Masjid yang ada didirikan padanya shalat Jumaat, maka ianya diistilahkan sebagai Masjid Jami`. Manakala masjid yang tiada shalat Jumaat padanya dinamakan sebagai Masjid Jamaah. Namun perlulah diketahui bahawa samada sesuatu tempat itu adalah masjid atau bukan, tertakluk kepada hukum - hakam yang tertentu yang disebut dalam kitab - kitab fiqh terutama sekali dalam bab waqaf dan ahkam al-masajid. Silalah tuan - tuan rujuk babnya kepada tuan - tuan guru di luar sana.
Kewujudan shalat jamaah pada setiap waktu yang lima atau kewujudan shalat Jumaat pada sesuatu binaan atau tempat itu tidak memestikan binaan atau tempat itu dihukumkan sebagai Masjid Jami` atau Masjid Jama`ah. Ianya tertakluk kepada beberapa syarat lagi yang disebut dalam kitab-kitab yang muktabar. Oleh itu, janganlah bermudah-mudah menghukum sesebuah binaan yang diwaqaf atau dibina untuk surau dianggap sebagai masjid. Keperluan membezakan antara masjid dan bukan masjid adalah penting kerana ianya melibatkan perbezaan hukum yang lain seperti hukum i'tikaf, hukum shalat tahiyyatul masjid, hukum perempuan haid duduk padanya dan lain - lain lagi. Masjid adalah masjid walaupun ianya tidak didirikan shalat Jumaat padanya. Bagi mushalla atau surau, maka selagi ianya tidak menepati ketentuan hukum - hakam masjid, maka ianya bukanlah masjid, walaupun didirikan Shalat Jumaat padanya. Nak tahu apa ketentuan hukum tersebut, silalah mengaji berpandukan kitab - kitab yang muktabar.
Secara umumnya, beribadah dalam masjid jami` adalah lebih afdhal dari masjid jamaah, surau dan mushalla. Ini adalah kerana ganjaran shalat pada masjid jami` memiliki gandaan pahala berbanding dengan masjid jamaah atau lainnya. Dalam "Sunan Ibnu Majah", jilid 1, halaman 447, Imam Ibnu Majah radhiyaAllahu `anhu meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda:-

Shalat yang didirikan oleh seseorang lelaki di rumahnya adalah dinilai dengan satu shalat. Shalatnya di masjid qabilah (yakni masjid jamaah) dinilai dengan 25 shalat. Shalatnya di masjid jami` (yakni masjid yang didirikan padanya sholat Jumaat, dinilai dengan 500 shalat. Shalatnya di Masjidil Aqsa, dinilai dengan 50,000 shalat. Shalatnya di masjidku (yakni Masjid an-Nabawi) dinilai dengan 50,000 shalat. Shalatnya di Masjidil Haram dinilai dengan 100,000 shalat.
Hadis ini walaupun dianggap dhoif oleh kebanyakan ulama, namun tiadalah apa-apa kesalahan untuk menggunakannya dalam perkara fadhail semata-mata. Dan kena juga kita fahami bahawa ganjaran ini adalah lain daripada ganjaran pahala shalat berjemaah yang digandakan dengan 25 atau 27 darjat berbandingkan shalat sendirian. Antara hikmat shalat yang didirikan di satu tempat mempunyai nilaian yang berbeza dengan di tempat lain adalah agar kita bermotivasi untuk mencari yang lebih berbanding yang kurang. Namun, gandaan yang tidak nampak dek mata ini, sering diremehkan. Nampaknya mengejar imbalan akhirat yang berganda, tidaklah seghairah mengejar habuan duniawi yang fana..... Allahu ... Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan