Dengan penuh kedukaan dan kesedihan dimaklumkan bahawa kelmarin, Ahad, 10 Safar 1437, telah
kembali ke rahmatullah al-`Alim al-Allaamah al-Muhaddits al-Falakiy al-Habib Abu Alwi Hamid bin Alwi al-Kaaf rahimahullah. Beliau wafat di Kota Makkah al-Mahmiyyah dan jenazah beliau telah dishalatkan dalam Masjidil Haram sebelum dimakamkan di permakaman ahlil bait di perkuburan Ma'la. Mudah - mudahan beliau ditempatkan bersama leluhurnya terdahulu daripada kalangan salafus shaleh di sisi al-Jidd al-Akbar, an-Nabiy al-Musthafa al-`Adnani shallaAllahu `alaihi wa sallam. Allahumma aamiin ..... al-Fatihah.
Al fatihah.
BalasPadam