Imam Abu Nu`aim meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda, yang ertinya:-
- Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk menghindarkan dirinya dari mengemis (meminta-minta), untuk mencukupkan keperluan keluarganya dan untuk berbuat baik terhadap jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama.
- Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk membanyakkan harta semata-mata, untuk berbangga-bangga dan untuk menunjuk-nunjuk (riya`), dia akan menemui Allah di hari Kiamat dalam keadaan Dia murka kepadanya.
Jika sahaja rezeki halal yang hanya dijadikan tompokan harta semata-mata boleh menyebabkan kemurkaan Allah, maka bayangkanlah pula jika harta yang ditompok itu hasil dari rezeki haram? Oleh itu, sentiasa perbaiki niat kita, agar segala usaha dan titik peluh kita diberkati dan diredhai Allah. Carilah rezeki yang halal dengan niat-niat di atas dan segala niat yang baik.
Allahumma zidni rizqan halalan katsiran wa imaanan shohiihan.
we want update! we want update! we want update!
BalasPadamCik Noni, sabarla.
BalasPadamNanti, kalau ada masa, isu dan bahan yg sesuai pndailah sidi abu update.
Saya fhm keadaan Cik Noni yg dahaga ilmu, kita org pun begitu jugak. Kita yg lain pun rindukan sidi abu.
Al-Qur'an lagikan turun beransur-ansur, inikan pula blog...
Jgn marah yer..
UPDATE UPDATE.. Udah lama kamek menanti
BalasPadambukan apa tuan abu, nak habaq mai yang rindu ini sudah tak tertahan... bak pungguq menantikan bulan... jangan marah noo
BalasPadamCik Noni, tidaklah ambo marah walaupun ambo ni ada sikit gedebe. Rindu-rindu gak, tapi boh le username agar boleh keep track. Tak gitu Syaikh Burnawi. Khuda hafidz
BalasPadamAlhamdulillah...Senyum kambing dibuatnya
BalasPadamNak menambahkan ilmu terutama dalam blok ekonomi islam sila layari www.muslimdirectory.com.my dan sekiranya nak berikan pendapat dalam English sila ke muslimdirectory.blogspot.com dan boleh juga join Yahoo group "islamniaga"
BalasPadam