaman 208 kitab tersebut dinyatakan bahawa sekurang-kurang sempurna tasbih rukuk adalah "subhana Rabbiyal 'Adzimi WA BIHAMDIH".
Allahu a'lam.
Ambo tambah sikit. Berkata Syaikh Abdul Qadir al-Mandili di dalam kitabnya Sinaran Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari:
BalasPadamHadits [hadits riwayat yang kat atas tuh!] ini menjadi dalil bagi ulama’ kita atas menambah lafadz وبحمده. Dan tiada boleh dikatakan (bahwa hadits ini dhoif) kerana Abu Daud tiada menghukumkan ia dengan dhoif. Maka segala hadits yang didalam sunannya yang tiada mendhoifkan ia akan dia semuanya sholeh artinya patut jadi dalil dan tiada boleh dikatakan: (ketunggalan oleh al-Laits bin Said pada meriwayatkan tambahan وبحمده maka tiada sah ia menjadi dalil) kerana al-Laits bin Said thiqah (hafidz, ‘adil), dan setengah daripada yang sudah maklum hingga kepada orang-orang yang baharu belajar ilmu hadits perkataan mereka itu زيادة الثقة مقبولة artinya tambahan orang yang kepercayaan diterima akan dia. Bahkan jika fardhu taqdir tiada ada didalam hadits lafadz وبحمده , nescaya boleh juga kita membacanya kerana beramal dengan firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Furqan وسبح بحمده artinya: Dan mengucap tasbih olehmu serta memujinya, kerana dalil itu bukan hadits sahaja seperti yang sudah terdahulu. والله تعالى أعلم. [Sinar Matahari; Halaman 37]
Dalam mukasurat sebelumnya, Shaikh Abdul Qadir al-Mandili menyebut mengenai hadits Abu Daud: Berkata al-Imam Nawawi di dalam al-Adzkar: Bahwasanya barang yang menceritakan dia oleh Abu Daud di dalam sunannya dan tiada menyebut ia akan dhoifnya maka ia (hadits) pada sisinya shohih atau hasan. Dan tiap-tiap daripada keduanya dibuat hujjah dengan dia pada segala hukum, maka lebih lagi pada segala kelebihan.
Berkata Abu Daud kerana menjawab pertanyaan orang Mekah [artinya]:Menyebut aku di dalam kitabku (as-Sunan) akan hadits yang shohih dan akan barang yang menyerupai ia akan dia dan menghampiri ia akan dia. Dan barang yang ada padanya dhoif yang bersangatan nescaya aku terangkan akan dia, dan barang yang tiada menyebut aku padanya akan sesuatu maka ia sholeh (patut dibuat hujjah) dan setengahnya lebih shohih daripada setengah, dan berkata al-Hafidz Ibn Sholah: Bahwasanya hadits yang di dalam Sunan Abi Daud yang tiada mendhoifkan ia akan dia dan tiada ada ia shohih pada sisi orang yang lain daripadanya maka hadits itu hadits hasan…. [demikian petikan dari kitab Sinar Matahari oleh Syaikh Abdul Qadir al-Mandili, halaman 36- 37]
Ustaz aku kata: Hadits-hadits mengenai bacaan tersebut, termasuk dari hadits diatas, diriwayatkan oleh imam-iman hadits daripada 5 orang shahabat yang berbeda :
* Imam Abu Daud daripada shahabat yang bernama Uqbah bin ‘Amir رضي الله عنه
* Imam Daraqutni daripada shahabat Ibn Mas’ud رضي الله عنه
* Imam Daraqutni daripada shahabat Huzaifah رضي الله عنه
* Imam Ahmad dan Imam Daraqutni daripada shahabat Abu Malik al-Asy’ari رضي الله عنه
* Imam al-Hakim daripada shahabat Abu Juhaifah رضي الله عنه
Walaupun pada sanad setiap riwayat hadits itu terdapat kelemahan, tapi perlu diingat bahwasanya, ianya boleh menjadi kuat dengan adanya sokongan riwayat-riwayat lain.
Didalam Nailul Author, asy-Syaukani, menolak pendapat ulama yang mengingkari adanya tambahan وبحمده dalam tasbih rukuk dan sujud dengan katanya: Beberapa jalan riwayat ini telah saling menguatkan. Maka tertolaklah pengingkaran [terhadap riwayat adanya tambahan وبحمده ]
http://al-fanshuri.blogspot.com/2007/07/membaca-tasbih-rukuk-dan-tasbih-sujud.html
al-hamdulillah. Penjelasan yg panjang lebar lg mendalam.
BalasPadam