فحضرت بتوفيق الله السيدة مريم و السيدة اسية
و معهما الحور العين من قسم الله له من الشرف بالقسمة الوافية
Maka hadirlah dengan taufik Allah
Sayyidah Maryam dan Sayyidah Asiyah.
Bersama keduanya datang mengiring
Sejumlah bidadari syurga yang beroleh kemuliaan agung
yang dibagi-bagikan oleh Allah atasnya
Itulah kalam Shohibul Mawlid, Habib Ali al-Habsyi dalam karangannya "Simthud Durar" yang masyhur. Karangan yang telah dijadikan bacaan, amalan dan wiridan berjuta umat di timur dan barat, bukan sahaja awam kalangan umat Melayu dan Jawa yang buta Bahasa 'Arab, tetapi juga ulama mereka yang reti, dan juga umat yang lidah mereka memang lidah 'Arab. Mustahil, tak masuk akal jika pembohongan dibiarkan sahaja oleh umat ini. Atau tuduhan bahawa kisah tersebut tidak benar dan tidak berasas serta semata-mata bohong, itulah sebenarnya pembohongan yang nyata.Maka hadirlah dengan taufik Allah
Sayyidah Maryam dan Sayyidah Asiyah.
Bersama keduanya datang mengiring
Sejumlah bidadari syurga yang beroleh kemuliaan agung
yang dibagi-bagikan oleh Allah atasnya
Adakah Habib Ali juga tidak betul atau tidak teliti kerana membawa kisah-kisah yang tidak mempunyai sumber dan sandaran ? Tidakkah Habib 'Ali takutkan Allah, membuat pembohongan terhadap Junjungan s.a.w.? Atau si penuduh yang kurang periksa? Fikirlah betul-betul, jangan sampai taklidmu kepada sang penuduh menjadi taklid buta. Mana logikanya menolak seorang ulama yang sudah diakui umat ilmu dan keutamaan, bahkan maqam dan kewaliannya. Ulama yang karangannya membawa umat menjadi pencinta dan perindu Sayyidil Mursalin s.a.w., bukan hanya sekadar menulis buku yang membawa onar dalam masyarakat, buku yang memecahbelahkan kesatuan umat. Tapi aku nak kata apa, manusia songsang ada di mana-mana. Manusia yang suka jalan menyongsang, kerana kata mereka "orang ramai telah sesat, hanya kami sahaja yang benar. Hanya kami sahaja yang ikut sunnah, sebab itu negeri kami Darus Sunnah". Oleh itu, pendek bicara, ku singkat sahaja dengan kata-kata : "Biarlah si luncai terojun dengan labu-labunya", kerana nanti kita semua akan bertanggungjawab atas apa yang kita kata dan usaha. Maka, jangan biarkan mereka merosak kegembiraan kita atas kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.
Ahlan bika Ya RasulAllah.
اشرق الكون ابتهاجا بوجود المصطفى احمد
و لأهل الكون انس وسرور قد تجدد
فاطربوا يا اهل المثاني فهزار اليمن غرد
و استضيئوا بجمال فاق في الحسن تفرد
و لنا البشرى بسعد مستمر ليس ينفد
حيث اوتينا عطاء جمع الفخر المؤبد
فلربي كل حمد جل ان يحصره العد
اذ حبانا بوجود المصطفى الهادي محمد
يا رسول الله اهلا بك انا بك نسعد
و بجاهه يا الهي جد و بلغ كل مقصد
و اهدنا نهج سبيله كي به نسعد و نرشد
رب بلغنا بجاهه في جواره خير مقعد
و صلاة الله تغشى اشرف الرسل محمد
و سلام مستمر كل حين يتجدد
Alam bersinar cemerlang bersukaria
Demi menyambut kelahiran Ahmad al-Musthofa
Penghuni alam bersukacita
Dengan kegembiraan yang berterusan selamanya
Wahai pengikut al-Quran, hendaklah kamu bergembira
Burung-burung turut berkicauan tanda suka
Keindahan baginda menerangi segalanya
Mengatasi segala keindahan tanpa ada bandingannya
Dan wajib kita untuk bergembira atas bahagia
Yang berkesinambungan selama-lama
Tatkala kita menerima anugerahNya
Anugerah yang menghimpun kebanggaan sepanjang masa
Maka bagi Tuhanku segala puji dan puja
Pujian yang tiada terkira-kira
Atas anugerahNya dengan wujudnya baginda
Kelahiran Junjungan Muhammad al-Hadi al-Musthofa
Ya Rasulullah, selamat datang ahlan wa sahlan
Sungguh denganmu kami beroleh kebahagiaan
Wahai Tuhanku, demi jah Nabi Junjungan
Kurniakanlah dan sampaikan segala maksud dan tujuan
Dan hidayahkanlah kami atas jalan Nabi Junjungan
Agar dengannya kami beroleh kebahagiaan dan pimpinan
Wahai Tuhan, sampaikanlah kami demi jah Nabi Junjungan
Di sisi baginda duduk berdampingan
Sholawat Allah dilimpahkan
Atas semulia-mulia rasul Nabi Junjungan
Beserta salam yang berkekalan
Sepanjang masa berubah zaman
و لأهل الكون انس وسرور قد تجدد
فاطربوا يا اهل المثاني فهزار اليمن غرد
و استضيئوا بجمال فاق في الحسن تفرد
و لنا البشرى بسعد مستمر ليس ينفد
حيث اوتينا عطاء جمع الفخر المؤبد
فلربي كل حمد جل ان يحصره العد
اذ حبانا بوجود المصطفى الهادي محمد
يا رسول الله اهلا بك انا بك نسعد
و بجاهه يا الهي جد و بلغ كل مقصد
و اهدنا نهج سبيله كي به نسعد و نرشد
رب بلغنا بجاهه في جواره خير مقعد
و صلاة الله تغشى اشرف الرسل محمد
و سلام مستمر كل حين يتجدد
Alam bersinar cemerlang bersukaria
Demi menyambut kelahiran Ahmad al-Musthofa
Penghuni alam bersukacita
Dengan kegembiraan yang berterusan selamanya
Wahai pengikut al-Quran, hendaklah kamu bergembira
Burung-burung turut berkicauan tanda suka
Keindahan baginda menerangi segalanya
Mengatasi segala keindahan tanpa ada bandingannya
Dan wajib kita untuk bergembira atas bahagia
Yang berkesinambungan selama-lama
Tatkala kita menerima anugerahNya
Anugerah yang menghimpun kebanggaan sepanjang masa
Maka bagi Tuhanku segala puji dan puja
Pujian yang tiada terkira-kira
Atas anugerahNya dengan wujudnya baginda
Kelahiran Junjungan Muhammad al-Hadi al-Musthofa
Ya Rasulullah, selamat datang ahlan wa sahlan
Sungguh denganmu kami beroleh kebahagiaan
Wahai Tuhanku, demi jah Nabi Junjungan
Kurniakanlah dan sampaikan segala maksud dan tujuan
Dan hidayahkanlah kami atas jalan Nabi Junjungan
Agar dengannya kami beroleh kebahagiaan dan pimpinan
Wahai Tuhan, sampaikanlah kami demi jah Nabi Junjungan
Di sisi baginda duduk berdampingan
Sholawat Allah dilimpahkan
Atas semulia-mulia rasul Nabi Junjungan
Beserta salam yang berkekalan
Sepanjang masa berubah zaman