Ketika revolusi Iran mendapat tempat setelah berjaya mengguling Dinasti Syiah Pahlavi di tangan para mullah Syiah (baca: Syiah lawan Syiah) di bawah pimpinan Khomeini, maka timbul perasaan kagum dalam diri mereka di luar Iran (baca: di luar firqah Syiah) terhadap revolusi tersebut kerana ianya digembar-gembur atas nama Islam. Apatah lagi bila Iran diisytiharkan sebagai Islamic Republic of Iran. Maka ramai yang tergiur dengan perkara tersebut ditambah lagi dengan mainan slogan-slogan perpaduan ummah. Ustaz Sa`id Hawwa rahimahullah, tokoh penting Ikhwanul Muslimin yang disegani, sempat berkunjung ke Iran selepas kejayaan revolusi tersebut dan bertemu dengan Khomeini, pemimpin agung revolusi. Syaikh Sa`id Hawwa setelah melihat dan meneliti suasana sebenar, berasa kecewa kerana revolusi yang mengatasnamakan Islam itu sebenarnya hanyalah kesinambungan makar dan penipuan firqah Syiah yang fahamannya berseberangan dengan Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
Sekembalinya dari lawatan tersebut, Ustaz Sa`id Hawwa menulis hasil penelitiannya dalam karya beliau yang berjodol al-Khumainiyyah Syudzudz fil `Aqaa-id wa Syudzudz fil Mawaaqif (Fahaman al-Khomeinisma, keganjilan dalam `aqidah dan pendirian). Menurut Ustaz Sa`id Hawwa, hasil penelitian yang dilakukan terhadap Republik "Islam" Iran ni, memperlihatkan realiti yang berbeza daripada apa yang dilaung-laungkan oleh Khomeini dan pendokongnya. Revolusi tersebut tidak lain melainkan kebangkitan khusus mewakili kelompok Syiah Imamiyyah yang sesat semata-mata dan bukannya sebagaimana didakwa kononnya mewakili Islam tanpa mengira firqah dan mazhab. Ustaz Sa`id Hawwa menjelaskan bahawa Khomeini masih kental dengan pegangan Syiahnya, bahkan tidak segan silu mencerca dan mentohmah para sahabat termasuklah Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar radhiyaAllahu `anhuma sebagaimana ditulis dalam karangannya seperti Kasyful Asrar yang memuatkan 2 fasal yang mentohmah dan menuduh Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina 'Umar sebagai menyalahi ajaran al-Quran. Turut didedahkan amalan taqiyyah Syiah dan kerjasama-kerjasama rahsia kerajaan Syiah Iran dengan Israel dan Russia. Apa yang diperjuangkan oleh Khomeini hanyalah untuk kepentingan ajaran sesat Syiah Imamiyyah. Khomeini dengan taqiyyahnya amat licik memperdaya umat Islam, pada suatu masa dia melaungkan penentangan terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama mengadakan kerjasama sulit dengan mereka demi kemaslahatan dan kepentingan Syiah. Ustaz Sa`id Hawwa mengingatkan umat Islam agar jangan terpedaya dengan Khomeini dan Khomeinisma.
Pada khatimah buku tersebut, Ustaz Sa'id Hawwa menyimpulkan, antara lain, bahawa Khumainiyyah (Khomeinisma) adalah satu wabak (ta`un) yang sedang melanda dunia Islam, di mana akidah, ibadah dan manhaj kehidupan mereka adalah berbeza dan tidak sama dengan Ahlis Sunnah wal Jama`ah yang kita pegang. Lalu bagaimanakah kita hendak menyokong puak yang mengaku sebagai "firqah najiyyah (golongan yang berjaya)", namun sebenarnya mereka lari dari syurga menuju neraka serta mengikut jalan selain daripada jalan orang-orang yang beriman. Beliau menutup karangannya dengan doa memohon perlindungan Allah serta menyatakan berlepas diri dengan Allah daripada Khomeini dan Khomeinisma juga daripada penyokong dan pendokongnya.
Oleh itu, janganlah terpedaya dengan slogan-slogan yang dilaungkan oleh puak Syiah ini. Hati-hati dengan dakyah Syiah yang kini mengatasnamakan kecintaan kepada ahli bait. Sebenarnya puak inilah yang memusuhi ahli bait, merekalah yang telah memperdaya Sayyidina Husain bin 'Ali radhiyaAllahu `anhuma sehingga baginda syahid di Karbala. Darah Imam Husain terpercik atas wajah-wajah mereka. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita daripada kesesatan Syiah dengan berkat Imam Husain radhiyaAllahu `anhuma

Tiada ulasan:
Catat Ulasan