Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali membaca Ummul Kitab, itulah yang kita pohon daripada Allah SWT, kerana hanya Dia yang berkuasa untuk memberinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jangan kata kita, para rasul 'alaihimus salam tidak punya kuasa untuk memberikannya kepada orang lain selain dengan kehendak dan keizinanNya. Maka mereka hanya ditugaskan untuk menyampaikan sahaja ajaran - ajaran hidayah, menerima atau tidak, mendapat atau tidak, itu kerja dan ketentuan Allah SWT. Jika siang malam kita berdakwah, namun tidak juga berhasil, maka bersabarlah dan jangan putus asa. Hidayah bukan di tangan kita, yang penting kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita tersebut dengan penuh keikhlasan dan kejujuran, pasti akan diganjari Allah SWT.
Tatkala Junjungan Nabi SAW menyampaikan dakwah hidayah Ilahi kepada paman baginda yang dikasihinya dan yang banyak menolong baginda, namun pamannya tersebut enggan menerimanya, maka bersedihlah baginda dengan kesedihan yang amat, lalu Allah menghiburkan hati kekasihNya SAW dengan menurunkan firmanNya:-
"Sesungguhnya engkau (wahai kekasihku Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai; Tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki" [al-Qashash: 56]
Oleh itu, fahamlah kita hendaknya bahawa urusan memberi hidayah atau petunjuk itu adalah semata-mata urusan Allah SWT. Tiadalah kuasa atas kita untuk memberikannya, kita hanya menyampaikan sahaja, soal dapat atau tidak itu bukan kerja kita. Jangankan orang lain, diri kita sendiri pun tiada jaminan memperolehi hidayah tersebut, takut - takut yang kita dapati hanyalah riwayah cerita semata-mata. Kebanyakan ahli hadits dan ahli tafsir menyatakan bahawa ayat tersebut diturunkan berkenaan dengan Abu Talib yang enggan menyatakan keimanannya walaupun setelah disuruh oleh Junjungan Nabi SAW melakukannya.
Oleh itu, jika kita melihat seseorang yang rajin menuntut ilmu tapi masih belum dapat mengamalkan ilmunya sepenuhnya, janganlah mudah mulut kita untuk berkata: "Nama sahaja belajar agama 15 tahun tapi ... atau Tak guna dia belajar agama bertahun - tahun tapi mulutnya laser .... dan seumpamanya.". Adakah perbuatannya belajar agama 15 tahun itu salah atau maksiat ? Jika ianya bukan suatu kesalahan atau maksiat, mengapa kamu mengejinya ? Seharusnya yang dikeji adalah maksiat yang dilakukannnya bukan amal kebaikannya. Selaku penuntut ilmu atau ahli ilmu, kita harus mampu dan bijak membezakan antara dua perkara tersebut, iaitu mana yang baik dan mana yang buruk. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar. Ingat bakar nyamuk bukan bakar kelambu, kalau tak dapat bakar nyamuk, bakar ubat nyamuk. Apa-apa pun, gunalah akal yang waras untuk berfikir bukan akal yang telah diselubungi emosi dan taksub yang tersembunyi. Allah yahdik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan