Ketika kisah ini diceritakan kepada Sidi Muhammad, beliau menangis dan hadirin yang mendengarnya pun menangis sama. Beliau berkata kepada asy-Syarif Muhammad an-Nu'mani: "Jika engkau melihat lagi datukmu shallaAllahu `alaihi wa sallam, tanyakan kepada baginda bagi pihakku: "Apakah amalan tertentu (yang dalam sesetengah thariqat dinamakan sebagai " al-`imarah") daripada amalan - amalanku (sehingga aku dapat kemuliaan tadi)." Selang beberapa hari, asy-Syarif an-Nu'mani kembali bermimpikan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam lalu beliau bertanya mengenai amalan istimewa Sidi Muhammad. Maka baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda kepadanya bahawa amalan tersebut adalah pembacaan shalawat yang dilakukan oleh Sidi Muhammad dalam khalwat beliau setiap hari sebelum terbenam matahari dengan lafaz: "Allahumma shalli `ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiy, wa `ala aalihi wa shahbihi wa sallim, `adada maa `alimTa, wa zinata ma `alimTa, wa mil-a ma `alimTa." Ketika kisah ini diceritakan semula kepada Sidi Muhammad, beliau berkata: "Benarlah Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam"....
Jumaat, Julai 29, 2022
Shalawat Sidi Syamsuddin
Faqir pernah menulis sedikit tentang Shalawat Sidi Syamsuddin al-Hanafi @ Sulthanul Hanafi rahimahullah, kali ini faqir sambung sedikit lagi tentang shalawat yang berkat ini, yang faqir petik dari Afdhalush Shalawat bagi Sayyidi Yusuf an-Nabhani rahimahullah. Dalam kitab tersebut, Syaikh Yusuf an-Nabhani menukil akan perkataan Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan Imam asy-Sya'rani yang menyatakan bahawa shalawat ini memiliki asrar dan keajaiban yang banyak sehingga tidak dapat hitung. Maka tidak hairan jika ada ahli - ahli thariqah dan ahli - ahli shalawat yang menjadikan shalawat ini sebagai wirid harian mereka.
Selanjutnya sukalah faqir kongsikan di sini kisah mimpi Syarif Nu'mani mengenai Shalawat Sidi Syamsuddin al-Hanafi sebagaimana dinukil oleh Syaikh Yusuf an-Nabhani dalam kitabnya tersebut pada halaman 98, yang beliau nukil dari Thabaqat Imam asy-Sya'raani rahimahullah, sebagai berikut:- Maka adalah asy-Syarif an-Nu'mani radhiyaAllahu `anhu, salah seorang sahabat Sidi Muhammad (al-Hanafi) radhiyaAllahu `anhu berkata: " Aku telah mimpi bertemu datukku, Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, baginda berada dalam satu khemah yang besar, lalu berdatanganlah para wali kepada baginda untuk bersalam seorang demi seorang. Terdapat seorang penyeru yang menyebut nama mereka seorang demi seorang, "ini fulan bin fulan." Kemudian mereka pun duduk berdekatan dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam sehingga datang satu rombongan manusia yang ramai. Maka penyeru tadi berkata: "Ini Muhammad al-Hanafi." Apabila beliau sampai di hadapan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, baginda mempersilakannya duduk di sisi baginda. Kemudian Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam menoleh kepada Sayyidina Abu Bakar radhiyaAllahu `anhu dan Sayyidina Umar radhiyaAllahu `anhu, lalu baginda bersabda sambil mengisyarat kepada Sidi Muhammad al-Hanafi: "Sesungguhnya aku kasih akan lelaki ini, cuma serbannya serban ash-shamma`" (iaitu serban tanpa `adzbah, yakni juluran yang dibelit atau ekor, di mana menurut segelintir ulama hukumnya makruh), atau sabda baginda "serbannya warna za'faran (juga dimakruhkan oleh sebahagian ulama)." Maka Sayyidina Abu Bakar radhiyaAllahu `anhu pun berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, adakah paduka tuan mengizinkan aku untuk melilit semula serban baginya?" Baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Ya." Lalu Sayyidina Abu Bakar radhiyaAllahu `anhu mengambil serban dirinya dan menjadikannya di atas kepala Sidi Muhammad, beliau melepaskan ekor (`adzbah) serban Sidi Muhammad dari pihak kiri dan melilitnya bagi Sidi Muhammad.
Allahu ... Allah, maka dapat diperolehi dari kisah ini bahawa shalawat ini merupakan amalan yang dianggap istimewa oleh Sultanul Hanafi, Sidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi rahimahullah yang puluhan tahun menduduki maqam quthub. Sebagai penutup, faqir kongsikan pernyataan Syaikh Ahmad Abdul Jawwad rahimahullah sebagaimana tercatat pada halaman 60 karya beliau yang berjodol Shalawat al-Muhibbin `ala Habibi Rabbil `Aalamiin. Beliau menyatakan bahawa: (Mudah - mudahan) sesiapa yang bershalawat dengan shalawat ini dihimpunkan bersama - sama dengan para muqarrabin di hadhrat Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam serta dipakaikan dengan pakaian kemuliaan dan kemegahan. Semoga bermanfaat dan bertambah shalawat kita terutama pada hari Jumaat yang mulia, lebih - lebih lagi ini Jumaat terakhir bagi tahun hijrah 1443H. Selamat sejahtera hendaknya, berkat shalawat Nabi dan berkat tuah jah baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan