Telah menjadi amalan di tempat kawey untuk membaca doa tolak bala` sebagai doa terakhir selepas sholat dengan didahului surah al-Fatihah. Doa yang biasanya digunakan adalah doa yang berwasilahkan surah al-Fatihah dan dalam doa yang masyhur tersebut diserulah Allah dengan seruan "Ya Daafi`al Bala`" - "Wahai Tuhan Yang Menolak / Menghindar / Menghilang Segala Bala` Bencana", sambil tok imam dan para jemaah menterbalikkan tapak tangan mereka dengan menjadikan batin atau perut tapak tangan ke bawah dan belakangnya ke atas, dalam bahasa lain, menelangkupkan tapak tangan sebagai kebalikan menadahnya, atau dalam bahasa kampung ese "nungkup tangan". Sejak dahulu begitulah yang diamalkan orang kat tempat kawey, hok awam maupun hok alim, semua dok buat lagu tu, tak dak pulak sesiapa yang menyanggahnya apatah lagi menyalahkannya, hinggalah zaman bebaru ni bila ada beberapa asatizah yang terlebih "pandai" mula membid`ahkan perbuatan tersebut.
Sebenarnya, hukum menelangkup tapak tangan telah dijelaskan oleh para ulama kita. Rata-rata ulama mazhab kita asy-Syafi`iyyah menghukumkannya sebagai SUNNAT jika doa yang dipanjatkan itu bertujuan memohon agar segala bala` bencana, musibah, wabak penyakit dan seumpamanya dihindarkan atau diangkat. Perkara ini mereka sandarkan kepada beberapa nas, antaranya kepada hadits istisqa` yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah daripada `Abd bin Humaid yang meriwayatkan daripada al-Hasan bin Musa daripada Hammad bin Salamah daripada Tsabit daripada Sayyidina Anas bin Malik RA yang menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW ketika beristisqa (yakni memohon agar hujan diturunkan supaya hilang kemarau yang melanda) baginda mengisyaratkan yakni menjadikan belakang kedua tapak tangan baginda yang mulia ke langit.
Imam an-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim ketika mensyarahkan hadits tersebut pada kitab shalah al-istisqa` menyatakan, antara lain:-
" Telah berpendapat sekumpulan daripada sahabat - sahabat kami (yakni para ulama Syafi`iyyah) dan selain mereka (yakni ulama daripada mazhab lain) bahawa adalah SUNNAT bagi seseorang, dalam setiap doa yang memohon diangkat bala` bencana seperti kemarau dan seumpamanya, untuk mengangkat kedua tangannya dan menjadikan belakang kedua tapak tangannya ke langit; Jika berdoa untuk memohon sesuatu hajat dan menghasilkannya, dijadikan perut kedua tapak tangannya ke langit (yakni kedua tapak tangan ditadah ke langit). Hadits ini menjadi hujah bagi perkara ini."
Pernyataan Imam an-Nawawi ini telah diikut dan dinukil tanpa sebarang bantahan oleh para ulama lain, antaranya oleh Amirul Mu'minin fil hadits, Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani rahimahullah, dalam karya beliau yang masyhur, "Fathul Bari syarh Shahih al-Bukhari", juzuk ke-2, halaman 657.
