Ratib al-Haddad juga dikenali sebagai "Ratibusy Syahir""kerana kemasyhurannya menjadi amalan jutaan umat Islam Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Di sebelah Nusantara, ratib ini telah dikenali sejak dahulu lagi. Ianya disebut serta dimuatkan dalam karya ulama-ulama kita seperti Tok Syaikh Daud al-Fathani, Tok Syaikh Kelaba al-Fathani, Tok Syaikh Abdul Rasyid Banjar dan ramai lagi rahimahumUllah. Ratib ini walau pun ringkas dan ringan bacaannya, tetap penuh dan padat dengan keberkatan dan asrar. Maka tidak hairanlah para ulama kita, dahulu dan sekarang, di samping menjadikan ratib ini sebagai pakaian mereka, turut menganjurkan para murid mereka serta umum umat Islam untuk sama-sama mengamalkan ratib ini.
Kiyai Haji 'Abdullah Faqih hafizahUllah, ulama besar yang memimpin Pondok Pesantren Langitan, Tuban, sebagaimana diberitakan dalam Warta NU, Edisi Mei 2001, halaman 15, menyatakan:-" Warga Nahdliyyin diwajibkan secara rutin membaca Ratib al-Haddad secara berjamaah, baik di rumah maupun di mushalla." Anjuran beliau turut disokong oleh seorang lagi ulama terkenal iaitu Kiyai Haji Muhammad Subadar hafizahUllah dari Pasuruan yang menyatakan:- "Hendaknya semua warga NU selalu istiqamah membaca Ratibul Haddad."
Manakala Habib Luthfi BinYahya hafizahUllah, Ra’is ‘Am Jam`iyah Ahlu Thariqah al-Mu’tabarah an-Nahdiyah, pula menegaskan bahawa: "Ratib al-Haddad ini sudah menjadi amalan umum di kalangan warga Nahdliyyin sejak zaman Hadhratusy Syaikh KH. Hasyim Asy`ari Jombang. Pengamalan Ratib al-Haddad ini sebelumnya sudah disetujui al-`Allaamah asy-Syaikh Kholil Bangkalan Madura, yang ternyata salah satu thariqah beliau adalah Thariqah Haddadiyyah."
Maka sewajarnyalah kita mengambil berat akan pesanan para ulama kita ini untuk menjadikan Ratibul Haddad sebagai pakaian kita. Sungguh masa yang diambil untuk membaca ratib ini tidaklah panjang serta bacaan-bacaannya adalah warid dan iqtibas daripada firman Allah SWT dan sabdaan Junjungan Nabi SAW. Tiada keraguan pada keberkatannya, cuma perlu diingat bahawa Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan:-
الأذكار و الأوراد لا تنفع إلا مع المداومة
و لا يظهر تأثيرها إلا مع الحضور و الخشوع
Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan);Tapi bagaimana hendak mencapai zikir dengan dawam dan hudur serta khusyu`, jika ianya belum mula diamal. Jadi mulailah beramal, biar deh dengan malas dan ghaflah dahulu, insya-Allah, dengan inayah Allah ta`ala, moga-moga diberikan istiqamah, hudur dan khusyu`.
Dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.
sunghuh indah nasihat ini.semoga saya berupaya mengamalkannya. betul kita kena mula dahulu biarlah perlahan-lahan semoga ianya menjadi amalan atau pakaian pada kita beristiqomah pos tuan kali ini mengembalikan semangat saya. saya ada ratib ini. penah juga diijazahkan sekali dengan wirid imam nawawi..
BalasPadam