Syaikh Bediuzzaman Said Nursi rahimahullah adalah salah seorang tokoh yang sudah dikenali ramai bahkan dianggap sebagai seorang mujaddid. Tokoh yang gigih mempertahankan Islam ketika berhadapan dengan bid`ah sekularisma yang dibawa oleh Ataturk. Beliau tidak pernah gentar dalam perjuangan sucinya itu walaupun beberapa kali dipenjarakan dengan zalim oleh pemerintah Turki sekular. Kisah perjuangan beliau telah banyak dibukukan dan boleh tuan - tuan baca untuk dijadikan pedoman dan meraih rahmat yang diturunkan Allah ketika orang - orang yang dikasihiNya disebut.
Di sini ese hanya ingin menukilkan antara karamah yang diberikan Allah SWT kepada Syaikh Bediuzzaman rahimahullah. Diceritakan bahawa Syaikh Bediuzzaman rahimahullah pernah dilihat melaksanakan ibadah di dalam beberapa masjid sedangkan pada waktu itu beliau sedang dipenjara. Hal ini telah berlaku banyak kali ketika beliau dalam tahanan. Kisah - kisah ini boleh tuan - tuan baca dalam karya Sukran Vahide @ Mary Weld yang berjodol "Bediuzzaman Said Nursi : Author of the Risale-i-Nur". Antaranya adalah ketika beliau di penjarakan di Afyon, sebagaimana diceritakan oleh Hilmi Pancaroglu sebagai berikut:-
Sebagai penutup bagi entri ini, bersempena pilihanraya ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 nanti, ese nukilkan lagi satu kisah untuk renungan kita bersama agar dalam keghairahan berpolitik dan berkempen, kita tidak lupa bahawa, sebagai umat Islam, kita sentiasa terikat dengan hukum - hakam syariat. Jangankan dalam berkempen politik, dalam melaksanakan jihad berperang pada jalan Allah pun ada hukum dan etika yang perlu kita patuhi. Mungkin kita pernah mendengar ucapan Syaikh Bediuzzaman Said Nursi rahimahullah yang berbunyi "A`udhu billahi minasy syaithan was siyasah" yang bererti "aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik". Bukanlah maksud Syaikh Bediuzzaman rahimahullah untuk menolak politik, tidak sama sekali tidak. Politik yang beliau tolak dan mohon perlindungan Allah SWT daripadanya adalah politik kotor yang didasari hawa nafsu serakah para politikus yang hanya memikirkan kemenangan tanpa mempedulikan etika, norma dan hukum.

"Ketika dalam penjara (di Afyon), Syaikh Bediuzzaman rahimahullah telah memohon keizinan untuk keluar menghadiri sholat Jumaat di masjid, namun permohonan beliau tersebut telah ditolak oleh pihak penjara. Maka apabila tiba waktu sholat Jumaat, Syaikh Bediuzzaman rahimahullah telah didapati hilang dari penjara dan warden penjara tidak melihat beliau dalam selnya. Dalam keadaan panik, warden telah mengarahkan pihak polis untuk mencari Syaikh Bediuzzaman rahimahullah. Pihak polis telah berpecah kepada beberapa kumpulan dan masing - masing diarahkan untuk pergi ke satu masjid dalam rangka mencari Syaikh Bediuzzaman rahimahullah. Apa yang menghairankan adalah setiap kumpulan polis tersebut telah mendapati dan melihat Syaikh Bediuzzaman rahimahullah menunaikan sholat Jumaat dalam beberapa masjid di Imarat, Otpazari dan Misirli pada masa yang sama. Namun setelah selesai sholat Jumaat, pihak polis gagal pula untuk menemui beliau walaupun para jemaah telah bersurai. Ketika kembali ke penjara, mereka mendapati bahawa Syaikh Bediuzzaman rahimahullah berada dalam sel penjaranya sebagaimana biasa. Cerita ini telah masyhur diketahui oleh para penduduk Afyon.Allahu ... Allah, perkara yang luar biasa seumpama ini walaupun amat mencengangkan kita, bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah untuk melakukannya. Kita yang daripada "tiada" kepada "ada" pun dapat dilakukanNya, apa lagi kalau hanya setakat menempatkan seseorang yang telah "ada" di beberapa tempat pada satu waktu. Perkara sebegini masih berada dalam ruang lingkup perkara mumkin, di mana harus bagi Allah untuk menempatkan seseorang di beberapa tempat pada waktu yang sama. Kekeramatan sebegini telah disaksikan berlaku bukan sahaja kepada Syaikh Bediuzzaman rahimahullah, bahkan kepada ramai lagi para ulama dan awliya antaranya Sidi Ahmad al-Badawi rahimahullah dan Syaikh Abdul Wahhab asy- Sya'raani rahimahullah. Di Nusantara pula, kita pernah mendengar kekeramatan Sayyidisy Syaikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi rahimahullah di mana dikisahkan bahawa beliau pernah bertemu dengan 3 orang muridnya pada masa yang sama di tempat yang berlainan.
