Puak Wahabi yang tersasar dalam blog ini mungkin terasa hati dengan tajuk entri ini. Tapi jika nak marah pun, janganlah marah kat ese, ese sekadar menyampaikan sahaja, bak kata omputeh "don't kill the messenger" dan meminjam kata Ustaz Ebit hafizahullah: "Saya cuma posmen". Tapi jika difikir, nama Wahabi telah pun busuk sejak sekian lama, sehingga puak-puak tu pun malu nak guna nama tersebut. Apa-apa pun gasaklah koranglah, ese cuma ingin mengutarakan apa yang al-'Alim al-'Allaamah al-Wali Tok Syaikh Ahmad al-Fathani rahimahullah sebut dalam kitab beliau Hadiqatul Azhar war Riyaahin.
Tok Syaikh Ahmad al-Fathani rahimahullah pada halaman 169 kitab tersebut, ketika menceritakan beberapa fitnah yang terjadi pada zaman Sultan Salim al-'Uthmani daripada Khilafah Uthmaniyyah Turki, menyatakan bahawa di antara fitnah-fitnah tersebut adalah fitnah yang timbul daripada puak Wahabi yang memerangi Khalifah Bani 'Uthman dan menawan al-Haramain. Kata Tok Syaikh rahimahullah:- (Dan) setengah daripadanya, fitnah Thaifah Wahhabiyyah yang melampaui mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua tanah haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan iktikad yang mudarat. Dan adalah yang menghantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang merentahkan dia Muhammad anak Abdul Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim....
Maka hendaklah tuan-puan ambil tahu dan fahami serta ingat apa yang telah dilakukan oleh puak Wahabi terhadap kaum Muslimin penduduk Hejaz dan Semenanjung Arab. Tuan-puan jangan ingat Wahabi masuk Kota Mekah dengan bagi salam, tidak sekali-kali, sejarah membuktikan bahawa mereka memasukinya dengan mengangkat senjata, memerangi dan membunuh kaum Muslimin. Dalam Perang Wahabi ke-2, yang berakhir dengan penjajahan mereka ke atas Hejaz, tidak kurang daripada 400,000 umat Islam yang telah mereka bunuh atau cederakan. Bahkan di tempat-tempat seperti Taif, Burayda dan al-Huda, mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduknya. Ini belum lagi termasuk orang-orang yang dibunuh setelah mereka menguasai Hejaz dan Semenanjung Arab. Mereka bersekongkol dengan musuh Islam, penjajah British, untuk melemahkan dan akhirnya menumbangkan khilafah umat Islam ketika itu, iaitu Khilafah Uthmaniyyah. Jangan sekali-kali tuan-puan lupa sejarah ini, janganlah kerana dapat pembiayaan petrodolar, maka kita lupa segala-galanya. Maka tidaklah pelik jika para ulama kita menegaskan bahawa puak Wahabi ini memiliki mazhab yang jahat, jalan yang sesat dan iktikad yang mudarat. Oleh itu, mari kita jauhi puak-puak ini, terutama sekali zaman ini di mana ada ustaz-ustaz yang mesra Wahabi cuba memutihkan sejarah dan pegangan Wahabi dengan berbagai alasan yang menyedapkan hati. Mudah-mudahan Allah selamatkan umat Islam daripada fitnah Wahhabiyyah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan