Qashidah Li 'Asyratun sebagaimana yang tercatat dalam terjemahan Kiyai Haji Fathullah Harun rahimahullah bagi Ratib al-'Aththas yang berkat susunan wali quthub almarhum Habib 'Umar bin 'Abdur Rahman al-'Aththas yang dinamakan 'Aziizul Manaal wa Fathu Baabil Wishaal. Sebenarnya Aziizul Manaal wa Fathu Baabil Wishaal atau terjemahannya "sesuatu yang bernilai yang sukar untuk diperolehi dan kunci pembuka pintu penghubung kepada Allah" adalah antara nama bagi merujuk kepada Ratib al-'Aththas, nama - nama lain yang diberikan kepadanya oleh para ulama, antaranya:- (i) Hishnus Hashin (Benteng yang kukuh); (ii) al-Kibrit al-Ahmar (Belerang merah); (iii) Zubdatul Adzkar (Pati segala zikir): (iv) Maghnaathisul Asraar li man waadzaba 'alaihi bil laili wan nahaar (Magnet penarik segala asrar bagi sesiapa yang sentiasa mengamalkannya pada malam dan siang); (v) at-Tiryaq al-Mujarrab (Penawar yang mujarrab); dan (vi) Manhalul Manaal wa Fathu Baabil Wishaal (Sumber untuk mencapai dan kunci bagi pintu penghubung kepada Allah). Memandangkan tujuan utama karangan KH Fathullah Harun tersebut adalah sebagai terjemahan kepada Ratib al-'Aththas, maka dinamakan ia dengan nama ratib tersebut sahaja. Terhimpun juga dalam buku tersebut beberapa amalan dan zikir lain termasuklah Qashidah Li 'Asyratun dan Hizbul Bahr bagi Syaikh Abul Hasan `Ali asy-Syadzili rahimahullah. Mudah - mudahan keberkatannya berkelanjutan sehingga ke akhir masa.
**************************
Saya nak beli buku azizul manal ni boleh beli di mana ya?
BalasPadamMungkin boleh dicari sekitar Wisma Yakin dekat Pustaka al-Hafiz umpamanya atau kedai - kedai sekitar Kampung Baru.
BalasPadam