Rabu, Jun 13, 2012

Man Fariha Bina, Farihna Bihi

Ese nak berkongsi dengan teman sekalian akan suatu kisah yang pernah diceritakan suatu masa dahulu. Kisah ini kembali dalam ingatan ese tatkala melihat "Tadzkiratul Waa`idhziin" karangan Maulana Muhammad Ja'far al-Quraisyi al-Hanafi. Sebelum itu, ese peringatkan bahawa ini hanyalah kisah mimpi, maka tok sahlah nak gaduh-gaduh, terpulanglah samada nak percaya atau tidak. Dalam kitab tersebut, pada halaman 124 dalam bab yang ke-52, mengenai mawlid Junjungan Nabi SAW disebut dua kisah yang hampir sama ceritanya, kisah yang pertama dinisbahkan kepada Ibnu Nu'man sebagai orang yang telah bermimpikan Junjungan Nabi SAW, manakala dalam kisah yang kedua ianya dinisbahkan kepada sebahagian ulama sahaja tanpa disebutkan nama yang bermimpi. 

Diceritakan daripada sebahagian ulama bahawa dia telah bermimpi bertemu dengan Junjungan Nabi SAW dalam tidurnya, lalu dia bertanya kepada Junjungan Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu  mengenai majlis-majlis mawlid yang dibuat orang di mana mereka berkumpul kerananya, bergembira dengannya, menafkahkan padanya harta-harta mereka dan menambah padanya akan amal-amal yang shaleh? Maka Junjungan Nabi SAW menjawab: " 
"Sesiapa yang gembira/suka dengan kami, 
kami pun gembira/suka dengannya".

Allahu ... Allah...`aadhziim...., walaupun sekadar mimpi namun tiada salahnya bagi kita selaku umat baginda untuk bergembira dengan Junjungan Nabi SAW, bukankah ianya satu perintah Allah SWT kepada kita. Yang tidak gembira dengan kelahiran Junjungan Nabi SAW, mungkin ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Laksanakanlah majlis-majlis mawlid dengan penuh mahabbah kecintaan dan kegembiraan atas anugerah rahmat teragung daripada Allah SWT buat semesta alam, iaitu Junjungan Nabi SAW.  Semoga kita dijadikan pengikut dan pencinta baginda yang shodiq lagi tulus. Mudah-mudahan dengan kecintaan tersebut, kita akan dihimpunkan bersama baginda di syurga tertinggi kelak. Allahumma aamiin.

3 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum w.b.t.

    Ustaz, mohon bertanya. Apa status/kesan daripada mimpi seseorang kepada Rasulullah SAW atau kepada orang2 'alim terhadap syari'at?

    Adakah terpakai seperti mana usul mazhab? Atau ada kesan2 lain? Sekiranya dalam mimpi tersebut Rasulullah SAW menyuruhnya berbuat sekian sekian atau orang2 alaim yang dimimpinya menyuruh berbuat sekian2.. Mgkin cth drpd tulisan ustaz di atas. Bolehkah dijadikan sebagai hujah atau dalil utk mengharuskan sesuatu perkara?

    terima kasih atas jawapan ustaz. Mohon maaf sekiranya soalan saya jahil dan tersilap.

    BalasPadam
  2. Wa `alaikumus salam wa rahmatullahi wa barakatuh,

    Mimpi yang baik atau istilahnya rukyatus sholihah adalah suatu mubasyyirat (perkhabaran yang menggembirakan) sahaja. Secara dasarnya, tiada hukum yang boleh disandarkan kepadanya.

    Setiap perkara yang didatangkan dalam mimpi mestilah dibandingkan dengan kesaksian syariat, menyalahinya maka hendaklah ditinggalkan.

    Insya-Allah, nanti akan ditulis entrinya. Sementara itu, silalah rujuk hukum mengenainya dalam Khasaisul Kubra Imam as-Sayuthi, juga lihat kitab-kitab fiqh seumpama Tohfah dan juga kitab Sabilal Muhtadin pada awal bab puasa.

    Di mana dinyatakan kalau seseorang yang bermimpikan Nabi di penghujung Sya'ban dan Nabi memaklumkan kepadanya esok adalah 1 Ramadhan, maka khabar tersebut tidak boleh dipegang utk berpuasa pada keesokan harinya. Ini adalah kerana tiada dhabit pada khabar tersebut kerana ianya diterima dalam keadaan seseorang itu tidur.

    Juga saudara lihat penjelasan Mawlana Muhammad Zakaria dalam Fadhilat Shalawat.

    BalasPadam
  3. terima kasih ustaz. Ana tgu pnulisan khas ustaz dlm tajuk trsbt.

    BalasPadam