Isnin, Oktober 30, 2006

Habib Nuh al-Habsyi

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatUllah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi." Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya." Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni." Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyUllah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M - 1866M. Makam beliau terletak di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya cuba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura.

Habib Nuh al-Habsyi meninggalkan dunia yang fana ini pada hari Jumaat, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut. Maka ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan sahaja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Maka apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka-mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali.

Karamah Habib Nuh al-Habsyi zahir sewaktu hayatnya lagi. Diceritakan bahawa pernah beliau dipenjarakan oleh penjajah orang putih. Anehnya, Habib Nuh boleh berada di luar penjara pada bila-bila masa sahaja yang dia kehendaki, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai. Walaupun ditangkap semula, beliau tetap dapat keluar dari penjara, sehingga penjajah tidak betah lagi untuk memenjarakan beliau kerana penjara tidak lagi mempunyai apa-apa arti buat beliau.

Diceritakan lagi bahawa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia hairan kerana Habib Nuh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.

Diceritakan lagi bahawa seorang yang hendak belayar membawa dagangan yang mahal mengikut sebuah kapal telah menghadap Habib Nuh memohon doa agar pelayarannya selamat. Habib Nuh dengan keras melarang dia membawa dagangannya tersebut. Memandangkan ketegasan Habib Nuh tersebut, maka saudagar tersebut tidaklah jadi membawa dagangannya dengan kapal tersebut. Tidak berapa lama selepas kapal tersebut berlepas, penduduk Singapura dimaklumkan bahawa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam.

Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang sholeh yang taat kepada ajaran Islam. Apa yang kita citakan ialah agar dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. Mahabbah kepada para sholihin adalah dituntut dan ingat seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya. Sesungguhnya istiqamah atas agama itu lebih baik daripada 1000 kekeramatan mencarik adat. Karamah maknawi itu lebih bermakna dari karamah hissi. Mudah-mudahan keberkatan Habib Nuh al-Habsyi mengalir terus kepada kita dan anak keturunan kita, keberkatan yang dengan sebabnya diharap Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada wali Allah Kota Singa ini.....al-Fatihah.


Wajah Habib 'Arifin bin Muhammad al-Habsyi, saudara kandung Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi. Habib 'Arifin telah kembali ke rahmatUllah dalam tahun 1904M dan dimakamkan di Burma Road, Pulau Pinang.....al-Fatihah.

Ahad, Oktober 29, 2006

Mawlid di Jeddah

Sewaktu dahulu, ada seorang 'Arab dari Saudi yang tinggal di Makkah, datang ke tempat aku untuk menziarahi saudaranya yang telah lama tinggal menetap di sini. Dia menceritakan bahawa mereka di sana juga mengadakan majlis-majlis mawlid, tetapi dalam tempat yang tertutup. Perkara seumpama ini juga dinyatakan oleh Kiyai Sirajuddin Abbas bahawa ada warga Saudi yang membaca Qasidah Burdah yang berkat dalam kenderaan yang sedang berjalan kerana khuatir jika membacanya di rumah dan ketahuan oleh pemerintah Wahhabi, maka tindakan akan diambil terhadap mereka. Tahun lepas, sewaktu aku di Kota Madinah al-Munawwarah, kedatanganku hanya seminggu selepas Syaikh 'Afifuddin al-Jilani berada di sana dan aku dimaklumkan bahawa mereka telah mengadakan satu majlis mawlid di hotel penginapan mereka dengan dihadiri oleh ramai warga Madinah. Aku dimaklumkan bahawa warga asli Madinah (viz. keturunan Anshar dan Muhajirin) amat menyukai mawlid, hanya yang datang dari luar sahaja yang membencinya (viz. penjajah Najd).

Majlis mawlid sebenarnya telah menjadi amalan utama masyarakat kita, ianya dimulakan oleh para ulama dan pendakwah yang telah mengIslamkan leluhur kita di rantau sini. Diadakan majlis-majlis mawlid ini semata-mata untuk mengenang Junjungan Nabi s.a.w. dan menyebar sebutan nama baginda yang mulia lagi berkat, nama yang tertulis di dedaun syurga dan di bawah arsy Malikur Rahman. Oleh itu amat hairan jika ada yang mengaku umat yang membenci perhimpunan yang tidak menyalahi hukum syarak, yang tidak ada ikhtilath antara lelaki perempuan, yang tidak ada padanya perkataan-perkataan keji dan kalam fahisy, yang ada hanya ucapan dan ungkapan sholawat serta salam bersama-sama dan lantunan kisah dan pujian kepada Junjungan Nabi s.a.w. serta ucapan pernyataan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah mengutuskan baginda.

Kenapa ada yang tergamak mengeluarkan fatwa mengharamkan menyambut mawlid Junjungan? Kenapa ada yang tergamak menyebarkan fatwa songsang tersebut dengan tujuan agar mawlid Junjungan tidak lagi diingati? Jika dikatakan upacara mawlid mengandungi unsur maksiat, maka adakah semua upacara mawlid yang dilaksanakan mengandungi unsur tersebut ? Aku tidak menafikan bahawa memang ada yang melaksanakan upacara mawlid dengan majlis yang tidak syar`ie, seperti berlaku ikhtilath yang nyata, atau aku diberitahu bahawa di sesetengah tempat di India, diadakan upacara - upacara yang tidak syari`e seperti tarian-tarian dan pementasan yang bercirikan maksiat. Atau kat sesetengah tempat di negeri aku, diadakan perlawanan bola sepak sempena mawlid, bahkan bukan setakat mawlid, setengah tu mengadakannya sempena apa sahaja, hari raya, hari merdeka dan sebagainya, kaki bolalah katakan. Tapi tak juga boleh disalahkan terus jika perlawanan tersebut dilakukan dengan jalan syar`ie, tutup aurat, tidak melalaikan dan sebagainya.

Jikapun adanya unsur-unsur tersebut, maka yang sewajarnya dibanteraskan ialah maksiat tersebut dan bukanlah majlis mawlid yang berorientasikan mahabbah dan cinta kepada Junjungan s.a.w. Janganlah seperti kata pepatah Melayu, marahkan nyamuk kelambu dibakar, jadi bakarlah nyamuk jangan bakar kelambu. Mudah-mudahan majlis-majlis mawlid tetap meriah dan diraiekan oleh setiap umat yang mengaku dirinya umat Sayyiduna Muhammad s.a.w. Sambutan terbitnya cahaya pembimbing dan petunjuk ke jalan Allah berupa kelahiran Junjungan yang mulia adalah lebih utama untuk diberi perhatian dan disambut dan dibesarkan dari hanya kelahiran sebuah negara yang dikatakan 'merdeka'.

Terima kasih kepada akhina Tawel dan akhina Syed Salman yang telah membolehkan aku meletakkan klip satu sambutan mawlid yang diadakan di Jeddah, Hijaz, Saudi Arabia.

Sabtu, Oktober 28, 2006

Jirus kubur


Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pernah aku mendengar seseorang dalam ceramahnya yang berapi-api membid`ahkan amalan ini. Maaf maaf cakap, mungkin pengajiannya belum tamat agaknya, atau mungkin waktu tok guru sedang mengajar bab ini dia tertidur atau ponteng tak turun kuliyyah agaknya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur. Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.


Dalam "I`anatuth Tholibin" karya Sidi Syatha ad-Dimyathi, jilid 2, mukasurat 135 - 136 dinyatakan:-
و يسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت،
لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون
صخرة،
و قال: أتعلم بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي.
و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح،
و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم.
راوه الشافعي، و بقبر سعد رواه ابن ماجه،
و امر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي.
و سعد هذا هو ابن معاذ.
و يستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا،
تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه.
و يكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال

Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) Sayyidina 'Utsman bin Madzh`uun, dan Junjungan bersabda: "Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku". Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi`i; Dan juga pada kubur Sa`ad (yakni Sa`ad bin Mu`aadz) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dan Junjungan s.a.w. telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina 'Utsman bin Madzh`uun sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk (air mutlak biasa, jangan pulak disalahfaham dengan air sejuk peti ais plak), sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.
Begitulah ketentuan hukum menjirus kubur dengan air biasa dalam mazhab kita asy-Syafi`i. Diharap sesiapa yang telah beramal, tahu yang amalannya itu adalah sebagai menurut perbuatan Junjungan Nabi s.a.w. dan hendaklah diharap pahala atas amalannya tersebut dengan niat mencontohi amalan baginda. Sebagai penutup aku ingin berkongsi satu doa yang disusun oleh ulama, yang munasabah dibaca tatkala menyiram air atas pusara bermula dari kepala si mati hingga ke kakinya, iaitu:-

سَقَى اللهُ ثَرَاهُ (ثَرَاهَا)

وَ بَرَّدَ اللهُ مَضْجَعَهُ (مَضْجَعَهَا)

وَ جَعَلَ الْجَنَّةَ مَثْوَاهُ (مَثْوَاهَا)

saqaa-Allahu tsaraahu; wa barrada-Allahu madhja`ahu; wa ja`alal jannata matswaahu

Moga-moga Allah menyirami kuburnya (dengan hujan rahmat dan kasih sayang serta menghilangkan dahaganya); Dan menyamankan tempat perbaringannya; Dan menjadikan syurga tempat kediamannya.

الله اعلم

Isnin, Oktober 23, 2006

Eid Mubarak

Selamat Hari Raya 'Aidil Fithri kuucapkan kepada ikhwah yang budiman sekalian. Segala kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan. Begitu juga dengan kekasaran bahasa dan gaya bahasa aku, harap jangan diambil hati. Mudah-mudahan 1 Syawal ini benar-benar disambut dalam keadaan kita telah kembali kepada fitrah sewaktu dilahirkan ibu, berkat segala ibadah dan mujahadah sepanjang Ramadhan yang telah pergi. Moga segala amal-ibadah sepanjang Ramadhan diterima Allah sebagai ketaatan yang tulus ikhlas. Dosa dan kekurangan harap diampun. Bersyukurlah jika Ramadhan yang pergi telah menyaksikan ketaatan kita kepada Allah. Tetapi janganlah cepat berpuashati apatah lagi berbangga diri. Selagi masih bernyawa, peningkatan kualiti masih tetap menjadi tuntutan. Dari yang telah baik kepada yang lebih baik lagi. Mudah-mudahan akhir nyawa kita dalam rahmat, kasih sayang dan keredhaan Allah s.w.t. Bersama Junjungan Nabi s.a.w. dalam syurga tertinggi penuh keni'matan. Moga dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal di tahun-tahun mendatang dalam keadaan sihat wal 'afiat dan selamat sejahtera. Akhir kata, maaf zahir batin.

