Nampaknya geng pendakwa "kami ikut sunnah, hok lain semua ahli bid`ah", telah menimbulkan satu isu lagi untuk diperselisihkan umat Islam dalam negara kita. Apa yang tidak sedapnya ialah apabila dengan mudahnya membuat tuduhan bahawa perbuatan mengadakan akad nikah perkahwinan dalam masjid adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.... Allahu ... Allah .... laser..laser.
Marilah kita kembali merujuk kepada para fuqaha kita untuk mengetahui sebenaq-benaqnya hukum mengadakan akad nikah dalam semejid (baca: masjid jangan dibaca samjid). Kalu kita bukak telaah kitab fiqh mazhab Syafi`i kita, antaranya yang hok mudah didapati lagi banyak manfaat dan berkatnya, karya waliyUllah Sidi Abu Bakar ad-Dimyathi rahimahUllah iaitu "Hasyiah I`aanathuth Thaalibin" jilid 3 halaman 315 kita dapati ibaratnya sebagai berikut:-
....... iaitu dan DISUNNATKAN agar akadnikah itu dilakukan dalam masjid. Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah dalam "Tuhfah" menyatakan: Ini adalah kerana ada suruhan (baca: anjuran) dengannya sebagaimana khabar yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabrani. Iaitu "Hebahkanlah pernikahan ini, laksanakan ia di masjid-masjid, palulah kompang-kompang dan seseorang daripada kamu buatkanlah kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing...."Selain Imam ath-Thabrani rahimahUllah, Imam at-Tirmidzi turut meriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi" juzuk 2 halaman 247 sebagai berikut:-
Daripada Sayyidatina 'Aisyah radhiyAllahu 'anha menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Hebahkanlah akan pernikahan ini, laksanakanlah ia di masjid-masjid dan palulah untuknya kompang-kompang."Imam at-Tirmidzi rahimahUllah menilai hadits ini sebagai hasan gharib, di mana seorang rawinya yang bernama 'Isa bin Maimun dipandang sebagai seorang yang dhaif. Sungguhpun begitu, beliau meriwayatkannya daripada Ibnu Abu Najiih seorang yang tsiqah. Hadits yang diriwayat oleh Imam ath-Thabrani yang tersebut dahulu juga tidak lepas dari perselisihan muhadditsin. Sebahagian muhadditsin seperti al-Hafiz as-Sakhawi dan al-Ajluni menilainya sebagai hasan, manakala sebahagian lain menilainya sebagai dhaif. Oleh itu pihak yang menghukumkan sunnat berakadnikad di masjid mempunyai sandaran antaranya hadits-hadits tersebut, dan tidak mustahil ada sandaran-sandaran lain yang tidak kita ketahui kerana kecetekan ilmu kita.
Mengenai hukumnya dalam mazhab-mazhab lain, maka tersebut dalam "Mawsu`ah al-Fiqhiyyah" sebagai berikut:-
Bahawa adalah pernikahan tersebut diakadkan dalam masjid. Ulama al-Hanafiyyah dan asy-Syafi`iyyah menghukumkan MANDUB untuk melaksanakan akad pernikahan dalam masjid, kerana hadits: "Hebahkanlah akan pernikahan ini, laksanakanlah ia di masjid-masjid dan palulah untuknya kompang-kompang." Ulama al-Malikiyyah menghukumkannya sebagai JAIZ.Begitulah hukumnya melangsungkan upacara akadnikah dalam masjid. Maka tuduhan bahawa ianya menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW adalah suatu tuduhan melulu tanpa usul periksa dan perlakuan biadap kepada para ulama muktabar yang menghukumnya sebagai sunnat atau setidak-tidaknya harus. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan upacara pernikahan di masjid, sayogia diberikan perhatian yang sungguh-sungguh agar kesucian dan kehormatan masjid tidak dicemari. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya bagi kita semua sebagaimana para ulama kita terdahulu.
*********************************************************
La ingatkan orang Mesia je yang sibuk nak akad kat masjid,
rupa-rupanya idak.............................
..... kat Damanhur
La ingatkan orang Mesia je yang sibuk nak akad kat masjid,
rupa-rupanya idak.............................
..... kat Damanhur
...kat Khartoum
...kat Yaman
... kat Mesir
... dalam Masjidil Aqsa pun deme buat
... laaa geng "salafi" Timur Tengah pun buat isy isy isy.....
alhamdulillah...syukran kerana telah memberi penjelasan tentang hal ni..pelik2 je bile pikirkan pemahaman org sekarang..makin byk kemudahan, tp makin sempit pemikiran mereke..
BalasPadamalhamdulillah... terima kasih atas penjelasan supaya org jahil seperti saya tidak termangu2 dalam kejahilan, mendengar cerita2 jahil... hanya Allah SWT shj yg boleh membalas jasa tuan... terima kasih
BalasPadamalhamdulillah... terima kasih tuan di atas penjelasan yg pantas, supaya org jahil seperti saya tidak terus termangu2 dlm kejahilan mendengar berita2 jahil... terima kasih
BalasPadampelik gak bla da yg kta x ley akad kt masjid....papa pon da tau da bley ja wat kt masjid...thank for da information....
BalasPadamassalamualaikum.
BalasPadamthanks for sharing!
mmang tepat sekali tindakan meletak hadis yang sahih, sukar untuk dibantah lagi.
apa-apapun islam tidak menggalak membazir. apa salahnya berakad nikah di masjib berbanding membuat resepsi nikah berasingan yang menelan lebih banyak belanja.
terima kasih diatas penjelasan, banyak amalan orang melayu berdasarkan amalan yang mempunyai dalil yang kuat dari kitab-kitab lama, tetapi kekadang kita tak tau mana asalnya, tu yang tak boleh jawab. kekadang heran orang yang timbulkan isu ni yang bagusnya boleh kita rujuk dan dapat dalilnya tapi yang tak best. orang yang timbulkan isu ni macam kurang kajian pulak... haaa..... kan dah terkena.
BalasPadamYa benar, sunat berakad nikah di masjid...teruskan amalan tersebut supaya masjid dapat di'imarahkan...
BalasPadamnamun pengantin perempuan tak disunatkan datang ke masjid semasa majlis akad nikah dijalankan...tp tak ditegah pengantin perempuan dan tetamu perempuan datang ke masjid...
namun diharapkan para perempuan yg dtg ke masjid jagalah adab2 dlm Rumah Allah Ta'ala...wallahu'alam.