Aqidah yang benar adalah teras dan tunjang kehidupan beragama. Tanpa 'aqidah yang benar, apalah nilainya segala perbuatan dan amalan sholeh di sisi Allah SWT, semuanya akan jadi haba-an mantsura (debu-debu yang berterbangan tanpa sebarang nilai). Malangnya timbul di Malaysia ini sebagaimana juga di lain-lain tempat dalam ini dunia, golongan yang meminggirkan persoalan 'aqidah dan mengutamakan yang lebih rendah daripadanya. Atas nama ukhuwwah, mereka pinggirkan perbezaan 'aqidah, atas nama persatuan dan kesatuan, lalu perkara pokok, perkara 'aqidah dipinggirkan bahkan dipandang sepi. Atas nama perpaduan, maka 'aqidah dikesampingkan. Bukanlah kita nak kata ukhuwwah tidak penting, persatuan dan kesatuan tidak penting, dan dan dan sebagainya, tapi cuma nak kata bahawa apa-apa pun 'aqidah benar hendaklah diutamakan.
Inilah yang berlaku dalam umat Islam apabila mereka sanggup memejam mata atas kesesatan Syiah, semata-mata kerana hendakkan persatuan dan perpaduan atau atas nama menjaga ukhuwwah. Berapa ramai ulama kita yang tulus ikhlas yang sentiasa berlapang dada dan bersangka baik telah tertipu dengan mainan puak sesat bergelar Syiah, terutama sekali yang mendakwa diri mereka pengikut Imam - Imam Ahlul Bait yang mulia. Syiah mahu kita untuk menerima mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka terus menerus menolak dan menyesatkan kita. Bahkan bukan sahaja kita yang dhaif ini disesatkannya, hatta para sahabat semulia Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq RA pun tidak lepas daripada cacian mereka. Jika pun sekarang mereka mencanangkan bahawa ulama kontemporari mereka melarang mencaci sahabat, tapi sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mematuhi fatwa tersebut, atau fatwa itu hanyalah taqiyyah puak tersebut yang memang terkenal mengamalkan taqiyyah untuk mengelabui mata orang.
Satu ketika terpapar kat YouTube, "Hujjatul Islam" mereka mendakwa bahawa dalam Syiah tiada ajaran menyiksa diri sewaktu menyambut Asyura, tetapi jika itu benar maka kenapa ianya masih dilakukan oleh ramai puak Syiah di Iran, India, Pakistan dan sebagainya??? Kamu biar betul !!!! Adakah "Hujjatul Islam" tersebut sengaja menyembunyikan fakta ini untuk mengelirukan masyarakat kita. Kat Mesia ni pun katanya depa dah mula meratap main pegang-pegang kepala, main pukui-pukui kepala, la ni baru pakai tangan, sikit masa lagi mau depa guna pisau atau belantan gamaknya. La ni kepala depa sendiri depa tepuk, kalau dibiarkan mau kepala kita pulak depa luku.....
Oleh itu marilah kita perkukuhkan benteng Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kepada puak Syiah, kembalikan kepada ajaran yang sebenar, Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang memuliakan para ahli bait dan juga para sahabat Junjungan Nabi SAW.
Assalamualaikum,
BalasPadamsyabas ustaz atas artikel ustaz tentang kepentingan Aqidah yang sebenar. Dewasa ini masyarakat melihat isu politik lebih besar daripada isu agama, termasuk juga golongan ustaz politik.
AFathi
Assalamu'alaikum...wrt, kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.
BalasPadamwassalam.