Ikhwah, jumhur ulama ushul berpendapat bahawa orang Islam yang belum mencapai darjat mujtahid mutlak hendaklah dia mengikut mazhab. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara 'taqlid' dan 'ittiba`', kedua-duanya adalah sinonim, hanya ahli bid`ah zaman ini sahaja yang membeza-beza antara keduanya dengan mendefinasikan 'taqlid' sebagai ikut - ikut buta, manakala 'ittiba`' sebagai ikutan dengan mengetahui dalil. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi membahaskan hal ini dengan panjang lebar dalam tulisannya "al-La Mazhabiyyah akhtharu bid`atin tuhaddidusy Syari`atil Islamiyyah" (Fahaman Tidak Bermazhab / Bebas Mazhab/ Mazhab Caca Marba/ Mazhab Rojak/ bid`ah paling bahaya yang meruntuhkan Syari`at Islam).
- Al-Amudi dalam kitabnya "al-Ihkaam", jilid 4, mukasurat 197 berkata:- "Orang awam yang belum memiliki keahlian berijtihad, walaupun dapat menghasilkan sebahagian ilmu yang mu'tabar dalam berijtihad, dia tetap wajib mengikuti pendapat para mujtahid dan berpegang dengan fatwa-fatwanya. Demikianlah menurut ahli tahqiq daripada ulama ushul."
- Ibnus-Subki dalam "Jam`ul Jawami'", jilid 2, mukasurat 393 berkata:- "Selain Mujtahid Mutlak, baik dia awam maupun lainnya, wajib bertaqlid kepada mujtahid berdasarkan ayat ..... ertinya: "Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmu/ahli zikir jika kamu tidak mengetahui." (an-Naml:43).
Persoalannya bukan tertutupnya pintu ijtihad, tetapi lebih kepada siapa yang layak untuk memasukinya. Pintu tersebut tidak pernah tertutup, tetapi dikatakan tertutup kerana sudah langka sekali orang yang bisa mencapainya. Sekadar ambil-ambil i.e. mutit ngareh dari aqwal mazahib yang ada bukannya ijtihad, tapi sekadar bersenang-senang dengan memilih-milih sampai boleh jadi merosakkan kaedah sistematik istinbath hukum para imam mazhab. Apa tidaknya, kadang-kadang terima hadis Ahad ikut kaedah Hanafi, kadang terima ikut kaedah Syafi`i, kadang-kadang tolak, kadang-kadang dahulukan hadis, kadang-kadang dahulukan amal ahli Madinah, takkah bercelaru dan haru biri proses istinbath serta merosakkan usul dan kaedah istinbath yang dirumus, dipilih dan diguna oleh para Imam mazhab, maka jadilah ianya bukan lagi salah satu mazhab 4, tetapi mazhab baru, iaitu mazhab haru biru yang menggunakan usul dan kaedah instinbath yang juga bercelaru tanpa disiplin dan sistem tertentu.
Wali Quthub, Hujjatul Islam pun ikut mazhab Syafi`i, Sulthanul Awliya Syaikh Abdul Qadir al-Jilani ikut mazhab Syafi`i dan Hanbali, i.e. mufti dalam dua mazhab tersebut. Habib Umar al-Attas ikut mazhab Syafi`i, Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali ikut mazhab Syafi`i, Imam an-Nawawi apatah lagi, Habib Abdullah al-Haddad, wooooooo ramai lagi, silap-silap boleh patah jari kalu nak tulis semua.
BalasPadam