Rabu, November 29, 2006

Haul Imam al-Haddad

7 Dzul Qaedah merupakan haul Imam al-Haddad. Imam al-Haddad ulama dan waliyUllah yang terkenal keturunan baitun nubuwwah, Bani Zahra` min aali 'Ali, Saadah Ba 'Alawi. Dilahirkan di Kota Tarim al-Ghanna pada 5 Shafar al-Khair 1044H. Aku telah menulis serba sedikit mengenai riwayat hidup Imam yang mulia ini dalam posting yang lalu. Kali ini aku hanya ingin menegaskan bahawa Imam al-Haddad yang terkenal sebagai seorang yang berilmu tinggi lagi arif billah, tetap berpegang dengan mazhab Syafi`i dan beri'tiqad dengan i'tiqad Imam Abu Hasan al-'Asy'ari.

Mufti Hadhramaut, Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar al-Masyhur Ba 'Alawi dalam "Ghaayatu Talkhish al-muraad min fatawa Ibni Ziyaad" menyatakan bahawa Imam a-Haddad adalah mujaddid kurun ke-11H. Elok juga, jika aku nukilkan kalam Mufti Hadhramaut ini untuk tatapan kalian. Pada halaman 293 - 294 di pinggir "Bughyatul Mustarsyidin", beliau menyatakan:-

[Masalah] Hadits "Bahawasanya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka)," dikeluarkan hadits ini oleh Imam Abu Dawud dan Imam al-Hakim dan selain kedua mereka. Dan dalam lafaz lain dinyatakan "Pada setiap 100 tahun seorang lelaki daripada ahli baitku," sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ahmad. Berkata Imam as-Sayuthi, hadits ini adalah masyhur dengan diriwayatkan oleh para hafiz yang muktabar. Maka mujaddid bagi:-
  1. Kurun pertama: Sayyidina 'Umar bin 'Abdul 'Aziz;
  2. Kurun ke-2: Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i;
  3. Kurun ke-3: Ibnu Suraij atau al-Asy'ari;
  4. Kurun ke-4: ash-Sha'luki atau Abu Hamid al-Isfaraini atau Qadhi Abu Bakar al-Baaqilani;
  5. Kurun ke-5: Imam al-Ghazali tanpa ada khilaf;
  6. Kurun ke-6: al-Fakhrur Razi atau ar-Rifaa`i;
  7. Kurun ke-7: Ibnu Daqiiqil 'Eid;
  8. Kurun ke-8: al-Bulqini dan Zainuddin al-'Iraqi atau Ibnu Bintil Mailaq;
  9. Kurun ke-9 : Syaikh Zakaria al-Anshari sebagaimana dinyatakan oleh guru kami ath-Thanbadaawi dan adalah Imam asy-Sayuthi telah menisbahkan tajdid kepada dirinya (yakni menyatakan dirinya sebagai mujaddid), dan tiada syak bahawa Syaikh Zakaria lebih memberi manfaat (buat umat) dan lebih masyhur, maka dialah mujaddid ke-9 ini, insya-Allah;
  10. Kurun ke-10: yang aku jumpa daripada keterangan para masyaikh bahawa mujaddid kurun ini ialah Syaikh Ahmad bin Hajar al-Haitami atau Imam Muhammad ar-Ramli, dan dirajihkan oleh sebahagian ulama bahawa mujaddidnya ialah Imam Muhammad ar-Ramli kerana Imam Ibnu Hajar meninggal sebelum berlalu kurun (yakni Imam Ibnu Hajar meninggal di akhir kurun dan tidak bertemu dengan awal kurun yang baru);
  11. Kurun ke-11: Sayyidinal Quthub 'Abdullah bin 'Alawi al-Haddad 'Alawi;
  12. Kurun ke-12: al-Quthub Ahmad bin 'Umar BinSumaith Alawi.
Dan ini kurun ke-13, kami berharap daripada Allah s.w.t. agar mentajdidkan umat ini dengan seseorang daripada kalangan khawaashul muqarrabinNya.
Ikhwah tengoklah senarai ulama yang mujaddid di atas. Semua mereka melakukan tajdid dan kebanyakan mereka masih tetap berpegang dengan mazhab, bahkan menjadi ulama besar dalam mazhab. Lihat Imam al-Asy'ari, Imam ash-Sha'luki, Imam Baaqilani, Hujjatul Islam al-Ghazali, Imam Fakhrur Razi dan lain-lain, semuanya masih berpegang dengan mazhab dan mengajar dan mengarang menurut mazhab tertentu. Jadi tajdid bukanlah bererti memusuhi mazhab atau anti-mazhab atau menyeru agar semua orang, termasuk kalangan awam untuk melakukan ijtihad dan menolak taqlid. Tajdid bukan bererti semua umat, termasuklah para petani dan nelayan, tokey kedai, tokey kain, tokey togey dan sebagainya, kena berijtihad. Seruan agar semua umat berijtihad, tanpa melihat tahap keilmuan mereka, adalah seruan yang menyeru kepada fitnah dan bukanlah tajdid, tapi seruan untuk menjahanamkan kemurnian Islam, apa tidaknya jika orang yang buta kayu pun disuruh berijtihad dan diharamkan bertaqlid, bukankah ini satu fitnah ? Kalimah ittiba` yang direka seolah-olah berbeza dengan taqlid, adalah seperti perbezaan yang mereka berikan kepada kalimah "rabb" dan "ilah". Janganlah terperdaya dengan permainan kalimah oleh puak-puak anti-mazhab dan anti-taqlid ini yang berselindung atas slogan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Tanyakan kepada mereka 124,000 sahabi adakah semua mereka itu mujtahid ?

Berbalik kepada Imam al-Haddad, di sini aku nukilkan kalam beliau berhubung persoalan "di manakah Allah?". Dalam "an-Nashooih ad-Diniyyah wal washooyaa al-Imaaniyyah", halaman 433, Imam al-Haddad menyatakan:-

Dan bahawasanya Dia (yakni Allah s.w.t.) suci dari masa dan tempat, suci dari menyerupai segala ciptaan, tidaklah Dia diliputi oleh segala arah (jihat), dan tidaklah Dia bersifat dengan segala sifat yang baharu. Dia beristiwa` atas arasyNya sebagaimana yang difirmankanNya dengan makna yang dikehendakinya, istiwa` yang layak dengan kemuliaan keagunganNya dan ketinggian kemuliaanNya dan kebesaranNya (ini merupakan tafwidh mutlak Imam al-Haddad terhadap firman tersebut kepada Allah, dengan menyerahkan bulat-bulat pengertian makna hakikinya kepada Allah, tanpa membicarakannya lebih daripada itu. Dan perhatikan bahawa hal ini dinyatakan oleh Imam al-Haddad selepas dia mensuci atau mentanzihkan Allah daripada bertempat.)
Manakala dalam risalahnya "al-'Aqiidah as-Sadiidah al-muwaafaqah bil kitaab was sunnah al-hamiidah", halaman 14 - 15 di atas "al-Minhatul Fariidah syarhu 'Aqiidah al-Haddad as-Sadiidah" karangan murid Buya al-Maliki, Kiyai 'Ali Badriy Masyhuri al-Baasuruwaani, Imam al-Haddad menulis:-

Allah bersih daripada penyerupaan dan penyamaan, daripada sekutu dan pembantu, dari masa dan tempat, daripada sahabat dan anak, dari batasan atau had. Dialah Allah Ahadush Shomad, yang tidak beranak dan tidak diperanak, dan tiada ada sesuatupun yang setara denganNya...

Jadi jelas menurut Imam al-Haddad sebagaimana juga para ulama kita yang lain bahawa Allah wujud tanpa bertempat. Maka sesiapa yang menyatakan bahawa wujud Allah itu dengan menduduki sesuatu tempat, maka bukanlah itu i'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagaimana difahami oleh para ulama kita. Marilah kita menghadiahkan al-Fatihah kepada Imam al-Haddad dan mudah-mudahan Allah mengalirkan sebanyak-banyak keberkatan kepada kita sekalian. Untuk keterangan lanjut berhubung i'tiqad Imam al-Haddad silalah ikhwah rujuk posting yang lalu, antaranya:-


Selasa, November 28, 2006

Di mana Allah ?

Shadrul Islam, al-'Aalim, al-Ushuli al-Mutafannin, al-Imam Abu Manshur Abdul Qaahir bin Thoohir bin Muhammad at-Tamimi al-Isfarayini al-Baghdadi ada seorang ulama besar bermazhab Syafi`i dan antara pemuka al-'Asyairah yang masyhur. Beliau hidup sebelum Ibnu Taimiyyah al-Harrani di mana beliau wafat dalam tahun 429H. Beliau sezaman dengan Imam Muhammad al-Juwayni (ayahanda Imam al-Haramain Abdul Malik bin Muhammad al-Juwayni, guru Hujjatul Islam al-Ghazali) dan termasuk generasi ketiga para Imam al-'Asyairah. Antara ulama yang menjadi gurunya ialah Imam Abu Ishaq al-Isfarayini yang masyhur itu. Imam Abu Manshur 'Abdul Qaahir al-Baghdadi menuntut ilmu sehingga menguasai 17 cabang ilmu dengan baik, sehingga beliau dipuji oleh Syaikhul Islam Abu Utsman as-Shabuni sebagai " salah seorang Imam Ushuluddin yang paling utama dan berotoriti mengenai Islam dengan ijma` ulama-ulama kenamaan dan berwibawa. Antara kemegahan beliau ialah Imam al-Baihaqi, Imam Abul Qasim al-Qusyairi dan Imam Nashir al-Mirwazi adalah antara murid-murid beliau. Imam besar ini juga meninggalkan banyak karangan yang bernilai, antaranya:-
  1. Bulughul Mada min ushulil huda;
  2. Fadaih al-Karramiyyah;
  3. al-Farqu bainal firaq;
  4. al-Fakhir fil awail wal awakhir;
  5. al-'Imad fi mawaritsil 'ibaad;
  6. Ibtal al-qawl bit tawallud;
  7. Manaqib al-Imam asy-Syafi`i;
  8. Masyariq an-Nur wa Madarik as-Surur fil kalam;
  9. al-Milal wan Nihal;
  10. Nafy Khalq al-Quran;
  11. Syarh Miftah Ibn al-Qass;
  12. al-Kalam wal Wa`id;
  13. Nasikh al-Quran wa mansukhhuh'
  14. Mi'yar an-Nazar;
  15. Naqd Abi Abdillah al-Jurjani fi tarjih Madzhab Abi Hanifah;
  16. al-Qadhaya fid dawr wal washoya;
  17. Syarh hadits Iftiraq Ummati;
  18. ash-Shifat;
  19. Tafdhil al-faqir ash-shobir 'ala al-ghani asy-syakir;
  20. Tafsir al-Quran.
Berhubung persoalan "di mana Allah?", Imam Abdul Qaahir bin Thoohir bin Muhammad al-Baghdadi menulis dalam karangannya yang masyhur "al-Farqu baina al-Firaq" pada fashal ke 3 dalam menerangkan segala usul yang telah disepakati (telah diijma`kan) oleh Ahlus Sunnah wal Jama`ah pada halaman 256 menulis antaranya:-

Dan Ahlus Sunnah wal Jama`ah telah ijma` bahawasanya Allah s.w.t. tidak bertempat dan tidak lalu atasNya masa, bersalahan dengan pegangan golongan al-Hisyaamiyyah dan al-Karaamiyyah yang mendakwa Allah bertempat di arasyNya. Dan telah berkata Amirul Mu'minin 'Ali r.a.: "Sesungguhnya Allah ta`ala telah menciptakan arasy untuk menzahirkan qudratNya dan bukan untuk dijadikan tempat bagi zatNya". Baginda juga berkata: "Dan adalah Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya".
Kesimpulannya, mudah sahaja: Kewujudan Allah berbeza dengan kewujudan makhluknya. Antara perbezaannya ialah wujud Allah tanpa bertempat dan wujud makhluk mengambil tempat dalam bahso tok-tok guru dulu "mengambil bagi lapang". Bagaimana orang yang berakal boleh menempatkan tempat bagi Allah, sedangkan tempat itu juga satu makhluk yang baharu. Jika dikatakan Allah di atas arasy, maka yang dimaksudkan dengan atas itu adalah kadar kedudukan atau maqamnya yang Maha Tinggi dan bukannya difahami secara zahir sebagai tempat kedudukannya. Insya-Allah, di lain posting kita akan lihat tafsiran para ulama kita berhubung dengan ayat-ayat dan hadits-hadits sifat ini.

Kita beriman dengan firman Allah bahawa Dia beristiwa` atas arasy sebagaimana difirmankanNya, tetapi tidaklah dikita ketahui makna hakikat firmanNya itu dan kita serahkan maksudnya kepada Allah semata-mata tanpa pergi lebih jauh daripada itu. Inilah pegangan kebanyakan ulama Salaf. Tetapi jika ada ulama yang mentakwilkan istiwa` itu sebagai menguasai, maka tidaklah boleh dikeji sebagai silap, kerana hakikatnya memanglah Allah yang menguasai arasy dan sekalian makhluk ini. Hanya yang sesat ialah orang yang mengatakan bahawa Dzat Allah itu memang berada atau bertempat di arasy, maka itulah pendapat yang salah dan sesat. Maha Suci Allah daripada mengambil bagi lapang.



Jumaat, November 24, 2006

Sholawat Munjiyyah

Lama dah aku tak buat posting berhubung sholawat, maka kali ini aku bicarakan sedikit sholawat yang telah lazim diamalkan orang kita yang terkenal dengan nama Sholawat Munjiyyah. Seperti biasa, ianya mempunyai beberapa shighah dengan sedikit perbezaan. Sholawat ini merupakan munajat kita yang kira-kira bererti:

Ya Allah, limpahkanlah sholawat atas Junjungan kami Nabi Muhammad; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau lepaskan kami dari segala huru hara dan bala bencana; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau tunaikan bagi kami segala hajat; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau sucikan kami dari segala kesalahan; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMu; Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau sampaikan segala matlamat kami dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian; Limpahkanlah juga sholawat ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda dengan disertai salam sejahtera.
Ini adalah sholawat yang paling masyhur di lidah ulama dan awam di rantau kita. Kelaziman Tok-Tok Imam kat tempat aku akan memulakan doa mereka dengan sholawat ini selepas hamdalah. Sholawat ini telah ditulis oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka, samada ulama Timur Tengah dan tak kurang juga ulama Jawi. Panutan kita, Khaatimatul Muhaqqiqin, Syaikhul Islam, Imam Ibnu Hajar al-Haitami rhm. dalam kitabnya "ad-Durrul Mandhuud fish Sholaati was salaami 'ala Shoohibil Maqaamil Mahmuud" pada halaman 174 menulis kelebihan sholawat ini seperti berikut:-

(Ke-25) ketika takut karam / tenggelam. Diceritakan oleh al-Faakihaaniy daripada sebahagian sholihin bahawasanya dia berada dalam sebuah kapal yang berlayar di lautan lepas yang hendak karam. Maka tertidur orang sholih tersebut lalu dalam tidurnya dia bermimpikan Junjungan Nabi s.a.w. memberitahunya supaya menyuruh penumpang - penumpang kapal tersebut untuk membaca 1,000 kali : "Allahumma sholli 'ala Muhammadin ..... hingga akhirnya Sholawat Munjiyyah tersebut." Maka dimaklumkanlah hal mimpinya tadi kepada para penumpang, lalu mereka pun membaca sholawat tersebut, tatkala sampai 300 kali bacaan, mereka diselamatkan Allah daripada bahaya karam tersebut. Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Majdu al-Faakihaaniy dengan segala sanadnya, dan telah ditambah oleh sebahagian akan riwayatnya dengan perkataan: Bahawasanya sesiapa yang mengucapkannya bagi setiap urusan penting atau menghadapi bala bencana 1,000 kali, nescaya dilepaskan dia Allah ta`ala dari bala bencana tersebut dan ditunaikan keinginannya.
Inilah antara kelebihan sholawat ini menurut ulama kita. Ra-isul Muhadditsin Mawlana Zakaria al-Kandahlawi memuatkan kisah sholawat ini dalam karangannya mengenai kelebihan sholawat yang berjodol "Fadhilat Sholawat". Hal ini juga dinukil oleh ulama Jawi kita, antaranya oleh Tok Syaikh Wan Ali Kutan al-Kelantani dalam "Lum`atul Awrad"nya yang masyhur. Manakala mantan Mufti Sarawak, Allahyarham Datuk Haji Abdul Kadir Hasan juga menulis serba sedikit mengenai sholawat ini dalam fatwanya. Antara lain almarhum menyatakan:-

Doa atau sholawat "Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammadin sholaatan tunjina ..... hingga akhir" adalah satu-satunya sholawat atau doa yang paling popular di kalangan para ulama, yang sering kita dengar dibaca dalam doa atau permulaan doa. Sholawat ini dinamakan Sholawat Munjiyyah, diambil daripada perkataan tunjina atau tunajjina yang maksudnya "dengan berkat sholawat ini kita bermohon kepada Allah supaya kita diselamatkan daripada segala kesusahan dan penyakit."......... Ada warid dalam kitab "Dala-il" dan syarahnya daripada al-Hasan bin 'Ali al-Asnawi bahawasanya beliau berkata: "Barangsiapa membaca doa ini ketika menghadapi kedukaan atau bala` 1,000 kali nescaya dilepaskan oleh Allah daripada bahaya tersebut dan dia mendapat segala yang dicita-citakannya."

Dan daripada seorang Syaikh yang sholih, Musa adh-Dhorir rhm., beliau berkata: "Suatu ketika saya telah menaiki kapal laut, tiba-tiba datang angin yang kencang dan jarang-jarang orang boleh terselamat daripada karam dalam keadaan angin yang kencang seperti itu. Penumpang-penumpang di dalam kapal menjerit ketakutan, tiba-tiba saya tertidur lalu melihat Nabi s.a.w. Baginda bersabda kepada saya menyuruh penumpang-penumpang kapal membaca sebanyak 1,000 kali Sholawat Munjiyyah ini. Kemudian saya pun terjaga, lalu saya memberitahu penumpang-penumpang tentang apa yang saya lihat di dalam masa saya tertidur itu. Kami pun mengucap sholawat tersebut sehingga 300 kali dan Allah telah menyelamatkan kami daripada bahaya yang tersebut."

Daripada kenyataan yang telah saya sebutkan ini, jelaslah bahawa Sholawat Munjiyyah ini sesungguhnya terbilang daripada sholawat-sholawat yang masyhur yang banyak diamalkan oleh ulama-ulama.

Kalau ada orang yang mengatakan sholawat itu tidak boleh diamalkan, apakah alasannya ? Mungkin alasan mereka mengatakan sholawat ini tidak diriwayatkan daripada Nabi, tidak ada Nabi mengajar membaca sholawat yang bunyinya seperti itu. Memang sholawat ini tidak diriwayatkan daripada Nabi menyebutkan seperti itu. Tetapi adakah jadi salah seorang Muslim membaca sholawat seperti itu atau adakah tidak boleh kita mengucapkan sholawat ke atas Nabi lain daripada sholawat yang diriwayatkan daripadanya. Jawabnya yang jelas tidak ada tegahan selagi ucapan sholawat itu tidak bertentangan dan tiada membawa kepada merendahkan atau menghina maqam Rasulullah s.a.w. sama juga dengan doa. Ada doa yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan ada doa yang tidak diriwayatkan daripada Nabi, hanya doa yang disusun oleh ulama-ulama. Adakah tidak harus kita berdoa dengan doa-doa yang disusun oleh ulama-ulama itu ? Jawabnya serupa juga selagi doa itu tidak bertentangan dengan dasar-dasar agama, maka tidaklah ditegah berdoa dengan doa-doa itu.


Rabu, November 22, 2006

Orang Muda

Mohd Asri Zainul Abidin nama diberi
MAZA pula gelaran yang entah siapa bagi
Telah dilantik menjadi mufti
Bertakhta di Indera Kayangan negeri
Heboh pengikut anak didik serta kroni
Memukul canang memalu tabuh serata negeri
Lihat orang muda kami jadi mufti negeri
Mufti paling ganteng seantero negeri
Awas kalian pengaruh kami mula berdiri

Tapi, janganlah lupa wahai saudara saudari
Orang muda bukan hanya Asri
Di luar sana masih ramai lagi
Yang muda yang alim berilmu tinggi
Lagi berakhlak tak suka menonjol diri
Apatah lagi hendak meninggi diri
Fasih sekali membaca dan memahami
Kitab gondol karangan ulama bistari
Tak kurang yang bijak mengarang dan mentafsiri
Bukan hanya seorang Asri

Oleh itu jangan kamu terlebih bangga
Ingat jawatan diberi ujian semata
Sejauhmana kata dikota
Jangan hanya tahu menyerang khilafiyyah yang nyata
Hanya tahu membid`ah mengata
Sedangkan haram nyata
Dipejam mata

Ingat wahai Asri si orang muda
Dalam politik hendaklah waspada
Jangan kamu ditunggang si ahli politik tua
Kerana hendak terus mengekal kuasa
Ingat kamu Mufti di sana
Jadi fatwanya kamu yang memfatwa
Bukannya ahli politik yang besar cita

Harap jangan tersinggung dengan madah ku ini
Kalau merapu, kamu sapulah ke tepi
Kalau ada yang baik barang seinci
Ambillah dengan senang hati
Jadilah mufti terhebat di negeri
Telaahlah kitab dengan hati-hati
Jangan berpada hanya dengan Albani dan al-Harrani
Ditambah dua tiga daripada Qardhawi dan ulama Saudi

Kasihanlah pada kami orang awam yang jahil ini
Jahil-jahil pun kami masih saudaramu penganut Islam yang suci
Mana yang khilafiyyah berlapanglah hati
Janganlah dihentam habis-habisan dan dikasari
Jika tidak serasi dengan pegangan diri
Berlalulah pergi tanpa menyakitkan hati

Akhirul kalam, kuhulurkan tangan
Buat Asri dan ikhwah yang sudi menatap karangan
Salam persaudaraan seagama dan satu Tuhan
Berbeza pendapat bukan ertinya bermusuhan
Cuma satu harapanku dari kalian
Para ulama terdahulu jangan mudah diperlekehkan
Itu bagiku pantang perguruan
Melanggar pantang akibatnya ketulahan

**************************************

Ikhwah, aku tak reti nak bermadah dan berpuisi selain daripada menjadi tukang karut, harap-harap isinya tak mengarut, kerana kalau mengarut, takut-takut kenak parut... hehehe.
Bukan apa, sahaja nak release tension, kerja banyak tak kunjung selesai. Coretan di atas, yang entahlah aku sendiri tak tahu nak sebut apa, sebab aku bukan ahli sastera, tidak seperti Faisal Tehrani, tapi biarlah aku buta sastera, asalkan aku tahu kebenaran Sunni berbanding Syiah dan Wahhabi, aku tulis saja-saja je sebagai menyahut seruan Zain Y.S. untuk mendiskusikan artikel "Mufti termuda dari USM", aku nak buat kat laman depa, depa tak bagi. Jadi aku buatlah kat sini, sesiapa yang nak baca-bacalah, kalau tak emboh, tak payahlah baca, pejam mata saja.

