Sewaktu zaman jahiliyyah, kaum musyrikin apabila mengetahui isteri mereka melahirkan anak perempuan maka berubahlah wajah mereka, merah kehitaman kerana kemarahan yang bersangatan. Kemudiannya anak malang tersebut, mereka bunuh tanpa belas kasihan. Kehadiran Junjungan Nabi SAW yang membawa rahmat, telah merubah segalanya, akhirnya tradisi jahiliyyah ini dihapuskan.
Malangnya pada abad yang dikatakan moden ini, amalan jahiliyyah berulang, kali ini ianya turut dilakukan oleh mereka-mereka yang mengakui kerasulan Junjungan Nabi SAW. Lebih teruk lagi ianya dilakukan juga oleh wanita yang mengaku dirinya muslimah yang menjadi ibu kepada bayi malang tersebut. Bayi malang yang dibunuh ini sudah tidak dipandang lagi apa jantinanya, baik lelaki maupun perempuan, semua dihabisinya. Allahu ... Allah.
Kalau di zaman Abu Lahab dan Abu Jahal dahulu, yang membunuh anak-anak perempuan ini terdiri daripada para bapa jahiliyyah, tetapi apa malangnya abad kita ini ianya lebih teruk lagi berbanding zaman dahulu. Zaman kita sekarang ianya dilakukan oleh ibu anak tersebut sendiri. .... Allahu ... Allah. Apa nak jadi ni !!!!!! Mana perginya naluri keibuan para ibu ini? Allahu ... Allah, mak beruang pun tahu menyayangi anaknya. Juga yang dibunuh sekarang, bukan sahaja anak-anak perempuan bahkan anak-anak lelaki juga dibunuh tanpa belas kasihan. Kalau kaum lelaki tu tak pelik sangat, sebab memang banyak lelaki yang tak bertanggungjawab yang tergamak menjadi bapak haruan dan dan dan sebagainya. Tetapi ibu yang melahirkan tergamak membunuh bayinya sendiri, ini sudah luar tabi`i manusia dan juga binatang.
Diriwayatkan tatkala Junjungan Nabi SAW bermi'raj, baginda telah bertemu dengan sekumpulan kaum wanita yang digantung terbalik kaki ke atas kepala ke bawah dan ada juga yang digantung daripada payudara - payudara mereka. Allahu ... Allah, azaabbbbnyyyyyaaaa. Junjungan SAW dimaklumkan oleh malaikat Jibril AS bahawa inilah kaum wanita daripada kalangan umatmu yang berzina dan kemudian membunuh anak-anak mereka.
Begitulah antara gambaran azab yang bakal dihadapi oleh para ibu yang tak layak digelar ibu, digelar ibu binatang pun tak layak sebab perlakuannya lebih teruk daripada binatang. Kalau lelaki yang tidak bertanggungjawab berlepas diri, maka sewajarnya ibu-ibu yang melahirkan zuriat tersebut, tidak membiarkan anak-anak yang tidak berdosa itu, walaupun dilahirkan akibat dosa ibunya, daripada dibunuh kejam. Yang berdosa itu ibunya dan lelaki penzina tersebut, bukan anak-anak hasil perzinaan itu. Biarlah anak-anak tersebut hidup, tapi ini tidak dibunuhnya juga, udahle dapat dosa berzina tambah lagi dosa membunuh.... Allahu .. Allah. Wajar dan patut hukuman mati dikenakan atas pembunuh-pembunuh bayi ini, baik lelaki atau perempuan. Kemudian rasakanlah pulak azab yang dijanjikan Allah nanti. Kalau "buayafriend" yang tidak bertanggung jawab hendak membunuh bayi yang kamu lahirkan itu, janganlah diturut, ingatlah bahawa akibat menurut "buayafren" tulah perut kamu membesar. Lapor je kat pihak berwajib agar tindakan dapat diambil. Apalah sangat malu di dunia berbanding azab dan malu di akhirat nanti. Kalau sudah berdosa, jangan tambah lagi dosa, kembalilah kepada Allah dengan penuh keinsafan. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan