- Asy-Syaikh Rasyid Ridha al-Qalamuni dan Doktor Ahmad Syalabi telah mengecil-ngecilkan Nashirus Sunnah asy-Syaikh Ibnu Hajar asy-Syafi`i dalam tulisan-tulisan mereka, sebab asy-Syaikh Ibnu Hajar itu menerangkan kesilapan Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya kerana membela agama Allah ta`ala dari dipesongkan oleh sekumpulan puak yang timbul pada kurun delapan itu (Ibnu Taimiyyah) dan lain-lain sebab. Dan sebab keduanya suka menggunakan akal dari naqal. Nampaknya keduanya tiada membaca akan kitab-kitab yang dikatakan oleh ulama Islam pada memuji akan kepintaran asy-Syaikh Ibnu Hajar pada istinbath dan pada memahamkan ayat-ayat al-Qur`an dan hadis-hadis dan kata-kata ulama seperti kitab "Manaqibul Humaamil Ajal wal Hibril Akmal Faridi 'Ashrihi wal Muqaddami 'ala aqraanihi al-'Allamah Syihaabuddin Ahmad ibn Hajar al-Haitami" karangan asy-Syaikh Abu Bakar bin Muhammad bin 'Abdullah Ba'Amr, anak murid asy-Syaikh Ibnu Hajar; dan "Tadzkiratul Ikhwan fi Mushtholahaatit Tuhfah" karangan al-'Alimur Rabbani Muhammad bin Ibrahim al-'Aliijiy al-Qalhaniy; dan "al-Fawaaidul Makkiyyah" dan "Mukhtasharul Fawaaidil Makkiyyah" kedua-duanya karangan al-'Allamah asy-Sayyid 'Alawi bin Ahmad bin Abdur Rahman as-Saqqaf.
Ikhwah, Rasyid Ridha dalam rangka mempertahankan guru dan syaikhnya Abduh, Muhammad bin Abdul Wahhab, Ibnu Taimiyyah dan lain-lain telah menyerang ulama-ulama kita yang telah mendedahkan kesilapan yang telah dibuat oleh Ibnu Taimiyyah dan mereka-mereka yang mendokongnya. Rasyid Ridha merupakan penyokong kuat Wahhabi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Hamid Algar dalam bukunya "Wahhabism : A Critical Essay" mukasurat 46 :-
- As for peaceful propagation, the earliest publicists for the resurgent Saudi regime were, curiously enough, two Arab Christians: Amin Rayhani and George Antonius. However, a Muslim champion from outside the Arabian peninsula was not long in emerging. This was Rashid Rida (d. 1935), who as early as 1909 had been accused in his native Syria of Wahhabism.
Ibnu Hajar merupakan ulama besar dan merupakan Mufti Makkah juga. Mende le puak Wahhabi ni, nak hentam Mufti Makkah sahaja. Sesekali hentamlah Mufti Riyadh ke, Mufti Saudi ke, Mufti Bin Baz ke, mungkin puak Wahhabi ingat mufti-mufti mereka tu malaikat, semua betul agaknya. Insya-Allah, lain ketika kita cerita lagi fasal Mufti kita, Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang berketurunan Anshar ini. Teringat pulak hadis tentang kelebihan kaum Anshar yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di mana al-Barra` berkata bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: " Kaum Anshar, tiada yang mengasihi mereka melainkan orang mukmin; dan tiada yang memusuhi mereka melainkan orang munafik. Sesiapa yang mengasihi mereka dikasihi Allah dan sesiapa yang memusuhi mereka dimusuhi Allah."
Terasa nak berpantun pulak, kalau silap ke sumbang ke, harap maaf, aku bukan seorang sasterawan.
Ibnu Hajar ulama terbilang;
Zuriat keturunan Anshar Junjungan;
Lahir di Mesir negeri cemerlang;
Wafat di Makkah lindungan Tuhan.
*****************************************
Ibnu Hajar ulama terbilang;
Menjadi panduan pegangan berzaman;
Muallif "Tohfah" kutub berbilang;
Rahmat Allah atasnya berterusan.
Al-Fatihah buat Imam Ibnu Hajar r.a. dan Pehin Mufti.
Terima kasih, tuan telah menambah ilmu saya. Menambah hujah bagi menjawab puak wahabi.
BalasPadamMaaf, bolehkah tuan bagi maklumat pada saya, siapakah nama Mufti Brunei yang merupakan murid daripada Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi? Terima kasih. Email saya rakai_rizal@yahoo.com