Sabtu, Mac 26, 2011

Hadrah BaSaudan

Imam Hujjatul Islam Syaikh 'Abdullah bin Ahmad bin 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdur Rahman BaSaudan rahimahumUllah jami`an dilahirkan di desa Khuraibeh, wadi Dau`an, Hadhramaut pada tahun 1178H. Nasab beliau bersambung kepada Sayyidina al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi RA, sahabat Junjungan Nabi SAW.

Syaikh Abdullah BaSaudan sejak kecil lagi telah diasuh dengan didikan agama. Sejak usia tersebut lagi beliau telah menghafal al-Quran dan berbagai matan ilmu. Beliau mempunyai ramai guru, di antaranya ialah Syaikh 'Abdullah bin Ahmad bin Faris BaQais dan Habib 'Umar bin Abdur Rahman al-Baar, murid Imam al-Haddad RA, yang menjadi syaikh futuhnya, Habib Ahmad bin 'Ali Bahar al-Qadimi, Habib Hamid bin 'Umar Hamid, Habib Ahmad bin Hasan al-Haddad, Habib Husain bin 'Abdullah bin Sahal, Habib 'Umar bin Saqqaf as-Saqqaf, Habib Syaikh bin Muhammad bin Hasan al-Jufri, Habib Hasan bin Shaleh al-Bahar al-Jufri, Habib Thahir bin Husain bin Thahir dan Habib 'Umar bin Zain BinSumaith rahimahumUllahu. Selain Hadhramaut, Syaikh 'Abdullah BaSaudan turut menimba ilmu daripada ulama al-Haramain, antarnya dengan Habib 'Ali bin Muhammad al-Baity, Habib Muhsin bin Alwi Muqaibal, Habib Ahmad bin 'Alwi BaHasan Jamalulail dan Syaikh Muhammad bin Shaleh ar-Rais rahimahUllahu ta`ala jami`an. Syaikh 'Abdullah BaSaudan juga pernah berkelana ke Mesir dan bermukim di sana untuk belajar dengan para ulamanya.

Ketekunan beliau dalam menuntut ilmu akhirnya menjadikan beliau seorang yang sangat alim (`allaamah) yang menjadi rujukan dan mufti. Bahkan, para ulama Hadhramaut memberikan gelar "Hujjatul Islam" kepada beliau lantaran ketinggian ilmu dan keelokan amal serta pekerti beliau.

Syaikh 'Abdullah BaSaudan juga mempunyai banyak karya yang bernilai, antaranya:-
  1. Mandzhumah al-Mishbaah fi Ahkaamin Nikah;
  2. Tahshiilul Maqshuud;
  3. 'Uddatul Musaafir wa 'Umdatul Haaj waz Zaa-ir;
  4. al-Ifshaah bi Ahkaamin Nikaah;
  5. Zaituunatul Liqaah;
  6. al-Futuuhaatul 'Arsyiyyah;
  7. Mathaaliul Anwaar;
  8. Hadaa-iqul Arwah;
  9. Kasyful Qinaa';
  10. Dzakhiiratul Ma`aad bi Syarhi Ratibil Haddad;
  11. al-Anwaarul Laami`ah bi Syarhil Risaalatil Jaami`ah;
  12. Simthul 'Iqyaan;
Syaikh 'Abdullah BaSaudan rahimahUllah kembali ke rahmatUllah pada tanggal 7 Jumadil Awwal 1266H dan dimakamkan di Kota Khuraibeh. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat dan kasih-sayangNya kepada beliau ... al-Fatihah.

Hadrah BaSaudan adalah kumpulan zikir, munajat, ibtihal, qasidah dan tawassul yang disusun oleh Syaikh 'Abdullah bin Ahmad BaSaudan. Tetapi dikatakan bahawa susunan awalnya adalah daripada Habib 'Umar bin 'Abdur Rahman al-Baar lalu dilanjutkan oleh muridnya Syaikh 'Abdullah BaSaudan dan akhirnya disempurnakan oleh Habib 'Abdur Rahman al-Masyhur, pengarang "Bughyatul Mustarsyidin". Oleh itu di sesetengah tempat, hadrah ini dikenali sebagai "Hadrah al-Baar", sempena syaikh futuh Syaikh 'Abdulah BaSaudan, Habib 'Umar bin 'Abdur Rahman al-Baar.

Seluruh ulama Tarim, Hadhramaut sangat mengetahui Hadrah ini memiliki manfaat yang sangat banyak sebagai wasilah memohon daripada Allah akan segala rahmat, pemeliharaan, keselamatan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Di Tarim, setiap hari Selasa selalu digelar majlis-majlis pembacaan Hadrah Basaudan di banyak tempat, antaranya di Rubath Tarim, di kediaman al-Mufti al-Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur, di kubah al-Habib Abu Bakar Basymeleh Zanbal, di madrasah Habib Abdullah bin Syeikh al -Aydrus, dan di masjid- masjid yang lain, bahkan juga di rumah-rumah penduduk. Majlis yang diadakan setiap Selasa di rumah Habib 'Abdur Rahman al-Masyhur dikepalai oleh al-Habib Ali Masyhur bin Muhammad BinHafiz, kekanda Habib 'Umar BinHafiz. Kini, majlis-majlis Hadrah BaSaudan mula berkembang ke seluruh dunia Islam. Semoga keberkatannya dapat kita rasai, istimewa pada zaman yang penuh dengan pancaroba dan petaka ini.

يا امان الخائفين نجنا مما نخاف
*****************************
Hadrah BaSaudan di turbah Habib 'Alwi bin Seggaf as-Seggaf
pimpinan Habib Taufiq as-Seggaf Pasuruan, Jawa Timur


14 ulasan:

  1. assalamualaikum wbt...

    ada jg ana baca hadroh ni dari kitab khulasoh...tp dgn cara baca sajer lah. tak tau macam mana cara sebenar nak amalkan..dimana di malaysia adanya majlis pembacaan hadroh ba saudan ni?

    BalasPadam
  2. Di pengajian Rahmatan Lil Alamin

    BalasPadam
  3. mana nk beli kitab terjemahan dikl@ trg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisa pesan kesaya hadro basaudan lengkap dgn terjemahannya dan sarahnya via wa habib abdullah 08871777749

      Padam
  4. Assalamualaikum, saya pikir anda dari malaysia, saya penasaran kok anda tahu kalau ada pembacaan hadrah basaudan setiap selasa di turbah habib alwi pimpinan al ustad habib taufiq? Saya termasuk jamaah hadrah basaudan di pasuruan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Saudara ku, dmn saya bisa dapatkan buku Hadroh Basaudan??

      Padam
    2. Pean habib abdullah wa +628871777749 lengkap arti dan syarahnya

      Padam
  5. Mau pesan buku hadroh basaudan atau buku lainnya bisa pesan dengan saya...
    sms/WA : +6281937046356
    pin BB : 237E2ADF

    BalasPadam
  6. Aman yahya..pesen buku hadroh basaudan nya donk..bisa gk..

    BalasPadam
  7. Hadrah basaudan ada syarhnya gak???

    BalasPadam
  8. Apakah masih ada yang jual kitabnya?

    BalasPadam
  9. DI Jakarta Di Azzawiyah Pekojan, Tambora, Jakarta Barat (Dekat Stasiun Angke) Di pimpin oleh Habib Luqman Al-Attas setiap selasa selepas Asyar.

    BalasPadam