Syaikh Muhammad al-Mahdi rahimahullah seorang ulama besar bermazhab Maliki yang dilahirkan pada tahun 1033H di Qashr al-Kabir, Maghribi. Dilahirkan dalam keluarga ulama yang bersambung nasabnya kepada Syaikh Abul Mahasin Yusuf al-Faasi. Syaikh al-'Alim al-'Allaamah Muhammad bin Muhammad bin 'Umar bin Qasim Makhluf dalam karya beliau "Syajaratun Nur az-Zakiyyah fi Thabaqaatil Maalikiyyah", pada halaman 473 menyebut nama beliau sebagai al-`Alim an-Nahriir al-Faqiih al-'Umdah asy-Syahir al-Muhaddits al-Barakah al-Khabir Abu 'Isa Muhammad al-Mahdi bin Ahmad bin 'Ali bin Yusuf al-Faasi. Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa Syaikh Muhammad al-Mahdi adalah seorang ulama diiktiraf keilmuannya oleh para ulama sehingga dimasukkan nama beliau dalam kitab - kitab thabaqat para ulama. Selain mengajar, beliau turut mengarang beberapa kitab antaranya "ad-Durratul Gharra` fi waqf al-Qurra`", Simthul Jawhar al-Faakhir min mafaakhir an-Nabiy al-Awwal wa al-Akhir", Kifayatul Muhtaaj fi khabar Shaahibit Taaj" dan lain - lain lagi. Beliau menulis karya - karya beliau dalam gaya dan bahasa yang menarik dan mengkagumkan sehingga Syaikh Muhammad bin ath-Thayyib al-Qaadiri dalam "Nasyrul Matsani", juz 3, halaman 80, menggelar beliau antara lain sebagai mujaddidan lit tadris al-ilm wa at-ta'liif (reformis dalam pengajaran ilmu dan penulisan). Syaikh Muhammad al-Mahdi wafat pada hari Sabtu, 9 Sya'baan 1109H, mudah-mudahan Allah membalas segala jasa beliau dengan balasan kebajikan yang berlipat kali ganda serta menempatkan beliau bersama para anbiya` dan awliya`. Kitab "Mathaali`ul Masarraat" adalah salah satu daripada tiga karya beliau yang mensyarahkan kitab "Dalaa-ilul Khairaat" himpunan shalawat yang dikarang oleh al-Imam Abu 'Abdullah Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli rahimahullah.
Kalimah al-Faatih limaa ughliq dengan terjemah lafzinya pembuka bagi segala apa yang tertutup atau terkunci, sebenarnya mempunyai banyak lagi pengertian yang mendalam. Kita biasa memahaminya dengan pengertian bahawa Allah telah membuka segala pintu kebajikan dan segala pintu kebahagiaan dunia akhirat dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam. Syaikh Muhammad al-Mahdi ketika memberikan pengertian bagi rangkai kata al-Faatih limaa ughliq tersebut, yang terkandung dalam shalawat yang dinisbahkan kepada Sayyidina 'Ali radhiyaAllahu `anhu dan dalam shighah - shighah Shalawat Fatih, menjelaskan lagi bahawa antara maksud yang terkandung dalam kalimah tersebut adalah Allah `azza wa jalla telah membukakan pintu penciptaan dengan baginda, di mana baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah ciptaan Allah ta`ala yang terawal yang menjadi sebab bagi penciptaan segala makhluk lain, jikalau bukan kerana baginda, maka tidaklah akan dicipta sesuatu. Kalimah tersebut juga membawa maksud bahawa Allah membuka pintu nubuwwah (kenabian) dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka bagindalah awwalul anbiya (nabi yang pertama). Juga bermaksud bahawa Allah telah membuka nur dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam kerana seawal-awal ciptaan Allah subhanahu wa ta`ala adalah nur baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam. Allah juga telah membukakan pintu - pintu rahmat dengan baginda bagi umatnya, demikian juga pintu syafaat, bahkan pintu syurga di mana tidaklah ianya dibuka bagi seseorang pun sebelum baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam, al-Faatih limaa ughliq.
Maka itulah antara pengertian atau tafsiran bagi rangkai kata al-Faatih limaa ughliq. Mudah-mudahan dapatlah kita menghayati rangkai kata tersebut agar lebih khusyuk ketika kita bershalawat ke atas baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam, istimewa pula jika yang dibaca itu adalah Shalawat Fatih yang masyhur.