Syaikhul Hadits wat Tafsir, al-'Alim, al-'Allaamah, al-Faqih, asy-Syaikh, Maulana Muhammad Musa ar-Ruhani al-Bazi rahimahullah adalah seorang ulama besar kelahiran Pakistan. Ketinggian ilmu beliau adalah diakui. Sejarah hidup beliau telah rata ditulis dan diperkata, hanya tinggal tuan - tuan cari dan baca. Kepakaran beliau dalam ilmu hadis tidak dipertikaikan. Oleh itu, beliau adalah otoriti dalam ilmu hadis yang dapat dijadikan pegangan, bahkan beliau digelar antaranya sebagai Imamul Muhadditsin, Najmul Mufassirin, Zubdatul Muhaqqiqin.
Di antara karangan beliau yang masyhur adalah sebuah kitab wirid shalawat yang diberi jodol al-Barakaatul Makkiyyah. Kitab wirid ini sudah terkenal dan telah menjadi amalan harian ramai pencinta Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Dalam entri ini faqir kongsikan sedikit tulisan beliau rahimahullah dalam mukaddimah atas kitab tersebut. Pada halaman 14, beliau menulis, antara lain, sebagai berikut:- Daripada Ibnu 'Abbas radhiyaAllahu 'anhuma berkata bahawa Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda:- " Sesiapa yang mengucapkan atau berkata: {JazaAllahu 'annaa Muhammadan shallaAllahu `alaihi wa sallam bi maa huwa ahluh}, ia memenatkan 70 malaikat selama 1000 pagi (yakni 1000 hari)." Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Nu`aim rahimahullahu ta'ala dan selain beliau. Dhamir atau gantinama "hu" yang pada kalimah "ahluhu" boleh dirujuk kepada Allah ta`ala (yakni balasan atas baginda yang sesuai dan layak dengan kebesaran, keagungan dan kemurahanNya - Allah ta`ala) atau dirujuk kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam (yakni balasan yang layak baginya - baginda Nabi), sebagaimana yang disebut oleh al-Majdul Lughawi.
Sengaja faqir nukilkan riwayat hadis ini kerana ada puak yang mencemuh penyebaran hadis tersebut dan mempersendakan riwayatnya. Ternyata bahawa para ulama meletakkan hadis tersebut dalam karangan mereka dan menjadikannya hujah dalam bab fadhail. Bahkan, mereka menganjurkannya. Ketahuilah bahawa ilmu hadis, ilmu musthalah hadis serta segala yang berkait dengannya, bukanlah satu ilmu yang baru muncul di abad kita ini. Status "Hadis Penat 1000 Pagi" ini telah diketahui oleh para ulama terdahulu, bukannya hanya baru disedari sekarang. Terbukti bahawa apa jua status hadis tersebut tidak menghalang para ulama untuk menyebarkannya, bahkan mereka meriwayat dan menukil hadis ini dalam kitab - kitab mereka. Oleh itu, amatlah tidak bijak, jika ada pihak yang sungguh - sungguh berusaha memadamkan hadis ini dari khazanah keilmuan umat Islam... Allahu ....Allah.
Selanjutnya, pada halaman 40 - 41 Maulana Bazi rahimahullah menyatakan pula, antara lain:- Cara bershalawat dengan susunan indah menyebut nama - nama Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam yang berkat sebagaimana termaktub dalam kitab ini (yakni al-Barakaatul Makkiyyah) adalah lebih diharap untuk memustajabkan segala permintaan. Dasar bagi sangkaan kuat atas kemustajaban dan penerimaan tersebut adalah dengan memandang kepada luasnya rahmat Allah ta`ala, ketika mana disebut orang - orang shalih yang sempurna ketakwaannya, rahmatNya akan diturunkan. Sebahagian ahli hadis telah menerangkan bahawa pengkabulan doa adalah mujarrab setelah menyebut nama - nama sahabat al-Badriyyin (yakni nama - nama sahabat pejuang Badar) radhiyaAllahu ta`ala `anhum. Maka Junjungan Nabi `alaihis salam adalah pemimpin orang - orang yang bertakwa (Imam al-Muttaqin), lalu apa sangkaanmu dengan majlis di mana Junjungan Nabi `alaihis salam sentiasa diingat (disebut) dan dibacakan padanya sekitar 800 nama daripada nama - nama baginda yang berkat dengan diiringi ucapan shalawat dan salam yang berkesinambungan.

Maka sentiasalah menggerakkan lidah kita untuk menyebut - nyebut nama baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan ucapan shalawat dan salam dalam apa jua bentuk dan shighah. Kata hukama`, lidah itu jadi dalil (petunjuk) atas apa yang ada dalam hati. Maka mudah - mudahan apa yang terlancar di lidah itu adalah cerminan apa yang terbuku dalam hati sanubari. Allahumma shalli wa sallim `ala Sayyidina Muhammad.
*****************************************
Cuplikan Kalam Buya Maliki rahimahullah