Lain-lain muhadditsin, termasuklah yang jadi sanjungan dan rujukan kaum muda(h)" seperti Syaukani dan Shan`aani rahimahumullah turut memberikan komentar yang serupa apabila mensyarahkan hadits tersebut. Imam Shan`aani @ Muhammad bin Ismail ash-Shan`aani, dalam karyanya "Subulus Salam", jilid 2, halaman 171 menyatakan:-

" Daripada Anas RA bahawasanya Junjungan Nabi SAW pernah beristisqa dengan baginda mengisyaratkan yakni menjadikan belakang kedua tapak tangan baginda ke langit", hadits riwayat Imam Muslim. Hadits ini menjadi dalil bahawa ketika seseorang menghendaki dengan doanya untuk mengangkat bala`(yakni menolak bala`), maka hendaklah dia mengangkat kedua tangannya dan menjadikan belakang kedua tapak tangannya ke langit. Dan jika dia berdoa memohon sesuatu dan menghasilkannya, dijadikan kedua perut tapak tangannya ke langit. Dan telah warid perkara ini dengan jelas dalam hadits Khallad bin as-Saaib daripada ayahandanya yang bahawasanya Junjungan Nabi SAW apabila berdoa memohon sesuatu menjadikan perut kedua tapak tangan baginda menadah ke langit dan apabila memohon perlindungan baginda menjadikan belakang keduanya ke langit. Jika pun warid hadits Sayyidina Ibnu `Abbas RA yang dhaif menyatakan: "Mohonlah kepada Allah dengan segala perut tapak tangan kamu dan jangan memohon kepadaNya dengan belakangnya", ia boleh dihimpunkan pemahamannya dengan riwayat di atas kerana hadits Sayyidina Ibnu `Abbas RA ini merujuk kepada doa yang memohon terhasilnya sesuatu permintaan dan bukannya untuk menolak bala. Dan telah mentafsir (sebahagian ulama) akan firman Allah ta`ala: "....dan sentiasalah berdoa kepada Kami dengan penuh harapan (raghaban) serta gerun takut (rahaban) ....." [surah al-Anbiya`: 90], bahawa ar-raghab adalah dengan perut-perut (tapak tangan), yakni berdoa dengan menadah tapak-tapak tangan ke langit dan ar-rahab adalah (berdoa) dengan belakang - belakang (tapak tangan), yakni menelangkupkan tapak-tapak tangan.Habib `Alawi bin `Abbas al-Maliki rahimahullah dan Syaikh Hasan bin Sulaiman an-Nuri rahimahullah dalam karya bersama mereka "Ibaanatul Ahkaam", juzuk ke 2, halaman 132 - 133 turut menyatakan sebagai berikut:-
" Sunnat bagi seseorang dalam setiap doa yang memohon diangkat bala` @ doa tolak bala` seperti kemarau dan seumpamanya untuk mengangkat kedua tangannya dan menjadikan kedua tapak tangannya ke langit sebagai tanda atau isyarat semoga segala kepayahan dan ketandusan berubah menjadi kelapangan dan kemakmuran. Manakala dalam setiap doa bagi menghasilkan kebaikan (yakni permohonan kebajikan dan keselamatan umpamanya) dijadikan perut kedua tapak tangannya ke langit sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang Junjungan Nabi SAW bersabda: "Jika kamu memohon sesuatu kepada Allah, maka pohonlah kepadaNya dengan menadah perut - perut tapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang-belakangnya."
Maka ketahuilah olehmu, wahai sesiapa yang mencari faham, bahawasanya masalah menelangkupkan tapak tangan ketika doa tolak bala` adalah SUNNAT hukumnya menurut majoriti ulama. Namun, kita tidaklah menafikan bahawa ada segelintir ulama antaranya Syaikh Ibnu Taimiyyah al-Harrani dan pendokong - pendokongnya mempunyai pendapat yang lain kerana mereka mentafsirkan hadits istisqa` Sayyidina Anas RA tersebut hanya sebagai menyatakan kesungguhan perbuatan Junjungan Nabi SAW dalam mengangkat tangan baginda. Setiap pihak berhak untuk beramal dengan apa yang diyakininya tanpa perlu mencemoh amalan pihak lain. Maka hendaklah pihak yang enggan menelangkupkan tangannya ketika doa tolak bala`, tidak atau berhenti menuduh saudaranya yang melakukan amalan tersebut ketika doa tolak bala` sebagai berbuat bid`ah dan sebagainya. Sesungguhnya pihak yang melakukannya juga mempunyai hujah dan sandaran mereka. Berlapang dadalah dan jagalah hati dan lidah kalian dari menyakiti sesama kaum muslimin.
salam perkenalan,
BalasPadamjemput berdiskusi di blog kami juga...
-Annur-
sedih menengok makam ini
BalasPadammakam sufi dibesarkan, makam ulama diabaikan
sikit silap kita
alhamdulillah...
BalasPadamtahkik ilmu dan amal berserta dalil..
jemput singgah di blog ambo..
terima kasih
SALAM TN TANAH..
BalasPadamBOLEHKAH SAYA TAHU DIMANA PERBUATAN MEMBALIKAKN TANGAN KETIKA BERDOA TOLAK BALA DILAKUKAN OEH PARA JEMAAH TUAN.
TQ
WASSALAM
Salam tn tanah
BalasPadamDari perkataan tn menggunakan perkataan kawey ini mcm asal tn ini berada di pahang iaitu daerah pekan..
Jika benar org kg mana dan jika salah dimana para jemaah ini melakukan hal ini..
Tq
Wassalam
Maaf tuan, ese bukan orang pahang tapi orang borneo. Kat tempat ese di seghawok ini lazim dilakukan begitu.
BalasPadam