Alhamdulillah, ramai anak muda yang berilmu di luar sana, cuma mungkin kita tidak tahu ramai sebab kurang promosi (bak kata akhie Tawel, promosi pun penting, weh Tawel mari beri promosi pada ulama-ulama kita, baik yang tua maupun yang muda, blog ambo ini tak payahlah promosi, karang tambah poning kepalo den). Antara yang diketahui ramai especially dalam dunia siber agama di Malaysia ini ialah Dr. MAZA ( Dr. ini bukannya doktor dR. Sam, bukan jugak doktor medical dan bukan juga doktor ayam, tapi doktor Phd. UIA kasi, kalau aku tak silaplah).


Selain Dr. MAZA, sesekali muncul nama Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin ar-Rembawi yang sebenarnya tidak kurang sedikit pun daripada MAZA. Masih berusia muda, lebih kurang lingkungan usia MAZA jugak. Hasil tulisan dan terjemahannya telah mencapai lebih 115 buah dalam pelbagai disiplin ilmu agama termasuk 12 karangan berbahasa 'Arab yang diterbitkan di Mesir. Sejak tahun 2003, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis fatwa Negeri Sembilan selain mengurus sebuah Madrasah dan Darul Aitam di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau. Atas usaha ilmu dan dakwahnya, dia telah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan, 1427H. Tetapi promosi mengenai Syaikh Fuad ini masih tak sehebat promosi yang diberikan kepada MAZA. Anak-anak murid MAZA hebat dalam mempromosikan diri MAZA. Aku salute kat mereka dalam bab ini. Mana anak-anak murid Syaikh Fuad, tolonglah buatkan satu website ke atau setidak-tidaknya blog sebagai upaya menyebar ilmu dan dakwah Syaikh Fuad, agar kami yang jahil yang duduk jauh ini dapat manfaatnya. Dan biarlah website atau blognya itu aktif, bukan hanya sekadar nama website atau blog....betul tak Tawel (maaplah Tawel, dah nama mu sahaja yang mudah aku ingat, hope you don't mind). Aku tahu kewujudan laman web Yayasan Sofa, tapi kurang aktif dan jarang dikemaskini. Harap selalulah dikemaskini dengan ilmu dan maklumat yang bermanfaat.

Bagi MAZA, Fuad Kamaludin dan lain-lain orang muda di luar sana, doaku agar Allah menjadikan kalian pembela Islam yang sebenar yang membawa umat ke arah kecemerlangan dan perpaduan utuh, bukan kepada perpecahan dan kehinaan demi mencari populariti pribadi. Jangan lupa menghargai jasa orang tua, ingatlah satu ketika kita pun, insya-Allah, akan menjejaki usia tua.

****************************
Rakaman qashidah dalam majlis rohah Buya al-Maliki di tempat muridnya Ustaz Muhammad Fuad al-Rembawi al-Maliki di Rembau sempena lawatan beliau ke Malaysia.


Isnin, November 20, 2006

Atsar Ibnu Mas`ud r.a.

Sebenarnya aku malas nak menulis berhubung bab ini kerana aku rasa kedudukannya telah pun diketahui sebab banyak dah dibahaskan di luar sana. Jadi bila dah banyak dibahas, semestinya ianya satu perkara khilafiyyah, di mana ramai ulama dan awam yang bersetuju dengannya dan ada jugak segelintir yang tidak bersetuju. Malangnya, ada jugak mamat dan minah yang "sik nengar beduk", masih nak komen orang yang tidak sefaham dengannya.

Ada satu Cik Nony yang segan mauk letak dia punya nama atau username, ada post satu komen jugak sama saya. Dalam itu komen aaa, kalu abang adik ada baca, darah muda mauk panas jugak ada. Nasib baik sini blog punya dalam, kalu itu parrrtiii punya mesyuarat mauk terbang itu kerusi meja...ayoyo banyak sabar... banyak sabar. Saya sini letak itu komen jugak ada, mauk kasi abang adik tengok baca, kalau sudi, kalau tarak sudi boleh langkah saja. Abang adik jangan maraa, saya sini komen kasi letak:-

************************************************************
Anonymous said...

adakah sama memberi peringatan(ceramah n tazkirah) dengan selawat beramai2???sudah tentu tidak!.. dalam surah Al -'Asr ayat 4 Allah ade sebut tentang nasihat menasihati ini.inilah tazkirah yg disampaikan..kamu nak selawat sorang2 xpe la..xyah la ramai2 ..sebab memang ade hadis shahih yg melarang.dan ini dinukilkan dr para sahabat,golongan yg paling dekat ngn nabi

Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”

Riwayat al-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 5, m.s. 11.

Ingat!!agama ini milik Allah..bukan senang2 je nak ikut suka kamu..barangsiapa yang mereka sesuatu yang baru dalam agama ini, sama seperti dia mengatakan agama yg diturunkan melalui utusan nabi Muhammad s.a.w belum lagi lengkap..

**************************************************

Ikhwah, sebenarnya hujjah yang dikemukakan oleh Cik Anon kita ini, adalah atsar Sayyidina 'Abdullah bin Mas`ud r.a. Anon kita dengan taksubnya menshohihkan atsar tersebut dengan bersandarkan kepada al-Albani dan bukunya (maap le, kalam al-Albani ngak ada nilai di sini, kamu juallah perkataannya tempat lain). Tanpa menjelaskan kepada kita status atsar tersebut di sisi para ahli hadits yang lain. Atsar ini diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya, jilid 1 halaman 68, dengan sanad daripada al-Hakam bin al-Mubarak daripada 'Amr bin Yahya daripada ayahnya daripada datuknya (Amr bin Salamah). Menurut sebahagian muhadditsin, kecacatan atsar ini adalah pada rawinya yang bernama 'Amr bin Yahya (yakni cucu Amr bin Salamah). Imam Yahya bin Ma`in memandang "riwayat daripadanya tidak mempunyai nilai". Imam adz-Dzahabi menyenaraikannya dalam kalangan rawi yang lemah dan tidak diterima riwayatnya, dan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dia adalah rawi yang dhoif. Jadi sanad atsar ini mempunyai pertikaian di kalangan muhadditsin, sekalipun dinyatakan shohih oleh panutan Cik Anon kita, al-Albani.

Jika pun atsar tersebut dianggap shohih, maka Cik Anon sepatutnya merujuk kepada tafsiran dan penjelasan para ulama yang muktabar mengenainya. Anon juga tidak berlaku amanah bila tidak memaklumkan bahawa berhubung zikir bersama-sama atau berjemaah dalam satu majlis mempunyai sandaran yang banyak lagi shohih daripada hadits-hadits Junjungan Nabi s.a.w. dan atsar - atsar. Cik Anon juga gagal memahami bahawa puak yang ditegur oleh Sayyidina Ibnu Mas`ud adalah golongan KHAWARIJ. Maka atsar Sayyidina Ibnu Mas`ud lebih kepada kritikan beliau kepada para pelaku yang tergolong dalam firqah Khawarij. Di mana golongan Khawarij memang terkenal dengan kuat beribadah, kuat sholat, kuat berpuasa, kuat membaca al-Quran, banyak berzikir sehingga mereka merasakan diri mereka lebih baik daripada para sahabat Junjungan s.a.w. Maka kritikan Sayyidina Ibnu Mas`ud ini ditujukan kepada kelompok Khawarij yang mereka itu mengabaikan bahkan mengkafirkan para sahabat kerana beranggapan ibadah mereka lebih hebat daripada para sahabat.

Oleh itu, janganlah digunakan atsar yang ditujukan kepada kaum Khawarij untuk kamu gunakan terhadap saudara kamu yang sangat memuliakan para sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Sungguh sikap kamu ini jelas sikap Wahhabi yang menggunakan ayat-ayat yang ditujukan kepada orang kafir dan musyrikin untuk dijadikan peluru menghentam, membid`ah, mensyirik, mengkafirkan sesama Islam. Jangan kamu ingat para ulama kami tidak tahu mengenai atsar Sayyidina Ibnu Mas`ud ini. Takutlah kamu kepada Allah, kerana seperti yang kamu katakan bahawa agama ini milik Allah bukannya hakmilik kamu dan bukan milik ikutan kamu golongan serpihan umat itu. Jangan kamu merobek perkara yang telah dipandang baik dan elok, kalau tidak dengan ijma' umat ini, setidak-tidaknya baik dan elok di sisi jumhur. Jangan kamu taksub dan fanatik kepada seorang imam kamu untuk menuding jari bahawa para Imam kami dan ulama kami membuat-buat bid`ah. Insaflah wahai Cik Anon, khazanah ilmu Islam itu luas, seluas lautan lepas tidak bertepi, bukan hanya dalam karangan-karangan al-Albani sahaja.

Akhir sekali, aku nukilkan di sini kalam Imam as-Sayuthi rhm. berhubung atsar Sayyidina Ibnu Mas`ud ini. Ikhwah dan Cik Anon boleh rujuk tulisan Imam Besar ini yang dengan jodol "Natiijatul Fikri fil Jahri fidz Dzikri" dalam "al-Hawi lil Fatawi" juz 1. Di situ Imam asy-Sayuthi menyenaraikan 25 hadits dan atsar yang diriwayatkan oleh asy-Syaikhan hinggalah yang diriwayatkan oleh al-Mirwazi berhubung berzikir secara jahar dan majlis zikir berjemaah. Berhubung atsar Ibnu Mas`ud, Imam asy-Sayuthi pada halaman 394 menyatakan, antara lain:

(Jika engkau kata) Telah dinukilkan yang Sayyidina Ibnu Mas`ud telah melihat satu kaum bertahlil dengan mengangkat suara dalam masjid, lalu beliau berkata: "Tidak aku melihat kamu melainkan (sebagai) pembuat bid`ah", sehingga dikeluarkannya mereka dari masjid tersebut. (Kataku - yakni jawapan Imam as-Sayuthi) Atsar daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. ini memerlukan penjelasan lanjut berhubung sanadnya dan siapa yang telah mengeluarkannya daripada kalangan para hafidz dalam kitab-kitab mereka. Jika dikatakan ianya memang tsabit, maka atsar ini bercanggah dengan hadits-hadits yang banyak lagi tsabit yang telah dikemukakan yang semestinya didahulukan (sebagai pegangan) berbanding atsar Ibnu Mas`ud apabila berlaku percanggahan. Kemudian, aku lihat apa yang dianggap sebagai keingkaran Sayyidina Ibnu Mas`ud itu (yakni keingkarannya terhadap majlis-majlis zikir bersama-sama tadi) akan penjelasan Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab "az-Zuhd" yang menyatakan:- Telah memberitahu kami Husain bin Muhammad daripada al-Mas`udi daripada 'Aamir bin Syaqiiq daripada Abu Waail berkata:- "Mereka-mereka mendakwa 'Abdullah (yakni Ibnu Mas`ud) menegah daripada berzikir (dalam majlis-majlis zikir), sedangkan 'Abdullah tidak duduk dalam sesuatu majlis melainkan dia berzikirUllah dalam majlis tersebut." Dalam kitab yang sama, Imam Ahmad juga meriwayatkan bahawa Tsabit al-Bunani berkata:- "Bahawasanya ahli dzikrUllah yang duduk mereka itu dalam sesuatu majlis untuk berdzikrUllah, jika ada bagi mereka dosa-dosa seumpama gunung, nescaya mereka bangkit dari (majlis) dzikrUllah tersebut dalam keadaan tidak tersisa sesuatupun dosa-dosa tadi pada mereka", (yakni setelah berzikir, mereka memperolehi keampunan Allah ta`ala).
Ikhwah, sekali lagi aku ingatkan bahawa para ulama kita bukan orang jahil dan bukanlah orang tidak takutkan Allah. Sungguh mereka lebih takutkan Allah, daripada kita semua, termasuklah Cik Anon kita. Oleh itu, berhati-hatilah bila mengkritik fatwa dan pandangan mereka. Aku sekadar membawa kalam mereka.

Allahu a'laam.

Ahad, November 19, 2006

Datuk Hakim Keramat

Gelaran yang diberikan kepada seorang ulama Sarawak yang terkenal sebagai keramat dan berilmu ladunni. Nama sebenarnya Abang Haji Abdul Rahman bin Abang Haji Brahim. Dilahirkan di Kuching dan kembali ke rahmatUllah pada 9 Ramadhan 1309H (1890M) serta disemadikan di perkarangan Masjid Bahagian Kuching.

Almarhum memulakan pengajian agamanya dengan berguru dengan seorang pendakwah yang datang dari kota suci Makkah al-Mukarramah, iaitu Syaikh Ahmad al-Makkawi (@ al-Makki). Menurut keterangan sebahagian, Syaikh Makkawi ini meninggal di Kuching dan dimakamkan di sebuah kampung di tepi Sungai Sarawak, manakala menurut cerita lain, beliau kembali ke Makkah dan meninggal di sana. Kemudian almarhum melanjutkan pengajiannya ke Makkah al-Mukarramah pada tahun 1840an. Setelah menahun di sana, almarhum pulang ke Sarawak setelah menerima maklumat daripada Datuk Patinggi Ghafur yang menunaikan ibadah haji ke Makkah bahawa tanahairnya, Sarawak, telah diperintah oleh Raja Orang Putih yang kafir. Maka kira-kira dalam tahun 1850an, Datuk Hakim Keramat telah pulang ke Sarawak kerana khuatir penjajah Orang Putih akan cuba mengubah `aqidah dan pegangan bangsanya Melayu Sarawak. Kepulangannya ke tanahair adalah untuk menabur bakti dan membela agama dan bangsanya.

Almarhum dalam berhadapan dengan Raja Orang Putih mengambil sikap berdiplomasi kerana beliau sedar bahawa perjuangan bersenjata tidak akan membawa apa-apa kebaikan buat anak bangsanya. Apa yang utama ialah menjaga benteng aqidah dan agama pegangan anak bangsa jangan sampai diceroboh dan dirobek oleh Raja Orang Putih. Melaksanakan jihad dalam suasana yang syarat dan rukun jihad belum dapat disempurnakan hanya akan mengundang kerugian bagi sesuatu perjuangan dalam jangkamasa panjang. Oleh itu, Datuk Hakim Keramat mengatur strategi perjuangannya dengan bergiat di bidang ilmu pengetahuan demi memperkukuhkan kefahaman dan pegangan umat kepada agama Islam. Almarhum giat menyebarkan ilmu dan dakwah tanpa mengenal penat lelah. Dibinanya sebuah surau di Kampung Bandarsah untuk dijadikan pusat penyebaran dakwahnya dan pusat menjalankan tugas-tugas kehakiman.

James Brooke dalam ikhtiarnya untuk menawan hati almarhum sebagai tokoh ilmuwan dan ulama yang disegani telah melantik almarhum sebagai Datuk Hakim yang bertugas untuk mengendalikan hal ehwal Agama Islam. Dan kerana maslahah umat dan untuk menjaga agama, almarhum telah menerima lantikan tersebut, akan tetapi sikap perjuangan dan anti penjajahan beliau tetap membara. Almarhum telah mendidik anak bangsa dengan didikan agama berpandukan pegangan Sunni Syafi`i dan beliau telah menghantar anak-anak didiknya untuk melanjutkan pengajian agama mereka ke Makkah al-Mukarramah. Antara yang dihantarnya ke sana ialah anakanda-anakandanya sendiri, iaitu Datuk Hakim Haji Muhammad Azhari, Datuk Hakim Haji Muhammad Asy`ari, Datuk Imam Haji Suhaili, Syaikh Syibli, Datuk Hakim Haji Muasli, dan juga anak angkatnya (anak susuannya), ulama terbilang, Syaikh Utsman as-Sarawaki.

Datuk Hakim Keramat terkenal dengan wara`nya, apabila mengajar kaum wanita, beliau akan duduk dalam kelambu kerana tidak mahu melihat mereka. Dahulu kaum wanita di Sarawak, apabila keluar rumah sentiasa menutup aurat mereka, bahkan apabila keluar rumah mereka akan ber"margok", iaitu menutup kepala dan muka mereka dengan bertudungkan kain. Dengan bermargok itu, hanya sedikit sahaja muka dan mata mereka yang kelihatan. Malangnya, tradisi bermargok ini tidak diikuti lagi oleh orang sekarang.

Datuk Hakim Keramat bolehlah dianggap sebagai "ulama perintis" yang telah memperkokohkan pengajian Islam di Sarawak serta yang telah mendidik ulama lain Sarawak. Beliau adalah perintis yang telah membuka lembaran baru dalam proses pembinaan budaya ilmu dan intelektual di kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Secara langsung dan tidak langsung, beliau telah menyediakan satu tapak yang kukuh dalam proses ilmu dan dakwah Islamiyyah di Sarawak.

Walaupun dilantik sebagai pembesar negeri, semangat anti penjajahnya tidak kunjung padam. Lantikan tersebut digunakannya dengan sebaik mungkin untuk maslahat dan kepentingan agama dan anak bangsanya. Beliau dan para ulama didikannya telah berperanan menjaga kesucian agama Islam daripada campur tangan penjajah. Dengan diketuai para ulama ini, masyarakat Islam Sarawak berjaya meminimakan campur tangan penjajah dalam urusan agama, bahkan apabila penjajah cuba menjalankan dakyah Kristian di kalangan masyarakat Melayu Sarawak, maka para ulama inilah yang telah memberi tentangan mereka secara diplomasi sehingga akhirnya penjajah bersetuju untuk tidak menjalankan penyebaran agama Kristian di kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa diingati oleh setiap anak bangsa yang tahu mengenang budi dan menghargai jasa ulama. Sungguh Datuk Hakim Keramat, yang terkenal keramat dan berilmu ladunni, dan anak didiknya para ulama Sarawak telah membela dan menjaga 'aqidah Islam Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab Syafi`i yang dipegang masyarakat Melayu Sarawak agar tidak tercabut sekalipun tanahair mereka sedang diperintah oleh Raja Orang Putih yang kafir. Berkat keikhlasan dan perjuangan mereka, raja-raja Orang Putih terpaksa akur untuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama umat Melayu Sarawak.

Mudah-mudahan Allah merahmati dan meredhai mereka sekalian, dan buat mereka sekalung bacaan al-Fatihah.

Khamis, November 16, 2006

Fatwa Imsak Habib 'Umar

Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abu Bakar bin 'Aydrus bin 'Umar bin 'Aydrus bin 'Umar bin Abu Bakar bin 'Aydrus bin al-Husain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim adalah seorang ulama dan da`ie dari Kota Tarim, Hadhramaut. Beliau dilahirkan sebelum fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim. Di kota yang berkat inilah beliau membesar dan menerima didikan agama serta menghafal kitab suci al-Quran dalam keluarga yang terkenal iman, ilmu dan akhlak yang luhur. Guru pertamanya sudah tentu ayahanda beliau iaitu Habib Muhammad bin Salim yang juga merupakan mufti Kota Tarim al-Ghanna itu. Selain ayahandanya, beliau juga menuntut ilmu dengan ramai ulama antaranya dengan al-Habib al-Munshib Ahmad bin 'Ali bin asy-Syaikh Abu Bakar, al-Habib 'Abdullah bin Syaikh al-'Aydrus, al-Muarrikh al-Bahhaatsah al-Habib 'Abdullah bin Hasan BalFaqih, al-Muarrikh al-Lughawi al-Habib 'Umar bin 'Alwi al-Kaaf, asy-Syaikh al-Mufti Fadhal bin 'Abdur Rahman BaFadhal, asy-Syaikh Tawfiq Aman dan kepada saudara kandungnya al-Habib 'Ali al-Masyhur bin Muhammad bin Salim. Selain daripada para ulama Tarim, beliau juga menuntut ilmu dan ijazah daripada ramai lagi ulama di luar kota tersebut seperti di Kota Syihr, al-Baidha` dan juga al-Haramain. Antaranya beliau menuntut ilmu dan menerima ijazah daripada al-Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Hadhar, al-Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith, al-Habib al-Musnid Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil, al-Habib 'Abdul Qadir bin as-Saqqaf, al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-Habib Abu Bakar al-Aththas bin 'Abdullah al-Habsyi dan asy-Syaikh al-Musnid Muhammad Isa al-Fadani. Sekembalinya ke Kota Tarim, beliau mengasaskan Rubath Darul Musthofa pada tahun 1414H / 1994M dengan tiga matlamat: (1) mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; (2) mentazkiah diri dan memperbaikkan akhlak; dan (3) menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah s.w.t. Selain terkenal sebagai ulama dan da`ie, beliau juga merupakan seorang penyair yang mahir. Antara karangannya yang terkenal dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia ialah kitab mawlidnya "adh-Dhiya-ul-Lami'". Posting aku bukanlah untuk memperkenalkan dengan panjang lebar berhubung beliau ini. Akan tetapi lebih kepada hanya untuk muqaddimah bagi nukilanku daripada fatwa beliau yang dimuatkan dalam laman webnya berhubung masalah imsak. Walaupun Ramadhan telah berlalu, aku postkan juga, agar di Ramadhan yang mendatang, tiada lagi suara-suara sumbang yang mempertikai atau membid`ah dholalahkan amalan yang telah sekian lama jadi amalan kita. Kalau kome nak baca, bacalah, kalau tak nak, skip sahajalah untuk tatapan Ramadhan tahun depan.

Nash Soal:
Ramai yang makan sehingga waktu azan, iaitu dia tidak berimsak kecuali tatkala mendengar azan atau hampir dengannya, adakah perkara sedemikian ini diperbolehkan atau dia wajib berimsak sebelumnya ?
Nash Jawab:

Tidak syak bahawa ihtiyath itu awla dan afdhal, dan selagimana dia belum zan terbitnya fajar harus baginya untuk makan apa yang dikehendakinya. Akan tetapi berhati-hati dengan imsak sebelum azan dengan (menjaga) satu jangkamasa adalah baik. Bahkan jika seseorang syak sama ada fajar telah terbit atau belum, lalu dia makan atau minum, kemudian ternyata perbuatannya itu (yakni makan/minumnya tadi) berlaku setelah terbit fajar, maka berdosalah dia dan wajib atasnya untuk berpuasa sehari sebagai ganti puasanya hari tersebut (yakni apabila nyata bahawa dia telah makan dan minum setelah fajar terbit, maka dia berdosa dan wajib qadha).

Oleh itu, maka ihtiyath adalah awla dan yang sedemikian itu telah diambil oleh para ulama daripada apa yang datang dalam hadits yang mulia: "Berapa masa antara sahur s.a.w. dan sholat ? Dijawabnya : Sekadar 50 ayat. 50 ayat dikadarkan dengan seperempat jam atau sepertiga, atas sekurang-kurangnya. Oleh itu, imsak sebelum fajar dengan seperempat jam atau sepertiga jam adalah awla dan ahwath (terlebih utama dan terlebih berhati-hati).

Atas apa jua keadaannya, bab ihtiyath itu luas dan dipersempitkanlah dia oleh seseorang itu atas dirinya menurut kehendaknya seperti dipuasakannya sehari yang sempurna itu dengan didatangkannya sebelum hari tersebut (yakni sebelum tiba fajar hari tersebut) dengan 10 minit atau 15 minit (sebagai ihtiyath bagi dirinya untuk mendapatkan kesempurnaan puasa satu hari tersebut). Kerana menjatuhkan dirinya dalam syak dan keraguan pada yang sedemikian adalah satu keburukan dalam muamalah dengan Allah al-Jabbar s.w.t. Bahkan sewajarnya dia berihtiyath sebelum fajar, maka berimsaklah dia sebelum fajar. Dan pada Maghrib, sedemikian juga dia berihtiyath untuk tidak berbuka sehingga diyakini terbenamnya matahari. Wa billahit tawfiq.


Allahu a'lam

Rabu, November 15, 2006

Uhud

Syaikhan meriwayatkan daripada Sayyidina Anas r.a. bahawa apabila Junjungan nabi s.a.w. nampak Jabal Uhud, baginda bersabda:-
"Inilah Uhud, bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya."

Lihatlah ikhwah, Nabi kita s.a.w. sememangnya junjungan sekalian alam semesta, sehingga bukit bukau juga turut mencintai dan mengasihi baginda. Posting kali ini, biar kita menyoroti dan memperingati kisah Uhud yang menyaksikan gugurnya Sayyidusy Syuhada`, AsadUllah Sayyidina Hamzah r.a. Peperangan ini tercetus dalam bulan Syawwal tahun ke-3 Hijrah dan terjadi di lembah lereng bukit Uhud yang berhampiran dengan Kota Madinah. Ahli Tarikh berselisih pendapat mengenai tanggal berlakunya peperangan tersebut, Ibnu Ishaq dan Tabari menyatakan bahawa ianya berlangsung pada tanggal 15 Syawwal; Waqidi, Ibnu Sa`ad dan Tabari dalam satu riwayat lain memberi tarikhnya sebagai 7 Syawwal; Qatadah dan Qasthalani pula menyatakan ianya berlaku pada 11 Syawwal; dan al-Biruni pula menyatakan tarikhnya sebagai 17 Syawwal.

Saban tahun, Junjungan Nabi s.a.w. datang menziarahi para syuhada` Uhud serta mendoakan mereka. Al-Waqidi menceritakan bahawa setiap tahun Junjungan Nabi s.a.w. menziarahi para syuhada` Uhud dan ketika berada di makam mereka, Junjungan menyampaikan salam baginda dengan suara yang kedengaran, antara lain:- "as-salaamu 'alaikum bimaa shobartum fa ni'ma `uqbad daar" (Salam sejahtera ke atas kamu di atas kesabaran kamu (untuk menegakkan Islam), maka sebaik-baik balasanlah yang akan kamu terima).

Uhud telah menyaksikan satu peperangan yang tidak kurang pentingnya dari Badar al-Kubra, bahkan Uhud telah menjadi saksi tumpahnya darah 70 orang syuhada`. Dengan peristiwa Uhud, Allah menganugerahkan pahala kesabaran bagi Junjungan s.a.w. dan umat yang menghadapi ujian kekalahan di mana pahala sabar itu tidak dapat diperi-peri dan kekalahan di dunia bukanlah ukuran kejayaan hakiki di akhirat nanti. Sebenarnya di medan Uhud, umat Islam tidak kalah dan pihak Musyrikin tidak mencapai kemenangan yang mereka harapkan. Puak Musyrikin yang keluar untuk cita-cita untuk menghapuskan Islam dengan menyerang dan menawan Kota Madinah telah menemui kegagalan, kerana Islam terus berkembang dan Madinah pula gagal ditakluki. Bahkan puak Musyrikin bergegas pulang ke Makkah apabila mengetahui yang Junjungan Nabi s.a.w. memburu mereka dan tentera Muslimin telah pun berada di Hamra al-Asad yang terletak kira-kira 8 batu dari Kota Madinah. Junjungan Nabi s.a.w. berada di Hamra al-Asad selama 3 hari untuk menunggu kedatangan tentera Musyrikin yang tak kunjung tiba kerana mereka dah putih tapak kaki lari balik ke Makkah.

Uhud juga mengajar bahawa setiap titah perintah Junjungan Nabi s.a.w. hendaklah senantiasa dipatuhi dan dijunjung tinggi, kerana tidaklah baginda bersabda dari hawa nafsu tetapi semuanya dengan petunjuk dan wahyu Ilahi Rabbi. Uhud menyaksikan betapa cinta dan ghairah para sahabat untuk berjihad dan mencari syahid. Uhud menjadi saksi bagi Sayyidina Handhzalah bin Abu Amir r.a. yang bergegas menyambut seruan Junjungan s.a.w. untuk berjihad walaupun baru saja berkahwin. Betapa Uhud menyaksikan para malaikat turun memandikan jenazahnya yang syahid....Allahu...Allah. Tidak lupa juga keberanian Sayyidina Anas bin an-Nadhr r.a., Sayyidina Abu Dujanah r.a., Sayyidina Amr bin al-Jamuh r.a. dan juga pula lupa dengan keberanian srikandi Islam Sayyidatina Nusaibah binti Ka`ab r.'anha yang gigih mempertahankan Junjungan Nabi s.a.w.

Setelah selesai peperangan di Uhud, Junjungan Nabi s.a.w. berundur dan berehat di sebuah gua. Gua tersebut kerap dijadikan tempat ziarah sebahagian umat untuk mengambil berkah atas jejak dan bekas Junjungan s.a.w. dan para sahabat r.'anhum. Sebagaimana biasanya, geng anak Pak Wahab yang terlalu cepat menghukumkan orang lain sebagai syirik dan khurafat, semestinya tidak suka dengan perbuatan tersebut, sehingga mengusulkan agar gua itu dibinasakan. Tapi katanya, usul mereka telah ditolak oleh pemerintah yang bercadang untuk memagarnya sahaja demi menghalang jemaah datang menziarahinya. Perkembangan lanjut mengenai perkara ini tidaklah aku ketahui kerana aku tidak mengikutinya, nak tahu carilah sendiri bermula dengan beritanya di sini. Begitulah pe`el Wahhabi, yang tidak suka kita bertabarruk dengan atsar Junjungan Nabi s.a.w. dan para sholihin. Kita ditegah untuk menziarahi banyak tempat-tempat yang mempunyai hubungan sejarah dengan Junjungan Nabi s.a.w. Bahkan sebahagian ulama telah menyenaraikan 114 tempat bersejarah yang sewajarnya diziarahi di Kota Madinah al-Munawwarah. Kalau boleh, maqam Junjungan Nabi s.a.w. yang mulia pun kita dihalang berziarah. Takut khurafat dan syirik kata mereka, yalah betul gak kata mereka tu jika diukurkan iman umat ini seperti iman mereka, rapuh mudah kena infeksi virus syirik. Mudahnye nak mensyirikkan umat, tuduhan syirik tu hanya modal politik untuk meluaskan jajahan dan merampas harta serta menghalalkan dan menumpahkan darah sesama umat. Begitulah pe`el puak Wahhabi yang tidak tahu menghargai dan menjaga warisan sejarah umat Islam, apa sahaja yang ada kaitan dengan sejarah Junjungan Nabi s.a.w. kalau boleh semuanya nak dimusnahkan. Apa-apa pun, kalau ikhwah nak melawat, elok pi sekarang, lambat-lambat nanti pi tengok luar pagar je, macam ziarah Jannatul Baqi, gamaknya. Tapi elok gak, sebab takut kome jatuh syirik atau jatuh gaung, kalau ziarah tempat tu ...... ha..ha..ha..ha... kome kena tima kacih kat geng anak Pak Wahab tu. Kalau yang tempat yang ada hubungan sejarah ngan Junjungan Nabi s.a.w. pun dibuat sedemikian, lain-lain tempat apatah lagi.

Dengar cite, makam Imam 'Ali al-'Uraidhi r.a. pun telah dimusnahkan. Ni aku nak merafa' sembah (penggunaan segi bahsonya saje, majaz ni.. majaz....jangan tak faham plak atau buat-buat tak faham, jangan pulak kome kata aku syirik sebab sembah mereka), rafa` sembah kepada Tuanku Jamalullail kat Perlis.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Bilalah Tuanku nak insaf dan sedar akan mehnah dan fitnah Wahhabi ni. Tuanku tengok sajalah, makam dan masjid nenda Tuanku pun tak lepas dari dibinasakan oleh mereka. Bukankah Imam Ali itu datuk kepada segala Saadah Bani 'Alawi termasuklah Saadah Jamalullail yang terkenal menyerikan malam mereka dengan ibadah. Karang Tuanku ke Madinah, ajaklah Tok Shahidan dan mufti baru Tuanku melawat dan ziarah apa yang tinggal dari makam nenda Tuanku tersebut. Ampun maaf dipohon jika sembah patik ini mendatangkan murka atau menyalahi adat kebiasaan Melayu beraja, almaklumlah negeri patik tak punya raja, kalau ada pun dulu, cuma Sultan Tengah dan Raja Orang Putih saja, ampun Tuanku.