Sabtu, Oktober 21, 2006

Kongsi Raya ???

من تشبه بقوم فهو منهم

Hadits ini biasa kita dengar dan memberi erti bahawa "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada golongan mereka". Imam al-Munawi dalam "Faidhul Qaadir" menulis bahawa ianya bermaksud seseorang itu berpakaian pada zahirnya dengan pakaian (fesyen/model/gaya) mereka (yakni pakaian yang khusus dipakai oleh mereka, jadi apa-apa pakaian yang telah menjadi pakaian kebiasaan semua tidaklah termasuk dalam kategori ini); dikenali dengan perbuatan mereka; Dari aspek akhlak, berakhlak dengan akhlak mereka; Menjalani tatacara kehidupan mereka dan mengikut petunjuk mereka dari segi pakaian dan sebahagian perbuatan-perbuatan mereka; inilah yang dinamakan "tasyabbuh" yang dimaksudkan dalam hadits di atas. Tasyabbuh hukumnya berbagai-bagai adakala tidak menjadi apa-apa kesalahan, kekadang jadi makruh, kekadang haram, dan paling dahsyat boleh jadi kafir. Ianya bergantung kepada siapa yang ditasyabbuh dan apa qashad melakukannya.

Tasyabbuh dalam perkara atau perbuatan atau sikap yang baik dan elok tidaklah menjadi apa-apa kesalahan sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam "Fathul Bari":-

قال الشيخ ابو محمد بن ابي حمزة نفع الله به ما ملخصه:
ظاهر لفظ الزجر عن التشبه في كل شيء
كذا عرف من الأدلة الأخرى ان المراد التشبه في الزي
و بعض الصفات و نحوها لا التشبه في امور الخير

Yang dapat disimpulkan daripada perkataan Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah nafa`aAllahu bihi:- "Zahir lafaz (daripada hadits tersebut) adalah sebagai amaran daripada melakukan perbuatan tasyabbuh dalam setiap perkara. Manakala yang diketahui daripada dalil-dalil lain bahawa yang dimaksudkan adalah tasyabbuh pada pakaian, sebahagian sifat dan sebagainya itu tidaklah termasuk tasyabbuh dalam perkara-perkara yang baik.
Berhubung dengan darjat hadits ini, maka berlaku khilaf di kalangan muhadditsin. Syaikh 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Darwisy dalam "Asnal Mathoolib" halaman 427 menyatakan bahawa ianya diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam ath-Thobarani dengan sanad dhoif, tetapi dipandang shohih oleh Imam Ibnu Hibban.

Imam al-Munawi pula dalam "Faidhul Qaadir" juzuk 6 halaman 129 menyatakan bahawa hadits ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Sayyidina Ibnu 'Umar r.'anhuma dengan sanad yang dhoif sebagaimana kata, antara lain, Imam al-'Iraqi, akan tetapi Imam as-Sakhawi menyatakan walaupun dhoif, hadits ini dikuatkan dengan syawaahid lain. Syaikh Ibnu Taimiyyah pula memandang baik sanad hadits ini. Selain daripada Imam Abu Dawud, hadits ini juga diriwayatkan oleh Imam ath-Thabarani dalam "al-Awsath" dan Amirul Mu'minin fi Hadits Ibnu Hajar al-'Asqalani menyebut dalam "Fathul Bari" bahawa sanad Imam ath-Thabarani daripada Sayyidina Hudzaifah ini berdarjat hasan. Imam al-Haitsami pula menyatakan bahawa ianya diriwayatkan oleh Imam ath-Thabarani dalam "al-Awsath" dan dalam sanadnya ada 'Ali bin Ghuraab yang dipandang tsiqah oleh ramai dan didhaifkan pula oleh sejumlah, sedangkan rawi-rawi lainnya adalah tsiqah.

Imam ash-Shon`aani dalam "Subulus Salam" pula menyatakan bahawa hadits Ibnu 'Umar yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud ini telah dishohihkan oleh Ibnu Hibban, dan hadits ini punya syawaahid di sisi sekelompok Imam Ahli Hadits daripada sekumpulan sahabat yang mengeluarkannya daripada kedhoifan. Antaranya ialah apa yang dikeluarkan oleh Abu Ya'la secara marfu` daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. yang berkata:-

من رضي عمل قوم كان منهم
"Sesiapa yang redhakan amal perbuatan sesuatu kaum maka jadilah dia tergolong dalam kalangan mereka"
Ash-Shon`aani selanjutnya menyatakan yang hadits ini menunjukkan bahawa sesiapa yang bertasyabbuh dengan orang-orang fasiq, maka jadilah dia daripada kalangan mereka yang fasiq itu, atau dengan orang-orang kafir atau ahli-ahli bid`ah, pada apa sahaja perkara yang dikhususkan bagi mereka daripada segi pakaian atau kenderaan atau tingkah laku. Maka apabila seseorang bertasyabbuh dengan dengan orang-orang kafir pada pakaian dan beri'tiqad (percaya) bahawa yang sedemikian itu adalah lebih unggul, kafirlah dia. Jika sekiranya dia tidak beri'tiqad sedemikian, maka padanya khilaf antara fuqaha`. Sebahagian mereka berpegang bahawa orang tersebut juga menjadi kafir menurut zahir makna hadits, manakala sebahagian lain tidak mengkafirkannya tetapi menyatakan bahawa pelakunya tadi hendaklah dita'dib (diberi ajaran).

Ikhwah, lihatlah bagaimana para muhadditsin turut berkhilaf mengenai sanad sesuatu hadits, oleh itu janganlah bermudah-mudah untuk menghukum dan mencemoh sesuatu hadits sebagai dhoif, apatah lagi maudhu` tanpa ilmu. Mungkin dhoif di sisi seorang muhaddits tetapi hasan atau shohih di sisi yang lain, perkara ini adalah benda biasa kerana semua ini adalah hasil ijtihad para muhadditsin yang berkelayakan. Yang kita nak marah ialah bila tukang jam berlagak muhadditsin, senang-senang je mendhaifkan dan memaudhukan hadits-hadits hatta yang terkandung dalam karangan muhadditsin terbilang seperti Syaikhan dan Ashaabus Sunan yang lain. Opppsss, bulan puasa kena tekan brek sikit, karang dapat pahala sifar pulak. So sesiapa yang ahli tahqiq ke, tashhih ke, tarjih ke, moh tarjih mana satu pendapat nak pakai ni ? Iraqi kata dhoif, Ibnu Hajar kata hasan, Ibnu Hibban kata shohih..... mari-mari tukang tarjih, aku nak tengok hang pa tarjih. Aku senang je, yang pasti hadits ini bukan maudhu.

Aku bawakkan hadits ni bukan apa, saja nak kaitkan dengan isu yang sepatutnya tak jadi isu bila difahami dengan betul (i.e. bukan disalahfahami atau disalahfahamkan). Isu apa lagi kalau bukan isu "Kongsi Raya". Sebelum tu aku nak tanya, kome mahu ke kongsi raya dengan S. Samy Vellu ? Raya dialah, raya Hindu, kalau dia nak kongsi raya kita tak pa jugak ? Kalau kita sambut raya kita, dia sambut raya dia, tentu tak dinamakan Kongsi Raya betul tak, kerana itu namanya masing-masing sambut raya masing-masing. Jadi Kongsi Raya membawa erti kita bersekutu atau bergabung dengan mereka untuk sama-sama raya, iaitu kita sambut raya kita, dia pun tumpang sekaki sambut raya kita, dia sambut raya dia dan kita gak tumpang sekaki sambut raya dia. Nak mudah lagi, raya aku raya dia, raya dia raya aku. Ini yang dikhuatirkan oleh Tok Mepeti kita, terutama sekali heronya Datuk Harus Sani (mudah-mudahan panjang umurnya serta lama lagilah dalam jawatannya...aamiin. Insya-Allah, panjang lagi khidmatnya tuu, rakyat Perak ngan Tuanku Sultannya bijak, aku dengar orang lain kena sambung paling lama pun takat 3 tahun sekali sain kontrak, Datuk kita ni terus sambung sampai 5 tahun sekali sain). Kalau raya aku, raya aku, raya depa, gasak depalah, tentu Tok Mufti kita tak murka.

Kalau sekadar ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi atas dasar muhibbah, atas dasar kejiranan, atas dasar kawan, atas dasar perpaduan kaum, taklah menjadi masalah. Apatah lagi jika semua itu itu disertakan niat dakwah bil hal atau setidak-tidak dengan niat menghindarkan fitnah atas Islam dan umatnya, insya-Allah ada ganjarannya daripada Allah s.w.t. Tetapi nampaknya falsafah Kongsi Raya sekarang lebih menjurus kepada sama-sama merayakan dua perayaan dari agama-agama yang berlainan, satu agama haq dan satu lagi batil. Hukum merayakan dan membesarkan dan meraiekan sesuatu perayaan agama lain tetap haram dan boleh menjurus kepada merosakkan i'tiqad bahawa satu-satunya agama di sisi Allah adalah ISLAM. Ini yang dimaksudkan dengan "mencampuradukkan" dua perayaan, yakni sama-sama sambut, sama-sama meraikan dan sama-sama membesarkan (waaduuuh, ini yang paling parah dan bahaya) kedua-dua perayaan tersebut, yang haq dan yang batil bancuh sekali sampai keluar istilah baru, Selamat Deeparaya.

Kalau setakat ucap 'Selamat Hari Deepavali' ke, 'Selamat Hari Krismas' ke, dengan maksud agar mereka merayakan hari besar depa tu dalam keadaan selamat kat dunia ni, bagi aku taklah jadi masalah macam kita ucap Selamat Siang, Selamat Malam, bahkan Selamat Sejahtera sekalipun (dengan syarat yang dimaksudkan ialah kat dunia ni sajalah kamu selamat dengan kekafiran kamu tu, sebab dunia ini buat kamu umpama syurga, tapi kalau nak sejahtera dan selamat kat akhirat kenalah masuk Islam). Tapi kalau niat kita memang nak membesarkan dan meraiekan perayaan mereka atau memang kita berkehendakkan mereka selamat dunia dan akhirat tanpa meninggalkan kekufuran mereka, maka lain pulaklah hukumnya, kalau tak jatuh kapiaq, jatuh haram berdosa wajib tobat.

Dulu-dulu pun ada ziarah-menziarah, kunjung mengunjung dan ucap selamat, tetapi ianya tidaklah diwar-warkan, tidak pernah diiklankan, tidak pernah diperbesarkan sebagai KONGSI RAYA atau DEEPARAYA. Apa ke jadah nak kongsi-kongsi, nak campur-campur yang haq dan yang batil. Kita Islam, kita rayakanlah raya kita, takkan nak rayakan raya depa, kalau kita dok turut rayakan depa punya, kan sudah tasyabbuh tu (tasyabbuh bi syi`aaril - 'eid). Aku khuatir hal ini jika tidak dibendung akan menjurus kepada pluralisme dalam beragama yakni pendapat bahawa semua agama adalah sama, semua agama adalah baik, semua agama bawak orang ke Syurga. Kalau dikatakan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum sama-sama merayakan kedua perayaan tersebut tak palah jugak, sebab betullah rakyat Malaysia yang Hindu rayakan Deepavali (kalau Samy Vellu sambut depabalik India lagi bagus, pi balik India terus), yang Islam semestinya merayakan Hari Raya Idul Fithri. Sama-sama merayakan perayaan masing-masing, no problem, tapi nak kongsi-kongsi dah masuk bab lain plak. Hak ni Pak Lah kena faham betul-betul, kalau tak faham pi lah duduk kat Datuk Harus Sani, ular menyusur akar takkan hilang bisanya, tambah bisa lagi ada sebab dok menyusur akar Tongkat Ali. Aku rasa Datuk Harus Sani kena dapat pembelaan kita. Insya-Allah, beliau ikhlas untuk memperjelaskan hukum Allah agar difahami oleh semua termasuk pemerintah Umeno pendokong ISA tu. Malangnya tindakan murninya itu telah disalahertikan, telah disalahfahami, telah disalahtafsirkan, sama ada dengan sengaja kerana ada udang sebalik mee atau kerana memang benak susah nak tangkap dan susah nak faham. Elok aku berenti kat sini, karang panjang-panjang, silap-silap kena ISA plak, tangkap pastu simpan sampai 5 tahun tanpa perbicaraan. Allah ta`ala yang Maha Mengetahui pun sebelum humban orang ke neraka, adakan hisab, panggil saksi, bentang ekshibit, pastu siap bubuh mizan pulak, rasa-rasanyalah ahli neraka masuk neraka puas hati sebab tahu memang patut mereka jadi ahli neraka (mintak-mintak berkat bulan mulia ni, berkat Junjungan Nabi s.a.w., janganlah kita termasuk dalam ahli neraka begitu jugaklah hendaknya ibu ayah kita dan keluarga kita, aaamiiin). Ini kita manusia, tangkap kemudian penjara sampai bertahun-tahun tanpa dibicarakan. Kata ada bukti, bentanglah bukti dalam Mahkamah, kalau benar salah tembak mati pun tak apa. Ini tidak, saja nak pedajal orang buat apa, karang jawablah depan Allah ta`ala nanti, bukan takat naya kat yang kena ISA, keluarga mereka semua teraniaya......stoppppp....keluar tajuk plak, bukan apa sikit geram jugak ada. Moh tajdidkan bab ini, tajdidkan sistem perundangan yang dah lapuk yang mengandungi undang-undang dracula.... oppsss silap... draconian ni. Nak tajdid fiqh yang memang dah elok difahami dan diamalkan masyarakat buat apa, perabihkan boras je jang.

Sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik aku nukilkan buat ikhwah budiman akan tulisan al-'Alim al-'Allaamah al-Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad bin al-Husain bin 'Umar Ba 'Alawi dalam "Bughyatul Mustarsyidin" halaman 248 yang menyatakan:-

Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh para ulama mengenai berpakaian dengan pakaian orang-orang kafir (tanbih: kalimah "زي " ini tidaklah terhenti setakat makna pakaian zahir atau luaran atau hissi sahaja, tetapi merangkumi apa yang dipakai secara khusus oleh mereka baik berupa pakaian atau gaya atau model atau perbuatan atau tingkah laku atau upacara dan sebagainya, baik yang berupa hissi maupun maknawi) adalah bahawasanya sekiranya seseorang berpakaian dengan pakaian mereka kerana cenderung/suka hatinya kepada agama mereka dan dengan niat menyerupai (tasyabbuh) mereka dalam syiar - syiar kekufuran atau (untuk) pergi bersama mereka ke rumah-rumah ibadat mereka, maka yang sedemikian menjadikan dia kufur dengan kedua perkara tersebut.

Dan adapun jika dia tidak berniat sedemikian (yakni tidak ada qashad hatinya untuk cenderung/suka kepada agama kafir) bahkan qashad atau maksud atau tujuannya hanya untuk tasyabbuh semata-mata dengan mereka sahaja pada syiar-syiar perayaan mereka (sya`airul `eid) atau dengan sebagai penghubung kepada mu'amalah yang harus bersama mereka, maka orang tersebut berdosa (yakni haram)

Dan adapun jika dia hanya serupa atau sama dengan mereka secara kebetulan sahaja tanpa apa-apa niat, maka hukumnya makruh seperti mengikat rida` dalam sembahyang.
Oleh itu, berhati-hatilah dengan falsafah Kongsi Raya ini. Ingat bahawa Deepavalli adalah satu perayaan keagamaan, maka ianya adalah lambang bagi agama Hindu, maka tidak sewajarnya kita tasyabbuh dengan mereka untuk sama-sama merayakannya. Kalau kebetulan Deepavalli jatuh dekat dengan Idul Fithri, maka kita merayakan bersama dengan mereka pada tempat sama dengan masing-masing merayakan perayaan masing-masing tanpa niat tasyabbuh apatah lagi cenderung kepada agama mereka, mungkin ini boleh dimasukkan dalam kategori yang ketiga, setakat makruh sahaja. Sebab apa masih dihukumkan makruh kerana kita tetap disuruh untuk membezakan diri kita daripada orang-orang musyrik (apatah kafir yang sekutukan Allah dengan berjuta sembahan lain). Kalau ada niat untuk dakwah bil hal, mungkin lain pulak hukumnya, ni kena tanya Tok Peti kitalah. Cam na plak niat dakwah bil hal tu yeee, sebab biasanya yang nampak dia dakyahkan kita, bukan kita yang dakwahkan dia. Oleh itu, ikutlah nasihat Tok Mufti kita, sebaik-baiknya hendaklah diasingkan perayaan kita dengan mereka, kerana ini semua adalah macam tasyabbuh atau memang tasyabbuh atau boleh membawak kepada tasyabbuh. Kita rayakanlah raya kita, Idul Fithri yang mulia, kalau depa datang berziarah, tak jadi masalah, kan kita disuruh memuliakan tetamu, jamulah mereka makan. Dan biarlah mereka rayakan raya mereka, kalau hang pa nak ziarah tak jadi masalah, kalau hang pa nak tumpang makan, hati-hatilah takut-takut ayam Mr. Samy sendiri kasi sembelih, naya nanti hang pa makan bangkai.

Apa-apa pun, Selamat Pagi, Selamat Tengahari, Selamat Petang, Selamat Siang, Selamat Malam, Selamat Hari Raya dan tidak lupa kepada Mr. Samy, Selamat Menyambut Hari Deepavalli (yalah kita harap dia selamatlah waktu menyambut hari raya dia hari ni kat Malaysia, harap-harap taklah jadi macam di sesetengah tempat, di Sri Lanka ke, di mana mereka sambut dalam suasana ketakutan, bukan apa takut - takut tengah celebrate kena bom plak), cuma satu jugak saya mauk kata dekat Mr. Samy, aslim taslam (masuk Islam kamu selamat dunia akhirat). Jangan maraa aaa, ini hari Deepavalli aaa, nanti kalau maraa kena jual.

Lastly, aku nak bawak satu cite yang dikisahkan oleh Mufti Ahmed E. Bemat dalam mukhtashar bagi "Syama-il Tirmidzi" diterjemahkan dengan jodol "Insan Teladan Sepanjang Zaman" halaman 161 - 162 :-

Amaran Rasulullah s.a.w. ialah bahawa orang yang meniru atau menyerupai sesuatu kaum itu akan tergolong ke dalam golongan tersebut: Yakni pada hari Qiamat, mereka akan dibangunkan bersama-sama mereka. Ini perkara yang amat berat dan hendaklah kita benar-benar memberi perhatian dan takut mengenainya. Pada masa kini, orang-orang Islam yang kaya yang terpengaruh dengan adat dan cara hidup Yahudi dan Nasara sehingga mereka menuruti segala gaya Eropah dengan kerusi - meja, garfu, pisau dan sudu untuk makan (tanbih: ini bukanlah ertinya makan-minum atas kerusi meja dengan sudu garfu itu tidak dibenarkan dari segi hukum fiqh, tetapi yang dimaksudkan oleh pengarang ialah mereka yang merasa unggul gaya makan tersebut sehingga memandang jijik orang yang makan bersila atau yang makan dengan tangan dan menjilat jari jemari setelah makan) patutlah mengambil sesuatu pengajaran dan amaran daripada sesuatu peristiwa benar yang telah disebut di dalam "Tazkiratur-Rasyid" sebagaimana berikut:-

Semasa pemerintahan British di India, Pemungut Hasil Daerah berbangsa Inggeris telah memeluk agama Islam di tangan seorang Mulvi (Maulavi/Maulana) dan mulalah mengkaji Islam dan al-Quran di bawah asuhan dan pimpinannya. Apabila dia berpindah daerah, mulvi tersebut memperkenalkannya kepada seorang mulvi lain di tempat itu untuk mendapat bimbingan ugama. Setelah beberapa lama kemudian, setelah dia yakin akan menemui maut, maka diserahkannya sejumlah wang kepada pengajarnya yang baharu itu lalu berkata: "Bangsaku akan mengkebumikan daku di perkuburan Kristian. Ambillah wang ini. Setelah mereka mengkebumikan daku, kamu pergilah ke sana bersama-sama saudara seIslam, gali semula kuburku dan kebumikan daku di perkuburan orang-orang Islam.

Setelah berlangsungnya upacara pengkebumian mayat Inggeris tersebut, si mulvi itu pun secara bersendirian pergi menggali kuburan tersebut lantas memecahkan keranda si mati untuk mengeluarkan mayat. Tetapi apakah yang didapatinya? Dia terperanjat besar kerana bukan mayat si Inggeris tadi yang ada di dalam keranda tersebut tetapi terbujur mayat si mulvi yang telah mengIslamkannya. Perpindahan ajaib dan penuh misteri mayat daripada perkuburan Islam ke perkuburan Kristian dan sebaliknya adalah berkemungkinan bergantung kepada kecondongan kedua-dua orang ini. Mulvi Islam itu mungkin menyanjungi gaya hidup keInggerisan di hadapan kawan-kawannya sedangkan orang Inggeris ini inginkan cara pengkebumian secara Islam.
Kalau kome percaya dengan cite di atas, mudah-mudahan dapat faedahnya. Kalau tak caya, tak apa, baca sajalah seperti kome baca cite Sang Kancil dengan Sang Buaya. Tapi karang ada yang pindah kubur, nasib lee. Mudah-mudahan tidak, mudah-mudahan mati husnul khatimah, dapat rahmah, dapat syafa`ah dan dapat masuk jannah..... aaamiiiin bi jaahi Sayyidil Ummah.

الله اعلم

Isnin, Oktober 16, 2006

Sapu Muka

Kebetulan bahan untuk posting perkara ni ada depan mata, maka aku tulislah dahulu mengenai amalan yang lazim kita amalkan selepas memberi salam kedua dalam sholat iaitu menyapu muka dengan tangan kanan. Aku teringat sewaktu mengaji dahulu, aku pernah ditegur oleh seorang pegawai penyelidik dari Iraq yang memandang pelik perbuatan menyapu muka selepas salam sholat. Nasib baik perpustakaan dekat dan telah aku tunjukkan kepadanya akan perkataan ulama kita berhubung amalan tersebut. Jadi perkara ini masih lekat dalam kepala aku untuk aku kongsikan kepada ikhwah yang sudi, yang tak sudi tak apa, tiada paksaan. Aku mulakan dengan menukil kalam ulama terbilang, Tok Syaikh Daud bin 'Abdullah al-Fathoni, yang menyebut dalam kitabnya "Munyatul Musholli" halaman 18, antara lain:-

...Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w. apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kebingungan (stress) dan kedukaan."
( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن )

Alangkah indahnya amalan ini, di mana kita memohon kepada Allah agar segala yang merunsingkan kita, yang membingungkan kita, yang menggundahkan hati sanubari kita, yang bikin kita stress, yang membuat kita berdukacita, sama ada ianya kedukaan dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti, biarlah dihilangkan oleh Allah s.w.t. segala kerunsingan dan kedukaan tersebut daripada kita. Amalan ini bukanlah memandai para ulama membuatnya tetapi ada sandarannya daripada hadits Junjungan Nabi s.a.w., dan jika pun hadits - hadits ini tidak shohih (yakni dhoif) maka kaedah yang digunapakai oleh ulama kita ialah hadits dhoif itu adalah hujjah untuk fadhoilul a'maal. Antara haditsnya ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibnus Sunni, al-Bazzar dan Ibnu 'Adi. Di sini aku nukilkan riwayat Ibnus Sunni dalam "'Amalul Yawm wal Lailah" halaman 35, yang meriwayatkan bahawa Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata:-

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى

ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم،
اللهم أذهب عني الهم و الحزن

Adalah Junjungan Rasulullah s.a.w. apabila selesai daripada sholat, baginda menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: "Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan dan kedukaan."

Dalam "Bughyatul Mustarsyidin", kitab masyhur himpunan Sayyid 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar Ba 'Alawi, Mufti negeri-negeri Hadhramaut, pada halaman 49 dinyatakan:

(Faedah) Ibnu Manshur telah meriwayatkan bahawasanya adalah Junjungan Nabi s.a.w. apabila selesai sholatnya, baginda menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian melalukannya ke wajah baginda sehingga sampai ke janggut baginda yang mulia, sambil membaca:

بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم
اللهم أذهب عني الهم و الحزن و الغم
اللهم بحمدك انصرفت و بذنبي اعترفت
أعوذ بك من شر ما اقترفت
و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا و عذاب الآخرة


"Dengan nama Allah yang tiada tuhan selainNya, yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan, kesedihan dan kekesalan. Ya Allah, dengan pujianMu aku berpaling dan dengan dosaku aku mengaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang aku lakukan dan aku berlindung denganMu dari kepayahan bala` dunia dan azab akhirat."
Begitulah, wahai ikhwah sandaran kita untuk beramal dengan menyapu muka selepas salam sholat. Oleh itu jangan mudah gusar melihat yang melakukannya. Kalau kita tidak suka, maka bagi kita amalan kita dan bagi mereka amalan mereka.
الله اعلم

Ahad, Oktober 15, 2006

Fi Sabilillah

Pertama aku nyatakan bahawa tujuan aku buat blog ini adalah sebagai alat menyampaikan tazkirah singkat agar mudah dibaca ikhwan yang mengenaliku agar perhubungan kami tidak terputus. Sebab itu, aku lebih suka menulis ringkas dan santai, tidak panjang berjela-jela. Berhubung soalan yang dikemukakan, jika hendak dijawab sepenuhnya, maka kena buat satu thesis lagilah jawabnya. Tetapi untuk tidak menghampakan aku layanlah sekadar mampu dengan peringatan bahawa aku bukanlah mufti atau ulama, nak jadi khadam ulama pun tak layak. Lakin uhibbus sholihiin wa lastu minhum.

Di sini aku nyatakan kepada ikhwah, pandangan pribadiku dengan sedikit ilmu yang ada. Aku melihat perluasan erti asnaf "fi sabilillah" yang difahami oleh jumhur ulama sebagai "al-ghazwah yakni peperangan" kepada segala yang bersifat makruf yang umum seperti pembinaan masjid, madrasah dan sebagainya seperti apa jua usaha untuk meninggikan kalimah Allah yang tinggi, sedikit sebanyak adalah kerana sudah berkurangan manusia pemurah yang sudi dengan murah hati menginfaqkan harta mereka untuk tujuan-tujuan tersebut samada berbentuk waqaf atau lainnya. Faktor ini menyebabkan dana untuk tujuan-tujuan makruf tersebut menjadi sempit sehingga menyebabkan pengertian asnaf fi sabilillah itu diperluaskan agar tujuan-tujuan makruf ini dapat dimasukkan dalam asnaf tersebut justru membolehkan zakat diperuntukkan untuknya. Inilah akibat kebakhilan kita, yang hanya sanggup mengeluarkan apa yang tidak dapat tidak dari harta kita, yakni zakat wajib, sementara untuk sadhaqah tathawwu` amat lemah dan lembap untuk dilaksanakan walaupun harta sudah seperti kata Haji Bakhil " gedung di darat kapal di laut." Inilah realiti yang telah dominan di kalangan masyarakat Islam.

Qawl yang muktamad dalam mazhab kita as-Syafi`i tetap berpegang bahawa asnaf fi sabilillah adalah tentera sukarelawan yang tidak menerima apa-apa imbuhan atau gaji atau habuan daripada kerajaan atau harta al-fai`. Mereka inilah yang berhak menerima zakat walaupun mereka adalah orang-orang yang berharta, kerana mereka menerima zakat atas asnaf fi sabilillah dan bukannya asnaf faqir atau miskin. Imam an-Nawawi rhm. dalam "al-Majmu' syarah al-Muhadzdzab" juzuk 6 halaman 125, menulis antara lain:-

و مذهبنا أن سهم سبيل الله المذكور في الآية الكريمة يصرف إلى الغزاة
الذين لا حق لهم في الديوان بل يغزون متطوعين، و به قال ابو حنيفة و مالك رحمهما الله تعالى.
و قال احمد رحمه الله تعالى في اصح الروايتين عنه: يجوز صرفه إلى مريد الحج

Dan mazhab kita (eh..eh ..eh.. rupa-rupanya Imam an-Nawawi pun ikut mazhab) bahawasanya saham (bahagian) sabilillah yang disebut dalam ayat yang mulia itu digunakan kepada al-ghuzzah (yakni orang yang berperang) yang tiada hak bagi mereka daripada diwan (payroll), bahkan yang berperang secara sukarela. Dan pendapat inilah juga dipegang oleh Imam Abu Hanifah rhm. dan Imam Malik rhm. Dan berkata Imam Ahmad rhm. pada yang asah antara dua riwayat daripadanya: "Harus digunakan (zakat) bagi orang yang hendak menunaikan haji."
Begitu juga penafsiran kebanyakan ulama` mazahib dan mufassir terdahulu. Misalnya Imam al-Qurthubi dalam "al-Jaami` li Ahkaamil Quran" juzuk 7 halaman 111 - 113 menulis, antara lain:-

وقوله تعالى: ..و في سبيل الله..و هم الغزاة و موضع الرباط،
يعطون ما ينفقون في غزوهم كانوا أغنياء أو فقراء. هذا قول اكثر العلماء،
و هو تحصيل مذهب مالك رحمه الله. و قال ابن عمر : الحجاج و العمار.
و يؤثر عن احمد و اسحاق رحمهما الله انهما قالا: سبيل الله الحج.........و قال ابو حنيفة
و صاحباه: لا يعطى الغازي إلا إذا كان فقيرا منقطعا به

"Firman Allah ta`ala : ( .. dan pada jalan Allah...) mereka itu adalah para pejuang yang berperang dan di perbatasan, diberikan kepada kepada mereka apa yang diperlukan untuk nafkah peperangan mereka sama ada mereka kaya atau faqir. Dan inilah qawl kebanyakan ulama, dan keputusan mazhab Malik rhm. Dan telah berkata Sayyidina Ibnu 'Umar r.anhuma: "Orang yang mengerjakan haji dan umrah (yakni termasuk dalam fi sabilillah)". Dan diriwayatkan daripada Imam Ahmad dan Ishaaq rhm. bahawasanya mereka berdua berkata: "Jalan Allah itu adalah haji"...... Dan telah berkata Imam Abu Hanifah dan dua sahabatnya: "Tidak diberi kepada orang yang berperang (ghazi) melainkan jika dia faqir dan terputus bekalannya/ hartanya."
Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya juga menerangkan pengertian fi sabilillah hanya kepada 2 golongan sahaja iaitu (1) al-ghuzzah dan (2) al-hujjaj (menurut pendapat Imam Ahmad). Beliau menulis:-

و أما في سبيل الله فمنهم الغزاة الذين لا حق لهم في الديوان
و عند الإمام احمد و الحسن و اسحاق و الحج في سبيل الله للحديث
Dan ada pun "pada jalan Allah",maka antara mereka ialah al-ghuzzah (orang yang berperang) yang tidak mendapat apa-apa hak dari diwaan (payroll), dan di sisi Imam Ahmad, al-Hasan dan Ishaaq, haji termasuk dalam fi sabilillah kerana nash hadits...
Walaupun begitu, terdapat juga segelintir ulama terdahulu yang memperluaskan pengertian fi sabilillah kepada segala yang bersifat kebajikan atau makrufat (terutama sekali yang bersifat umum), seperti pernyataan Imam Fakhrur Raazi dan Imam Qaffal sebagaimana dinyatakan "Tafsir ar-Raazi" juzuk 16 mukasurat 113:-

و اعلم ان ظاهر اللفظ في قوله تعالى : و في سبيل الله،
لا يوجب القصر على كل الغزاة - اي: المجاهدين في سبيل الله بالقتال-
فلهذا المعنى نقل القفال في تفسيره عن بعض الفقهاء
انهم اجازوا صرف الصدقات - الزكاة- الى جميع وجوه الخير من تكفين الموتى،
و بناء الحصون، و عمارة المساجد؛ لأن قوله تعالى : وفي سبيل الله عامل من الكل

Dan ketahuilah bahawasanya zahir lafaz firman Allah ta`ala: :..dan pada jalan Allah.." tidak memestikan pengertiannya disingkat (yakni disempitkan maknanya hanya) kepada setiap ghuzzah - iaitu: para mujahid yang berperang pada jalan Allah - maka atas makna (yakni atas makna yang diperluaskan) inilah dinukilkan oleh Imam al-Qaffal dalam tafsirnya daripada sebahagian fuqaha` mengharuskan menggunakan zakat untuk sekalian bentuk kebajikan (ila jamii`i wujuuhil khair) seperti mengkafankan orang mati, membina kota-kota, mengimarahkan masjid-masjid, kerana firman Allah ta`ala tersebut: " ...dan pada jalan Allah..." boleh digunakan kepada setiap yang tersebut tadi.

Berikut pula adalah penjelasan seorang ulama kontemporari, Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam "Tafsir al-Munir" , antara lain menyatakan:-

و في سبيل الله : وهم في رأي الجمهور الغزاة المجاهدين الذين لا حق لهم في ديوان الجند، يعطون ما ينفقون في غزوهم، كانوا أغنياء او فقراء؛ لأن السبيل عند الإطلاق هو الغزو، و هو المستعمل في القرآن و السنة....و فسر بعض الحنفية سبيل الله بطلب العلم، و فسره الكاساني بجميع القرب، فيدخل فيه جميع وجوه الخير مثل تكفين الموتى و بناء القناطر و الحصون و عمارة المساجد؛ لأن قوله تعالى (في سبيل الله) عام في الكل. و الخلاصة: المراد بسبيل الله: إعطاء المجاهدين ولو كانوا أغنياء عند الشافعية، بشرط كونهم فقراء عند الحنفية، و الحاج من سبيل الله عند احمد و الحسن و إسحاق. و اتفق العلماء إلا ما يروى عن بعضهم أنه لا يجوز صرف الزكاة لبناء المساجد و الجسور و القناطر و إصلاح الطرقات، و تكفين الموتى ، و قضاء الدين، و شراء الأسلحة و نحو ذلك من القرب التي لم يذكر في الآية
Dan fi sabilillah : ianya menurut pendapat jumhur adalah al-ghuzzaah al-mujaahidiin (pejuang yang berjihad) yang tidak mendapat hak (imbuhan) daripada daftar tentera (yang tak termasuk dalam army punya payroll), diberikan kepada mereka apa yang dinafkahkan mereka untuk peperangan mereka, sama ada mereka itu orang kaya atau faqir; Kerana sesungguhnya "as-sabiil" diithlaqkan maknanya kepada "al-ghazzu" (perang), dan atas makna inilah penggunaannya dalam al-Quran dan as-Sunnah .......... Dan telah mentafsir sebahagian ulama Hanafiyyah akan sabilillah itu atas makna menuntut ilmu, dan mentafsir al-Kaasaani dengan segala perkara qurbah, maka dimasukkan dalam pengertian sabilillah itu segala jenis kebajikan seperti untuk mengkafan orang mati, membina jambatan-jambatan, kota-kota pertahanan dan mengimarahkan masjid; kerana firman Allah ta`ala " dan pada jalan Allah" itu adalah umum meliputi segala perkara ini. Kesimpulannya: Yang dikehendaki dengan sabilillah, adalah pemberian (zakat) kepada para mujahidin walaupun mereka itu kaya di sisi mazhab Syafi`i; dan dengan syarat mereka faqir di sisi mazhab Hanafi; dan di sisi Imam Ahmad, al-Hasan dan Ishaaq, haji juga dimasukkan kepada kategori sabilillah. Dan telah ittifaq ulama, melainkan apa yang diriwayatkan daripada segelintir daripada mereka (yakni pendapat minoriti ulama), bahawasanya TIDAK HARUS digunakan zakat untuk membina masjid, jambatan, membaiki jalan-jalan, mengkafan orang mati, melangsaikan hutang (atas asnaf sabilillah), membeli senjata dan yang sedemikian dari segala qurbah yang tidak disebut dalam ayat (yakni tidak termasuk dalam asnaf yang disebut dalam al-Quran)....
Nampaknya sekarang, pandangan minoriti ulama ini telah diberi perhatian dan mendapat tempat di sisi masyarakat. Ulama-ulama kontemporari seperti Syaikh Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan dan lain-lain, nampaknya lebih cenderung untuk mengikut pendapat ini. Bagiku, bukan kerana kekuatan dalilnya tetapi kerana memenuhi keperluan semasa dan maslahah am yang semakin mendesak sedangkan dananya semakin berkurang. Di Malaysia, kerana Haji Bakhil bin Lebai Kedekut masih ramai lagi, maka pandangan dan amalan rasmi sekarang nampaknya bersetuju dengan perluasan makna fi sabilillah ini untuk memasukkan beberapa makrufat ke dalam asnafnya.

Maka timbul lagi persoalan sejauh mana atau seluas mana ianya hendak diperluaskan ? Dan siapa yang hendak membuat ketentuan bahawa sesuatu urusan itu termasuk dalam asnaf fi sabilillah? Ini sudah tentu akan mengundang lagi ikhtilaf antara para ulama zaman ini. PAS kata perjuangan mereka adalah fi sabilillah, Tabligh kata dia orang keluar jalan Allah, UMNO kata depa juga berjihad. Jangan salah anggap yang aku nak komen benar atau tidak dakwaan mereka tersebut dan aku juga tak kata semua itu tidak termasuk fi sabilillah secara umum, cuma adakah ianya termasuk dalam definasinya dalam bab zakat, itu yang perlu diketahui. Maka adalah lebih selamat jika pihak-pihak ini tidak mengumpulkan dana zakat untuk kepentingan pergerakan mereka, tambahan pula jika penyalurannya pula tidak keruan ke mana perginya, kerana di situ masih ada syubhah dan khilaf ulama. Carilah dana lain tanpa mengganggu bahagian asnaf yang nyata dan masih memerlukan.

Jadi untuk menjawab samada sebuah laman Web Islami boleh menerima zakat atas nama asnaf fi sabilillah, maka aku kata menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah, tentulah tidak boleh dan jika tidak boleh maka zakat yang dikeluarkan kepadanya tidaklah sah dan jika tidak sah hendaklah dikeluarkan semula kepada asnaf-asnafnya yang betul. Ikhwah kena ingat, bahawa ini persoalan fardhu dan sah - batal, oleh itu hendaklah kita berhati-hati dalamnya. Oleh itu, lebih selamat jika zakat tidak disalurkan kepada website tersebut (korang mesti tahu website mana yang dimaksudkan) kerana haknya untuk menerima zakat masih samar dan tidak jelas. Tambahan pula website tersebut tidak mewakili keseluruhan umat, tetapi hanya serpihan umat (jangan marah noo.. tapi itulah hakikatnya). Kepada website yang buat kerja minta zakat di Malaysia ni, kita kembalikan kepada mereka paku buah keras, tanyalah mereka, mana dalil yang Rasulullah beri zakat kat website, mana dalil sahabat buat begitu dan mana dalil Imam mazhab kata boleh. Katakan lagi kepada mereka, betul ke apa yang dia orang buat tu jihad atau hanya buat jahat dengan menyemaikan perpecahan antara umat atas nama pemurnian. Takkan nak masuk bakul angkat sendiri kata kamilah mujahid, kamilah pejuang Islam dan sebagainya. Dan katakan lagi kepada mereka, Junjungan kata, "tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan." Zakat kepada website kamu itu meragukan, maka eloklah kami tinggalkan dan keluarkan kepada asnaf yang telah shorih nyata dan memerlukan.

Untuk menutup posting ini aku nak ucapkan terima kasih kepada ukhtie dan akhie yang telah menghantar nukilan tulisan Mawlana Mufti Muhammad Shafi' Uthmani dalam "Tafsir Ma`ariful Qur'an" yang diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Prof. Muhammad Hasan Askari dan Prof. Muhammad Shamim dan diteliti kembali oleh Mufti Muhammad Taqi Uthmani, vol. 4 halaman 414-416, antara lain, menyatakan:-
A word of Caution
The literal meaning of fi sabilillah is very general and very common. Anything done for the good pleasure of Allah is included under fi sabilillah in the light of this popular sense. Unfortunately, there are people who wish to understand the Qur'an through a literal translation alone. They would skip the explanations and statements of the Holy Prophet s.a.w. and ignore the sayings of major commentators. As a result, they fall into error. One such error shows up when they look at fi sabilillah and find it spacious enough to accommodate everything they fancy. Under this head of Zakah, they have included everything that is considered to be good or religious. Under this umbrella, they have included the building of mosques, religious schools, hospitals, inns, even the provision of public services like wells, bridges and roads. Then, they do not seem to forget the salaries and contingent expenses of the institutions of public service. All these, they include under fi sabilillah and declare them to be worth receiving Zakah funds. This is absolutely wrong and very much against the consensus of the Muslim Ummah. This is something already decided clearly and categorically. There are statements of the noble Sahabah, the direct disciples of the Holy Prophet s.a.w. They had learnt and understood the Qur'an from him. Then, there are explanations of this expression passed on to us from the most learned authorities from among the Tabi'in. All of them restrict the expression to Hujjaj and Mujahidin.

It appears in a Hadith that someone had given a camel as religious endowment in the way of Allah (fi sabilillah). For it, the Holy Prophet s.a.w. said: "Use this camel to carry Hujjaj (Hajj pilgrims) on their journey." (Al-Mabsut, al-Sarakhsi, p.10, v.3).

Imam Ibn Jarir and Ibn Kathir are known exegetes who limit themselves to explaining the Qur'an through Hadith reports only. They both have particularized fi sabilillah with mujahidin and hujjaj who do not have the wherewithal necessary for Jihad or Hajj. As for jurists who have included students in religion or servants of good causes in this category, they have done so subject to the condition that they should be poor and needy. And it is obvious that the poor and the needy are in themselves the first among the recipients of Zakah. Even if they were not included under the sense of fi sabilillah, still they would have deserved receiving Zakah. But, no one from among the four Imams and jurists of Muslim Ummah ever said that expenditures on institutions of public welfare, building of mosques and religious schools and the rest of their functional needs are included under the head of Zakah disbursements. In fact, they have made it very clear that spending Zakah funds for this purpose is impermissible. Jurists from different schools of Islamic jurisprudence have written about it in great details. The names of some of them are given as follows: Hanafi jurist al-Sarakhsi in al-Mabsut (p.202, v.2) and Sharh as-Siyar (p.244, v.4), Shafi`i jurist Abu 'Ubayd in Kitab al-Amwal, Maliki jurist Dardir in Sharh Mukhtasar al-Khalil (p.161, v.1) and al-Muwaffaq in al-Mughni.

Other than the clarifications from authorities of Tafsir and jurists of Islam referred earlier, a little thought over this matter will help us understand the problem quickly. Let us think for a moment. If this field of Zakah was so all-embracing that it could accommodate spending on every act of worship and virtue, then, the identification of these eight recipients in the Quran becomes (God forbid) totally redundant. So does the statement of the Holy Prophet s.a.w. cited earlier where he said that Allah ta`ala has not delegated the authority to determine the recipients of Sadaqat even to a prophet, in fact, He has Himself determined the eight categories of its recipients. This tells us that the element of universal application visible to an unaware person from a literal translation of fi sabilillah (in the way of Allah) is not what Allah means. Instead, it means what stands proved from the words of the Holy Prophet s.a.w. and the related clarifications of the Sahabah and the Tabi'in.

الله اعلم

Sabtu, Oktober 14, 2006

Lailatul Qadr

Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia

Alhamdulillah wasy Syukrulillah, bertemu kita dengan 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia. Dalam hari-hari terakhir ini kita dianjurkan untuk mempertingkatkan amal ibadah, beri'tikaf dan menghidupkan malam-malamnya. Antara malam-malamnya pula ada anugerah daripada Allah berupa lailatul qadr yang lebih baik dari 1000 bulan ( bukan seperti 1000 bulan tetapi lebih baik lagi). Syaikhan meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من قام ليلة القدر ايمانا و احتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
"Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadr (beribadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan malam yang dikatakan sebagai lailatul qadr. Jumhur ulama tidak menentukannya dengan malam yang tertentu bulan Ramadhan untuk setiap tahun, tetapi menyatakan bahawa ianya adalah pada salah-satu malam dari 10 malam yang terakhir dan pada yang ganjil adalah lebih diharapkan. Antara sandaran untuk pendapat ini ialah hadits riwayat asy-Syaikhan, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, daripada Sayyidatina 'A-isyah r.anha bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان

"Carilah lailatul qadr pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan"

Banyak juga ulama yang menetapkannya dengan malam tertentu dalam setiap tahun iaitu malam ke-27 Ramadhan (dalam bahasa kita dipanggil malam 7 likur) bersandarkan beberapa hadits antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang shohih daripada Sayyidina Ibnu 'Umar r.anhuma di mana Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من كان متحريها فاليتحرها ليلة السابع و العشرين

"Sesiapa yang hendak mencarinya,
maka carilah ia pada malam ke - 27"


Di kalangan sebahagian ahli tasawwuf mereka ada formula sendiri untuk mengetahui malam tersebut, iaitu dengan melihat kepada hari awal Ramadhan. Bait-bait di atas yang aku beri erti dengan terjemah bebas adalah nazamnya Syaikh Abul Hasan yang kupetik dari Hasyiah al-Qalyubi juzuk 2 halaman 76, di mana dinyatakan bahawa:

  1. Jika awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadrnya malam ke-29;
  2. Jika awal Ramadhan hari Jumaat atau Selasa, maka lailatul qadrnya malam ke-27;
  3. Jika awal Ramadhan hari Khamis, maka lailatul qadrnya malam ke-25;
  4. Jika awal Ramadhan hari Sabtu, maka lailatul qadrnya malam ke-23;
  5. Jika awal Ramadhan hari Isnin, maka lailatul qadrnya malam ke-21.
Kata Syaikh Abul Hasan dengan menggunakan kaedah ini beliau sentiasa berjumpa dengan malam kemuliaan ini sejak usianya baligh lagi. Tetapi menurut sebahagian ulama, kaedah ini tidaklah mempunyai sandaran nash, tidak seperti ketentuan-ketentuan yang disebutkan terdahulu. Walau bagaimana pun kaedah ini hanya sekadar pendapat dan bukanlah satu ketetapan hukum, oleh itu sesiapa yang mahu boleh ikut sesiapa yang tidak terpulanglah.

Yang penting meningkatkan amal ibadah dengan penuh keimanan dan keikhlashan. Hanya mencari keredhaan Ilahi yang mesti disembah fi kulli waqtin wa hiin (setiap masa dan ketika), tidak hanya di malam lailatul qadr yang mulia. Mencari malam penuh keberkatan ini, setidak-tidaknya (yakni yang paling minima) hendaklah kita menjaga sholat Isya` berjemaah, melaksanakan tarawih (menurut jumhur tarawih itu 20 rakaat) berjemaah, berwitir secara berjemaah (kerana hanya dalam bulan Ramadhan sahaja disunnatkan witir berjemaah, sedangkan dalam bulan-bulan lain hanya harus sahaja) dan diakhiri dengan sholat Subuh berjemaah. Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayyidina 'Utsman r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل
ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله
"Sesiapa yang sholat 'Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyam separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersholat sepanjang malam."
Jangan lupa memperbanyakkan doa yang dianjurkan Junjungan Nabi s.a.w. kepada Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai, Imam Ibnu Majah dan selainnya dengan sanad yang shohih, di mana dinyatakan:-

عن عائشة رضي الله عنها قالت: قلت يا رسول الله إن علمت ليلة القدر ما اقول فيها؟
قال: قولي اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
"Daripada Sayyidatina 'Aisyah r.anha berkata: "Aku berkata kepada Junjungan Nabi s.a.w.: "Ya Rasulallah, jika aku mengetahui lailatul qadr, apa yang aku ucapkan padanya?" Junjungan Nabi bersabda:- "Ucapkanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku."
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Khamis, Oktober 12, 2006

Madrasah Shaulatiyyah

Sejarah madrasah ini bermula dengan penghijrahan Maulana RahmatUllah al-Kiranwi (@ al-Kiranawi) ke Makkah dari India setelah dikejar oleh penjajah British. Maulana RahmatUllah adalah pengarang kitab "Idzharul Haq" yang terkenal. Di Makkah, selain mengajar secara berhalaqah dalam Masjidil Haram, beliau tergerak untuk mendirikan sebuah madrasah formal, maka pada bulan Rabi`ul Awwal 1285H, beliau mendirikan sebuah madrasah di kawasan Syamiyyah atas sebidang tanah milik orang India. Dalam tahun 1289H, datanglah ke Makkah seorang perempuan India yang terkenal sebagai dermawan, iaitu Shaulatun Nisaa`. Kedatangannya selain untuk menunaikan haji adalah untuk membeli sebidang tanah untuk diwaqafkan kepada faqir miskin yang tinggal di tanah suci tersebut.

Ditaqdirkan Allah, bertemulah Shaulatun Nisaa` dengan Maulana RahmatUllah yang kebetulan sedang mencari tanah untuk membangunkan madrasah yang lebih bak dan lebih besar dari apa yang telah sedia ada di Syamiyyah. Shaulatun Nisaa` bersetuju membeli tanah untuk diwaqafkan sebagai madrasah dan tanah tersebut terletak di desa al-Khandarisah. Setelah tanah tersebut dibeli dan diwaqafkan, maka pada 15 Sya'baan 1290H, Maulana RahmatUllah telah meletakkan batu asas pembangunan madrasah dan ianya beroperasi sepenuhnya pada tahun 1292 dan, alhamdulillah, berkekalan sampai ke hari ini. Sebagai mengenang sumbangan wanita dermawan tersebut, madrasah itu dinamakan Madrasah Shaulatiyyah.

