Masjidil Aqsha, masjid suci yang ketiga bagi kita, terletak dalam kawasan al-Haram asy-Syarif Baitul Maqdis di bumi Palestine. Buminya tempat Junjungan Nabi SAW bermi'raj menerobos tujuh petala langit, bahkan lebih jauh dari itu lagi. Buminya para nabi, bahkan ada riwayat daripada Sayyidina Ka`ab al-Ahbar, bahawa terdapat 1,000 anbiya` yang dimakamkan di sana. Dalam al-Haram asy-Syarif tersebut terdapat juga Masjid Qubbatush Shakhra` yang menaungi batu tempat Junjungan Nabi SAW memulakan perjalanan mi'raj baginda. Rafi' bin 'Umar al-Mazni meriwayatkan bahawa beliau mendengar Junjungan Nabi SAW menyatakan bahawa batu tersebut (ash-shakhra`) berasal dari syurga.
Masjid Qubbatush Shakhra` adalah binaan berkubah emas yang dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Diceritakan bahawa tatkala siapnya kubah tersebut, khalifah telah menghadiahkan kepada arkitek binaannya iaitu Abu al-Miqdam bin Haiwah dan Yazid bin Salam 100,000 dinar emas. Namun kedua mereka menolaknya dan menyatakan bahawa tidak sepatutnya bagi mereka untuk menerimanya, bahkan seharusnya perhiasan emas isteri-isteri mereka digunakan untuk perbelanjaan pembinaan tersebut. Maka atas perintah khalifah, dinar-dinar emas tersebut ditipiskan dan dilekatkan atas kubah tersebut sehingga masyhurlah ia sebagai Kubah Emas. Malangnya hingga kita, bumi suci kita ini masih dijajah oleh musuh Allah dan rasulNya. Para pemimpin Islam hanya melihat dan berbincang mengenainya yang entah bilalah kesudahannya.
Imam an-Nasa-i rahimahUllah meriwayatkan satu hadits di mana Junjungan Nabi SAW bersabda:-
Masjid Qubbatush Shakhra` adalah binaan berkubah emas yang dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Diceritakan bahawa tatkala siapnya kubah tersebut, khalifah telah menghadiahkan kepada arkitek binaannya iaitu Abu al-Miqdam bin Haiwah dan Yazid bin Salam 100,000 dinar emas. Namun kedua mereka menolaknya dan menyatakan bahawa tidak sepatutnya bagi mereka untuk menerimanya, bahkan seharusnya perhiasan emas isteri-isteri mereka digunakan untuk perbelanjaan pembinaan tersebut. Maka atas perintah khalifah, dinar-dinar emas tersebut ditipiskan dan dilekatkan atas kubah tersebut sehingga masyhurlah ia sebagai Kubah Emas. Malangnya hingga kita, bumi suci kita ini masih dijajah oleh musuh Allah dan rasulNya. Para pemimpin Islam hanya melihat dan berbincang mengenainya yang entah bilalah kesudahannya.
Imam an-Nasa-i rahimahUllah meriwayatkan satu hadits di mana Junjungan Nabi SAW bersabda:-
“Sesungguhnya ketika Nabi Sulaiman bin Daud 'alaihimasalam membina Baitul Maqdis, baginda memohon kepada Allah `azza wa jalla untuk tiga perkara. Baginda memohon kepada Allah `azza wa jalla agar (diberi taufiq) dalam memutuskan hukum yang menepati hukumNya, lalu dikabulkan; dan memohon kepada Allah `azza wa jalla dianugerahi kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setelah baginda, lalu dikabulkan; dan baginda memohon kepada Allah `azza wa jalla tatkala selesai membangun masjid, agar tidak ada seorang pun yang datang ke sana dengan tujuan untuk shalat di situ, melainkan dikeluarkan dia daripada dosa kesalahannya seperti hari dia dilahirkan ibunya”.Selain daripada itu, telah masyhur riwayat bahawa satu sholat di Masjidil Aqsha digandakan ganjarannya sehingga 500 kali ganda. Terdapat juga riwayat yang menyatakan ianya diganda 1,000 kali ganda dan Imam ad-Dimyathi dalam "al-Matjar ar-Raabih" mendatangkan riwayat yang ianya diganda sebanyak 50,000 kali ganda. Bagi yang tidak berpeluang untuk berkunjung dan menziarahi masjid yang mulia ini serta bersholat di dalamnya, maka ada peluang lain untuk meraih pahala yang besar ini. Diriwayatkan bahawa Junjungan Nabi SAW pernah menasihati Maimunah binti Sa`ad untuk mengirim minyak bagi kegunaan Masjidil Aqsha dan baginda menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan yang sedemikian dia akan diberi pahala seolah-olah dia bersholat di sana. Oleh itu marilah kita menghulurkan bantuan berupa sedekah dan hadiah agar kemuliaan Masjidil Aqsha tetap terpelihara. Mudah-mudahan segala bantuan kita untuk bumi suci Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsha diberi ganjaran seumpama kita melaksanakan sholat di sana.
**********************************************
Masjid al-Aqsha & Masjid Qubbatush Shakhra`
Masjid al-Aqsha & Masjid Qubbatush Shakhra`
Salam.
BalasPadamtuan abu....
Jazakallahu khair...
ana cuma tumpang kongsi maklumat...
propaganda yahudi melalui media cetak dan elektronik sering mengelirukan umat Islam tentang yang manakah sebenarnya masjidil aqsho...
Dulu, ana selalu ingat masjidil aqsha yg kubah emas tu... rupa-rupanya masjidil aqsha kubah hitam..... Kata ulama' yahudi akan terus propagandakan masjidil aqsa tu kubah emas, sebab diorang tengah gali di bawah Masjidil aqsa sekarang ni dengan tujuan meruntuhkannya... Sekiranya runtuh, kalau muslim sedunia marah, dia mesti kata mana ada kami buat... tu kubah emas "masjidil aqsha" ada lagi???/
I wasn't aware of the difference, thank you! In light of Norhafiza's comment, I wonder if both masjids aren't on the grounds of the original temple of Solomon that the Jews want to rebuild. It seems from the picture that the wall in the foreground surrounds them both. If I'm not mistaken, that is the "wailing wall" that is the remnant of the original temple? If so, both masjids would have to be destroyed to rebuild the temple...
BalasPadamAfter looking around a bit online, it seems fairly clear that the entire site surrounded by those high walls is considered the "temple mount", the site of the previous Hebrew temple. In fact, Jewish religious authorities are unsure where the original temple was located on the Mount. (some accounts say the stone where Nabi Muhammad stepped before the miraj is the center of the temple) As such, I don't think Zionists are purposefully switching Masjid al-Aqsa images with Masjid as-Sakhrah: rather, both masjids are "in the way" of any new temple.
BalasPadamBoth are important and historical to us muslim. Both are in the precinct of the holy area (al-haram asy-syarif).
BalasPadamProf. Dr. Muhammad bin Alawi al-Maliki stated in his book "Wa Huwa bil Ufuqil A'laa" that the masjid that Sayyidina Sulaiman built is at the sakhra` (page 169). But another issue arise, whether this masjid is still standing during the mi'raj or not. To most scholars, it was in ruins but there exist a masjid in the precinct but not exactly at the sakhra` as the Prophet SAW upon his return was asked by the musyrikin to describe the mosque including its doors/gates and distance from the mountain.
Focus have to be given not just at the two buildings but to the al-haram asy-syarif. Building can be rebuild or renewed or renovate. Just like the kaabah (i.e. the building) is taken away to USA, still the qibla will be its vacant place in Makkah and not to its building in USA (this one just for example, no offence aaa).