Allahu...Allah, jauh melencong pulak aku. Berbalik dengan peristiwa Uhud, jika peristiwa Badar diingati dengan berbagai gubahan qasidah, nazam dan shighah sholawat, maka Uhud juga diperlakukan sedemikian. Contohnya, "Jaliyatul Kadar" gubahan Mufti Syafi`i Madinah, Sidi Ja'far al-Barzanji, turut memuatkan tawassul dengan para syuhada` Uhud. Para ulama kita turut membuat gubahan sholawat yang memuatkan wasilah seperti tersebut, antaranya Sholawat Uhudiyyah karangan seorang Kiyai Nahdhatul Ulama yang berbunyi antara lain:-

Ya Robbi sholli wa sallim 'adadal baradi
'ala Muhammadi-nin-Nabiyyi mu'tamadiy
wal aali wash shohbi wal muntasibiina lahum
wa kulli man jaahaduu fillahi fi Uhudi

Wahai Tuhan, limpahkan sholawat dan salam sebanyak titisan embun pagi
atas Junjungan Nabi Muhammad yang jadi pegangan diri
atas keluarga, sahabat serta keturunan mereka mengikuti
atas sekalian pejuang Allah di medan Uhud yang diberkati

Nad`uuka ya Dzal Jalali an tuwaffiqana
khairal huda wat tuqa fir ruhi wal jasadi
wa an tuzawwidana bil 'ilmi wal 'amali
bi kulli man jaahaduu fillahi fi Uhudi

Kami mohon kepadaMu wahai Tuhan Dzal Jalali
ditawfiqkan ruh dan jasad kami dengan petunjuk ketaqwaan sejati
ilmu dan amal bagi kami ditambahi
dengan berkat pejuang Allah di medan Uhud yang diberkati


Wa an yakuuna khitaamu 'umrina hasanan
mukhtataman bisy syahaadataini fi rasyadi
faqbal du'aanaa wa la tardudhu ya Shomadu
bi kulli man jaahaduu fillahi fi Uhudi


Dan jadikanlah kebaikan sebagai kesudahan umur kami
ditutupkannya dengan dua kalimah syahadah atas petunjuk Ilahi
maka terimalah doa kami wahai Shomad dan jangan Engkau tolak ketepi
dengan berkat pejuang Allah di medan Uhud yang diberkati

Akhirnya, untuk memudahkan ikhwah, aku pastekan kat sini artikel Dr. Irfan Ahmed yang dimuatkan dalam Islamica Magazine berhubung pemusnahan - pemusnahan tempat-tempat bersejarah lagi berkat yang dilakukan oleh puak Wahhabi atas nama pemurnian. Bacalah betul-betul dan ketahuilah macam mana perlakuan puak anak Pak Wahab terhadap umat dan sejarahnya. Kalau nak bergaduh bab ni, carilah Dr. Irfan, email dia pun ada tu.

*****************************************************
The Destruction of Holy Sites in Mecca and Medina
by Irfan Ahmed

The Arabian Peninsula, the cradle of Islam, is being demolished by hardliners. In countries such as Saudi Arabia almost all of the Islamic historical sites are gone, but this is not the first time they have been destroyed.

In 1802, and army led by the sons of Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab (the founder of Wahhabism) and Muhammad ibn Saud occupied Taif and began a bloody massacre. A year later, the forces occupied the holy city of Mecca. They executed a campaign of destruction in many sacred places and leveled all the existing domes, even those built over the well of Zamzam. However, after the army left, Sharif Ghalib breached the truce, inciting the Wahhabis to reoccupy Mecca in 1805.

In 1806, the Wahhabi army occupied Medina. They did not leave any religious building, including mosques, without demolishing it, whether inside or outside the Baqi’ (graveyard). They intended to demolish the grave of the Prophet Muhammad, may the peace and blessings of God be upon him, many times, but would repeatedly change their minds. At this time, non-Wahhabi Muslims were prevented from performing the Hajj (pilgrimage). In 1805, Iraqi and Iranian Muslims were refused permission to perform Hajj, as were the Syrians in 1806 and Egyptians the following year. The Saudi leader at the time wanted the pilgrims to embrace his Wahhabi beliefs and accept his Wahhabi mission. If they refused, he denied them permission to perform the Hajj and considered them heretics and infidels—ignoring the word of God in Sura al-Baqara:

And who is more unjust than he who forbids that in places for the worship of God, His name should be celebrated? Whose zeal is (in fact) to ruin them? It was not fitting that such should themselves enter them except in fear. For them there is nothing but disgrace in this world, and the world to come, an exceeding torment. (Qur’an 2:114)

The Wahhabi army’s destruction campaign targeted the graves of the martyrs of Uhud, the mosque at the grave of Sayyid al-Shuhada’ Hamza bin Abdul Muttalib and the mosques outside the Baqi’: the Mosque of Fatima al-Zahra, the Mosque of al-Manaratain, and Qubbat’ al-Thanaya (the burial site of the Prophet’s incisor that was broken in the battle of Uhud). The structures in the Baqi’ were also leveled to the ground and not a single dome was left standing. This great place that was visited by millions of Muslims over many centuries became a garbage dump, such that it was not possible to recognize any grave or know whom it embraced.

The occupation of the holy places by the army and their preventing Muslims from performing Hajj led thousands of people to flee Mecca and Medina to escape religious persecution. The Muslims started to complain and express their concerns, and public opinion put pressure on the Ottoman Caliph to liberate and rebuild the two holy places and once again permit the Muslims to perform the pilgrimage. Accordingly, an army led by Muhammad Ali Pasha, the Caliph’s viceroy in Egypt, was sent. When the forces arrived in the Hijaz, a number of tribes marched in support of the army, which regained control over Medina and then Mecca.

In 1818, the Wahhabis were defeated and they withdrew from the holy places. The Prophet’s Mosque, the Baqi’ and the monuments at Uhud were rebuilt during the reigns of the Ottoman sultans ‘Abd al-Majid I, ‘Abd al-Hamid II and Mahmud II. From 1848 to 1860, the buildings were renovated and the Ottomans built the domes and mosques in splendid aesthetic style. They also rebuilt the Baqi’ with a large dome over the graves of the Prophet’s daughter Fatima al-Zahra, Imam Zainul ‘Abidin (‘Ali bin al-Hussain), Imam Muhammad ibn ‘Ali al-Baqir and Imam Ja‘far al-Sadiq. The graves of others related to the Prophet found at the Baqi’ include those belonging to Ibrahim (son), ‘Uthman ibn ‘Affan (Companion and son-in-law), Saffia bint Abdul Muttalib (aunt), Atika bint ‘Abd al-Muttalib (aunt), Al-‘Abbas ibn ‘Abd al-Muttalib (uncle), Fatima bint Assad (Imam Ali’s mother), ‘Abd Allah ibn Ja‘far bin Abi Talib (cousin) and Aqil ibn Abi Talib (The Prophet’s cousin).

The grave of the Prophet’s father ‘Abd Allah was in Dar al-Nabigha of the Bani Najjar, the house of where the Prophet learned to swim. However, his father’s grave was exhumed 17 years ago and transferred to the Baqi’. The area of the house today lies under the marble covering the plaza surrounding the mosque.

A number of the Prophet’s wives (the Mothers of the Faithful) were buried in the Baqi’: ‘A’isha, Hafsa, Juwayriya, Saffia, Sawda, Zaynab bint Khuzaima, Zaynab bint Jahsh, Umm Habiba and Umm Salama. The tomb of Khadija, the Prophet’s first wife, is in Mecca because she died before the Hijra (migration of Muslims to Medina). Her grave is in the Hajun cemetery, known as Maqbarat’al-Ma’la. The tomb of Maimouna, another wife, is also in Mecca in an area known as Sarif, which lies on the side of the Hijra Road, nearly 13 miles (20 kilometers) outside Mecca.

On April 21,1925, the domes in the Baqi’ were demolished once more along with the tombs of the holy personalities in Maqbarat’al-Ma‘la in Mecca, where the Holy Prophet’s mother, wife Khadija, grandfather and other ancestors are buried. Destruction of the sacred sites in the Hijaz continues till this day. Wahhabis say they are trying to rescue Islam from what they consider innovations, deviances and idolatries. Among the practices they believe are contrary to Islam are constructing elaborate monuments over graves and making supplications there.

The Mashrubat Umm Ibrahim—which was built to mark the location of the house where the Prophet’s son, Ibrahim, was born to Mariah, his Egyptian wife—also contained the grave of Hamida al-Barbariyya, the mother of Imam Musa al-Kazim. These sites were destroyed over the past few years.

I recently met with one of the leading political leaders of Medina and took the opportunity to speak to him about the destruction of these holy sites. He told me that the sites were not being demolished, but that torrential rain in Medina was washing away the old buildings! I told him the mosque and tomb of Sayyid Imam al-Uraidhi ibn Ja‘far al-Sadiq, four miles from the Prophet’s Mosque, was destroyed by dynamite and flattened on August 13, 2002. Imam al-Uraidhi is ninth in line from the Prophet. I also asked him about the plan to demolish the last remnant of the historical vestiges of the Messenger of God, namely his noble birthplace, which has been converted into a library, “Maktabat Makka al-Mukarrama.” There was no answer.

Within the last 10 years, Muqbil ibn Hadi al-Wadi’i, a student at the University of Medina, wrote a thesis titled “About the Dome Built over the Grave of the Messenger,” sponsored by Sheikh Hammad al-Ansari. In this paper, the student demands that the noble grave be brought out of the Mosque. He says the presence of the holy grave and noble dome are major innovations and that they both need to be destroyed! His thesis received very high marks. Last year, the city planning board of Medina painted the famous green dome of the Prophet’s Holy Mosque silver. After intense protests by the citizens of Medina, the board restored the dome to its original color.

In the Ottoman part of the Prophet’s Mosque, at the center of the three sections raised a bit from the ground level are three circles. The first, toward the west, corresponds to the grave of the Prophet. The next two toward the east correspond to the graves of Abu Bakr al-Siddiq and ‘Umar ibn al-Khattab. Above the circles are invocations including “Ya Allah” and “Ya Muhammad.” The latter was removed and replaced it with “Ya Majid” by adding the dot under the ‘ha of Muhammad to make it jim and two dots under the second mim of Muhammad to make it ‘ya. There are qasidas written by rulers of the Muslim world, such as Sultan ‘Abd al-Hamid. Many verses of the famous Burda of al-Busayri had also been painted over. On the Qibla side, the brass partition that is divided into three sections between two columns, the authorities have also tried to cover the famous two verses inscribed in the east from the story of al-‘Utbi as mentioned by Ibn Kathir in his Tafsir. “O best of those whose bones are buried in the deep earth, and from whose fragrance the depth and height have become sweet! May I be the ransom for a grave in which you dwell, where purity, bounty and munificence.”

If one raises his head a bit, he will see on the first section of this partition a green banner, on which the words of the Almighty are framed in yellow:

O you who believe! Raise not your voices above the voice of the Prophet, may blessings and peace be upon him and his family, nor speak aloud to him in talk, as you speak aloud to one another, lest your deeds be rendered fruitless while you perceive not. (Qur’an 49:2)

The Sacred Chamber has four exterior doors: on the south, Bab al-Tawba (The Door of Repentance), on the north, Bab al-Tahajjud (The Door of Night Prayer), on the east, Bab Fatima (the Door of Fatima), and on the west, Bab al-Nabi (The Door of the Prophet)—also known as Bab al- Wufud (The Door of Delegations). These gates have been present since the year 668 AH except for the Gate of the Night Prayer, which was installed in 729 AH. Inside there are two gates, one on either side of the triangular part of the interior compartment. All of these doors are covered by brass shelves holding Qur’ans, an attempt to prevent the public from looking inside the Sacred chamber.

The Wahhabi religious authorities are, unfortunately, on a fast track. In 1998 the grave of Amina bint Wahb, the Prophet’s mother, was bulldozed in Abwa and gasoline was poured on it. Even though thousands of petitions throughout the Muslim world were sent to Saudi Arabia, nothing stopped this action. One of my late teachers, Sheikh Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki, a Meccan who was a great historian on the holy sites and inherited his knowledge from his father and forefathers who were all teachers of the holy Haram, showed me pictures of the grave of Sayyida Amina marked with a pile of stones after the destruction. The House of Khadija was excavated during the Haram extensions, then hurriedly covered over so as to obliterate any trace of it. This was the house where the Prophet received some of his first revelations and it is also where his children Umm Kulthum, Ruqqaya, Zaynab, Fatima, and Qasim were born. Dar al-Arqam, the first school in Islam where the Prophet taught has also been demolished. It was in the area of Shi’b ‘Ali near the Bab ‘Ali door opposite the king’s palace. It is now part of the extension of the Haram.

