- Mazhab yang dianut oleh Penafsir ini adalah Mazhab Salaf, yaitu Mazhab Rasulullah dan sahabat-sahabat beliau dan Ulama-ulama yang mengikut jejak beliau...........
- Tafsir yang amat menarik hati penafsir buat dijadikan contoh ialah Tafsir al-Manar karangan Sayid Rasyid Ridha, berdasarkan kepada ajaran tafsir gurunya Syaikh Muhammad Abduh......
- Meskipun tafsir itu beliau tulis hanya 12 juzu` saja, artinya tidak sampai separuh al-Quran, namun dia dapat dijadikan pedoman di dalam meneruskan penafsiran "Al-Azhar" ini sampai tammat........dasar penafsiran yang beliau tegakkan, masih tetap hangat dan dapat dicontoh dan tidak basi.
Jadi Buya Hamka menyatakan bahawa dia bermazhab Salaf, wah banyak tu, kurang-kurang Hanafi, Syafi`i, Maliki dan Hanbali. Macam mana pula nak amal empat-empat ? Nak tarjih, Buya Hamka mungkin boleh le, kan dia alim. Tapi kita, takkan ulama mazhab yang pegang satu mazhab tak alim nak tarjih ? Pening - pening. Imam Nawawi ikut mazhab apa ? Ini beza Ahlus Sunnah kita, terima 4 amal 1 secara lazim, Buya Hamka, terima 4 atau lebih, amal yang mana pulak ? Kalau tarjih sendiri, mazhab dia sendirilah tu.
Lihat pujian Buya Hamka terhadap "Tafsir al-Manar". Maka tak pelik jika Buya Hamka terkadang mengulang-ulang fatwa Rasyid Ridha dan Abduh dengan nada yang lebih lembut dan lunak sehingga tak disedari oleh pembacanya. Contohnya, jika Rasyid Ridha menyatakan bahawa ada kepercayaan Kristian yang telah disebarkan kepada umat Islam sehingga menjadi pegangan kebanyakan muslimin sejak awal Islam lagi seperti kepercayaan turunnya Nabi Isa a.s. di akhir zaman, maka Buya Hamka menulis pada mukasurat 29, juzu` 1 "Tafsir al-Azhar":-
- Yang sangat terkenal ialah Ka`bul Ahbar dan Wahab bin Munabbih, keduanya orang Yahudi masuk Islam, banyak membawa dongeng Israiliyat itu, didengar oleh sahabat, lalu mereka salin. Apatah lagi oleh Tabi`in. Kadang-kadang mereka salin dengan tidak memakai komentar, hanya semata-mata untuk bahan saja bagi kita yang datang di belakang.
Waduh, sedap sungguh gaya bahasa Buya Hamka. Rupa-rupanya sahabat dan Tabi`in main salin je cerita Israiliyat. Yang tak dikomentar rupanya ditinggalkan untuk kita beri komentar. Waahhh ! Hebatnya kita. Kepada Sunniyun Syafi`iyyun, berhati-hatilah, lihat daripada siapa kamu mengambil agamamu, tapi jangan kondem orang lain seperti Buya Hamka lebih-lebih, biarlah dia dengan pendapatnya, elok kita baca sholawat banyak-banyak, melainkan jika maslahah memerlukan kita memberi penjelasan. Kepada pengkagum Buya Hamka, gasak kamulah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan