Kitab yang berjodol al-Barakah fi fadhlis sa'yi wal harakah adalah karangan Syaikh Jamaluddin Muhammad bin 'Abdul Rahman bin 'Umar bin Muhammad bin 'Abdullah al-Hubaisyi al-Washaabi yang dilahirkan pada bulan DzulHijjah 712H. Beliau adalah salah seorang ulama Yaman yang terkenal dengan alim dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti qiraah, tafsir, hadis dan bahasa. Syaikh al-'Allaamah al-Mu`arrikh Tajuddin 'Abdul Wahhab bin 'Abdul Rahman al-Buraihi (w.874H) dalam karyanya Thabaqatu Shulaha-il Yaman @ Tarikhul Buhairi al-Kabir menyebut beliau sebagai seorang yang faqih lagi 'allaamah yang menjadi ikutan para shalihin di zamannya lagi menjadi sumber sandaran dan keberkatan, yang menerangi ilmunya akan segala masjid dan madrasah. Beliau belajar dengan ramai ulama di antaranya ayahandanya sendiri Syaikh al-Qadhi Wajihuddin 'Abdul Rahman bin 'Umar al-Hubaisyi, al-Faqih Muhammad bin 'Abdul Malik ad-Didari, al-Faqih Abu Bakar bin Jibril dan ramai lagi. Kitab al-Barakah yang dikarangnya ini adalah satu karya bernilai yang menyentuh ilmu-ilmu usul, fiqh, hadis dan perubatan. Beliau juga mempunyai karya lain seperti: Umdatuth Thalib fil I'tiqadil Wajib, Farhatul Qulub wa Salwatul Makrub, at-Tadzkir bi ma ilaihil mashir, an-Nurain fi Ishlahid Darain dan beberapa lain dalam bentuk nazam mau pun natsar. Syaikh al-Hubaisyi meninggal dunia pada waktu Isyak malam Selasa awal bulan Sya'baan tahun 782H rahimahullah.
Syaikh al-Hubaisyi rahimahullah memulakan karangannya kitab al-Barakah tersebut dengan menyatakan fadhilat melakukan pekerjaan, berusaha, bertani dan seumpamanya daripada lain - lain pekerjaan. Di antara hadis - hadis yang dinukil beliau adalah sebagai berikut:- Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang mukmin yang bekerja atau berusaha". Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam juga menyatakan bahawa: "Allah ta`ala telah mengajar Nabi Adam 'alaihis salam 1000 jenis pekerjaan daripada berbagai pekerjaan. Lalu Allah berfirman kepadanya: "Katakan kepada anakmu dan zuriatmu, jika mereka tidak dapat bersabar (dengan kesempitan hidup di dunia), maka carilah (kesenangan) dunia tersebut dengan pekerjaan - pekerjaan ini dan jangan mencarinya dengan agama (yakni jangan jadikan agama untuk mencari kesenangan dunia). Sesungguhnya agama itu hendaklah ikhlas semata-mata untukKu. Binasalah sesiapa yang mencari dunia dengan agama, kebinasaan baginya". Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: "Perbaikkanlah (kehidupan) dunia kamu dan beramallah untuk akhiratmu".
Maka hendaklah kita bekerja dengan sebaik -baiknya, bukan sahaja untuk kehidupan duniawi kita semata-mata tetapi juga untuk kebahagiaan ukhrawi. Sebagai seorang muslim mukmin, kita bekerja bukan semata-mata untuk diri atau keluarga atau negara, bahkan hendaknya kita bekerja untuk Allah yakni untuk mencari rahmat dan keredhaan Allah ta`ala. Oleh itu jadikanlah pekerjaan kita tersebut sebagai ibadah untuk bertaqarrub kepada Allah. Langkah yang pertama agar pekerjaan kita menjadi ibadah adalah diri pekerjaan tersebut mestilah usaha yang halal, yang tidak bertentangan dengan hukum syarak yang mulia. Ini syarat pokok yang tidak boleh ditawar-tawar. Setelah ada syarat tersebut, maka barulah ianya boleh dijadikan sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah seperti lain - lain ibadah. Para ulama telah memberi penekanan agar kita bekerja dan berusaha dengan benar dan bersungguh - sungguh sebagaimana yang dinukil oleh Sidi Abdul Wahhab asy-Sya`raani rahimahullah dalam al-Minahus Saniyyah halaman 9 sebagai berikut:
....Para ulama salaf dan khalaf telah memberi penekanan agar melakukan sesuatu pekerjaan itu mengikut al-Quran yang agung dan sunnah yang mulia ................ Adalah Syaikh Abul Hasan asy-Syaadzali rahimahullah berkata: "Sesiapa yang melakukan usaha (bekerja) dan mendirikan segala amalan yang difardhukan Tuhannya yang Maha Tinggi ke atas dirinya, maka telah sempurna mujahadahnya." Dan Syaikh Abul 'Abbas al-Mursi rahimahullah berkata: "Hendaklah kamu berusaha untuk mencari sebab bagi menghasilkan rezeki (yakni jangan bermalas-malas, hanya menunggu - nunggu yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang). Seseorang itu hendaklah menjadikan alat timbangannya sebagai subhahnya (yakni biji tasbihnya), kapak atau pahat atau perkakas pertukangannya sebagai subhahnya, alat penjahitnya sebagai subhahnya dan permusafirannya (untuk mencari rezeki) sebagai subhahnya." Maka telah ijmak ulama bahawa berusaha itu adalah satu kewajipan yang sangat dituntut serta dihubungkan dengan peningkatan darjat keimanan.......
