Sabtu, Disember 12, 2009

1000 Kali Haji

Alhamdulillah, bulan haji telah hampir menutup tirainya. Para jemaah kita yang menjadi tetamu ar-Rahman telah mula pulang ke tanahair membawa lembaran baru dalam kehidupan mereka. Moga segala amal ibadah mereka diterima dan dianugerahkan dengan haji mabrur, umrah mabrurah dan ziarah maqbulah. Namun di samping menunaikan haji, jangan pula lupa kepada rukun-rukun Islam yang lain, terutama sekali sholat 5 waktu. Amatlah malang jika seseorang yang dalam perjalanan menunaikan ibadah yang menjadi rukun Islam ke-5 untuk meninggalkan dengan sengaja akan rukun Islam lain yang lebih utama. Begitu juga dalam perjalanan kembalinya setelah menunaikan haji, bisakah mabrurnya haji seseorang yang meninggalkan sholat yang difardhukan dengan sengaja?

Maka al-'Alim al-'Allaamah al-Mufti al-Habib Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil BinYahya rahimahumUllah telah memberi ingatan dalam karya beliau "Irsyaadul Anaam" halaman 31 sebagai berikut:-

"... Istimewa pula jika tinggal sembahyang, samada laki-laki atau perempuan, maka rugi besar hingga berkata oleh setengah daripada ulama bahawa pahala 1000 kali haji tiada cukup buat menambal dosa tinggal satu fardhu sembahyang."

Allahu .... Allah, moga Allah jadikan kita sekalian serta anak cucu kita hamba-hambaNya yang sentiasa menunaikan sholat yang difardhukanNya dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukan.

2 ulasan:

  1. benar, benar, benar.

    moga Allah kurniakan kita dan zuriat memelihara solat.

    kononnya ada sesetengah pihak mendakwa hanya 20% umat islam di malaysia menunaikan solat lima waktu sehari secara istiqomah.

    ibarat fenomena Pareto Rule [80:20]

    yang sedihnya golongan yang dikatakan "ulama (80%)" kecoh dan berebut "kuasa, minda, fahaman, pengaruh, tajdid,... etc" di kalangan 20% tersebut. umat diheret pada perkara yang kurang utama. 80% umat yang lalai solat tiada siapa peduli.

    adalah segolongan kecil yang "tanpa bayaran" mengajak umat bersolat, itu pun dituduh macam2, tak ada sijil, tak ada ilmu, dihalang...

    waallahualam

    BalasPadam
  2. salam.

    memang benar akan hal ini. marilah kita sama2 tingkatkan usaha utk mengajak rakan saudara seagama utk solat, immarahkan masjid, dan solat di awal waktu.

    dan kurangkan tumpuan akan perselisihan yg merugikan semua

    BalasPadam