The authorities plan to demolish the house of Mawlid, where the Prophet was born. About 60 years ago, this house, which used to have a dome over it, was turned into a cattle market. Some people then worked together to transform it into a library, which it is today. It is lined with shelves of books about Mecca, most of them written by Meccans. But the library is under threat again because of the new Jabal ‘Umar project, one of the largest real estate development projects near the Grand Mosque. The birthplace of the Prophet is to make way for a car park and hotels. About 99% of real estate owners in the Jabal ‘Umar area are shareholders in this company. The owners have been provided with financial incentives, including what they used to receive as rents, combining five-star facilities under the luxurious Le Meridien banner. The Meridien Towers will allow several thousand housing units in Mecca to be available during specified periods of time, for a one-off, fixed fee, giving the towers 25 years of shared ownership in Mecca. This scheme allow outsiders, whether Muslim or not, to invest in the city; they will be allowed to buy from a range of properties that can be used, sublet, resold or given as a gift.

For the holy month of Ramadan in Mecca, authorities built a wall enclosure in the Haram for women to pray there so men will not be able to see them. However, this has also blocked women’s visibility of the Ka‘ba while they perform their prayers. The tawaf (circumambulation) for women has also been restricted to certain times. We don’t know if these changes are permanent or just for Ramadan.

In Medina, of the seven mosques at the site of the Battle of the Trench (Jabal al-Khandaq), where Sura al-Ahzab was revealed, only two remain. The others have been demolished and a Saudi bank’s cashpoint machine has been built in the area. The remaining mosques will be demolished as soon as the new mosque being constructed is ready. One of the mosques slated for destruction is Masjid Fath, the mosque and rock of victory, where the Prophet stood during the battle of the trench praying for victory. On the rock is where he received God’s promises of victory and of the conquest of Mecca.

Dr. Irfan Ahmed is Joint Chairman of the Islamic Heritage and Research Foundation, which was formed to help protect and preserve the holy sites in the Hijaz. For more information contact islamic_heritage@hotmail.com

****************************************

Isnin, November 13, 2006

Sama-sama anak jantan

Memandangkan, aku masih poning nak perbetulkan arabic font aku kat blog ni yang aku sendiri pun tak tahu kat mana salah silapnya, jadi postingku bagi peristiwa Uhud kutangguhkan dahulu sebab aku tak leh nak postkan petikan Sholawat Uhudiyyah. Jadi posting kali ini aku cuma nukilkan petikan artikel Dato Dr. Siddiq Fadzil bertajuk "Gerakan Islam Dan Cabaran Budaya Masa Kini" yang dimuatkan dalam MADANIYAT, jilid 4 Bil. 1 2006 terbitan Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar al Hikmah. Antara yang disentuh oleh mantan Presiden ABIM ini ialah berhubung persoalan yang lumrah didengar iaitu gagasan supaya kita terus berhukumkan kepada al-Quran dan al-Hadits dan membebaskan diri daripada pegangan para ulama terdahulu. Realitinya telah berleluasa dalam masyarakat terutama sekali (maap cakap) di kalangan para ilmuwan dan intelek. Maka digambarkanlah seolah-olah jika kita berpegang dengan ulama, maka kita tidak berpegang kepada al-Quran dan al-Hadits. Slogan-slogan agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah, dijadikan tarikan bebudak muda yang masih membara semangatnya, telah digunakan untuk mencemuh golongan yang "kembali kepada al-Quran dan al-Hadits" melalui dan merujuk kepada tafsiran dan pendapat pewaris al-Quran dan al-Hadits iaitu para ulama yang amilin. Kemudian timbul pula golongan yang memetik hukum-hakam dengan sembrono kononnya berlandaskan al-Quran dan al-Hadits, tanpa mengikuti kaedah dan dasar yang telah ditetapkan dan digunapakai oleh pewaris para nabi yang sebenar. Bahkan, ada golongan yang kononnya "anti-Syiah" tetapi secara tidak langsung membantu Syiah untuk merobohkan asas sumber pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah, bahkan golongan ini menyerang akar sandaran Sunni seperti sunnah sittah dengan mengatakan bahawa kutubul arba`ah selain Bukhari dan Muslim, mengandungi hadits-hadits palsu. Mesej yang dihantar melalui hal ini ialah para Imam Hadits sandaran Ahlus Sunnah wal Jama`ah tidak dapat dipercayai 100% kerana ada meriwayatkan hadits-hadits palsu yang haram diriwayatkan tanpa penerangan. Bahkan golongan ini telah pergi jauh lagi dengan menyerang Shohihain, dan tidak mustahil mereka akan menyerang kitab-kitab lain seperti kitab-kitab tafsir yang telah dianggap baku atas nama pemurnian, satu istilah yang telah digunakan oleh para pendahulu mereka di bawah pimpinan Syaikhun Najdi dan amirnya. Di bawah slogan pemurnian inilah telah tumpah banyak darah kaum Muslimin. Marilah kita memurnikan pegangan kita dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta lain-lain sumber hukum Islam berdasarkan kepada pandangan dan tafsiran para ulama kita.

*********************************************

Jika selama ini kita hanya berhadapan dengan gerakan converting the Muslims, kini kita harus menangani bahaya agenda converting Islam dalam erti usaha mendistorsi isi dan merubah wajah Islam. Misi inilah yang sedang dilaksanakan menerusi bermacam-macam cara dan pelbagai media yang mengambil kesempatan di tengah kekalutan melakukan adjustments. Pemikiran pascamodenisme (dengan gagasan-gagasan relativisme, dekonstruksionisme dan menolak autoriti) telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja menafsirkan semula Islam tanpa kawalan syarat dan kaedah yang baku. Maka bermunculanlah para "mujtahidin" baru dengan pelbagai fatwa sumbang dan menyimpang, sambil mempersenda dan "memperleceh" para imam mujtahidin silam. Maka terungkap kata-kata yang terlepas dari konteksnya, hum rijal wa nahnu rijal (kita sama-sama anak jantan!). Bagi mereka itulah yang namanya kebebasan berfikir, kebebasan bersuara dan kebebasan menganut faham apa sahaja, tanpa mengiktiraf mana-mana pihak yang berhak menghukum sesat dan salahnya pendapat mereka. Demikianlah berlakunya eksploitasi faham egalitarian yang melampau sehingga menolak autoriti. Sejenis "anarki" dan "kebiadaban" intelektual sedang berleluasa dengan dukungan kuasa dan dana yang cukup besar. Sejenis orientalisme berwajah baru sedang tampil dengan menaja tokoh-tokoh "sarjana Muslim" sendiri sebagi jurubicara,penyuara dan pengungkap idea dan gagasan distruktif barat. Sasaran kritik kaum "orientalis baru" ini bukan lagi tafsiran para ulama tradisional, tetapi sudah mengarah kepada sumber asas Islam itu sendiri iaitu al-Qur`an. Wacana mereka tidak cuma berlegar pada isu ketepatan, keseimbangan dan kekemaskinian tafsiran; tetapi sudah mempersoalkan keaslian al-Qur`an sebagai wahyu Ilahi.

******************************

Rabu, November 08, 2006

Mazhab Para Habaib

Hari ke-3, pemergian Habib kami Anis bin 'Alwi bin 'Ali al-Habsyi. Biarlah hari ini aku hanya menukil untuk tatapan kalian, artikel yang dimuatkan dalam majalah "Cahaya Nabawiy", Edisi 44 Th. IV Sya'ban -Ramadhan 1427H. Majalah ini merupakan terbitan Ma'had Sunniyah Salafiyah (lihatlah kalau di Jawa Timur, istilah Salafi dipakai merujuk kepada golongan bermazhab seperti kita atau istilahnya "kaum tua" dan bukannya golongan Salafi-Wahhabi-Kaum Muda). Ma'had ini diasuh Habib Taufiq bin Abdul Kadir as-Segaf, ulama muda dan daie yang tangguh asuhan para habaib sepuh seperti Habib Abdul Kadir bin Husein as-Segaf, Habib Ahmad bin Hadi al-Hamid dan Habib Umar bin Hasyim Ba`agil. Ma'had asuhannya kini telah mempunyai 30 cabang madrasah dan 13 pondok pesantren yang tersebar di Jawa, Bali dan Kalimantan. Beliau juga berdakwah melalui media massa dengan mengelolakan Stesyen Radio Suara Nabawiy untuk menyebarkan dakwah para salaf ke jangkauan yang lebih besar.

Artikel ini merupakan catatan perjalanan menelusuri aqidah dan mazhab para habaib di Hadhramaut. Para habaib yang ada di tanah air tercinta ini kenalah memahaminya sungguh-sungguh kerana aku dapati ada yang sudah cenderung kepada ajaran Syi`ah kerana termakan dengan dakyah yang kononnya Syi`ah adalah Mazhab Ahlul Bait atau pencinta Ahlul Bait. Ada juga yang sudah seperti lalang ditiup angin, tidak punya pegangan, kadang Sunni, kadang tasyaiyu'. Aku sedar bahawa angin-angin yang mempertikaikan kesunnian Imam Ahmad al-Muhajir juga bertiup ke tempat kita. Bagi aku apa pun kata mereka-mereka ini, dalil musyahadah yang dapat dilihat sehingga ke hari ini adalah para habaib yang menerima ilmu mereka turun - temurun sehingga kepada Imam al-Muhajir adalah Sunni Syafi`i. Jadi sesiapa yang menyatakan sebaliknya, maka mereka menafikan kebenaran dan realiti sebenar yang terzahir. Lihat para sesepuh habaib di Kota Tarim al-Ghanna, Seiwun, Huraidhah, Makkah, Madinah, Nusantara rumpun Melayu, semua mereka adalah Sunni Syafi`i. Lihat Habib Hasan Fad`ad, Imam Syafi`iyyah Masjidil Haram, jangan lupa para mufti Syafi`i Tanah Haram misalnya Habib Muhammad bin Husain al-Habsyi, yang merupakan moyang Habib Anis bin 'Alwi bin Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi, dan apa kurangnya almarhum Habib Anis yang juga contoh ulama Habaib yang Sunni lagi Syafi`i, begitu pula dengan Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith yang terkenal faqih di Kota Madinah, sekadar untuk menyebut beberapa nama. Jadi kepada golongan yang mengaku keturunan Baitun Nubuwwah, habaib Bani Alawi, Bani Zahra` min ali 'Ali, yang tidak mengikut jalan para leluhurnya, maka seruanku adalah untuk mereka kembali ke jalan para salaf mereka yang mulia. Apa pun marga kamu, baik al-Sagoff atau al-Attas atau Jamalullail, kembali kepada jalan leluhur kamu, jalan Salafi Sunni Syafi`i.

*******************************************************

Melacak Akar Madzhab Hadramaut

Suasana kota-kota di Hadramaut cukup menyenangkan, jalan-jalan yang ada bukan terbuat dari batu, namun rata-rata bersih karena angin sahara sering turut menyapu jalan-jalan kota itu. Jarang sekali ada kursi di rumah-rumah penghuni, yang ada ialah qatifah (permadani), tempat menampung dhuyuf (para tamu). Fungsi permadani memang di sini jadi serba-guna: untuk menerima tamu (istiqbaal), namun juga untuk tempat makan. Tak jarang tempat yang sama ini juga dibuat untuk aktivitas ibadah, seperti shalat, rouhah (pengajian) maupun dhikir. Bahkan jika ruang tak cukup untuk menerima tetamu yang tidur, qatifah jadi alternatif tempat tidur cadangan. Sisa-sisa tradisi ini masih ditemui keturunan Hadharim di Nusantara.

Di Hadramaut terdapat sekitar 365 Masjid Jami', jumlah ini sama dengan jumlah hari dalam setahun. Rata-rata masjid yang ada sudah ma'mur (terpelihara dan banyak jama'ah) karena para pengurus ta'mir yang mengelola tak perlu susah "mengajak" orang untuk shalat dan beri'tikaf di dalam masjid, sebab kesadaran rohaniah warga Hadramaut terhadap ibadah mahdhah cukup tinggi, hingga membuat masjid jadi satu-satunya bangunan yang paling ramai dikunjungi warga sampai kini. Apalagi di bulan suci Ramadhan.

Hal lain yang menarik, dan sering menimbulkan tanda tanya, yaitu sejak adanya isu yang mengkaburkan sejarah: Apakah akidah dan madzhab warga Hadrmaut? Sengaja dibentuk opini yang meragukan itu, untuk menyusupkan pendapat mereka yang menyesatkan. Agaknya perlu ditegaskan kembali berdasarkan fakta-fakta baik telaah dokumen maupun realitas amaliyah anak turunannya sekarang. Bahwa tidak syak lagi, mayoritas Muslimin di Hadramaut adalah mutlak Sunni Syafi'i (Baca: Hadramaut dan Koloni Arab di Nusantara, INIS, 1989). Kawasan ini seperti Makkah dan Madinah, tidak ada orang non Muslim. Jika tidak darurat betul, orang kafir (Kristen, Yahudi dan Majusi) tidak dibenarkan masuk kota-kota ini. Sisa-sisa sekte sempalan memang masih ada namun berada di "pinggiran" dan bisa dihitung jemari sebelah tangan, misalnya sekte-sekte sisa itu adalah bisa disebut di sini: Abadhi, Syi'i dan Zaydi.

Menurut Al-`Allamah Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar Asy-Syatiri, akidah dan madzhab Ahmad bin `Isa Al-Muhajir adalah jelas sekali sebagai Sunni Syafi'i. Dijelaskan, bagaimana tidak Sunni Syafi'i, padahal beliau itu yang membawa akidah dan madzhab ini ke Hadramaut. Berdasarkan penelitian beliau, asas akidah ini tidak bertentangan dengan madzhab kakek-kakeknya yang bersanad sampai ke Rasulillah secara mutawatir [berkesinambungan].(Baca: Asy-Syatiri dalam Adwaar At-Tarikh al-Hadhrami, [Jilid I], Jeddah: `Alam al-Ma`rifah, 1303 H/1983, h. 160-161). Oleh karena itu klaim yang mengatakan, bahwa Madzhab `Alawiyyin adalah Shi`ah Ithna `Ashariyah adalah semata sebagai ilusi dan bertentangan dengan sejarah dan kenyataan sosial. Jangankan Shi'ah Ithna `Asyariyah, Syi'ah Zaydiyah yang pernah bercokol lama di Yaman saja, tak mampu mempengaruhi teologi habaib di sana. Adapun kesamaan menyangkut mahabbah Ahl al-Bayt itu adalah doktrin Sunni pula, yang tak bisa dikatakan sebagai ada pengaruh Shi`ah karena sumber pengambilan (mahabbah) itu sendiri berbeda.

Sejak masa Habib `Abdullah Al-Haddad (Sahib ar-Ratib) sampai sekarang, para ulama bangga dengan akidah dan madzhabnya yang Sunni dan Syafi'i. Misalnya dalam kitab-kitab yang dikarangnya selalu mengabadikan dan menggunakan nama lengkap dengan sebutan madzhab sekaligus: dalam kitab (Terbitan Kairo, 1978 yang diberi catatan kaki oleh Mufti Mesir, Hasanayn Muhammad Makhluf yang terkenal itu), dan kitab-kitab lain karangannya tak lupa memberi akhiran kata dengan al-Hadhrami al-Syafi'i atau Sunni Syafi'i di belakang nama mereka masing-masing. Dan juga Ratib Al-Bar yang menyebutkan di akhir doa agar diwafatkan "dalam Sunnah wal jama'ah" (h. 320) dan doa-doa tawassul Habib Ahmad bin Muhammad Al-Muhdar kepada keluarga, sahabat, Fatimah Az-Zahra r.a.dan Ummuhaat al-Mukminin (dengan disebut nama-nama Khadijah dan `Aisyah r.a. (h. 189) semua ini ada dalam kitab "Sabil al-Muhtadin: fi Dzikri Ad'iyah Ashab al-Yamin" oleh Habib Abdullah bin Alwi bin Hasan Al-Attas) dan doa-doa lain dari tokoh wali/ulama masa lalu, sampai sekarang tak pernah berubah. Doa - doa dan munajat itu senantiasa dibaca anak keturunan mereka. Bahkan secara kontinyu, dan terus-menerus nama-nama para pemuka sahabat diberikan kepada generasi ke generasi berikutnya seperti nama-nama Abu Bakar, `Umar, Uthman dan tentu saja `Ali (Empat Khalifah).

Bahkan tokoh besar yang berpengaruh di Hadramaut sampai sekarang berasal dari nama-nama pemuka sahabat Rasulullah, sebut saja misalnya Syaikh Abubakar bin Salim, melahirkan klan-klan seperti Al-Haddar, Al-Muhdar, Al-Hamid, Al-Bahar Bin Idrus dan sebagainya. Juga banyak ditemukan nama-nama Umar, seperti pendiri masjid tua bernama Masjid "Umar Al-Muhdar" di Tarim (ini cikal-bakal Al-Muhdar), juga nama Uthman sampai kemudian menjadi mufti besar nusantara (berasal dari Hadramaut). Belum lagi nama-nama sahabat lain, yang sengaja dengan bangga mereka abadikan, menunjukkan bukti-bukti kongkret mereka sama sekali tidak terpengaruh Syi'ah meskipun Zaydiyah (yang cuma sekadar sebagai Syi'ah Tafdhil/Syi'ah Pengutamaan Ali di antara sahabat yang lain namun akidahnya sama dengan Sunni). Karena mereka yakin atas kesinambungan sanad aqidah dan madzhab yang dianutnya.

Inilah bukti yang kemudian melanggengkan Thariqah `Alawiyah mereka, bahkan jangan lupa anak cucu, para pemuka ulama tersebut adalah pelopor dakwah Islam ke "ufuk timur", seperti di anak benua India, Kepulauan Melayu dan Nusantara. Juga ada yang ke daerah Afrika seperti Etiopia sampai Madagaskar. Toh manhaj mereka tak pernah bergeser dari asas keyakinan yang berdasarkan Al-Qur`an, As-Sunnah, Ijma dan Qiyas. Karena itu lalu "warna" keagamaan antara Hadramaut dan Nusantara serta kawasan "koloni dakwah sejuk" mereka sama, yaitu Sunni dengan Thariqah `Alawiyyah-nya.

Selain daripada itu, ke Indonesia mereka tak membawa para isteri ketika berdakwah, namun sambil berdagang mengajar agama kepada penduduk pribumi dengan dasar ikhlas dalam kadar yanag tinggi. Bahkan banyak kemudian yang kawin dengan wanita penduduk pribumi, makanya pribumi disebut ahwaal (saudara-saudara ibu) sampai sekarang. Ini menunjukkan bahwa dakwah rintisan mereka secara kultural itu berhasil dengan baik di sini, dan jika kita melihat sekarang Indonesia jadi mayoritas Muslim, hal ini adalah niscaya merupakan berkat dakwah ikhlas beliau-beliau para habaib tersebut.

Di Hadramaut sendiri aqidah dan madzhab Al-Muhajir alias Sunni Syafi'i ini terus berkembang sampai sekarang tanpa sedikit berkurang. Hadramaut kini jadi model Sunni yang "ideal" karena kemutawatiran sanad tadi itu. Bisa dilihat bagaimana amalan mereka: Pertama, dalam bidang ibadah mahdhah tetap berpegang pada Syafi'i seperti pengaruh yang pernah ditinggalkan di Nusantara (Indonesia). Kedua, dalam bidang tasawwuf; meskipun ada nuansa Ghazali, namun di Hadramaut menemukan bentuknya yang khas, yakni tasawwuf Sunni Aslaf `Alawiyyin Shalihin yang sejati.

Sebab itu, misalnya kita saksikan tetap shalawatnya dengan "alihi wa shahbihi" di mana-mana. Shalat lima waktu bukan 3 waktu seperti tuduhan Syi'ah di sini. Dari syahadat sampai azan, juga Jum'at dan shalat tarawih dilaksanakan sesuai doktrin Sunni. Ini menunjukkan para ulama, sejak dulu sampai sekarang tetap konsisten dan konsekwen dengan manhaj Ahl Sunnah wal Jama'ah.

Yang beda mungkin dengan di sini (Indonesia), di Hadramaut tidak banyak diadakan haul. Seakan haul ini "disatukan", yakni ketika menyelenggarakan haul Nabi Allah Hud a.s. di setiap akhir bulan Sya'ban Saat inilah berkumpul ratusan ulama Sunni Syafi'i Alawi dari berbagai negeri.

Makam kuno Nabi Hud a.s. berada di bukit yang agak terjal, sedangkan di bawah ada haudz (telaga) -- yang aneh sekali -- sepanjang tahun airnya tak pernah kering meski panas mentari membakar terus. Dalam cerita, Nabi Hud a.s. ini adalah manusia pertama yang berbicara dalam Bahasa Arab (Lihat: Qishash al-Anbiya. Dar al-Fikr, Beirut). Ada makam Nabi Saleh a.s., dan juga petilasan eks kerjaan indah Ratu Balqis (Bilqis), di Ma'rib yang dilukiskan sejarah adalah seorang Ratu yang cantik dan mempesona namun ia menyembah selain Allah, membuat Sulaiman marah, dan dengan bantuan "anak buah", Sulaiman mengangkat singgasana Balqis di depan tahtanya. Akhirnya Ratu menyerah dan mengabdi kepada Allah, sekaligus jadi permaisuri Sulaiman yang kaya.

Dari momen haul Nabi Hud tadi lalu para peziarah melanjutkan wisata rohaniah mereka ke lain-lain seperti ziarah ke Zambal, Masjid Habib Abdullah Al-Haddad di Hawi dan tak lupa ke rumah munshib, Habib Umar bin Hafidz. Juga mampir ke Ponpes (Pondok Pesantren) Dar al-Mustafa dan Ribat Tarim (Ponpes tertua). Ada juga yang kemudian melanjutkan perjalanan ke Mukalla (kota kecil dekat laut), di sini ada Universitas Al-Ahqaf yang dipimpin oleh Dr Abdullah Baharun, juga ada asy-Syihr, kota tempat para wali dan ulama juga. Bahkan ada yang mampir ke Sana'a dan Aden untuk sekedar menikmati pemandangan dengan nuansa sahara.Tim CN/mb/ft. Ist.