Oleh itu, janganlah kita hanya tahu atau mahu berzikir mengingati Allah, ketika ada untaian tasbih di tangan. Ketika kita bekerja, jadikanlah segala peralatan kerja kita tersebut seumpama biji tasbih untuk menolong kita berzikir mengingati Allah sentiasa. Dengan sedemikian, jauhlah kita daripada musibah kelalaian dan dijauhi juga kita daripada melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bertentangan dengan kehendak hukum Allah.
Syaikh al-Hubaisyi rahimahullah memulakan karangannya kitab al-Barakah tersebut dengan menyatakan fadhilat melakukan pekerjaan, berusaha, bertani dan seumpamanya daripada lain - lain pekerjaan. Di antara hadis - hadis yang dinukil beliau adalah sebagai berikut:- Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang mukmin yang bekerja atau berusaha". Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam juga menyatakan bahawa: "Allah ta`ala telah mengajar Nabi Adam 'alaihis salam 1000 jenis pekerjaan daripada berbagai pekerjaan. Lalu Allah berfirman kepadanya: "Katakan kepada anakmu dan zuriatmu, jika mereka tidak dapat bersabar (dengan kesempitan hidup di dunia), maka carilah (kesenangan) dunia tersebut dengan pekerjaan - pekerjaan ini dan jangan mencarinya dengan agama (yakni jangan jadikan agama untuk mencari kesenangan dunia). Sesungguhnya agama itu hendaklah ikhlas semata-mata untukKu. Binasalah sesiapa yang mencari dunia dengan agama, kebinasaan baginya". Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: "Perbaikkanlah (kehidupan) dunia kamu dan beramallah untuk akhiratmu".
....Para ulama salaf dan khalaf telah memberi penekanan agar melakukan sesuatu pekerjaan itu mengikut al-Quran yang agung dan sunnah yang mulia ................ Adalah Syaikh Abul Hasan asy-Syaadzali rahimahullah berkata: "Sesiapa yang melakukan usaha (bekerja) dan mendirikan segala amalan yang difardhukan Tuhannya yang Maha Tinggi ke atas dirinya, maka telah sempurna mujahadahnya." Dan Syaikh Abul 'Abbas al-Mursi rahimahullah berkata: "Hendaklah kamu berusaha untuk mencari sebab bagi menghasilkan rezeki (yakni jangan bermalas-malas, hanya menunggu - nunggu yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang). Seseorang itu hendaklah menjadikan alat timbangannya sebagai subhahnya (yakni biji tasbihnya), kapak atau pahat atau perkakas pertukangannya sebagai subhahnya, alat penjahitnya sebagai subhahnya dan permusafirannya (untuk mencari rezeki) sebagai subhahnya." Maka telah ijmak ulama bahawa berusaha itu adalah satu kewajipan yang sangat dituntut serta dihubungkan dengan peningkatan darjat keimanan.......
Oleh itu, janganlah kita hanya tahu atau mahu berzikir mengingati Allah, ketika ada untaian tasbih di tangan. Ketika kita bekerja, jadikanlah segala peralatan kerja kita tersebut seumpama biji tasbih untuk menolong kita berzikir mengingati Allah sentiasa. Dengan sedemikian, jauhlah kita daripada musibah kelalaian dan dijauhi juga kita daripada melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bertentangan dengan kehendak hukum Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan