- Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah was sholatu was salamu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi. (Amma ba'd), tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imam asy-Syafi`i ijma`an tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (yahrumu kharqul ijma`/ diharamkan merobek ijma`).
- Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`i daripada kitab Tohfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatuth Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.
- Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
- Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.
- Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath daripada Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang cemerlang lagi terbilang) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.
Ikhwah, di mana salah silapnya mazhab Syafi`i sehingga kita hendak gugah pegangan masyarakat kita terhadapnya. Jika mazhab Syafi`i mensunnatkan qunut dalam sembahyang Subuh kenapa kita nak tolak dengan mendatangkan pendapat mazhab lain ? Salahkah mazhab Syafi`i ? Bukankah ini hanya perkara khilafiyyah, yang pihak-pihak kena menghormati sesamanya. Masyarakat kita yang sudah sebati dengan qunut, dengan talaffuz bin niyyah, kenduri tahlil dan sebagainya, bukankah semua hal ini termasuk khilafiyyah yang sewajarnya ditangani dengan lapang dada, bukan dengan tuduhan bid`ah membid`ah, sesat menyesat dan sebagainya.
Rasanya mereka yang suka sangat nak membidaah sana-sini sebab desperate..nak cari pengikut baru. Jadi, mereka serang la cara macam ni. Yang mudah terpengaruh adalah anak-anak muda yang baru-baru berjinak dengan Islam. Anak-anak muda nampak pendekatan Wahhabi ni seperti segar dan bertenaga - ikut Al-Quran dan sunnah. Tapi sebenarnya mereka tertipu dengan mereka. Saya dulu pun hampir-hampir nak terpengaruh dengan fahaman ni..Alhamdulillah, sekarang ni tak lagi..hehe
BalasPadamBy the way, tak boleh jugak la guna e-mail tu. Apa masalahnya ye? Boleh tak Bahrus Shofa try hantar test e-mail ke saya dulu: sky_sciatic@yahoo.co.uk.
Saya ada soalan yang agak penting nak tanya. Saya tanya kepada Anak Alam, dia jawab lebih baik rujuk kepada Bahrus Shofa, kalau2 tahu maklumat yg lebih lengkap.
Satu lagi perkara, saya nak tahu bagaimana pandangan Wahhabi terhadap kitab Fitnah Wahhabiyyah yang ditulis oleh Sheikh Zayni Dahlan. Dan bagaimana pengiktirifan mereka kepada bekas Mufti Mekah tu.
Dan ada tak apa2 sumber yang boleh saya rujuk untuk mengetahui sejarah hidup Sheikh Zayni Dahlan?
Jazakallah..
Slogan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah serupa macam ungkapan puak Khawarij sewaktu menentang tahkim Imam Ali r.a., La hukma illa lillah. Bila Imam Ali dimaklumkan dengan slogan ini, maka baginda menyatakan : Kalimatu haqqin wa urida biha baathilun. (Kalimah yang benar tetapi yang dikehendaki dengannya adalah kebatilan).
BalasPadamAlhamdulillah 'ala ma hadana.
Wahhabi memang tak pandang pada Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan kitab-kitabnya. Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi ada karangan khas mengkisahkan manaqib gurunya Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, kalau tak silap karangan tersebut bertajuk "Nafahatur Rahman fi Manaqib as-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan". Dalam Tajul A'ras disebut juga sedikit sebanyak tentang beliau.