
Khamis, 2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010, telah kembali ke rahmatUllah seorang ulama Alam Melayu. Beliau adalah Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad Milatu rahimahUllah, pengarang kitab "
'Abrul Atsir" atau dikenali juga sebagai "
Tafsir al-Quran di Radio". Beliau merupakan alumni Madrasah al-Junaid, Singapura. Beliau juga mempunya beberapa tulisan lain seperti "Mari Sembahyang Lelaki / Perempuan", "Pelajaran Sembahyang Berjemaah" dan lain-lain. Beliau tutup umur dalam usia 88 tahun (1922 - 2010). Moga Allah mengampuni dan merahmati beliau sentiasa .... al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan