Selasa, Mac 14, 2006

Imam al-Ghazali & Tasbih


Ikhwah, masih ada yang mempertikaikan penggunaan "subhah" atau lazim disebut di daerah kita sebagai "tasbih", iaitu satu alat yang digunakan untuk mengira bilangan-bilangan zikir. Sebahagian memandangnya sebagai bid`ah yang munkarah yang kononnya diceduk daripada agama-agama lain, menyebabkan mereka phobia dengannya. Sebenarnya, tidak ada ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jama`ah, yang anti-tasbih. Kalaupun ada maka itu hanyalah "setengah" ulama.

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Bidayatul Hidayah" pada fasal 'adab dukhul al-masjid', menganjurkan kita agar menghitung atau mengulang-ulang segala zikir, wirid dan tasbih kita dengan menggunakan subhah. Dan subhah yang tidak lain melainkan alat tasbih yang kita gunakan untuk berwirid dan berzikir. Guru kepada guru-guru kita, Sayyidul Ulama al-Hijaz, Syaikh Nawawi Banten dalam syarahnya terhadap kitab Imam al-Ghazali tersebut yang berjodol "Maraqil 'Ubudiyyah" mukasurat 29 menjelaskan bahawa subhah adalah butiran atau bijian berlubang yang disusun (kharazaatun mandhzumatun ) dan dinamakan juga sebagai mudzakkirah iaitu persis tasbih yang kita kenali dan guna.

Jadi sesiapa yang membid`ahsesatkan penggunaan tasbih untuk berzikir, maka jadilah dia membid`ahsesatkan Imam Hujjatul Islam al-Ghazali. Jadi kekawan, berhati-hatilah dalam menjatuhkan hukuman. Kalau tak nak guna, janganlah anti sangat. Sesiapa yang guna, teruskanlah sebab kan sudah ada anjuran daripada Hujjatul Islam kita al-Ghazali rhm.

9 ulasan:

  1. Cuma janganlah kita mengatakan hanya subhah sahaja sebagai method untuk membantu kita mewiridkan zikir-zikir kita, ada juga jemaah yang menggunakan batu-batu kecil (kerikil) dalam mengira zikir-zikir mereka seperti jemaah naqsyanbandiah dalam khatam kawajakan mereka dan umumnya kita selalu menggunakan jari jemari bila kita bertasbih, tahmid dan bertakbir setiap kali lepas sholat ...

    tidak timbul isu bidaah disini dan ya akhi Abu Muhd janganlah dijaharkan (dizhohirkan) sangat ketidak puasan hati saudara terhadap golongan wahabiyyah, cukuplah dengan cara sederhana ...

    BalasPadam
  2. Baiklah wahai abukajang, tapi jangan sampai jari mencucuk mata. Belajar dari sejarah.

    BalasPadam
  3. abukajang harap jangap put words in my mouth. Baca betul-betul apa yang aku tulis. Aku tak kata pun wajib guna tasbih. Ada aku kata ???????????

    BalasPadam
  4. Aku hanay tulis apa yang dikata oleh Hujjatul Islam dalam Bidayah itu sahaja, yang abukajang sebut batu khatam ke, mende!!!!!!

    Nak guna jari pun tak salah, ada aku kata salah. abukajang dah tawahhab ke ? Cuba abukajang baca buku-buku puak tersebut berhubung tasbih. Bagi kita memanglah timbul isu bid`ah di sini, tapi bagi mereka lain pulak.

    Kenapa pulak kita tidak boleh menzahirkan kebenaran, apa abukajang masih sangsi dengan pegangan sendiri ? Atau atas alasan menjaga persaudaraan ? Inilah menyebabkan wahhabbi dan syiah naik tocang.

    Aku tak nak mujadalah panjang dengan abukajang. Sederhana itu ada tempatnya, sederhana pun biarlah berhikmah, jangan sederhana sampai kepala ulama kita kena pijak.

    BalasPadam
  5. Untuk pengetahun abukajang, wahhabi dan syiah dah lama tabuh gendang perang atas kita.

    BalasPadam
  6. Rasanya mmg wujud pun golongan yg membidaahkan orang2 yg berzikir guna biji tasbih. Jadi perlu la jgk beri penerangan ttg salah faham ni. Trima kasih 4 this article!!

    BalasPadam
  7. Teruskan Abu Muhammad. Nyatakanlah kebenaran. Bagi mereka yang tidak membaca kitab-kitab tulisan puak Wahabi memang mereka tidak tahu. Aku faham sangat puak Wahabi ni. Eloklah abukajang sertai program-program Wahabi baru tahu bagimana mereka meracuni fikiran masyarakat .. dan membid'ahkan golongan bermazhab apalagi golongan tarekat sufi.

    BalasPadam
  8. Teruskan perjuangan mu sahabat. Syabas dan tahniah atas usaha mu.

    Alhamdulillah, Tuhan mempertemukan aku dgn blog ini melalui blog The Forgotten Lesson. Baru 2-3 hari lepas. Syukur, alhamdulillah.

    Sememangnya amat kurang laman pembela aswj, tasauf dan tareqat berbanding laman wahabi.

    Moga Tuhan memberi kekuatan dan ilmu kpd tuan.

    -Tadarus-

    BalasPadam
  9. bagi aku, oleh kerana terlalu lembutlah maka kita sekarang ditekan habis-habisan oleh wahabi yang ilmunya hanyalah bertujuan untuk menyesatkan pendokong ahlussunnah wal jamaah. jangan terlalu memberi pertimbangan kepada mereka, perang mereka sepertimana mereka memburuk-burukkan wali allah. allahu akbar!!!!

    BalasPadam