Ahad, Ogos 06, 2006

Seminar Perpaduan Ummah


Seminar Perpaduan Ummah & Pemurnian Aqidah
Peringkat Kebangsaan 1427H / 2006M
1 - 2 Sya'ban 1427 / 25 - 26 Ogos 2006
Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan, Pahang

3 ulasan:

  1. Salam.

    Mohon bantuan syeikh, apakah yg diterjemahkan oleh para wahabiyyun di Malaysia ni ttg perkara dibwh adalah benar atau telah diputarbelit...

    ****************************
    IMAM ABU HANIFAH r.a

    Telah berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah di dalam kitab al-Fiqhul-
    Akbar ms. 46:
    "Barangsiapa yang berkata: "Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di
    bumi" bererti dia kafir. Begitu juga, seorang menjadi kafir apabila
    mengatakan bahawa "Allah itu di atas `Arasy tetapi aku tidak tahu
    adakah `Arasy itu di langit atau di bumi."

    Imam al-Baihaqi rahimahullah di dalam kitabnya al-Asma' was-Sifaat
    telah meriwayatkan:
    Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata kepada seorang wanita yang
    telah bertanya kepadanya: "Dimanakah Tuhanmu yang engkau sembah
    itu?" Dia menjawab: "Sesungguhnya Allah itu ada di langit, bukan di
    bumi."
    Lalu tampillah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: "Bagaimana
    dengan ayat: "…Dia tetap bersama-sama kamu.."

    Abu Hanifah menjawab: "Dia seperti engkau menulis surat kepada
    seorang lelaki dengan mengatakan, "Sesungguhnya aku selalu
    bersamamu", padahal engkau tidak ada di sampingnya."

    IMAM MALIK r.a

    Disebutkan di dalam al-Siyar A'lam al-Nubala, Imam Malik bin Anas
    rahimahullah berkata:
    "Allah di langit dan ilmu-Nya berada di setiap tempat, tidaklah
    tertinggal dari (ilmu Allah) apa jua."

    Tentang istawa' (bersemayam) Imam Malik rahimahullah juga pernah
    berkata:
    "Cara bersemayamNya tidak diketahui sedangkan maksud bersemayam
    (istawa') telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya (iaitu sifat
    istawa' tersebut) adalah wajib, dan bertanya tentangnya (iaitu
    bagaimana sifat istawa') adalah bidaah."

    IMAM AL-SYAFI'I r.a

    Imam al-Zahabi rahimahullah di dalam kitabnya al-`Uluw lil-`Aliy al-
    Ghaffar telah menyebutkan bahawa Imam Syafi'i rahimahullah pernah
    berkata:
    "Pendapatku tentang sunnah, di mana aku berpegang kepadanya dan juga
    berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan,
    Malik dan lain-lain, iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa
    tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, dan
    bahawa Allah itu di atas ArasyNya yang ada di langitNya."

    Imam al-Baihaqi rahimahullah di dalam kitabnya al-Asma' was-Sifaat
    menegaskan lagi mazhab sebenar Imam al-Syafi'i rahimahullah dalam
    hal ini dengan menyatakan:
    "Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istawa'Nya Allah Tabaraka
    wa Ta'ala di atas ArasyNya, dan juga athar-athar yang berasal dari
    kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak
    jumlahnya dan ini menunjuk kepada Mazhab al-Syafi'i rahimahullah."

    IMAM AHMAD r.a

    Al-Qadhi Abu Ya'la rahimahullah dalam kitabnya Thabaqatul-Hanabilah
    telah meriwayatkan dari Abu Bakar al-Muruzi rahimahullah dia berkata:
    "Aku bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah tentang
    serangkaian hadis-hadis sifat-sifat Allah, tentang melihat Allah
    pada hari akhirat, tentang Isra', dan Arasy. Maka Imam Ahmad bin
    Hanbal mengsahihkannya dan berkata: "Umat ini telah menerima dan
    mengakuinya dan membiarkan hadis-hadis itu apa adanya sesuai dengan
    kedatangannya."
    ***************************

    Terima kasih Tuan Syeikh

    BalasPadam
  2. Banyak kalam yang dinisbahkan kepada para Imam mazhab tersebut diragui kebenarannya. Seperti kalam yang masyhur dinisbahkan kepada Imam Malik mengenai tafsir ayat mutasyabbihah. Lihat sahaja karangan al-Khumais yang hanya membuat rujukan kepada sumber-sumber sekunder untuk membuat kesimpulan mengenai aqidah yang kononnya didakwa sebagai aqidah Imam mazhab yang empat. Jika pun benar ada beberapa kalam tersebut, maka pengertiannya bukanlah seperti yang diertikan oleh pendakwa salaf.

    Hendaklah kita fahami bahawa para Imam yang empat adalah kalangan salaf, dan salaf mereka tidaklah sama seperti salaf yang didakwa oleh Ibnu Taimiyyah dan kuncu-kuncunya.

    Sila tuan rujuk akan fatwa Allahyarham Pehin Mufti Brunei dan juga kitab Tarikh Mazahib karangan Imam Muhammad Abu Zuhrah. Di situ akan dijelaskan perbezaan zaman salaf dan mazhab salaf dakwaan sebahagian ulama Hanbali yang dijaguhi Ibnu Taimiyyah al-Harrani.

    BalasPadam
  3. Salamun 'Alaikum..

    Dalam hadits Mu'awiyah bin Hakam, bahwa ia berniat membebaskan budak sebagai kifarat. Lalu ia bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka
    Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menguji budak wanita. Beliau
    bertanya:"dimanakah Allah?",

    maka ia menjawab di atas langit, beliau bertanya
    lagi:"Siapa aku?", maka ia menjawab:"Anda utusan Allah".
    (HR Muslim)

    Dan nabi saw tidak membantah kata budak wanita ini....

    Mungkin ada perkaitan dengan kata2 ulama2 4 mazhab seperti di atas.. Wallahu'alam

    BalasPadam