Sebagai penutup bagi entri ini, bersempena pilihanraya ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 nanti, ese nukilkan lagi satu kisah untuk renungan kita bersama agar dalam keghairahan berpolitik dan berkempen, kita tidak lupa bahawa, sebagai umat Islam, kita sentiasa terikat dengan hukum - hakam syariat. Jangankan dalam berkempen politik, dalam melaksanakan jihad berperang pada jalan Allah pun ada hukum dan etika yang perlu kita patuhi. Mungkin kita pernah mendengar ucapan Syaikh Bediuzzaman Said Nursi rahimahullah yang berbunyi "A`udhu billahi minasy syaithan was siyasah" yang bererti "aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik". Bukanlah maksud Syaikh Bediuzzaman rahimahullah untuk menolak politik, tidak sama sekali tidak. Politik yang beliau tolak dan mohon perlindungan Allah SWT daripadanya adalah politik kotor yang didasari hawa nafsu serakah para politikus yang hanya memikirkan kemenangan tanpa mempedulikan etika, norma dan hukum.
Berbalik kepada ungkapan Syaikh Bediuzzaman rahimahullah tersebut, maka ese datangkan kisahnya sebagaimana diceritakan oleh beliau sendiri dalam tulisannya "al-Ikhlash wal Ukhuwwah" yang diterjemahkan oleh Ustaz Nasir bin Ismail sebagai berikut:-
"Saya (yakni Syaikh Bediuzzaman Said Nursi) pernah melihat, iaitu akibat ikutan yang membuta tuli, seorang ulama yang mendahului ulama yang seorang lagi, dalam usahanya menjatuhkan ulama yang mempunyai pandangan politik yang berbeza dengannya, menyatakan bahawa ulama itu (yakni lawannya) bukanlah orang yang beriman. Beliau juga memuji dan menghormati golongan munafik yang menyokongnya. Saya merasa ngeri dengan akibat buruk dari penglibatan politik seperti ini. Saya berkata: "AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARIPADA SYAITAN DAN POLITIK," dan daripada saat itu saya menarik diri daripada terlibat dengan politik kotor ini.Mudah - mudahan Allah menyelamatkan kita dan negara kita, juga negara segala umat Islam yang lainnya daripada para politikus yang berperangai seperti tikus yang sukakan kekotoran dan mengamalkan politik kotor. Mudah-mudahan kerajaan kita yang baru nanti akan lebih mendaulatkan Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang membawa kepada keredhaan Allah SWT yang dengannya kita dan segala rakyat akan memperolehi rahmat dan kemakmuran yang berpanjangan. Allahumma ... aamiin.
Assalammu'alaikum..wrth, Benar...hamba setuju dengan pendapat Saudara.
BalasPadamsalam sidi...lama tunggu artikel terbaru.
BalasPadam