Madrasah Shaulatiyyah telah menjadi tumpuan para pelajar dan santri dari berbagai pelosok dunia. Ramai ulama kita yang belajar secara halaqah dalam Masjidil Haram, turut belajar di madrasah ini. Pelajaran di madrasah ini masih menurut kaedah Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ramai ulama-ulama kita yang belajar dan mengajar di Madrasah ini. Antaranya ialah Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafi`i Makkah zamannya, Sayyid Muhsin al-Musawa, Dato Seri Utama Diraja Dato` Hj. Ghazali Haji Abdullah, Mufti Kerajaan Selangor (1968-1973), dan ramai lagi, bahkan Tuan Guru Syaikh Nuruddin al-Banjari juga merupakan lulusan madrasah tersebut. Antara yang pernah menjadi tenaga pengajar di sana ialah Syaikhul Islam Selangor, Tengku Mahmud Zuhdi, Syaikh Hasan Masyath dan ramai lagi ulama kenamaan kita. Tahun lepas, sewaktu aku berada di Makkah, aku berkesempatan bertemu dengan beberapa pelajar Indonesia yang menjadi santri madrasah tersebut, dan mereka menyatakan bahawa madrasah itu masih tetap atas manhaj Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

Sebenarnya, ajaran Wahhabi di Hijaz hanya nampak kukuh pada lahiriah sahaja dengan bantuan Kerajaan Sa`ud. Kebanyakan penduduk Hijaz masih tetap Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi terpaksa beramal secara sembunyi-sembunyi. Tahun 1990, aku ke Makkah dan berkesempatan sowan ke Buya Maliki di Rushaifah. Aku pergi setelah sholat Ashar di Masjidil Haram dengan seorang pakcik dari Fathani Darus Salam. Setelah lewat petang, hampir-hampir Maghrib barulah kami berdua bergegas pulang ke Masjidil Haram untuk mengejar sholat Maghrib dalam Masjid yang mulia. Dalam perjalanan pulang, kami lewat satu masjid (aku dah lupa namanya) tetapi dikatakan bahawa masjid ini merupakan tempat telaga di mana Junjungan Nabi s.a.w. pernah mandi dan bersuci sebelum masuk ke Haram Makki (pastinya telaga itu telah ditutup rapat oleh Wahhabi). Aku terdengar suara Imam Masjid tersebut memulakan bacaan al-Fatihahnya dengan basmallah seperti kebiasaan amalan kita yang bermazhab Syafi`i, memandangkan kami hendak mengejar Maghrib di Masjidil Haram tidaklah kami singgah di sana. Menurut saudara-saudara yang menyantri di sana, Ahli Hijaz masih berpegang dengan Ahlus Sunnah wal Jama`ah, bahkan mereka turut mengadakan mawlid secara sembunyi-sembunyi dalam rumah yang tertutup. Hanya Ahli Najd (baca: penjajah) sahaja yang fanatik dengan ajaran Wahhabi dan kita tahulah apa yang dikatakan oleh Junjungan Nabi s.a.w. berkenaan dengan Najd dan pengganas mereka yang telah menumpahkan darah kaum muslimin dan menjajah bumi Hijaz (walaupun mereka bersungguh-sungguh memberi berbagai penafsiran berhubung hadits tersebut). Insya-Allah, pengaruh Wahhabi tak akan bertapak selamanya di bumi suci tersebut. Kebatilan pasti lenyap, kebenaran pasti terserlah.

Selasa, Oktober 10, 2006

ِِِِAshhaabul Badr

Sempena 17 Ramadhan, tarikh berlakunya 2 peristiwa penting, iaitu Nuzul al-Quran dan Badar al-Kubra. Posting ini aku nak tulis sedikit berkaitan Ashhaabul Badr iaitu para pejuang Badar yang dipimpin oleh Junjungan Nabi s.a.w. Sebelum itu, aku nak kisahkan satu peristiwa yang terjadi sewaktu dalam perjalanan ke Badar yang jauhnya kira-kira 160 km dari Kota Madinah al-Munawwarah. Perjalanan merentas padang pasir ke sana oleh kira-kira 313 orang mujahidin yang dikepalai Sayyidul Mujahidin Junjungan Nabi s.a.w. hanya berkenderaankan dua kaki masing-masing, 3 ekor kuda dan 70 puluh ekor unta yang ditunggang secara bergilir. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dengan sanad hasan dan al-Hakim menyatakan darjatnya shohih atas syarat Imam Muslim bahawa Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. berkata:-
Adalah kami pada hari Badar berkongsi seekor unta 3 orang, dan adalah Sayyidina Abu Lubabah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a. menjadi rakan berkongsi unta dengan Junjungan Nabi s.a.w. Ketika sampai giliran untuk menunggang unta, mereka berdua berkata kepada Junjungan s.a.w.: "Wahai RasulAllah, biarlah kami berjalan dan engkau tetap naik." Baginda menjawab: "Kalian tidaklah lebih kuat daripadaku untuk berjalan dan tidaklah aku terkaya daripada memperolehi pahala."
Allahu..Allah, lihat ikhwah bagaimana akhlak Penghulu sekalian semesta ini. Bandingkanlah dengan sikap kita, sudahlah banyak dosa, tapi tak sungguh-sungguh meminta keampunan Allah, malas beramal walaupun miskin pahala...Allahu...Allah.

Sungguh Ghazwah Badar amat signifikan dalam kehidupan seseorang individu muslim kerana inilah hari berlakunya penentuan sama ada Islam terus tetap berkembang atau berkubur. Junjungan s.a.w. sendiri dalam munajat baginda sebelum meletusnya perang tersebut menyatakan:-

اللهم أنشدك عهدك و وعدك، اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض

Ya Allah, aku mengharapkan janji-janjiMu. Ya Allah, jika sekiranya Engkau binasakan akan pasukan ini (yakni para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.
Sungguh peristiwa ini mesti sentiasa lekat dalam fikiran dan sanubari kita. Kemenangan tentera Badar di bawah pimpinan Junjungan telah menjadi sebab bagi perkembangan pesat Islam ke seluruh alam sehingga ke rantau kita ini wajar diingat dengan penuh rasa syukur kepada Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 123:-

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan sungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
Para pejuang Badar amat tinggi kedudukan mereka di sisi umat. Mereka telah dipilih Allah untuk menjadi sebab bagi kesinambungan Islam atas mukabumi ini. Oleh itu mereka adalah pilihan Allah dan waliNya. Maka tidak hairanlah, para ulama kita mengarang berbagai ibtihal dan munajat yang mengandungi tawassul dengan para pejuang ini. Antara yang paling masyhur di rantau kita ini ialah Sholawat Badar. Al-'Allaamah as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji rhm., Mufti Syafi`iyyah Madinah dan pengarang Mawlid Barzanji yang terkenal, telah mengarang sebuah nazam yang mengandungi tawassul ini yang dinamakan "Jaaliyatul Kadar". Al-'Allaamah as-Sayyid Ibrahim bin Idris as-Sanusi al-Hasani al-Fasi rhm. pula mengarang "Saifun Nashor bis Saadatil Kiraam Ahlil Badr" yang pembacaannya menjadi wirid penting di sesetengah tempat. Di Kota Gresik, Jawa Timur pembacaannya secara tetap dipelopori oleh Quthubul Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Saqqaf rhm. Mawlana Dhiyauddin Khalid al-Baghdadi q.s., mujaddid Thoriqah an-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah, pula menyusun himpunan sholawat yang memuatkan tawassul dengan pejuang Badar dengan jodol "Jaaliyatul Akdaar was Saiful Battaar". Inilah antara cara bagaimana ulama dan umat memperingati Ahli Badar yang mulia, bukan sahaja dengan ceramah-ceramah, tetapi dalam munajat disebut nama mereka dengan penuh hormat dan takzim kerana mereka-mereka ini adalah kekasih Allah dan waliNya di mana dengan penyebutan nama mereka diharapkan turunnya keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t..

Ikhwah, untuk penutup posting ini, aku nukil kalam Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rhm. dalam "Hadiiqatul Azhaar war Riyaahiin" bahawa:-

و قال صلى الله عليه و سلم أذكروا الصالحين يبارك عليكم.
و قال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة


Dan bersabda Nabi s.a.w.:- "Sebut oleh kamu akan segala orang yang sholihin nescaya diberi berkat atas kamu". Dan sabdanya juga:- "Tatkala menyebutkan segala orang yang sholihin itu turunlah rahmat."
Mudah-mudahan keberkatan Ahli Badar terus mengalir kepada kita sekalian demi kemuliaan Penghulunya Ahli Badar, Junjungan Nabi s.a.w., moga dengan keberkatan tersebut kita akan bersemangat waja untuk mengamalkan dan menegakkan Islam dengan sebaiknya.

اللهم آمين .... الفاتحة إلى حضرة النبي و الى ارواح اصحاب البدر الكرام


Ahad, Oktober 08, 2006

Haul ke-2 Buya Maliki

Subuh hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan 1425H, kembalilah seorang ulama besar yang ilmunya tetap bersinar dan insya-Allah akan terus cemerlang melalui karangan dan murid-murid asuhannya. Hari ini 15 Ramadhan 1427H, adalah haul ke-2 pemergian almarhum Habib Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki rhm. Beliau adalah merupakan ulama besar dan pembela Ahlus Sunnah wal Jama`ah daripada serangan pentaksub ajaran Wahhabi. Beliau dididik dari kecil dengan asuhan agama, telah menghafal al-Quran ketika usianya 7 tahun dan hafal “al-Muwattha`” pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun, beliau meraih gelar doktor ilmu hadits dengan predikat mumtaz di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr. Muhammad Abu Zahrah. Rehlah ilmiahnya cukup panjang dan luas di bawah bimbingan para ulama yang 'amilin. Pada 2 Shafar 1421 / 6 Mei 2000 beliau telah dikurniakan dengan gelaran "ustadziyyah" atau "professor" daripada Universiti al-Azhar asy-Syarif.

