Jumaat, Mac 03, 2006

Kembali Kepada al-Quran dan as-Sunnah

Ini merupakan slogan yang biasa kita dengar daripada puak kaum mudah (i.e. sebab mereka ingat mudah benar nak rujuk al-Quran dan as-Sunnah). Bila kita berhujjah dengan pandangan ulama mazhab, maka dengan sombong mereka menjawab, mana Quran, mana hadis. Ingat kesombongan kamu itu silap-silap boleh menyebabkan kamu jatuh kepada kekufuran. Apa tidaknya, seolah-olah para ulama tersebut tidak berpegang dengan Quran dan Hadis. Yang tak ikut Quran dan Sunnah tu Iblis, bukan ulama yang terkenal keilmuan dan waraknya. Oleh itu jangan tertipu dengan slogan-slogan bersemangat tersebut. Ingat berpegang kepada ulama itu bererti kita mengikut al-Quran dan as-Sunnah menurut pengertian sebenarnya, bukan ikut tafsiran budak mentah yang baru semalam belajar. Ulama itu waris kepada para Nabi.

Seperkara yang orang kita lupa bahawa sumber hukum dalam Ahlus Sunnah wal Jama`ah bukan setakat al-Quran dan al-Hadits, tetapi ada jugak ijma' dan qiyas. Bahasan Quran dan hadits sahaja sudah cukup luas apatah lagi jika ditambah dengan 2 yang kemudian. Oleh itu, jangan mudah melatah dalam mengeluarkan hukum, jangan ingat bila tak ada dalam Quran, tak ada dalam Sunnah, maka ertinya tidak ada sumber, mungkin sumbernya pada qiyas atau pada ijma'.

Ini bahasan ulama, dan bukan calang-calang ulama. Sebab itu kalau kita tengok tawarikh, jarang kita lihat ulama dahulu walaupun sealim Imam an-Nawawi mentarjih pendapat mazhab selain mazhab dirinya. Berbeza dengan zaman kita ini, dah ada ulama yang aku kiralah taklah setaraf dengan Imam an-Nawawi atau as-Sayuthi telah berani mentarjih pendapat-pendapat mazhab lain. Tarjih dalam mazhab yang sama memang biasa dilakukan oleh ulama terdahulu, kerana usul dan kaedah istinbath yang digunakan adalah sama. Tetapi tidak adil kita mentarjih mazhab lain yang kaedah dan usulnya mempunyai perbezaan, sedikit sebanyak.

Kalau Dr. pakar kata, kita terima sahajalah, tok sah nak menyampuk, nak tunjuk terer, kata dalam medical journal kata macam ni, macam tu. Lainlah kalau kita pun sama-sama diiktiraf kepakaran dalam bidang tersebut. Macam tu jugak ulama, kalau ulama itu sememangnya telah diterima oleh umat, kenapa kita nak pertikaikan kepakaran mereka. Apa kita sahaja yang tahu hadis dan mereka tak tahu. Kome kena ingat, Imam Hadis (muhaddisin) pun ikut mereka, apatah lagi orang macam kita yang jadi murid hadis pun bukan. Tengok kakilah, sebelum bercakap.

Aku teringat ada Tok Guru aku yang syadid, berfatwa sesiapa yang berkata kepada orang sembahyang Tarawih 20 rakaat : "Kamu ikut Umar ke ikut Nabi", maka boleh tanggal imannya kerana dia telah menuduh Sayyidina Umar tak ikut Nabi.

Aku tak leh nak cakap panjang bab ni, darah aku dah naik, sebelum aku melalut baik aku pen off dulu (wah lama betul tak guna istilah ni). Lain hari, baik punya hari kita sambung lagi.

5 ulasan:

  1. gerakan yg mendakwa mengambil Al-Quran dan As-Sunnah dan meninggalkan ijma'dan qiyas di malaysia..
    bukan sekadar menyebarkan ajaran mereka pada glgn 'professional'..
    tetapi mereka membina ekonomi, keluarga dan kenegaraan sekali..
    mereka bergerak secara senyap2..
    tersembunyi dari polis dan KDN..
    ..wallahu'alam

    thanks for d explaination

    BalasPadam
  2. AL-QURAN DAN HADITH POKOK AGAMA,
    IJMAK DAN QIYAS JANGAN DILUPA,
    ALIM ULAMAK PENAFSIR MAKNA,
    AMANAH NABI DI ALAM DUNIA.

    BalasPadam
  3. http://www.sunna.info/antiwahabies/

    Banyak juga ma'lumat yang bisa diperoleh disini.

    BalasPadam
  4. Sekarang ni, ada ustaz-ustaz yang setakat belajar di UIA, Al-Quran pun tak hafal sepenuhnya, nak kata pendapat mazhab tu tak tepat, mazhab ni tak berapa betul. Akhirnya, jadilah kes talfiq mazhab sesuka hati..

    E-mail tu saya dah dapat..nanti saya ajukan soalan. Saya dah tahu kenapa tak boleh sebelum ni..sepatutnya abumuhammad123@yahoo.co.uk bukan abumuhammad123@yahoo.com

    BalasPadam
  5. aiseh men, akhina Tawel, sori bebanyak. Aku bab computer sik lembap jugak, maklumlah dulu zaman aku mengaji cuma ada wordstar je.

    BalasPadam