Sebagai ulama dan daie, perjalanan hidupnya juga dipenuhi onak dan duri ujian pancaroba seperti jejak para pendahulu beliau. Pada tahun 80-an, terjadi perselisihan besar antara beliau dengan beberapa ulama Wahhabi (semestinya tidak mengaku Wahhabi) yang didokong oleh Kerajaan Saudi. Beliau telah dituduh sesat, penyebar bid`ah dan khurafat (subhanAllah, jika ulama besar lagi keturunan asyraf yang mulia ini juga tidak terlepas daripada tohmahan dan tuduhan puak mubtadi` Wahhabi-Salafi itu, maka siapakah kita untuk terlepas daripada tuduhan mereka. Oleh itu, jangan gusar apabila dituduh sebagai sesat, syirik dan ahli bid`ah oleh puak-puak tersebut. ) Perselisihan tersebut semakin meruncing sehingga beliau diajak berdialog dengan Syaikh Sulaiman ibnu Mani` al-Wahhabi atas saranan Mufti Wahhabi ketika itu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz al-Wahhabi (tanbih: berhati-hatilah dengan fatwa ulama Wahhabi ini) yang memang bermusuh dengan Habib Muhammad al-Maliki. Syaikh Ibnu Mani` kemudian menerbitkan dialognya dengan Habib Muhammad dalam bentuk buku dengan jodol “Hiwar ma`al Maliki li raddi munkaratihi wa dholalatihi” (Dialog bersama al-Maliki pada menolak kemungkaran dan kesesatannya). Habib Muhammad pula menerbitkan bukunya yang terkenal, iaitu “Mafahim yajibu an tushahhah”. Kitab beliau ini telah mendapat pujian dan pengiktirafan oleh ramai ulama besar dari seluruh pelusuk dunia Islam. Selain daripada itu, ulama-ulama Mesir, Tunisia, Kuwait dan sebagainya telah membuat pembelaan mereka terhadap Habib Muhammad al-Maliki dengan lisan dan tulisan. Kezaliman terhadap beliau tidak berhenti setakat itu, tetapi beliau juga telah ditegah dan dikeluarkan dari mengendali halaqah turun temurun keluarga beliau dalam Masjidil Haram oleh gembung-gembung Wahhabi. Semua ini dihadapi beliau dengan penuh kesabaran, setelah ditegah mengajar dalam Masjidil Haram, beliau mengajar di kediaman beliau di Syari` Alawi, Rushaifah, Makkah, kerana beliau berdakwah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan Allah itu tidak mengambil tempat. Murid-murid yang memondok di situ ditanggung segala nafkah makan-minum mereka oleh beliau....Allahu...Allah, bandingkan dengan sesetengah pihak sekarang baru buat website yang kononnya Islami, dah mintak sedekah kiri-kanan, bahkan tak segan silu mintak bahagian zakat, kononnya untuk membiayai "jihad" mereka....Allahu...Allah.

Alhamdulillah, sebelum kewafatan beliau, Allah telah memperlihatkan kejayaan dakwah dan tarbiyah beliau dengan lunturnya sedikit demi sedikit fahaman ekstrem Wahhabi ini dan beliau kembali mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan Saudi. Beliau dimaqamkan di Jannatul Ma'ala dekat dengan maqam nenda beliau Sayyidatina Khadijah ummul mu'minin r.anha. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan menjadikan tempat kedudukannya Syurga yang tertinggi bersama nendanya Junjungan Nabi s.a.w......al-Fatihah.

Tunggu Kubur

Tunggu Kubur satu amalan yang dilakukan sebahagian umat di sesetengah tempat bukan sahaja di Tanah Melayu, tetapi juga di lain-lain tempat seperti kepulauan Jawa. Tidak lama dahulu sewaktu berpulangnya Kiyai Syafi`i Hadzami ke rahmatUllah di Jakarta, maka untuk memuliakan dan mendoakan beliau diadakan selama 40 hari pembacaan al-Quran di makamnya. Rasa-rasanya amalan ini tidak terbatas di rantau Nusantara kita sahaja, tetapi juga di lain-lain belahan dunia Islam, mungkin panggilannya sahaja yang berbeza. Kat tempat aku, tradisi ini tidaklah begitu nampak sekarang, tapi dengar cerita orang tua-tua dulu ianya pernah dilakukan oleh segelintir. Setelah pengkebumian seseorang, maka ahli keluarga atau sesiapa yang sudi akan menunggu kubur untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran. Amalan ini mempunyai asal daripada perbuatan para alim ulama terdahulu. Insya-Allah, adalah dalil-dalilnya di sisi para ulama tersebut yang mungkin kita tak tahu sebab kejahilan kita. Kalau nak disenaraikan dalil-dalil dan wajhul istidlal mereka, maka habislah umur untuk itu sahaja. Yang penting bagi aku, jika ada ulama yang membuatnya maka siapakah kita untuk mempertikaikannya secara kurang sopan. Janganlah hendak disamakan ulama umat Islam ini dengan pendita kaum Yahudi dan paderi kaum Nasrani. Soal nak ikut ke tidak, itu terpulang kerana perkara ini tidak lepas dari persoalan khilafiyyah. Belajarlah menghormati pendapat dan pegangan orang lain, terutama sekali para ulama yang 'amilin.

Dasarnya mudah sahaja, ianya bertitik tolak dengan ketetapan fuqaha` yang memandang baik perbuatan membaca al-Quran di kubur (yakni di sisi kubur si mati), bahkan jika dikhatamkan al-Quran di sisi kubur itu adalah lebih afdhal. Inilah pendapat dalam mazhab kita kerana rahmat turun di tempat di mana al-Quran dibaca dan si mati yang di sisi kuburnya adalah seperti orang yang hadir pembacaan tersebut lalu diharapkanlah dia memperolehi bahagian dari rahmat yang diturunkan itu. Imam an-Nawawi dalam "Majmu`" juzuk 5 halaman 164 menulis:-

قالوا: و يستحب ان يقراء عنده شيء من القرآن و ان ختموا القرآن كان افضل

"Mereka (yakni para ulama Syafi`i) berkata: " Dan adalah mustahab untuk dibacakan di sisinya sesuatu daripada al-Quran dan jika sekiranya dikhatamkan keseluruhan al-Quran ianya adalah lebih utama (afdhal)."
Nah, jelas dihukumkan mustahab dan afdhal mengkhatamkan al-Quran di sisi kubur si mati. Mengkhatamkan al-Quran di sisi kubur ini sudah tentu akan memakan masa. Oleh itu di mana kesilapannya jika seseorang duduk di sisi kubur dan membaca al-Quran sehingga khatam ? Inilah rupa bentuk "tunggu kubur" yang dikenali oleh ulama kita, tak kiralah dia nak berada di kubur itu siang-malam sampai khatam atau berulang-alik ke kubur sehingga khatam. Dan tunggu kubur yang dimaksudkan ini tidaklah sampai melakukan perbuatan maksiat dan meninggalkan kewajipan. Dalil untuk membaca al-Quran di kubur bolehlah dirujuk dalam karangan-karangan ulama kita dan telah banyak ditulis dan diperkata orang. Cuma di sini aku nukil sesuatu dari " Tahqiiqul Aamaal fiimaa yanfa`ul mayyit minal a'maal " karangan Dr. Habib Muhammad bin Alawi al-Maliki rhm. di mana pada halaman 60 beliau meriwayatkan bahawa asy-Sya'bi berkata:-

كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون القران
"Adalah golongan Anshar apabila mati seseorang daripada mereka berulang-aliklah mereka ke kuburnya untuk membaca al-Quran."
Sebagaimana yang aku katakan terdahulu, amalan ini berasal dari perlakuan umat dan ulama terdahulu dan bukanlah sesuatu yang hanya diada-adakan oleh ulama Tanah Jawi sahaja. Ini dapat kita lihat daripada pernyataan Imam as-Sayuthi dalam "al-Hawi lil Fatawi" juzuk 2 halaman 194 menulis:-

و رأيت في التواريخ كثيرا في تراجم الأئمة يقولون: و اقام الناس على قبره سبعة ايام يقرءون القرآن، و أخرج الحافظ الكبير ابو القاسم بن عساكر في كتابه المسمى تبين كذب المفتري فيما نسب إلى الامام ابي الحسن الأشعري سمعت الشيخ الفقيه ابا الفتح نصر الله بن محمد بن عبد القوي المصيصي يقول: توفي الشيخ نصر بن ابراهيم المقدسي في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين و اربعمائة بدمشق و اقمنا على قبره سبع ليل نقرأ كل ليلة عشرين ختمة
(Dan telah aku lihat) dalam kitab-kitab sejarah tatkala menceritakan riwayat hidup para imam (pemuka agama) banyak menulis:- "Dan telah berdiri manusia di sisi kuburnya 7 hari membaca mereka al-Quran." Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu 'Asaakir dalam kitabnya yang berjodol "Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-'Asy'ariy" bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin 'Abdul Qawi al-Mashishi berkata: "Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam."
Jadi harap dengan penjelasan Imam kita as-Sayuthi ini, dapat kita faham bahawa amalan berada di sisi kubur atau tunggu kubur ini telah dilakukan sejak lama dahulu. Oleh itu, janganlah lekas kita marahkan orang yang nak duduk menunggu kubur dengan membaca al-Quran, bertahlil dan berdoa. Kalau kita tak suka, kan ini perkara khilaf, mereka yang buat ada sandaran mereka. Kita yang tidak suka, tok sah buat, balik rumah tidur, lebih baik daripada bergaduh pasal isu khilafiyyah remeh ni. Tetapi jika dengan menunggu kubur itu mereka buat munkar atau maksiat seperti berjudi dan sebagainya, maka wajarlah kita tentang kemunkaran tersebut. Sebagai penutup posting ini dengan aku nukilkan daripada "Himpunan Fatwa Negeri Kedah Darul Aman" mengandungi pendapat - pendapat dan keputusan - keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman disusun oleh Shohibus Samahah Datuk Setia Jaya Datuk Paduka Syaikh 'Abdul Majid bin Muhammad Nur, di mana pada halaman 40 dalam Bab Jenazah dinyatakan:-
S: Adakah Islam menyuruh menunggu kubur orang yang baru mati kerana membaca al-Quran di atasnya selama 3 hari atau 4 hari dengan malamnya ?
J: Harus menunggu kubur orang yang baru mati kerana membaca al-Quran di atasnya.
الله اعلم